Satu Laungan Takbir

BismillahirRahmanirRahim

SATU LAUNGAN TAKBIR

Sheykh Effendi bertanya kepada seorang murid remaja : 

Apakah kamu masih ingat pada kawan-kawan yang telah lama pulang ke rahmatullah? Masihkah kamu ingat kepada mereka?

Tentu sekali tidak. Saya rasa kamu pasti tidak mengenangkan mereka kerana kesibukkan mengejar dunia saban hari. Pernahkah terlintas di benak fikiran kamu bahawa apa yang telah terjadi ke atas kawan yang telah lama pergi itu, akan juga berlaku ke atas diri kamu?

Adakah kamu memikirkannya?

Jika benar kamu turut memikirkan bahawa kematian itu akan menyapa diri kamu, maka apa yang menyebabkan kamu berkejar-kejaran di luar sana? Mengapa begitu taksub dengan harta kedunyaan? Mengapa harus dikejarkan sesuatu yang bersifat sementara? Hmmm?

Pelaburan akhirat usah ditangguh. Jangan ditunggu hingga ke saat-saat terakhir untuk untuk melakukan amal ibadah. Selalunya, pada detik-detik terakhir itu, padah yang menanti. Dan pada waktu itu, kamu tidak akan dapat melakukannya dengan sempurna.

Hidup ini adalah anugerah. Anugerah yang boleh ditarik balik pada bila-bila masa. Jangan kamu hanya sibuk melayani kehendak ego semata. Kamu sendiri tahu bahawa semua kesenangan di dunia ini bersifat sementara. Maka adalah lebih baik bagi kamu untuk menumpukan perhatian kepada sesuatu yang nyata, kekal dan abadi.

Segala nikmat duniawi, tidak kira dalam bentuk apa sekalipun, ia hanya sesuatu yang begitu mudah dan terlalu kecil dan tidak berkekalan.  Usah diubah kehidupan ini hanya untuk menikmati kemewahan yang singkat.

Allah sedang memerhatikan semua perbuatan hamba Nya. Sering diperhatikan bahawa hamba Nya akan menjerit-jerit sewaktu ditimpa kesusahan. Mereka akan mengeluh berpanjangan apabila kehendak mereka tidak dipenuhi.

Allah telah menurunkan pelbagai ujian ke atas diri manusia. Semua ini adalah untuk menduga daya ketahanan mereka. Begitu mudah bagi Allah untuk melaksanakan segala keinginan manusia. Namun Dia tetap ingin menguji kamu. Menguji untuk melihat bagaimana kamu mengharungi keperitan hidup.

Seringkali, manusia gagal dalam ujian hidup. Namun sifat Allah yang maha Pengasih lagi Pemurah telah membukakan lebih banyak peluang bagi manusia untuk mendapatkan sesuatu yang mereka idamkan.

Sekali lagi, akan dapat kita lihat bagaimana manusia mula berkelakuan lebih liar dan berlari lebih jauh dari perintah Allah sebaik sahaja keinginan itu dipenuhi. Mereka mula melupakan Allah dan melengahkan suruhannya. Adakah ini perbuatan yang disenangi  Allah swt?

Mari kita renung bersama.

Allah telah berfirman, “Andaikan dunia di sisi Allah seharga sayap seekor nyamuk; niscaya Allah tidak akan memberikan seteguk air pun untuk orang kafir”.

Telah Allah mengingatkan di dalam kitab Nya bahawa dunia dan segala yang berada di dalamnya itu tidak langsung mempunyai sebarang nilai di kehadirat Illahi.

Apa jua jenis kepuasan yang kamu nikmati di dunia tidak mempunyai sebarang nilai. Semuanya bersifat sementara, dan setiap apa yang bersifat sementara pastinya tidak akan memberi kepuasan. Adalah lebih bijak jika kita memberi keutamaan pada kehidupan yang abadi. Kita harus berusaha gigih untuk meraih kemenangan besar di akhirat.

Selagi masih ada hayat, selagi itulah kita harus  meneruskan usaha menanam saham akhirat. Jangan ditangguhkan lagi. Jika peluang untuk mengejar kebaikan ini terlepas, maka akan timbul persoalan sama ada kamu telah berjaya memiliki kenikmatan hidup di alam akhirat.

Ramai yang berkata, ‘Ohh…Syurga itu terlalu besar. Apa yang akan berlaku di sana? Mana mungkin semua manusia akan dimasukkan ke dalam neraka?’

Tentu sekali tidak. Setiap manusia akan menuju ke arah sesuatu yang telah mereka bina untuk diri masing-masing.

Jika semua umat manusia di dunia ini berada dalam kesesatan, ia tetap tidak akan mengubah penentuan Allah. Beliau berkata, ‘Kami akan mengambil kamu semula dan kami mampu untuk menciptakan  sesuatu yang baru. Kamu tidak berharga.’

Allah  berkata, ‘ kamu boleh memberi harga yang tertinggi bagi diri kamu dengan memandang ke cermin sambil memuji,’Oh! Aku kelihatan begitu cantik sekali!’

Ini adalah terlalu mudah bagiku. Kecantikkan dan segala-galanya dapat ditarik balik dengan sekelip mata. Begitu juga dengan kehebatan kuasa yang berada pada diri manusia. Semuanya boleh dilenyapkan dengan serta-merta.

Tidakkah kamu faham serta insaf mempelajari dari kisah yang berlaku di sebalik sejarah silam?

Mengapa kamu tidak menghayati kisah yang pernah menimpa manusia pada zaman silam dan mempelajari dari kesilapan mereka. Sesungguhnya Allah swt telah mencatatkan kisah-kisah ini di kitab-kitab suci sebagai pengajaran buat umat manusia.

Mungkin juga ramai yang tidak suka dengan apa yang terkandung di dalam Quran. Tidak mengapa, ambil kata-kata dari kitab Taurat.  Lihat apa yang disebutkan di kitab Taurat mengenai Namrud dan Ibrahim (as). Hayati juga kisah yang berlaku diantara Firaun dan Musa (as).

Apakah yang telah  Namrud umumkan kepada dunia?

Dia berkata, ‘Aku adalah Tuhan semesta alam. Semua ini adalah kepunyaan aku.’

Dek kerana kesombongan dan keangkuhan Namrud, Allah telah meletakkan seorang hamba dihadapannya yang berkata,

‘Tinggalkan keangkuhan kamu Ya Namrud. Bersujudlah kepada Tuhan yang telah menganugerahkan segala kuasa yang ada pada diri kamu itu.’

Namrud menjawab, ‘Tuhan? Akulah tuhan. Akulah pencipta.  Apa yang mampu dilakukan oleh Tuhan kamu itu?’

‘Dia memberi dan mengambil nyawa.’

‘ Ahhh….!! Itu mudah sekali. Aku juga boleh melakukan itu’ kata Namrud.

Diperintahkan dua orang tawanan penjara untuk menghadapinya. Seterusnya dia memberi arahan,

‘Aku akan bebaskan tawanan yang satu ini. Bererti aku memberi nyawa kepadanya.  Kepada yang satu itu, aku akan ambil nyawanya. Bunuh dia!’

Ibrahim (as) berkata, ‘ Kalau begitu keadaannya, Tuhan ku mampu untuk menerbitkan matahari dari  arah Timur. Dapatkah kamu menghentikannya dan menerbitkan pula dari arah Barat.’

Namrud mula menggeletar.  Sudah tentu dia tidak dapat melakukan keajaiban ini.

Ibrahim (as) mencabar terus, ‘ Lihatlah sendiri, tuhan yang kamu sembah itu tidak dapat melakukan perkara ini. Tetapi Tuhanku boleh.’

Untuk itu, Allah telah menjanjikan bahawa, ‘Sebelum berlakunya hari kebangkitan, kamu akan dapat menyaksikan, hanya sekali, terbitnya matahari dari arah Barat. Pastikan kamu sentiasa memohon keampunan hingga ke saat itu. Kerana, pada ketika matahari terbit dari arah Barat dan terbenamnya semula ke arah yang sama, semua pintu keampunan akan tertutup. Sebarang keampunan tidak akan diterima selepas itu.’

Hari-hari yang dijanjikan ini sedang berada terlalu dekat dengan kita. Malang sekali, manusia sedang asyik mengejar nikmat dunia bagaikan mereka akan hidup selamanya. Mereka berlumba-lumba untuk mencari penemuan-penemuan terbaru di muka bumi ini.

Ada yang sedang sibuk untuk membuat penemuan baru tentang serangga, penemuan tentang jenis haiwan itu dan ini seperti yang dapat kamu saksikan sendiri di chanel Discoveri.

Mereka begitu sibuk sekali dalam usaha membuat penemuan-penemuan baru.  Tetapi anehnya, tidak pernah saya melihat rancangan di chanel Discoveri yang mengisahkan tentang manusia membuat penemuan terhadap dirinya sendiri.

Apa kamu pernah menyaksikannya?

‘Manusia cuba untuk mengenal dirinya sendiri: Siapa itu Manusia?.’

Kamu sedang menuntut?  Ya. Dalam abad yang serba canggih ini, kita dapati bahawa orang ramai kini sedang sibuk menuntut ilmu.  Apa yang akan berlaku seterusnya?

Kamu akan mendapat segulung ijazah. Seterusnya? kamu akan berusaha mendapatkan pencapaian yang lebih tinggi. Dan seterusnya?

Apakah kamu telah menemui siapa diri kamu yang sebenarnya? Kenalkah kamu akan diri sendiri?  Fahamkah kamu betapa kerdilnya seorang insan yang bergelar manusia? Dan kepada insan kerdil ini, Allah swt telah memberi kurniaan kuasa serta hak yang tidak terkira nilainya. Bersama kuasa ini Allah telah berkata,

“Aku telah melantik kamu sebagai Khalifah, duta serta wakil Ku di muka bumi ini. Selagi kamu belum mencapai ke tahap seorang hamba bagi Ku, selagi Aku belum menerima kamu sebagai seorang hamba yang baik, selagi itulah pintu-pintu di langit akan tertutup bagi kamu.  Jika Aku senang dengan pengabdian kamu, akan Aku buka pintu-pintu langit seluas-luasnya.  Kamu bebas untuk memasuki kemana sahaja.’

Sekarang ini, manusia sibuk mencipta roket-roket untuk ke bulan dan bintang. Hah! Roket ciptaan manusia itu ibarat belalang yang sedang melompat-lompat.  Kejahilan manusia itu sendiri telah memberi salah tanggapan bahawa mereka telah mencapai ke arah kemajuan yang tertinggi.

Dengan megahnya mereka berkata, ‘kami telah mengirim sebuah teleskop yang jauhnya menjangkau ratusan…..jutaan tahun ke hadapan dan ia amat berguna kepada kita kerana telah dapat mengirim gambar-gambar serta imbasan. Ciptaan ini membolehkan manusia untuk meneroka hingga lebih sebilion tahun ke hadapan.

Di mana kamu? Apakah kamu mampu untuk menjejakkan kaki ke sana?

Kenyataannya, semua ini tidak mungkin boleh berlaku walaupun dalam dunia khayalan kamu. Hingga ke saat ini, masih lagi tidak diketahui jenis-jenis makhluk apakah yang wujud di luar sana.

Jika kamu lihat kembali pada rekaan-rekaan tersebut, akan kamu sedari betapa besarnya kuasa yang telah diberikan kepada manusia menerusi roh pemberian Allah swt. Sekiranya kamu mampu untuk mendalami pengertian di sebalik kewujudan manusia,  nescaya tiada tempat yang tidak dapat kamu terokai. Ini berberbeza dengan teknologi canggih ciptaan manusia yang mempunyai kegunaan terhad.

Maka Namrud membuat pengumuman, ‘Akulah Tuhan.’

Ibrahim (as) berkata, ‘gilakah kamu?  Kamu tidak boleh menjadi Tuhan dengan berkeadaan begini.  Insaf dan bersujud memohon keampunan. Allah telah meletakkan aku, hamba yang paling lemah dan hina, untuk berbicara di hadapan kamu.  Apa kamu masih tidak mengerti? Dan aku sekarang berdiri tegak di hadapan kamu. Aku telah berjaya untuk mematahkan kuasamu dan berdiri di hadapan sambil berbicara dengan kamu.’

Namrud menjawab, ‘Aku sangat marah dengan Tuhan kamu. Khabarkan padanya bahawa aku mengisytiharkan peperangan terhadap kerajaan langitnya.’

Maka Ibrahim (as) berkata, ‘Ohh…kamu kini sedang dalam bahaya.  Kamu isytiharkan peperangan? Tuhan ku sedikit pun tidak memandang pada diri mu yang hina ini.’

Namun perintah telah diturunkan kepada Ibrahim (as) yang mengatakan,’Katakan kepadanya Ya Ibrahim, Kami menerima. Kami menyahut cabaran itu. Akan Aku kirimkan pasukan tentera Ku untuk menentangnya.’

Namrud mengerahkan pasukan tenteranya untuk membuat persedian. Seperti masa kini, pemerintah di seluruh kawasan sedang mempersiapkan pasukan tentera, pasukan SWAT, tentera Udara, darat dan pelbagai persiapan, pengiraan, sambil berkata, ‘Kami adalah yang terhandal.’

Namrud pastikan hanya yang terbaik dipilih untuk misi peperangan ini. Dia berkata, ‘Sekarang, Tuhan dari kayangan akan datang untuk berperang dengan aku. Bersiap sedia. Ini bukan senda gurauan.’

Namrud membuat persediaan yang rapi bagi pasukan tenteranya. Sementara menantikan peperangan bermula, dia bertanya kepada Ibrahim (as), ‘Apakah tuhan kamu itu takut? Mengapa dia masih belum menghantar lagi tenteranya?’

Ibrahim menjawab, ‘Sabar. Ia sedang menghampiri. Tidakkah kamu nampak? Lihat di atas sana.’

Dan mereka ternampak satu titik hitam yang sedang bergerak di langit. Titik hitam itu semakin menuju dekat, dekat, lebih dekat hingga mereka semua bertanya, ‘Apakah itu?’

Ibrahim berkata, ‘Inilah pasukan tentera nyamuk. Teruskan dengan niat kamu untuk menghapuskan mereka. Silakan.’

Maka perperangan bermula. Nyamuk-nyamuk mula menyerang masuk ke dalam tubuh badan para tentera sungguhpun pakaian seragam telah menutupi seluruh anggota mereka dari hujung rambut ke hujung kaki. Tentera Namrud digigit teruk oleh nyamuk sehingga mereka rebah dalam keadaan mengerikan seperti tengkorak hidup.

Namrud yang ketakutan mula mengunci diri di dalam kamar teratas di istananya. Cermin kaca diletakkan di keliling kamar. Dia mengawasi setiap pergerakkan di ruang itu. Jiwanya bergetar.

‘Ya…ini adalah satu tindakan yang bijak. Aku bersembunyi’ fikir Namrud.

Tiba-tiba dia terlihat seekor nyamuk yang sedang menyelit masuk ke ruang kamar menerusi lubang kunci. Nyamuk itu mula berligar-ligar di dalam kamar.

‘Ohh! Apa yang harus aku lakukan?’

Hanya seekor nyamuk. Allah telah menerangkan bahawa nyamuk itu kurang sempurna anggota tubuhnya. Kaki serta sayapnya patah. Tidak seperti nyamuk-nyamuk yang lain.

Allah berkata, ‘Oleh kerana Namrud membuat pengakuan umum bahawa dia adalah Tuhan yang amat berkuasa, maka Kami telah mengirimkan seekor nyamuk yang paling lemah dikalangan tentera nyamuk itu.’

Begitu rumit sekali keadaan yang dihadapi Namrud. Dia terpaksa berlari-lari ke sana sini di sekeliling kamarnya untuk cuba membunuh hanya seekor nyamuk. Akhirnya, nyamuk itu menemui jalan masuk ke dalam tubuh Namrud menerusi rongga hidungnya.

Ini kisah benar. Nyamuk berjaya masuk ke dalam otak Namrud dan mula memakannya. Nyamuk menggigit sedikit demi sedikit. Setiap kali otaknya digigit, Namrud  menjerit, ‘Arrgghh!!!’

Kamu beranggapan bahawa sakit gigi itu amat perit rasanya bukan?

Jika dibandingkan dengan kesakitan yang sedang dialami Namrud,  keperitan sakit gigi itu tidak seteruk mana. Ini kerana sakit gigi berakibat daripada tersentuhnya urat saraf yang tersalur ke bahagian otak manusia. Bayangkan jika urat saraf di otak itu sendiri digigt bertalu-talu oleh seekor nyamuk. Peritnya bukan kepalang.

Meraung-raung Namrud dalam kesakitan. Saban hari rasa sakit semakin berlarutan. Akhirnya, oleh kerana terdesak dek kesakitan yang tidak terkawal, Namrud mula mengetuk-ngetuk kepalanya.

‘Ahhh…..’, lega dapat dirasakan apabila sakit mula reda setiap kali kepalanya diketuk. Sebenarnya, rasa sakit itu hilang kerana sang nyamuk henti bergerak.  Sebaik sahaja Namrud berhenti mengetuk, nyamuk mula bergerak dan rasa sakit kembali semula.

Lama kelamaan, tindakkan mengetuk kepala dengan tangan tidak lagi mendatangkan hasil . Namrud mula menggunakan sebatang tukul kayu yang besar. Dia menggenggam sebatang tukul gergasi manakala seorang pengawalnya memegang tukul yang satu lagi.

Namrud memberi arahan, ‘Setiap kali aku menjerit, kau hayunkan tukul ini sekuat yang mampu ke arah kepala aku.’

Begitulah keadaannya. Kepalanya diketuk dengan sebatang tukul dan sang nyamuk berhenti bergerak. Kesakitan reda. Tetapi untuk sementara. Selang beberapa minit, nyamuk bergerak semula dan mula menggigit. Namrud mengerang kesakitan sambil menjerit,

‘Kuat!Kuat! Kuat lagi!

Akhirnya, si pengawal yang diupah untuk melakukan tugas itu merasa bosan dengan gelagat Tuannya.

Bukalah. Buka kitab Taurat. Kisah ini ada tercatat di situ. Buka kitab Injil. Ia juga tertera di situ. Buka kitab al-Quran. Ia jelas dicatatkan. Kamu fikir kitab-kitab ini hanya mengisahkan cerita-cerita dongeng?

     

Kitab-kitab ini diturunkan pada waktu yang berbeza. Sebuah kitab diturunkan seabad yang lalu, sebuah lagi diturunkan berkurun-kurun yang lalu, dan yang sebuah itu beberapa abad yang silam. Namun, kisahnya tetap sama.

Akhir sekali, akibat merasa bosan melayan kerenah tuannya, pengawal itu mula menghayunkan tukul kayu dengan sekuat hati hingga menyebabkan tempurung kepala Namrud retak dan terbelah dua. Maka keluar haiwan yang kelihatan seperti seekor burung dari kepala Namrud. Nyamuk yang pada mulanya itu kecil telah menjadi begitu besar akibat memakan otak Namrud. Ia terbang keluar.

Apa tujuannya maka Allah memaparkan kisah-kisah sedemikian di kitab-kitab sucinya? Pernahkah kamu memikirkan hal ini?

Allah sedang memberi kita pengajaran dengan berkata, ‘Kamu hanya seorang hamba. Tidak lebih dari itu. Apa juga kedudukan serta martabat duniawi yang telah kamu capai sejauh ini, ia tetap tidak akan merubah hakikat yang kamu itu adalah seorang hamba. Jika kamu menyatakan sebaliknya, Aku tidak akan menerima. Sesiapa sahaja yang sedang berusaha untuk menjadi seorang hamba yang terbaik, Aku akan memberikan gelaran tertinggi kepada diri itu. Kamu akan Aku lantik sebagai seorang Sultan. Ini merupakan satu perlantikkan khas yang diturunkan terus dari Syurgawi. Tiada sesiapa yang dapat merebut gelaran itu dari kamu jika ia diturunkan dari atas situ. Dunia mungkin akan mengejar untuk mendapatkannya.  Mereka tidak akan berjaya. Ini adalah pemberian Istimewa. Pemberian Syurgawi.’

Kisah-kisah benar ini merupakan penjelasan serta didikkan Allah kepada manusia agar mereka tidak harus memiliki sikap angkuh. Ini sama sekali tidak dibenarkan.

Kisah Namrud yang takbur jelas mengajar kita bahwa insan kerdil lebih berupaya untuk menumpaskan mereka yang memiliki sifat angkuh yang tercela.

Satu lagi peristiwa yang Allah jadikan sebagai teladan bagi umat manusia adalah kisah Firaun yang bongkak. Dengan hanya sebatang tongkat, kuasa Firaun dapat ditumpaskan dengan serta merta. Allah swt memberikan tongkat itu kepada Musa (as) dengan berkata, ‘Dengan tongkat ini, kau jatuhkan kerajaan Firaun.’

tongkat Nabi Musa a.s

Dengan tongkat yang memiliki pelbagai mukjizat, Musa (as) mampu meruntuhkan kerajaan Firaun. Firaun yang bangga dengan menggelarkan dirinya Tuhan akhirnya mati lemas ditenggalami lautan luas. Begitulah kesudahan riwayat hidup Firaun.

Pada kurun ke-21 ini, siapa di antara manusia di muka bumi yang tidak menentang kuasa Allah? Hmm?

Manusia semua sedang melarikan diri sejauh yang mungkin daripada perintah yang diturunkan Allah.  Berbekalkan ilmu pengetahuan yang mendalam, manusia semakin berlari jauh untuk mengabaikan perintah Allah swt.

Mereka berkata, ‘Aku tidak suka kepada perintah itu. Aku hanya akan menurut  kemahuan ego.  Apa yang Allah inginkan dari ku,  itu amat tidak bersesuaian dengan ego aku.’

Manusia kurun ke-21 kini tidak akan dihukum menerusi seekor nyamuk atau pula sebatang tongkat.  Bagi golongan ini, hanya satu perkataan sudah mencukupi. Perkataan yang menjadi kebencian ramai manusia, terutama sekali mereka di Barat. Itulah laungan Takbir, ” Allahu Akhbar! ”

Bergetaran seluruh anggota tubuh manusia. Takut dan cemas. Hanya dengan satu laungan Takbir. Hinggakan para ahli Sufi sendiri turut berkata, ‘ Jangan disebutkan itu wahai saudaraku’

Hmmm.  Apa yang menyebabkan jiwa mereka menggeletar ketakutan?

‘Allahu Akbar!’

Laungan takbir ini akan membawa kepada keruntuhan serta menamatkan kejahilan kurun ke-21. Satu laungan Takbir oleh Mahdi (as) akan mengakhiri segala kezaliman.

Saya begitu yakin sekali, menurut ilmu yang telah dibuka kepada diri ini, bahawa hampir semua yang berada di sini akan menemui hari yang dijanjikan itu. Tetapi awas. Pastikan bahawa kamu berada di pihak yang benar dan bukan pada yang batil.

Sebelum takbir itu dilaungkan, kuasa nuklear yang sedang sibuk dibina manusia, akan  tercetus, mengorbankan nyawa berbilion manusia. Cubalah kamu berusaha untuk menghentikan semua ini. Arahkan pemerintah kamu agar menghentikannya. Mustahil. Mereka tidak mampu untuk melakukan itu. Kerana, mereka juga yang akan turut menggunakan kuasa nuklear.

Usah dibimbangkan. Mereka yang dihiasi Nur dari syurgawi tidak harus khuatir kerana  serangan nuklear tidak akan dapat menembusi Nur itu. Ia akan terhenti di situ. Tidak kira di mana kamu berada, kamu sedang di bawah perlindungan Allah. Berlarilah untuk segera mendapatkan perlindungan itu. Nescaya kamu akan selamat. Kerana mereka yang lainnya, semua akan musnah. Tiada sesiapa dan apa pun yang dapat menyelamatkan kamu.

Manusia kini sedang sibuk membina kawasan perlindungan bawah tanah untuk menyembunyikan diri dari peristiwa  dahsyat yang bakal berlaku. Namun bumi ini juga akan turut dilenyapkan. Seluruh bangunan-bangunan akan runtuh dan ditarik ke bumi dengan sekelip mata. Ia akan lesap.

Kejadian sebegini sedang berlaku pada saat ini, tetapi mereka tidak mengumumkan. CNN tidak menayangkan. Ia sedang berlaku di pelbagai daerah di dunia ini dan ia telah berlaku di kawasan yang ketandusan kampung-kampung atau bandar-bandar.

Ianya sedang berlaku ketika ini. Lubang besar terbuka dan menelan segala yang berada di permukaan bumi. Kemudiannya, keadaan akan kembali normal seakan tiada apa yang telah berlaku. Kota tempat penginapan kamu akan turut rebah ke bumi dan ditenggelamkan.

Begitulah keadaan yang telah dijanjikan.

Oh..manusia abad ke-21 yang sombong dan bongkak. Di manakah akan dapat kamu berlari? Kamu amat degil dengan keiinginan ego. Ini telah menimbulkan kemurkaan Allah. Allah sangat murka terhadap manusia kurun ke 21 yang terlalu angkuh, degil dan bakhil.

Seperti yang pernah saya katakan, kaum Muslimin harus bersujud  memohon keredhaan Allah serta perlindungan dariNya terhadap kejadian yang semakin hampir menimpa.

Adalah mustahil bagi mereka yang tidak bersujud untuk menemui perlindungan, sungguhpun mereka itu bergelar muslimin yang mempercayai Allah dan Rasulnya (sws). Mustahil.

Terhadap golongan kafir, perlindungan tertakluk pada sifat murah hati mereka. Dengan memiliki sifat ini Isa (as) akan datang untuk mengarahkan mereka ke jalan yang menuju ke destinasi yang benar.

Pada saat ini, kuasa tidak lagi terletak di tangan manusia. Ianya berada di dalam genggaman para Awliya Allah.

Namun kebenaran tidak diberi untuk mereka menggunakan kuasa itu. Mereka tidak akan menggunakannya melainkan Isa (as) yang akan datang untuk membentangkan serta menerangkan kepada seluruh umat manusia bahawa, ‘Akibat dari sifat murah hati kamu itu , sekarang ikuti perintah yang aku bawa padamu. Berserta dengan ini, aku juga membawa perintah dari Rasul mu yang terakhir (sws).’ Maka mereka semua akan bergegasan ke arah itu insha Allah ar-Rahman.

Wa min Allahu tawfiq

Bihurmatil Habib

Bihurmatil Fatiha

– Sheykh Abd Kerim Effendi

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s