Wujudkah demokrasi dalam Islam? (bahagian I)

BismillahirRahmanirRahim

WUJUDKAH DEMOKRASI DALAM ISLAM?

Murid : Kebelakangan ini, kedengaran suara-suara sumbang dari pelbagai pihak cendekiawan Islam, para Ulama dan juga termasuk beberapa orang Seyh–Seyh yang hangat memperkatakan tentang kewujudan Demokrasi dalam Islam.

Sheykh Efendi : Di mana mereka?

Murid :  Mereka berada di merata dunia. Sebahagian daripada mereka yang menetap di Amerika mengaku diri sebagai ahli Salafi atau ahli Tariqat dan ahli Sufi. Mereka bersatu hati dalam mengatakan bahawa system Demokrasi wujud dalam Islam dan prinsip-prinsip demokrasi tidak bertentangan dengan Islam.

Sheykh Efendi : Mereka semua bersetuju? Tiada seorang pun yang membantah?  Huh, Ini jelas membuktikan bahawa daya pemikiran yang sempit dan pengetahuan yang cetek telah menguasai diri mereka.

Murid : Mereka berani membentangkan hujah-hujah dan bukti untuk menyokong kenyataan yang dibuat itu.

Sheykh Effendi : Islam menyokong demokrasi? Apakah buktinya?

Murid : Menurut pendapat serta falsafah yang ditemui, mereka mengatakan bahawa manusia pada awalnya hidup berpecah-belah dan terbahagi  kepada  beberapa kelompok dan puak. Seterusnya, berlaku perebutan kuasa dikalangan kelompok dan puak-puak tersebut untuk menjadi pemimpin.

Sheykh Efendi : Tawba Ya Rabbi, Astaghfirullah. Apa lagi yang mereka katakan?

Murid : Sama keadaannya dengan apa yang sedang berlaku pada sistem demokrasi masa kini, begitu juga prinsip yang diterapkan pada waktu duhulu.

Sheykh Effendi : (menyindir) Ya…ya, mereka akan bertengkar sesama sendiri, Orang ramai akan menyaksikan dan membuat pemilihan. Mereka akan pergi membuang undi. Pengiraan undi akan dibuat dan keputusan diumumkan.  Salah seorang akan menerima undian yang terbanyak maka dia akan menjadi pemenang dan mengalahkan pihak yang lain. Begitu?

Murid : Ya. Mereka sepakat mengatakan bahawa semua para Sahaba-e Kiram telah mengundi Hazrat Abu Bakar (ra) sebagai pemimpin.

Sheykh Efendi : Para sahaba pergi membuang undi?

Murid : Ya Sheykh, itulah yang mereka katakan. Seperti sistem pengundian masa kini, para sahaba juga turut membuat pemilihan dengan cara mengundi.

Sheykh Efendi : Ohh… Jadi, berapa ramaikah di antara para sahaba yang telah mengundi Abu Bakar Siddik (ra)?

Murid : Kesemuanya.

Sheykh Effendi : (tersenyum) Mereka semua mengundi Abu Bakar Siddik (ra)?

Ternyata mereka yang membuat pengakuan sebegini tidak memahami apa-apa pun yang telah mereka sendiri katakan.

Pertama sekali, harus kita fahamkan bahawa sistem Demokrasi-hipokrasi ini langsung tidak diterima oleh dunia Kristian. Usah kita persoalkan tentang sistem pentadbiran Islam dahulu. Kita ketepikan bahagian ini buat sementara. Mari kita lihat pada  pentadbiran kaum Yahudi. Adakah mereka menerima demokrasi?

Tidak. Agama Ibrahim ini juga turut menolaknya.

Cuba kita imbas kembali seratus tahun yang silam di negeri Amerika syarikat. Adakah negara ini mengamalkan prinsip demokrasi? Begitu juga dengan Perancis, London, Germany, negeri-negeri yang telah mengetuai perang Salib  yang telah menentang bermati-matian kerajaan Islam, apakah mereka itu menubuhkan sistem kerajaan demokratik?

Apakah sistem pengundian Demokrasi ini wujud di Amerika 100 tahun yang silam? Bagaimana pula di Perancis? Di London? Germany? Adakah negeri-negeri yang mengetuai perang Salib menentang Islam turut mengamalkan dasar pentadbiran Demokrasi?

Bilakah konsep demokrasi ini diperkenalkan dan berapa lama tempoh kewujudannya? Siapa di antara kamu yang tahu?

Tidak mencecah ke seratus tahun lamanya. Malah bukan pula lapan puluh tahun dan tidak juga lima puluh tahun. Ini kerana jika diamati dengan mendalam, kesemua gabungan rejim-rejim yang mengaku mengamalkan dasar demokrasi, pada dasarnya mereka  adalah gerakan politik dibawah kuasa diktator. Cuba kamu buat penyelidikan sendiri. Akan kamu dapati bahawa hingga ke saat ini, bersembunyi di sebalik tembok-tembok dan tirai besi  yang bergelar demokrasi adalah kuasa diktator yang sedang memerintah. Inilah yang sedang berlaku di seluruh dunia.

Usah dipertikaikan maksud sebenar  demokrasi. Mari kita fahamkan dulu perintah Allah terhadap sekian umat manusia. Apakah Allah pernah berkata, ‘Perintah mengikut dasar-dasar politik itu dan ini’ atau Allah swt telah menegaskan  dalam firmannya yang bermaksud, ‘Perintah menurut hukum-hukum yang telah Aku tetapkan.’  Yang mana?

Umat Islam masa kini menyokong terus sistem demokrasi. Ini jelas kelihatan terutama sekali di kalangan rakyat Mesir dan mereka ini juga telah, secara terang-terangan, melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap puak Yahudi.  Sungguhpun begitu, mereka masih menjalini perhubungan perdagangan yang erat dengan kaum Yahudi.

Begitu juga dengan Kerajaan Saudi.  Dengan secara lantangnya mereka telah menganggap kaum Yahudi sebagai seteru kuat. Namun ini semua adalah satu alat propoganda yang bertujuan untuk mengaburi pandangan mata dunia Islam. Bagi yang termakan dengan muslihat pihak Saudi, mereka akan mengakui bahawa, ‘Saudi dan Yahudi sedang bermusuhan.’  Tetapi disebalik pengakuan palsu ini adalah jalinan hubungan perdagangan  yang akrab di antara mereka.

Bagaimana pula keadaannya dengan kerajaan Palestin?

Orang ramai telah memberi penghormatan tinggi terhadap pemimpin mereka Yasir Arafat. Mereka bangga untuk mengatakan bahawa, ‘Dia adalah wira yang mengetuai perjuangan menentang Israel.’ Tetapi hakikat nyata yang tidak digembar-gemburkan ialah beliau memiliki wang berbilion-bilion dolar yang telah dilaburkan ke dalam projek-projek milik syarikat Yahudi di merata dunia.

Setelah kematian Arafat,  segala harta kekayaan itu telah diwasiatkan kepada isteri beliau yang beragama kristian. Tidak sesen pun daripada harta itu telah diagih-agihkan kepada umat Islam yang sedang menderita kemiskinan. Allah Allah.

Semua ini telah ditunjukkan kepada masyarakat Islam. Tetapi mereka masih terus dibuai kelekaan.  Akibat hanyut di dalam dunia khayalan mereka, kaum muslimin tidak sekadar kehilangan agama, malah maruah dan harga diri turut tergadai. Daya pemikiran mereka menjadi semakin lemah akibat sifat leka dan sambil lewa yang telah sebati di dalam naluri  dan jiwa umat Islam.

Inilah keadaan umat Islam yang sedang giat menyokong sistem Demokrasi. Apakah yang telah mendorong mereka?

Sheytan.  Sheytan telah berjaya berbisik ke telinga mereka dan dia telah mengatakan, ‘Aku yang bertanggungjawab dalam membantu kamu semua dalam mencetuskan rusuhan berdarah  di Perancis.’

Revolusi Perancis merupakan suatu detik bersejarah di mana sistem pentadbiran dunia mengalami satu rombakan yang terbesar.  Bagi mereka yang mengamati  maksud yang tersirat di sebalik peristiwa kejam  revolusi Perancis akan dapat dilihat betapa kuasa-kuasa pemerintahan diRaja telah dipupuskan.

Revolusi Perancis menentang keras kewujudan kuasa-kuasa diRaja. Mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa Raja mempunyai kuasa mutlak. Ini termasuk juga raja-raja yang menguasai di negeri Barat.

Mari kita lihat pada keadaan di negara Britain. Apakah mereka telah menyingkirkan terus kuasa diraja?

Britain adalah sebuah negara yang mengekalkan sistem pemerintahan beraja atau Monarki.  Kerajaan Great Britain ini telah mengumumkan kepada dunia bahawa matahari tidak pernah dan tidak mungkin akan terbenam di daerah itu.

Terdapat kebenaran di sebalik pengakuan ini.  Cuba kita perhatikan betapa sinaran sang suria telah berjaya mereka terbitkan dari arah Timur dan menyinar terus hingga ke Argentina.  Kibaran bendera Union Jack dapat kita lihat di seluruh pelusuk dunia termasuk juga di kepulauan-kepulauan kecil.  Ternyata benar bahawa matahari tidak pernah terbenam di negeri itu. Mereka telah berjaya menakluki dunia.

Apakah rahsia di sebalik kuasa hebat kerajaan Great Britain?

Jawapannya terletak  pada sistem pentadbiran yang dipimpin oleh kuasa-kuasa diRaja. Malah jika dilihat pada kerajaan negeri ini, kuasa mutlak tidak berada di dalam tangan seorang Raja, bahkan ia telah dikuasai oleh pimpinan seorang Ratu. Dan Ratu yang bertakhta ini telah memainkan peranan utama dalam perkembangan empire Great Britain. Rakyat negeri ini mungkin mengatakan, ‘kami kini menyokong sistem demokrasi,’ tetapi pada masa yang sama, seluruh rakyat jelata masih memberi penghormatan yang tertinggi kepada kerabat-kerabat diRaja.

Jika dilihat pada negeri-negeri yang masih mengekalkan sistem monarki, walaupun terdapat kekurangan di sana sini, namun masalah yang dihadapi itu tidaklah terlalu merumitkan. Ini adalah kerana mereka mempunyai sebuah sistem pemerintahan yang kukuh dan bersepadu.

Adakah kerajaan Sepanyol (Andalusia) pernah menjadi sebuah kerajaan yang amat berkuasa?

Ya. Di satu masa dahulu, Andulusia telah berjaya mencipta kegemilangan yang menakjubkan. Dikala Eropah dilanda Zaman Gelap tetapi Andalusia terus bersinar dengan kemajuan dan kegemilangan yang dibawa oleh kerajaan Islam.

Begitu juga keadaannya dengan kerajaan-kerajaan di Belanda dan Belgium. Mari kita jelejah ke daerah yang lebih jauh dari sini, iaitu di benua Nusantara di negeri Malaysia dan di Brunei.

Ya, Brunei juga diberi gelaran Darussalam dan mereka berhak untuk membawa gelaran tersebut.  Sultan Brunei kini sedang mengembangkan sayap dengan memiliki hampir separuh daripada tanah bendang di Australia, New Zealand and beberapa lagi buah negeri. Semua ini sengaja tidak dihebohkan dan diumum kepada dunia.

Itulah kewibawaan seorang Sultan. Sultan Hasan Husayni. Hasan, seorang sultan daripada Ahl-il Bayt.  Pelajari cara-cara beliau memerintah negeri Brunei.

Usah hanya dipandang dari aspek luaran, kerana dari sudut itu, ramai yang sedang  berusaha keras dengan pelbagai cara untuk menumpaskan beliau.

Apakah kamu pernah melihat rakyat Brunei yang datang ke negeri (Amerika ) ini dan mengatakan, ‘Oh, saya amat cintakan Amerika?’

Pernahkan kamu mendengarkan ini?

Malah, yang seringkali kita dengari adalah luahan hati dari rakyat Egypt dan Saudi yang berkata, ‘saya begitu tertarik dan jatuh cinta pada Amerika!’

Ya,kamu menyintai Amerika. Itu sudah semestinya kerana di negeri ini, kamu akan memiliki kebebasan yang diidam-idamkan.

Kamu bebas untuk berkeliaran ke sana dan ke sini seperti haiwan-haiwan liar. Dan mereka akan datang mendekati kamu untuk membisikkan, ‘jangan takut. Di sini, kamu bebas untuk hidup liar seperti binatang. Sedutlah Hashish. Kamu tidak memilikinya? Tidak mengapa, kami akan membekalkan seberapa banyak yang kamu ingini.’

Di kemudian hari kelak, mereka akan mengatakan, ‘kami akan menyerang Afghanistan!’

Apa sebabnya?

Kerana mereka telah menghentikan penanaman Hashish. Orang-orang Taliban telah membuat perjanjian dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menghapuskan 95 peratus daripada penanaman Hashish.

Apakah kesannya terhadap Amerika? Bagaimanakah cara untuk mereka mendapatkan bekalan hashish yang berterusan?

Jika pihak mereka telah memutuskan bekalan,  maka hancurlah harapan Amerika untuk terus meraih keuntungan besar dari hasil  penjualan ini. Dan jika bekalan terputus, adalah amat rumit bagi mereka untuk memperdayai pemuda-pemudi Islam menerusi penagihan dadah.

Dan mereka akan berkata, ‘Jika kita tidak melakukan semua ini, jika kita tidak berjaya untuk melekakan umat Islam, ini akan membawa padah kepada kita semua kerana dengan tenaga batin yang mereka miliki, tatkala mereka membaca kitab suci mereka dan melaungkan ‘Jihad,’ semuanya akan menjadi terlambat bagi kita. Kita tidak akan berdaya untuk menyekat kemaraan mereka.

Lihat saja pada sejarah silam, betapa kita telah melancarkan Perang Salib, kita telah melakukan pelbagai usaha untuk memecah belahkan mereka namun semuanya tidak mendatangkan hasil. Kita tidak berjaya untuk mematahkan semangat kepahlawanan dan perjuangan Islam mereka. Tetapi dengan cara mengkhayalkan mereka, kita telah mampu untuk mengawal mereka.’

Begitulah langkah-langkah yang telah disusun rapi oleh pihak musuh untuk menjatuhkan umat Islam di seluruh dunia.  Berbalik kita sekarang pada persoalan pokok, iaitu dasar pentadbiran Demokrasi.

Sheytan berkata, ‘Aku telah membantu kamu semua. Dalam revolusi Perancis itu, kita telah berjaya melenyapkan kuasa-kuasa diraja dan dengan serta-merta, begitu ramai sekali diantara mereka-mereka  yang jujur dan berhemah tinggi telah kita seret semuanya ke tali gantung untuk dibunuh!’

Dengan terkikisnya pemerintahan Raja-Raja berdaulat, baruah-baruah dan anak-anak haram mula mengambil alih kuasa dan menerajui tunggak kepimpinan negara. Bukankah ini yang telah berlaku?

Sultan dan Raja-Raja dijadikan tawanan penjara dan bila tiba waktunya, seorang demi seorang, kepala mereka telah dipancung.

Apakah yang dilakukan seterusnya?

Anak-anak haram yang tidak mengenali asal usul diri sendiri telah dilantik menjadi pemimpin yang menyandang jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran negara. Mereka yang tidak tahu menguruskan diri sendiri, dan terdapat sebilangan besar daripada pemimpin negara yang terlibat dalam skandal-skandal seks, rasuah dan pelbagai jenis kegiatan maksiat yang dilaknati Allah  swt, inilah yang telah dipillih untuk diberi kuasa penuh dalam memimpin sesebuah negara.

Apakah ini Demokrasi yang dibangga-banggakan manusia?

…….bersambung di bahagian II……..

Wa min Allahu Taufiq

Bihurmatil Habib

Bihurmatil Fatiha

– Sheykh Abd Kerim Effendi

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s