Persiapan menyambut kedatangan Imam Mahdi (a.s) – Bhg terakhir

BismillahirRahmanirRahim

Persiapan menyambut kedatangan Imam Mahdi (a.s)

SahibulSaif (4)Sepertimana yang kita dengar dan lihat baik di depan mata mahu pun di kaca television pelbagai kemusnahan dan kehancuran dunia yang berlaku di sana sini.

Huru hara berlaku dimana-mana; pembunuhan berlaku secara berleluasa, umat Islam ditindas di merata tempat.

Kezaliman dan ketidak-adilan berlaku secara terang-terangan, seruan kepada kebaikan tidak diendahkan, ajakan kepada perdamaian tidak dipedulikan. Perbuatan maksiat terus juga dilakukan tanpa segan-silu.

Tiada siapa yang boleh mengatakan bahawa sistem pemerintahan ini adalah yang terbaik, atau sistem pemerintahan itu adalah yang paling sempurna. Tidak.

Tidak kira parti mana sekalipun yang sedang kamu sokong, yang nyata,  tidak satupun dari parti-parti tersebut yang sedang memperjuangkan pemerintahan Islam. Tidak ada satupun parti yang memerintah serta mentadbir sebuah negara berlandaskan panduan Al-Quran.

Apabila hukum-hakam Allah diketepikan, dan peraturan ciptaan akal fikiran manusia yang lemah digunapakai, maka lahirlah kerosakan di lautan dan didaratan oleh hasil tangan manusia itu sendiri. Segala-galanya ialah kerana mereka tidak mahu menghukum dengan hukum-hakam yang telah Allah tetapkan.

Al-Quran, As-sunah harus dijadikan panduan masyarakat Islam.  Hanya orang-orang yang telah mengambil petunjuk darinya saja yang dapat mencapai jalan kebahagiaan. Sebaliknya, mereka yang menyia-nyiakan kitab paling berharga ini akan menciptakan masa depan yang suram bagi dirinya sendiri. Karena al-Quran adalah cahaya penuntun, maka Syariat harus dijadikan sebagai neraca yang perlu digunakan oleh umat Islam dalam menempuh kehidupan di dunia menuju ke negara akhirat yang kekal abadi. Jika Syariat diabaikan, walau pun kita mengaku pandai, kita mengaku hamba Allah, walau kita mengaku pejuang Islam, walau kita mengaku ahli tarikat, mengaku ahli hakikat dan ahli makrifat, mengaku waliyullah dan sebagainya, pengakuan kita hanyalah sia-sia. Tiada nilai disisi Allah swt.

Bukankah ini yang sedang berlaku dalam kehidupan manusia masa kini?

cahaya-atas-cahayaPeriksa dan lihatlah sendiri jawapannya.  Tiada satu pun sistem pemerintah yang akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat mereka. Kerana keegoan, mereka menilai sesuatu bukan menggunakan neraca hukum-hakam yang telah Allah sediakan, sebaliknya mereka menggunakan rasa naluri keseronokan nafsu ke atas duniawi sebagai kayu pengukur kebenaran dan kebatilan.

Sedarlah bahwa diciptakan manusia oleh Allah dimukabumi bukanlah hanya untuk bersenang-lenang mengecapi tipu daya dunia, tetapi Allah telah datangkan manusia ini di muka bumi sebagai khalifah-Nya untuk mentadbir dunia ini agar mematuhi hukum-hakam dan peraturan yang telah Allah tetapkan.

Allah sahaja yang layak menentukan peraturan bagi setiap ciptaan Nya.

Kewujudan manusia sebagai hamba Allah adalah semata-mata beribadat kepada Allah s.w.t. Jangan membiarkan diri dibuai kelalaian dengan dugaan kemewahan. Rasulullah (asws) berpesan kepada kita supaya menganggap dunia hanya tempat persinggahan dan mengibaratkan diri sebagai seorang musafir. Baginda banyak kali mewasiatkan umatnya berhati-hati dengan kehidupan di dunia supaya tidak sampai melupakan tanggungjawab sebagai hamba Allah.

Allah swt juga memberi peringatan yang keras kepada mereka yang mensia-siakan umurnya tanpa melakukan amal soleh. Allah berkata, ‘Dunia ini hanya sementara. Hidup kamu hendaklah disibukkan dengan usaha mencari keselamatan dan perlindungan dari Rasul yang telah Aku utuskan pada Mu. Berpegang erat kepada yang satu itu. Ikuti jejak langkahnya nescaya kamu akan menemui keselamatan dan perlindungan. Jika kamu meninggalkannya, maka keselamatan itu tidak mungkin akan ditemui lagi.’

Alhamdulillah, bulan Rejab baru saja melabuhkan tirainya dan kita kini sudah pun melangkah masuk ke bulan Syaaban. Bulan Syaaban adalah bulan Rasulullah (asws). Kemuliaan bulan Syaaban dikurniakan Allah swt kepada Rasul-Nya sepertimana kemuliaan darjat dan kejadiannya. Dan bagi kita sebagai umatnya bulan Syaaban adalah masa untuk kita mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk kita menghadapi bulan Ramadhan yang merupakan medan ibadah bagi umat Islam.

Marilah kita sama-sama memperbanyakkan berselawat ke atas Nabi Junjugan kita Nabi Muhammad (asws). Pada bulan Syaaban juga terdapat satu malam yang sangat dinanti-nantikan oleh umat Islam iaitu Malam 15 Syaaban, malam Bara’at (Nisfu Syaaban).

malam-nisfu-syaabanTerkadang kita sebagai manusia sering mengeluh akan nasib yang menimpa diri kita. Kita akan berkata, ‘aku telah berusaha dan berikhtiar dengan segala macam cara namun kesempitan hidup ini masih tidak berlalu.’

Pernah satu ketika saya didatangi oleh seorang pemuda yang telah lama saya kenali. Dia berkata kepada saya, ‘apa lagi yang harus saya lakukan? Segala-galanya telah saya cuba, tetapi keadaan tidak beransur pulih. Sekarang saya sedang menghadapi jalan buntu.’

Tentunya keadaan tidak akan berubah kerana perubahan kamu itu dilakukan atas dasar ego. Ia tidak berpandukan petunjuk Illahi dan Rasulullah (asws), dan ego itu hanya akan mengheret kamu ke jalan yang buntu. Ya, sememangnya kamu telah berusaha sedaya upaya, hinggakan kamu sendiri telah berjumpa dengan beberapa orang Sheykh-Sheykh yang telah menunjuk kamu pada perjalanan Tarikat. Tetapi dengan sombongnya kamu menolak semua itu. Ego kamu mengatakan, ‘aku jauh lebih baik dari mereka semua.’

Sekarang, kamu terperangkap di jalan buntu dan masa-masa mendatang adalah semakin sukar untuk dilalui. Apa yang kamu alami kini tidaklah seberat apa yang bakal dihadapi. Kiranya kamu tetap berdegil  dan ingin terus melayan kehendak ego, maka bersiap sedialah untuk menghadapi kepahitan dan keperitan hidup kerana di kala akal dibatasi nafsu dan di kala ego memijak jemala, di situlah syaitan berdiri bertepuk tangan sekuat hati. Hidup kamu akan sentiasa dirudung masalah dan kedukacitaan. Jika kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kepahitan, jangan diimpikan bahgia menanti di  alam Akhirat.

Holy nightsYa, pada malam 15 Syaaban ini, malam Bara’at, buku catatan amalan kita akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.

Pada malam tersebut Allah akan memberikan keputusan tentang nasib seseorang selama setahun ke depan dan nasib mereka ditentu berdasarkan amalan yang telah dilakukan sepanjang tahun itu. Sesungguhnya Allah akan memutuskan semua qadha’ hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban dan hendaklah kita ketahui bahawa semua yang dilakarkan oleh Allah swt di dalam Qadha dan Qadar kita adalah muktamad.

Tiada sesiapa yang boleh merubah takdir ketentuan-Nya. Karena itu kita harus lebih berhati-hati. Peringatan ini adalah untuk kamu dan untuk diri saya juga.  Tiada siapa yang akan terkecuali dari kata-kata ini. Allah tidak memberi pengecualian ke atas para Rasul-Nya. Jadi usahlah kita mengharapkan adanya pengecualian itu ke atas diri ini. Ya, mungkin kamu pernah menemui Sheykh-Sheykh yang mengatakan sebaliknya. Mereka akan menyedapkan hati kamu dengan mengatakan bahawa kamu terkecuali dari kata-kata ini. Ketahuilah bahawa kamu hanya sedang diperbodohkan dan dipermainkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab ini.

Hakikat manusia menurut Allah adalah makhluk yang bebas memilih dan bertanggung jawab.  Dan sering kita mendengar orang berkata, ‘aku bebas melakukan apa sahaja.’

Ya, sesungguhnya Allah menciptakan manusia dengan memberikan hak kepada manusia untuk membuat pilihan dalam perjalanan hidupnya di alam ini. Tetapi, usah dilupakan bahawa  setiap yang dilakukan itu akan diberi perhitungan oleh Allah Taala di akhirat kelak.  Pilihan yang baik akan mendapat berkat dan keredhaan dari Allah, manakala pilihan yang tidak baik akan mendapat balasan di akhirat kelak. Kelebihan paling utama ialah, Allah membekalkan manusia dengan akal fikiran. Dengan akal fikiran kita mampu untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk dalam kehidupan kita.

Maka pada 15 Syaaban, segala amalan akan dikira dan di bawa ke hadapan  Allah swt.

Malam Nisfu Syaaban 2012

Allah akan bertanya para Malaikat, ‘Apa yang telah hambaKu ini lakukan sepanjang Syaaban lalu hingga ke Syaaban ini?’

Apa yang sedang disibukkannya? Adakah dia sedang berusaha mendekatkan diri pada yang Maha Kuasa? Atau dia hanya sibuk mengejar dunia dan hanya mengingati Allah ketika susah dan melupakanNya diwaktu senang?

Semua ini akan disoal oleh Allah swt. Setiap kata-kata yang keluar dari mulut itu, setiap perbuatan dan gerak geri, semuanya tidak akan terlepas dari perkiraan, dan ianya akan dibawa kehadapan Allah swt. Jika kamu sedang berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri, tetapi  akhirnya kecundang jua akibat halangan-halangan yang terpaksa dihadapi, maka Allah akan bertanya, ‘Adakah hambaKu ini sedang berusaha untuk mendekatkan dirinya kepada Ku?’

Malaikat menjawab, ‘ Ya Rabbi, setelah membuat perkiraan, kami dapati hambaMu ini lebih cenderung memperbaiki diri kearah yang lebih baik tetapi terdapat banyak rintangan yang menghalangi  usaha murninya itu.’

Maka Allah akan memerintahkan, ‘Mudah sekali. Permudahkan perjalanannya untuk menghampiri Ku pada tahun ini.’

 ‘Apa pula yang sedang hamba itu lakukan?’

 ‘dia sedang sibuk mengejar dunia, melayan tuntutan ego.’

 ‘Permudahkan jalan untuk dia terus mengejar dunia dan memuaskan egonya itu.’

Ya, Qadar (ketentuan Allah) tidak akan berubah.  Apa yang ditulis oleh pena tidak akan dirubah. Tetapi pena itu hanya akan menulis mengikut gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan hati kamu. Allah swt yang memberi pena, kitalah yang menulis takdir kita sendiri dengan amalan dan tingkah laku kita. Jika kita tunduk dan patuh dalam segala amal perbuatan kerana meletakkan keesaan Allah sebagai teras dalam kehidupan maka hidup kita akan lebih diberkati Allah swt, dan itulah yang akan ditulis oleh pena.

InsyaAllah, kata-kata ini adalah amat mencukupi buat saya dan kamu. Ia adalah satu peringatan untuk kita semua agar lebih prihatin terhadap amalan harian kita. Ini juga merupakan satu peringatan awal bagi kita membuat persediaan yang sewajarnya dalam menyambut ketibaan malam Nisfu Syaaban. Ya, saya sentiasa memberi peringatan awal agar kamu semua boleh melakukan persiapan yang secukupnya sebelum ketibaan Bra’at.  Kamu mempunyai masa hampir dua minggu untuk mempersiapkan diri.

jenazah (3)Dunia ini pasti akan berakhir dan perjalanan hidup manusia di dunia juga akan berakhir dengan kematian. Masa yang menjadi semakin singkat ini tidak sewajarnya dibiarkan begitu sahaja.  Kita harus merebut peluang yang ada ini untuk menggandakan amal kebajikan dan memperbaiki segala kelemahan yang ada pada diri. Jika kita membiarkan diri untuk terus leka, lena dan alpa dalam kemurkaan Allah maka bersiap sedialah untuk menghadapi pelbagai masalah yang jauh lebih besar pada tahun ini.

Ketahuilah bahwa semuanya kini telah terkunci.

Kini peluang hanya diberi kepada para Awliya Allah untuk membuka satu lembaran baru kehidupan dunia. Mereka sedang mempersiapkan pentas dunia ini untuk kedatangan Imam Mahdi dan berdirinya Khilafah Islamiyah Al-Alamiyah. Dunia sedang menantikan  kembalinya Khalifah Islam sebagai pelindung sebenar umat Islam.

Terdapat sebahagian besar kaum Muslim yang  jahil lagi bodoh yang menyangsikan akan kehadiran Khalifah. Mereka mengatakan bahawa adalah amat mustahil bagi seorang Khalifah untuk kembali menyatukan dunia Islam. Sesungguhnya mereka itu telah diperbodohkan oleh sistem sekular warisan penjajah kuffar.

Ya, Sultan Uthmaniyyah  akan kembali dan demi sesungguhnya, apabila Khilafah telah tertegak nanti, maka Khalifah akan menggerakkan bala tentera ini menuju ke Istanbul untuk menyambut ketibaan Sayiddina Mahdi (a.s).  Di situlah akan berlangsung satu upacara penyerahan peninggalan Rasulullah (asws) kepada Mahdi (a.s).  Beliau akan menerima segalanya dari tangan Khalifah. Pada ketika itu, kita akan menyaksikan kegerunan dan ketakutan menyusup masuk ke tubuh tentera-tentera kuffar, kita akan menyaksikan kemusnahan dan kebinasaan menimpa tentera-tentera kuffar.

ottoman-empireInsya Allah, seluruh dunia Islam akan diselamatkan dan disatukan di bawah satu payung pemerintahan yang diberkati Allah. Di kala ini, maka akan terbebaslah saudara-saudara kita dari belenggu negara-negara kafir penjajah, akan keluarlah saudara-saudara kita dari segala cengkaman sekular dan kekufuran. Dan akan berakhirlah segala penderitaan dan kesengsaraan umat Islam. Dengan bersatunya negara-negara kaum Muslimin di bawah Khilafah, maka akan lenyaplah segala kebatilan dan akan zahirlah agama Allah di muka bumi.

Jika kamu dapat menerima hakikat kebenaran yang disampaikan ini, pastinya kamu akan menemui keselamatan. Tetapi sebaliknya jikalau kamu mempunyai kesangsian dan ketidakyakinan , maka duduk dan berfikirlah sehingga ke-15 Syaaban dan pastikan kamu membetulkan pemikiran kamu itu. Kerana pemikiran dan idea-idea kamu tidak akan mengubah realiti. Pemikiran saya dan kata-kata saya juga tidak akan merubahnya. Tetapi saya kini sedang  berbicara dengan kata-kata yang telah disampaikan oleh Nabi (asws).

Jika kamu meyakini dan menghayati dari setiap kata-kata ini, maka kamu akan memperolehi keselamatan Dunya dan Ahiret .

Tiada sesiapa yang akan hidup pada zaman Mahdi kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka yang tunduk dan sujud kepada Allah swt pada setiap masa. Umat ini kini sedang dalam kondisi terlena dari agamanya. Keadaan umat ini bagaikan orang yang sedang tidur, yang terlena dari kesadarannya. Kita harus membangunkan mereka-mereka yang sedang terlena dalam kegelapan dunia. Kita harus memberi amaran kepada mereka supaya menukar haluan hidup kearah jalan hakikat yang sejati sebelum terlambat. Kita harus berkata, ‘jika kamu tidak sujud kepada Allah swt,  kamu akan disingkirkan dari permukaan bumi ini sewaktu kemunculan Mahdi (a.s). Kamu akan ditarik keluar dari dunia ini.’

tentera berkuda

Amat beruntung kepada sesiapa yang dapat hidup di zaman Mahdi (a.s), zaman dimana dunia akan diwarisi oleh hamba-hamba tuhan yang saleh. Dunia akan dipenuhi dengan keadilan dan kesaksamaan seperti sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan.  Seluruh penduduk langit dan bumi akan meredhai pemerintahannya. Islam akan masuk di seluruh cela dan liku-liku kehidupan masyarakat. Hukum Islam akan diterapkan di seluruh sisi kehidupan manusia dan pengaturan seluruh dunia akan teralisasi dengan hukum dan undang-undang Islam.

Di zaman itu, Setiap umat Islam akan hidup dalam penuh sukacita dan bahagia, tidak ada lagi yang perlu dirisaukan dan ditakuti. Mereka sentiasa dilindungi oleh pemimpin mereka yang sangat dikasihi dan berani. Keberaniannya memancar dan ketaqwaannya terang benderang menembusi hati-hati yang sebelum ini gelap pekat oleh zulmat dosa-dosa yang bertimbun-timbun sehingga jadilah hati itu hati yang suci bersih dan jernih laksana cermin yang baru digilap.

Demikianlah ibarat keadaan umat Islam pada masa itu. Betapa bahagianya mereka karena mendapat pemimpin yang benar-benar berjiwa pemimpin, bukan sekadar pemimpin yang berjiwa dunia seperti yang ada pada hari ini. Oleh itu, jadilah hidup mereka sangat aman damai dan bahagia sepanjang masa.  Itulah ciri-ciri ‘Zaman Keemasan’.  Inilah masa ketika nilai ajaran Al Qur’an akan menang dan tersebar luas, dan manusia akan sampai pada agama yang benar.

Dan sila dengar apa yang ingin saya sampaikan; Kita kini berada terlalu dekat dengan kejadian-kejadian yang sedang saya ceritakan ini. Kemunculan Mahdi (a.s) akan berlaku dalam masa yang terdekat. Mungkin lebih dekat lagi dari apa yang kamu fikirkan. Bersiap sedialah. Saya menyampaikan berita ini kepada kamu dengan segala kuasa yang telah diamanahkan ke atas diri ini. Ini bukan satu pembohongan. Sungguh saya tidak menipu kamu  kerana Nabi (asws) telah bersabda, ‘Bukan dikalangan umatku mereka yang suka menipu. Sesunguhnya orang –orang yang beriman tidak akan menipu dan mereka tidak akan tertipu.’

sheykh abd Kerim HzLihatlah dengan mata hati kamu kerana mata hati itu tak pernah buta. Saya tidak akan membuang waktu untuk membicarakan tentang satu penipuan kepada kamu dan meletakkan diri ini dalam bahaya. Tidak. Apa yang saya katakan ini adalah Haq. Haq itu sifatnya tinggi, sentiasa terjulang di pundak para pejuang. Menggenggamnya bagai menggenggam duri, menjunjungnya bagai menatang api.

Apabila Haq tuntas di minda, keadilan tersulam di jiwa, kepalsuan yang terhegeh membina megah akan direntap kebenaran yang menugu tulus.

Wa minAllahu Taufiq

Bi hurmatil Habib

Bi hurmatil Fatiha.

Sohbet Oleh SahibulSaif Sheykh Abd Kerim Effendi Hz

 

 

 

 

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s