Bersatu menghadapi musuh

BismillahirRahmanirRahim

lokman Effendi

Bersatu Menghadapi Musuh

Islam masa kini dipersenda dan dihina hampir setiap hari dan setiap masa. Di merata-rata dunia, maruah umat Islam semakin tercabar dan terluka. Sudah tidak terhitung rasanya penghinaan yang dilakukan oleh golongan kuffar ke atas agama Allah. Mereka semakin berani menghina Rasulullah (sws) secara terang-terangan.

Maruah umat Islam telah dihumban ke tahap yang paling rendah. Puncanya terletak di bahu kita, kaum muslimin yang telah mengingkari pemerintahan Khalifah. Seratus tahun yang lalu, umat Islam telah bersatu hati dalam membubarkan Sistem Khilafah Islamiah. Ini merupakan titik tolak dalam urutan strategi yang didokong oleh pihak kuffar demi untuk meminggirkan Islam daripada aspek kehidupan.

Umat Islam masa kini menyokong terus sistem demokrasi. Di bawah sistem demokrasi, punca kuasa terakhir terletak di tangan rakyat. Kuasa menggubal undang-undang, struktur kerajaan dan kuasa pemerintahan berada di tangan rakyat. Mereka inilah yang menentukan siapa yang akan memegang tampuk kuasa kerajaan. Mereka merasa bangga kerana diberi kuasa untuk melantik pemimpin masing-masing dan mereka inilah golongan yang menentang sebarang usaha untuk mendirikan Daula Khilafah bagi mengembalikan kemuliaan dan kekuatan Islam.

Kaum Muslimin menyokong sistem demokrasi, nasionalisme dan sekularisme. Mereka semakin tenggelam dalam suasana hidup yang tidak berpedoman dan maka selama itulah agama suci kita ini akan terus dihina oleh musuh Allah tanpa pembelaan.

Marilah kita bersatu sebagai satu ummah. Umat yang ditunjangi dengan kekuatan akidah daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Marilah kita bangkit dan bersatu dalam menghadapi musuh dengan berpegang teguh kepada ajaran dan sunnah Rasulullah sws, memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak diri agar tidak termasuk perangkap musuh yang amat dashyat.

Hoja Lokman Effendi

December 15, 2012

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s