Kunci ke Syurga (bahagian I)

BismillahirRahmanirRahim

Sohbet oleh Hoja Lokman Effendi                                                                                            Khalifah bagi Sheykh Abd Kerim El-Kibrisi  el-Rabbani

Kunci ke Syurga (bahagian I)

Medet.

Mari sama-sama kita perbaharui kalimah syahadat kita dan menyatu demi Allah dan Rasulullah sws.

Ashadu an-la ilaha il-Allah wa ashadu anna Muhammadan Abduhu wa Rasuluhu. Salallahu Ta’ala alayhi wa alihi wa sahbihi wa sallim.

Auzubillahi min ash Shaytanir ajim. BismillahirRahmanirRahim

Kami mohonkan sokongan dari Sheykh kami Sahibul Saif Sheykh Abdul Kerim El Kibrisi el-Rabbani.

Memperbaharui Shahadat adalah memperbaharui keimanan kita. Rasulullah sws bersabda, ‘Wahai Ummatku,  hendaklah kamu sentiasa perbaharui iman kamu. Dan rebutlah peluang di bulan yang sebaik-baik bulan ini untuk perbaharui agama kamu. Sesungguhnya agama kamu akan menjadi usang dan tua. Segala amalan berpuasa, memberi zakat, menunaikan haji  adalah bertujuan untuk memelihara haqq, memelihara shahadat.

Usah disangka bahawa dengan hanya sekali melafazkan kalimah Shahadat ini, maka iman telah berjaya menembusi qalbi. Hmm?

Seperti yang tercatat dalam al-Quran, dan juga telah acapkali diulangi Sheykh kami hazretleri bahawa, ‘kamu adalah seorang Muslim tetapi  ini tidak bererti  bahawa kamu telah menjadi seorang mukmin.’ Ungkapan ini turut diperkatakan dalam al-Quran.

Kalimah syahadat  yang dilafazkan harus menembusi ucapan lidah. Seterusnya, harus ditanamkan kepercayaan dan memantapkan keyakinan tentang keesaan Allah. Tiada tuhan yang  disembah melainkan Allah.

Apakah ertinya?

Pengertiannya amat luas dan mendalam.  Walau sedalam mana sekalipun kamu menyelam, nescaya kamu tidak akan dapat melengkapi lautan ilmu yang merupakan inti kepada tuntutan terkandung di dalam kalimah Shahadat itu.

Apakah tujuannya maka kita berada di perhimpunan ini? Mengapakah kita menjadi ahli Tarikat? Mengapa harus kita mengikuti Sheykh? Mengapakah kita mengasingkan diri dari dunia yang tidak layak digelar Syurga. Malah lebih tepat lagi jika digelarkan sebagai ‘Neraka Dunia’.  Mengapa?

Ya. Kejahilan manusia telah merubah dunia menjadi neraka. Alam akan selalu berubah. tetapi perubahan yang semakin rusak oleh ulah manusia. Mereka telah merubah segala jenis makanan dan minuman menjadi racun.

Lihatlah sendiri  betapa udara amat tidak senang dengan manusia, bumi ini semakin “marah” akibat perbuatan manusia yang semakin melampau. Kesuraman langit jelas menggambarkan rasa kurang senang mereka terhadap manusia.  Begitu juga dengan haiwan-haiwan dan tanaman  serta tumbuhan yang turut menunjukkan ketidakpuas hati mereka terhadap manusia kurun ke 21 yang semakin zalim, semakin rakus dan tidak berperikemanusiaan.

Demikianlah sikap manusia yang sombong dan angkuh, ego dan tidak bertanggungjawab.  Hidup hanya untuk kepentingan diri sendiri. Hidup untuk ego, menyembah ego, menyembah segala-galanya selain dari Allah swt.

Jadi, apakah tujuan kita berada di Tarikat ini?

Tiada lain tujuannya, hanya untuk beribadah kepada Allah swt. Untuk memperbaharui Shahadat serta memperkukuhkan, menjernihkan serta menghidupkan kalimah suci ini. Ya.

Ashadu an la ilaha il Allah wa ashadu anna Muhammadan Abduhu wa Rasuluh. Salallahu ta’ala alayhi wa alihi wa sahbihi wa sallim.

Tiada yang berhak disembah. Tiada yang berhak disembah. Hanya Allah.

Amalan penyembahan berhala di negara Arab, di Mekah, dan di merata kawasan, semuanya telah lama dihapuskan. Berhala-berhala dan segala bentuk  patung-patung telah dimusnahkan.  Kota Mekah dan kawasan-kawasan di negara Arab telah bebas dan bersih daripada penyembahan berhala. Ya. Memusnahkan patung-patung berhala, itu adalah satu tugas mudah. Seperti yang sering dikatakan oleh Sheykh kami, Sheykh Effendi,

‘menghapuskan patung-patung berhala itu adalah tugas mudah. Tetapi apa yang menyusuli sesudah itu adalah lebih mecabar, iaitu berperang di dalam Jihad yang lebih besar,  Jihadul Akhbar, Jihad menentang nafs, menentang ego, menentang keinginan yang semakin menebal dan membara. Keinginan yang hanya mementingkan diri sendiri.’

Semua ini adalah sifat-sifat negatif yang telah lama bersarang di dalam hati manusia. Dan kita harus berusaha sedaya upaya untuk melenyapkan semua itu dari dalam hati. Ini merupakan jihad terbesar. Peperangan menentang hawa nafsu.

Jihad ini bukanlah jihad fisikal yang memerlukan kelengkapan senjata-senjata terkini yang canggih seperti pedang atau senapang. Tidak. Jihad kali ini memerlukan kamu berhadapan dengan diri sendiri untuk melawan hawa nafsu.

Ya. Kita berada di tariqat ini. Dan tujuan utama kita di sini adalah untuk berperang di dalam jihad yang  akan berterusan hingga ke hari Pengadilan kelak. Selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah peperangan ini harus diteruskan. Tiada kesudahannya.

Usah disangkakan bahawa ego ini akan memberi kamu peluang untuk berehat. Usah difikirkan bahawa ego akan berkata , ‘sekarang tiba masanya untuk aku berehat dan meninggalkan kamu  seorang diri.’

Tidak. Ego tidak akan pernah terlelap, walau sedetik sekalipun. Sheytan tidak pernah terlelap, segala bentuk kejahatan tidak akan pernah cuai meninggalkan kamu sendirian. Hanya murid-murid kami yang sering terlena sungguhpun berada di hadapan kami, mereka begitu asyik dibuai mimpi. Ya, tidurlah sehendaknya. Nantikan sahaja. Nantikan. Nantikan. Sheykh Effendi mempunyai pelbagai cara untuk  membentuk keperibadian kamu. Kamu tidak akan dapat terlepas daripada genggamannya. Beliau akan berusaha dengan cara tersendiri untuk membentuk kamu. Ini adalah amaran yang terakhir bagi seluruh umat manusia, bagi diri saya sendiri dan juga bagi semua yang hadir.

Ini adalah ajaran Sheykh kami. Ajaran- ajaran yang kekal dan segar abadi.  Ajaran yang tidak akan pernah kami perkecilkan. Malah ianya akan sentiasa kami hidupkan dan akan kami junjung tinggi untuk diterapkan ke dalam kehidupan seharian untuk dijadikan sebagai pegangan, pedoman, arahan, petunjuk hidup di dunia.

Ya, itulah tujuan kami. Tujuan utama kami. Untuk mengikis segala bentuk ‘penyembahan’ yang masih melekat di hati.

Jangan kamu katakan, ‘tugas aku telahpun selesai. Semuanya telah tamat. Huh, kini aku berada jauh dari bahaya. Aku telah menyelamatkan diri.’

Ramai yang sedang berkata demikian.  Itulah yang membezakan di antara kita dan orang-orang Kristian.  Huh, mereka berkata, ‘aku menerima Jesus sebagai Tuhan dan penyelamat. Maka aku kini terselamat. Aku bebas melakukan segala-galanya. Segala bentuk kejahatan,  kejahilan melayan kehendak ego dan kepentingan diri sendiri, aku bebas melakukan semua itu namun aku tetap akan terselamat dan ditempatkan di syurga.’

Di manakah letaknya keadilan?

Islam adalah adil. Keadilan Islam adalah keadilan yang nyata. Pemerintah Kesultanan Uthmaniyah telah memerintah rakyat dengan adil dan bijaksana. Shariat Islam membawa keadilan kepada alam sejagat.

Kamu telah melafazkan kalimah shahadat, ini bererti kamu mengakui keesaan Allah. Kamu kini mempunyai tanggungjawab yang tersendiri. Kamu tidak bebas untuk melakukan sehendak hati.

Muslim, kurun ke 21 menggelarkan diri mereka sebagai ahli Sufi dan ahli Tarikat dan masing-masing mempunyai anggapan yang tersendiri tentang perkara ini. Tidak. Bukan dengan cara yang kamu fikirkan itu. Keadaannya  tidak pernah begitu. Mereka yang paling merasa takut kepada Allah swt adalah para sahabat dan para Rasulnya. Ya. Tetapi manusia masa kini, iaitu manusia yang bersifat bodoh sombong itu telah berkata, ‘kami menerima. Tetapi kami tidak akan melakukannya.’

Itulah maksud dari kata-kata  Sheykh kami,  Sheykh Effendi Hz. Beliau berkata bahwa amanah al-Quran telah ditawarkan kepada gunung-ganang. Gunung-ganang yang dimaksudkan itu bukanlah gunung-ganang yang dapat dilihat secara fisikal ini. Apa yang beliau maksudkan itu adalah para ahli Qutub, para sahabat Allah swt yang telah diberikan amanah untuk memegang sertai mengimbangi keadaan dunia. Merekalah yang bertanggungjawab dalam memastikan keseimbangan dalam keadaan dunia. Dan disebabkan kesucian jiwa dan keimanan kukuh mereka ini maka kita masih dapat meraih rahmat Allah.

Tidakkah kamu melihat sendiri?

Sebahagian daripada negeri Amerika kini dilanda kemarau.

Kemarau yang berpanjangan semakin menghampiri kita. Ianya sudahpun berada di sini. Ramai yang sedang menderita dan ramai lagi yang akan mengalami penderitaan.

Dengan lenyapnya kehadiran fisikal Sheykh kami, limpahan rahmat Illahi telah berhenti  diturunkan. Semua yang berlaku ini adalah kerana mereka. Jangan kamu fikirkan  bahawa ini semua berpunca dari kamu atau saya.

Ya, amanah al-Quran telah ditawarkan kepada langit, bumi dan gunung-ganang, namun mereka semua menolaknya.  Apakala ia ditawarkan kepada manusia, makhluk  yang bodoh dan jahil itu dengan bangganya sanggup menerima dan menanggung amanah itu.

Tidak. Tujuan kami ke mari adalah untuk memperbaharui keimanan kami. Untuk mengakui bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah swt, dan untuk menghapuskan segala penyembahan selain Allah dari dalam hati.  Kami berpegang teguh kepada ajaran Sheykh kami yang berlandaskan ajaran Rasulullah (sws). Ini terkandung dalam bahagian kedua dari ucapan kalimah shahadat, ‘Ashadu anna Muhammadan abduhu wa rasuluhu.’

Kita tidak dapat memisahkan kedua-dua bahagian ini.  Ini adalah kerana cara untuk mendekati Allah adalah untuk melenyapkan segala bentuk pemujaan di dalam hati dan seterusnya meyakini bahawa tiada Tuhan yang disembah selain Allah. Dengan keyakinan yang kukuh ini, kamu mula untuk mengenali diri sendiri dan ini adalah kunci bagi kamu untuk mengenal Allah. Dengan kesedaran ini, kamu mula untuk menyembah Allah swt menerusi panduan, wahyu dan ajaran sunnah Rasulullah. Keduanya tidak dapat dipisahkan, ia mempunyai kaitan yang amat rapat.

Ya. Itulah yang dilakukan oleh umat Islam masa kini  yang amat bodoh. Mereka mula untuk memisahkan keduanya dan hanya memberi tumpuan kepada La ilaha Il Allah. Mereka melupkan Muhammadan Rasulallah.

Ya Hu, Bagaimana dapat kamu mendekati Allah tanpa melalui Rasulullah (sws). Ini bermaksud bahawa kamu telah menafikan Kerasulan Baginda. Hmm?

Ketahuilah bahawa seratus dua puluh empat ribu para nabi tidak akan menjadi nabi jika terlebih dahulu, mereka tidak mengiktirafi Muhamad sebagai Rasulullah.  Sayyidal Evvelin vel Ahirin.

Ya. Menerima Rasulullah (sws), bukan setakat menerusi kata-kata ucapan. Bukan dengan sebutan secara lisan.  Kita harus mengamalkan segala ajaran baginda dan menerapkan segala sunnah baginda ke dalam kehidupan seharian. Kita harus pastikan bahawa gaya hidup yang diamalkan setiap hari adalah gaya hidup Islam. Bukan gaya hidup Islam yang telah kita ubah suai dengan perubahan masa dan arus pemodenan. Itu adalah kesalahan yang teramat besar. Kesalahan  yang telah mengundang kemurkaan Allah swt terhadap Umat Islam masa kini.

Sejak kejatuhan khilafat pada tahun 1923, sejak umat Islam mengatakan, ‘kami tidak akan menerima sebarang Khalifa Allah. Kami juga tidak akan menerima sebarang khalifah yang mewakili Rasululla (sws).’ Sejak ini diistyiharkan, saban hari kita dikejutkan dengan berita bencana alam serta malapetaka yang melanda di merata dunia. Dan begitu banyak sekali kaum Muslim, para Umat Islam yang telah tewas dan semakin terjerumus  ke lembah penderitaan yang tiada bertepian. Keadaan sedih ini akan berterusan dan mereka tidak akan dapat keluar dari kemelut hitam ini hinggalah kedatangan Sahibuz Zaman yang akan melaungkan takbir.

Tujuan kami disini adalah untuk mempersiapkan diri bagi peristiwa yang bakal berlaku itu. Ya. Jangan kamu beranggapan bahawa tujuan kemari adalah untuk bercuti sambil menenangkan fikiran. Ini bukan sebuah pusat percutian. Tiada percutian dan persaraan dalam Islam.

Sekiranya kamu belum dimaklumkan lagi, dan saya pasti bahawa ramai diantara kamu telah mengetahuinya, bahwa salah satu wasiat terakhir Sheykh Effendi, pesanan terakhir beliau sebelum beliau kembali ke Rahmatullah, sebelum beliau dighaibkan dari pandangan mata kasar, sebagaimana khilafat dighaibkan dari  penglihatan umum, beliau telah berkata,

“Saya telah didatangi seorang murid yang menyampaikan pesan Rasullullah (sws) kepadanya yang berkata, ‘beritahu Sheykh Abdul Kerim Hz untuk memberi amaran kepada murid-muridnya agar mereka sentiasa berada dalam keadaan suci. Mereka harus sentiasa mensucikan diri mereka dan bersiap sedia  kerana masa semakin suntuk.’”

Fahamkah kita? Fahamkah kita akan maksud yang tersirat ini?

Ini adalah dari Sheykh Kami. Apakah kita memahaminya, bahawa pesanan ini adalah dari Rasul kita (sws)? Adakah kita faham bahawa amaran yang jelas nyata telah disampaikan kepada kita oleh Seyyidal Evvelin vel Ahirin? Apakah erti semua ini?

Apakah ertinya bahawa kita harus membersihkan diri, kita harus mensucikan diri dan kita harus menghindari segala kekotoran duniawi dan mengisi diri dengan sifat terpuji dan berada dalam keadaan bersiap sedia?

Bagaimana dapat kita melakukan ini jka kita tidak bersatu hati dalam menghidupkan Sunnah Rasulullah (sws) seperti yang telah diajari oleh Sheykh kami yang telah menerima asuhan terus dari Sultan el-Evliya?

Ya. Kita sedar di mana kedudukan kita kini.

Kita bukan sesiapa. Hanya makhluk ciptaan Illahi yang bersifa lemah yang sedang membutuhkan keampunan dan keredhaan Allah swt agar diberi kekuatan untuk berdiri teguh di atas jalan Islam, untuk memelihara tinggi kalimah Shahadat. Untuk mengekalkan nilai tinggi Shahadat. Serta menyanjung tinggi kemurnian shahadat seperti yang telah dimuliakan Allah (swt) ke atasnya.

Ya, Allah telah meletakkan Shahadat ini di tempat yang paling tinggi darjatnya. Dan Shahadat inilah yang akan menjadi kunci ke Syurga. Kunci untuk menemui keselamatan terletak pada Shahadat.

Tetapi Sheykh Effendi juga telah berpesan, ‘kunci ke syurga terletak pada Shahadat. Tetapi jika kamu tidak menyayangi sesama insan, sayang dalam ertikata kamu saling memelihara hak sesama manusia, memelihara lidah dan adab berbicara, membantu mereka yang memerlukan bantuan, dan menjalinkan hubungan yang baik tanpa mengira keturunan, darjat, warna kulit, dan agama.  Tidak menyayangi sesama insan bererti kamu menjauhkan diri, kamu membuat fitnah yang menyimpang dari ajaran dan sunnah Rasulullah sws seperti yang telah dibawa oleh Sheykh kamu. Kamu telah bertindak menurut ego dan bukan mengikut kebijaksanaan akal fikiran. Sekiranya kamu melakukan semua ini, ia seakan kamu tidak pernah melafazkan Shahadat.’

WaminAllahu Taufiq

Bihurmatil Habib, Bihurmatil Fatiha

Sohbet oleh Hoja Lokman Effendi

27 July, 2012

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s