SahibulSaif Sheykh Abd Kerim Effendi

https://osmanlijb.files.wordpress.com/2012/04/bismillah_1.jpg?w=256&h=83

Sheykh Abd Kerim (2)Sheykh Abdul Kerim al-Kibrisi mewakili Sultanul Awliya Maulana Sheykh Nazim al-Hakkani al-Kibrisi sebagai Khalifah beliau di seluruh dunia.  Beliau diberkati bukan sahaja dengan berketurunan Rasulullah (asws) malah juga merupakan keturunan diraja Kerajaan Uthmaniyah. Nama sebenar beliau ialah Aydogan Fuat, dan beliau telah dilahirkan di Kota Polibak, Cyprus pada tahun 1957 Masihi bersamaan 1377 Hijrah. Sejak kecil, beliau telah menerima sebaik-baik asuhan dan didikan agama dari Gurunya, Sultanul Awliya Sheykh Mevlana Muhammad Nazim al-Hakkani al-Kibrisi, Tuan Gurunya, Sheykh Abdullah Daghestani dan juga daripada ayahanda beliau, Haji Fuat Mehmet Savaskan.

Haji fuat Haji Fuat

Grandsheykh Mevlana Muhammad Nazim bersama Haji Fuat

Sewaktu zaman kanak-kanak dan remaja, beliau telah diasuh untuk menjadi seorang pengembala dan pengimpal besi yang mahir dan cekap. Gembala kambing merupakan pekerjaan Nabi Muhammad (asws). Peranan Tasawwuf sungguh besar dalam kehidupan beliau. Semenjak awal lagi beliau terdedah kepada pengaruh amalan-amalan dan ilmu tasawwuf, ayahandanya seorang yang beramal dengan amalan tasawwuf yang sangat warak dan beliau sendiri telah dibesarkan dalam suasana Tasawwuf berhampiran dengan Sheykh Nazim Kibrisi Hazretleri. Sheykh Abd Kerim telah hadir bagi hampir setiap sesi sohbet yang diberi Maulana Sheykh Nazim di Lala Pasha Jami, Magosa.

Pada Tahun 1973, beliau telah mendaftarkan diri untuk berkhidmat di angkatan tentera. Secara kebetulan, pasukan askar beliau merupakan briged Komando yang telah berjaya mengambil kuasa kota Marash pada tahun 1974. Dalam peperangan tersebut, beliau telah memaparkan semangat kepahlawanan yang cemerlang dan dianugerahi pingat  Gazi (Veteran) sebagai lambang bakti dan cinta beliau terhadap rakyat dan negara.

Selepas tamat peperangan, pada tahun 1976, Sheykh Nazim Hazretleri telah mengarah beliau untuk ke Amerika Syarikat dengan tujuan menyebarkan kebenaran, kedamaian dan keindahan Islam serta memupuk perasaan cinta terhadap kesucian agama Islam dikalangan rakyat Amerika. Pada masa yang sama, ketika berada di Amerika, Sheykh Abd Kerim telah berkhidmat sebagai wakil diplomat Kedutaan Cyprus di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sewaktu bertugas di PBB, beliau telah menyaksikan sendiri pengurusan ekonomi dan budaya rasuah yang diburukkan lagi dengan hipokrasi yang berleluasa dalam politik global. Beliau begitu kecewa apabila tidak dapat menemui kebenaran dan keadilan di kalangan pemimpin-pemimpin dunia dan sebaliknya apa yang ditemui adalah dunia politik yang dipenuhi tipu muslihat dan kelicikan.

Beliau meninggalkan jawatan di PBB untuk memulakan satu perniagaan kecil-kecilan dan meneruskan usaha mendidik dan menyemai benih-benih keimanan dan ketakwaan kepada Tuhan dalam jiwa gersang warga Amerika yang ketandusan Iman. Di negara ini, beliau telah memberi tumpuan sepenuhnya dalam membantu pelbagai lapisan masyarakat untuk mempertingkatkan tahap pemahaman mereka terhadap Islam. Tujuan murni ini telah dapat dicapai menerusi usaha gigih beliau dalam menubuhkan pusat-pusat Dergah.

islamic identity (2)

Pada pertengahan 1990-an, Sheykh Abdul Kerim telah menubuhkan sebuah pusat Sufi Naksibendi pertama di New York City. Pada tahun 2002, di Sidney Center New York , sebuah pusat Sufi Osmanli Naksibendi telah ditubuhkan di atas nama Sheykh-ul Islam, Mevlana Muhammed Nazim al-Hakkani.

Pusat Sufi yang juga dikenali sebagai Dergah merupakan ‘ambang pintu’. ‘Ambang pintu’ yang dimaksudkan ini sesungguhnya membawa seseorang menuju kepada Pencipta yang maha Agung dan di pusat Dergah inilah beliau telah menyebarkan dakwah Islamiah menerusi penyampaian sohbet/subha diikuti dengan majlis-majlis zikir. Majlis zikir turut diadakan di ibu negara, Washington D.C.

Islam menekankan pentingnya agar kaum Muslimin dan Muslimat menempuh cara hidup yang sederhana, dan di Osmanli Naksibendi Dergah ini, kesederhanaan menjadi tunggak amalan cara hidup seorang murid. Ini dapat dicapai apabila seorang murid itu mendekatkan diri kepada keindahan alam semulajadi yang jauh dari kesibukkan dan kekeliruan arus pemodenan. Selain memasak dan mengemas, murid akan diberi tugas seharian antaranya seperti mengembala kambing, menternak ayam dan itik, mengurusi ladang serta bercucuk tanam. Bermesraan serta menyesuaikan diri kepada alam semulajadi disamping berjinak-jinak dengan binatang akan dapat membantu seseorang itu untuk mengimbangi tenaga batin mereka. Ini seterusnya dapat memberi ketenangan di jiwa, meleraikan kekusutan di benak fikiran dan langsung membawa kepada keinsafan.

Sheykh Abdul Kerim juga telah giat merantau ke merata dunia untuk menyebarkan kebenaran di atas permukaan bumi ini. Beliau telah menubuhkan pusat-pusat Dergah Osmanli di beberapa negara seperti di  India, Germany, Peru, Argentina, China, Turkey, Cyprus, Malaysia, Florida, Virginia dan New Jersey.

china3germanindia2mustafperu11turkey1

Osmanli Derga Busrak47

Pendekatan dakwah beliau telah berjaya menarik ramai untuk menyelami kebenaran Islam dan sekaligus memeluk agama yang suci ini. Ramai di kalangan muda-mudi yang sedang terjerumus ke dalam gaung jijik penagihan dadah berserta dengan mereka yang hidup dalam kemurungan akibat kehidupan yang saban hari bergelumang dengan masalah demi masalah telah dapat beliau selamatkan dengan memberi suntikan kasih sayang Allah dalam hidup mereka. Berkat usaha murni yang berterusan ini, Sheykh Abd Kerim juga telah berjaya memulihkan dan menarik keluar penagih-penagih degil yang kehidupan mereka tidak pernah lekang daripada dihimpit penderitaan.

Dengan memperolehi sebidang tanah di sebuah perkampungan kecil di daerah Sidney Amerika, Sheykh Abd Kerim telah memenuhi impian beliau untuk mendirikan sebuah Pusat Dergah Osmanli. Di  Pusat Osmanli ini, beliau telah menghidupkan syariat dan mengembalikan keadilan kesultanan Uthmaniyah. Beliau sentiasa mengambil iktibar dari pencapaian terunggul Sultan-Sultan Uthmaniyah dalam bidang ilmu pengetahuan, kebudayaan dan perhubungan sesama insan. Sebagai cucu dari keturunan Sultan Uthmaniyah, Sheykh Effendi berusaha gigih untuk menyerapkan kebudayaan serta pekerti mulia Uthmaniyah dalam kehidupan seharian.

Disiplin menjadi tunggak utama bagi kehidupan di dergah. Tanpa disiplin, Dergah tidak mungkin wujud. Ia akan menjadi seperti sebuah kelab sosial di mana mereka akan datang untuk bersantai dan istirehat sambil bergosip, mengumpat, bertengkar, bergaduh dan menabur fitnah. Begitulah keadaannya jika disiplin diketepikan. Sesungguhnya disiplin merupakan benteng yang ampuh yang mampu mengekang permasalahan sosial.

sahibulsaiffSheykh Abdul Kerim al-Kibrisi mempunyai susur galur keturunan keluarga baginda Rasulullah (asws) dan juga dari Sultan Uthmaniyah. Dari sebelah ayahandanya, keturunan beliau menjejak kembali kepada Fatih Sultan Mehmet Khan.

Dari pihak ibunya, keturunan beliau menjejak kepada Hazreti Husein dan Ibn Abbas (r.a). Nenek sebelah ibunya adalah dari Awliyaullah, Salih Emir yang berketurunan  Hazreti Hasan dan Abdul Kadir Geylani. Ini menjejaki terus kepada Mawlana Jelaluddin Rumi.

Sheykh Abdul Kerim al-Kibiris telah kembali kerahmatullah pada 30hb Jun 2012 bersamaan 10hb Shaban 1433h, pada usia 54 tahun. Beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir di kediaman asal beliau, di kota Famagusta yang terletak di pulau Cyprus.

Jenazah beliau telah disemadikan di tanah perkuburan yang dikhususkan untuk para syuhada dari keSultanan Uthmaniyah yang telah gugur di medan pertempuran demi mempertahankan keutuhan agama Islam, untuk membela  Khalifah dan untuk terus menegakkan panji-panji Islam.

Sebelum meninggalkan Osmanli Dergahi NY untuk kunjungan terakhir beliau ke Cyprus, Sahib el-Sayf Shaykh AbdulKerim el-Kibrisi el-Rabbani telah melantik wakil beliau, Lokman Hoja Effendi, untuk meneruskan tugas-tugas dan perjuangan beliau. Perlantikan ini telah di terima dan disahkan oleh Sultan el-Evliya Shaykh Mawlana Muhammad Nazim Adil el-Hakkani. Sultan el-Evliya telah memberi pengiktirafan kepada Lokman Hoja Efendi dan beliau juga telah memberi ijazah (keizinan dan  kebenaran) kepada Osmanli Naksibendi untuk meneruskan misi menyebarkan kebenaran Allah swt di muka bumi ini. InsyaAllahur-Rahman, berbekalkan himmet dari Sheykh kami, maka adalah menjadi impian kami untuk meneruskan tugas dan perjuangan yang suci ini di bawah bimbingan Lokman Hoja Effendi Hz.

selh1

Wa MinAllahu Taufiq

Bi Hurmatil Habib

Bi Hurmatil Fatiha

border1border1border1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s