Di manakah para Ulama dan pemimpin Islam?

BismillahirRahmanirRahim

Hoja Effendi

Di manakah para Ulama dan pemimpin Islam?

Syariat Islam amat mengambil berat hubungan antara lelaki dan wanita. Pergaulan antara lelaki dan wanita di satu tempat dalam bentuk pandang memandang, perbualan atau sebarang bentuk interaksi yang lain tidak dibenarkan dalam Islam. Wujudnya pemisahan antara lelaki dan wanita dalam kehidupan adalah asas pembentukan Ummah.

Namun kehidupan manusia Abad ke 21 yang berjiwa lemah tanpa kekuatan roh Iman dan Islam telah merapuhkan sendi-sendi tegaknya masyarakat Islam yang tertib, teratur, dan beradab.

Sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi telah menggalakkan para pelajar untuk meluaskan pergaulan dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti sosial demi untuk menyemai benih-benih perpaduan di dalam jiwa pelajar-pelajar. Akibat daripada pergualan bebas yang tidak mengenal batas sempadan maka nilai-nilai Islam yang masih ada dalam diri itu telah terhakis sedikit demi sedikit.

Pelajar-pelajar lelaki dan wanita kini sudah tidak lagi segan silu untuk duduk semeja kononnya untuk membincangkan soal apa?

Sains? Perubatan? Seni Bina?

Bukan setakat itu. Malah mereka juga duduk bersama untuk membincangkan soal pengetahun agama. Mengenai Hadis, Tafsir dan Tasawwuf.

Ke manakah hala tuju orang Islam? Di manakah para Ulama dan pemimpin Islam?

Para ulama dan ilmuwan Islam tidak harus berdiam diri dalam menyaksikan keruntuhan adab dalam masyarakat Islam yang semakin hanyut dibawa arus gaya hidup modenisasi. Mereka harus bangkit untuk menyuarakan kebenaran serta memberi amaran bagi mereka yang ingkar kerana dalam Islam pemimpin dan pemerintah itu adalah wakil Allah.

Mereka di amanahkan Allah menjalankan tanggungjawab untuk menanam benih taqwa yang teguh di dalam jiwa ummat Islam. Dan mereka mempunyai peranan penting dalam melindungi serta membantu ummat menyediakan perisai pelindung diri daripada fitnah akhir zaman dan fitnah Dajjal yang sangat dahsyat.

Hoja Lokman Effendi

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s