Waris el-Enbiya- Pewaris Rasulullah sws

BismillahirRahmanirRahim

 Pewaris Rasulullah sws

SelamunAleykum ve Rahmetullah ve Berekatuhu

Shukur YaRabbi Estagfurullah

Elhamdulillah,

Kami mohonkan  sokongan dari Sheykh kami Sahibul Saif Sheykh Abdulkerim el Kibrisi el Rabbani

Yang berpegang teguh kepada ajaran Grand Shaykh kami, yang  menuju ke jalan Rasulullah sws.

Jalan yang membawa cahaya menerangi kegelapan alam ini terutama di kawasan ini. Kawasan yang ketandusan cahaya, kerana  terbitnya Sang Suria hanya  di ufuk timur.

Kawasan barat ini hanya dapat menyaksikan tenggelamnya Suria. Namun Sheykh  kami telah diutuskan di kawasan barat ini, di tanah Amerika, dan beliau membawa bersamanya cahaya Rasulullah sws, cahaya hidayah yang menerangi  jiwa, yang menyuluh kegelapan hidup,  yang menegakkan kebenaran.

Sewaktu pertama kali berada di negeri ini, beliau telah diamanahkan untuk menyebar kebenaran indahnya Islam,  menyebarkan ajaran Tariqat, untuk menyemai cinta dan kasih Rasulullah sws di bahagian dunia ini yang langsung tidak mengenali Islam dan memahami erti Islam yang sebenar. Jika  pun mereka pernah mendengar tentang Islam,  itu tiada lain selain daripada fitnah-fitnah besar terhadap Islam yang mengatakan bahawa ia adalah agama teroris yang paling kejam di dunia.

Alhamdulillah, kami telah diberi peluang untuk mengenli  dan berada di bawah asuhan beliau. Demi cinta kepada Allah swt dan Rasul-Nya sws diiringi dengan berkat kesabaran dan ketabahan, beliau telah menarik kami keluar dari kemelut kekusutan dan belantara dunia yang seumpama Neraka ini.

Ya, semakin hari, keadaan dunia kini semakin tenat berbanding dahulu. Gambar-gambar dan berita-berita yang memaparkan kekejaman manusia yang membuas semakin berleluasa. Dunia telah berubah menjadi Neraka.

Alhamdulillah,  kami telah dibawa di atas pergunungan ini jauh dari kehidupan hingar bingar kegiatan manusia duniawi agar dapat  menguatkan keimanan, menghidupkan jiwa tasawuf,  menghidupkan Islam dan menerapkan sunnah Rasulullah sws  ke dalam kehidupan seharian bagi membentuk peribadi yang mulia.

Tujuan kami berada di pergunungan ini, tujuan kami mengambil beyat dari Sheykh kami, bukanlah untuk menunjuk-nunjukkan kehebatan diri dan sikap ego yang tinggi,  bukan untuk  membentangkan pendapat-pendapat serta  buah fikiran dan sekaligus berbangga dengan kebijaksanaan diri . Tidak. Kami datang ke mari, memberi beyat kepada beliau untuk mengatakan, ‘Sameena wa ataana  – kami hadirkan diri dan kami patuh pada arahan.’

Pengakuan sebegini adalah satu penyiksaan bagi ego kami. Mendengar kata-kata hikmah, mentaati seruannya dan mematuhi segala suruhannya merupakan sesuatu yang dibenci oleh ego. Ini kerana ego mempunyai naluri semulajadi untuk mendengar dan menderhakai.

Allah telah memberi perintah kepada  ego, ‘Langkah ke hadapan.’

Namun ego berundur ke belakang.  Ego berdegil. Ego menentang perintah Allah.  Apabila Allah berkata kepada  ego, ‘bergerak ke kiri,’ ego mula bergerak ke kanan.  Apabila Allah bertanya kepada ego manusia, ‘Siapa Aku dan siapa kamu?’

Ego menjawab,  ‘Kamu adalah kamu dan aku adalah aku! Kamu wujud, dan begitu juga dengan aku, aku juga wujud! Kamu adalah Tuhan dan aku adalah Tuhan!’

Dengan bangganya ego mengisyitiharkan dirinya sebagai paling berkuasa. Dan ego itu benci untuk mengaku Tuhan selain dari dirinya. Itulah ciri-ciri sikap shaitan, kerana shaitan juga mengakui, ‘Ya, Allah adalah Tuhan kami, tetapi menurut apa yang aku inginkan. Menurut apa yang aku ingin Tuhan itu lakukan.’

Apabila Allah swt berkata kepada Adam a.s, ‘janganlah makan buah dari pohon ini yang akan menyebabkan kamu celaka dan termasuk orang-orang yang zalim.’

Allah meletakkan sekatan ke atas Adam a.s dan ibu kita Hawa Ana.  Namun mereka telah melanggari perintah Allah. Mereka melakukan kesalahan itu dan Adam a.s amat menyesali perbuatan mereka. Mereka bertaubat dan menangis memohon keampunan. Namun Allah telah menetapkan keputusan yang tidak dapat di robah lagi lalu menurunkan mereka ke bumi yang sudah lama terbentang, di mana mereka juga dapat hidup, tetapi harus dengan bersusah payah, dan dengan mencucurkan keringat, kadang-kadang juga airmata.

Dengan mata berlinangan, sedih dan takut, Adam bersimpuh menundukkan kepala di hadapan Tuhan minta ampun. Dan apabila diturunkan ke bumi, Adam AS menangis terus, merayu memohon keampunan sambil berdiri sebelah kaki di pulau Sri  Lanka.  Beliau berada dalam keadaan begitu selama tiga ratus tahun dan Allah menerima taubat Adam dan Hawa serta mengampuni perbuatan pelanggaran yang mereka telah lakukan, namun mereka masih tetap bersedih hati kerana itulah sifat semulajadi roh manusia.

Allah swt telah menciptakan manusia dari suatu saripati yang berasal dari tanah dan Dia telah memasukkan roh ke dalam jasad manusia. Dan roh itu mempunyai sifat yang tidak ingin mengingkari Penciptanya. Roh itu tidak ingin menimbulkan kemurkaan yang Maha Besar, yang Maha Agung. Ia tidak ingin menimbulkan kemarahan Pemiliknya, ia tidak ingin membuat Tuhannya marah.

Tetapi  ego mempunyai ciri-ciri yang amat bertentangan dengan roh.  Di antaranya ialah ia menolak Tuhan, menolak kebenaran, ia  suka membangga-banggakan diri dan ia lebih suka untuk memerintah daripada diperintah. Ego sentiasa mencabar yang haqq  dan mengalu-alukan kebatilan.

Sewaktu Allah swt memerintahkan shaitan untuk bersujud kepada Adam a.s, dengan sombongnya dia berkata bahawa ini adalah sesuatu yang tidak dapat diterima oleh akal.

Berapa ramaikah diantara kita yang kini sedang berbuat begitu?

Berapa ramaikah diantara mereka-mereka yang mengaku mengikut seorang Tuan, mereka mengaku berpegang kepada seorang Rasul, mereka mengaku bahawa mereka mempunyai seorang Sheykh, namun mereka turut mengatakan seperti apa yang dikatakan shaitan : ‘perkara ini tidak dapat diterima oleh akal. Kebijaksanaan ini tidak dapat menerima apa yang dikatakan oleh ketua saya.’

Shaitan berkata, ‘Tidak! aku hanya bersujud kepada Mu. Aku tidak akan bersujud kepada si dia itu yang baru sahaja engkau ciptakan,  yang sendiri tidak pernah bersujud kepada Mu. Mengapa harus aku sujud kepadanya? Dia yang sepatutnya sujud kepada aku!’

Sudah tentu Shaitan tidak akan bersujud kepada Adam kerana dia mempunyai agenda yang berbeza.

Agendanya adalah untuk mendapatkan Makam-il Mahmud. Apabila dia melihat kepada Makam-il Mhamud yang telah Allah swt ciptakan, dia berkata, ‘Aku inginkan itu. Ia harus menjadi milik ku.’

Shaitan tahu bahawa dia tidak layak untuk  menduduki makam itu dan dia juga  tahu bahawa makhluk baru ciptaan Allah swt yang  membawa cahaya Rasulullah sws, adalah yang lebih layak untuk makam itu.

Maka dari saat itu hingga ke hari ini Shaitan berusaha untuk menyesatkan manusia dengan kesesatan yang amat jauh. Dia mula untuk menuju ke arah yang bertentangan dengan apa yang Allah swt telah sediakan untuk anak-anak Adam:

“Walakad karamna bani Adam – Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam.”

Para rasul telah diutuskan, Rasulullah sws penutup para Nabi, telah diutuskan dan pewaris-pewaris baginda(sws) berserta dengan para Awliya Allah, dan Sheykh-sheykh terutama sekali yang berada di perjalanan terunggul ini, telah diutuskan untuk menyedarkan diri dari lamunan, memberi keinsafan dan membuat kita lebih hargai kehidupan ini dengan mengisi kekosongan jiwa dengan kemuliaan. Di situlah terletaknya kemuliaan seperti sabda Allah swt:

“Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam.”

Ini merupakan salah satu tujuan utama bagi para Sheykh-sheykh, para sahabat Allah, para Murshid, iaitu untuk merubah naluri dan hawa nafsu kita dari nafsu Amarah untuk mencapai ke tahap nafsu mutama’in. Untuk mengekang dan melawan nafsu yang sedang bersekutu dengan shaitan agar diri menjadi lebih tabah untuk taat dan bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Untuk menjadikan ego sebagai kenderaan yang dapat ditunggani oleh roh yang akan membawa kita ke darjat yang lebih tinggi.

Mustahil bagi kita untuk mencapai tujuan murni ini hanya menerusi pembacaan buku-buku ilmiah. Kita tidak boleh melakukannya secara bersendirian. Kita juga tidak boleh melakukannya secara berkumpulan. Matlamat yang mulia ini hanya dapat dikecapi dengan bersertakan seorang Murshid, seorang Sheykh, seorang waris el-Enbiya, pewaris Rasulullah sws.

Fatiha. Ameen.

Sohbet oleh Hoja Lokman Effendi

 Ogos, 2012

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s