Jemaah Islam yang bersatu

BismillahirRahmanirRahim

jemaah

Jemaah Islam yang Bersatu

Sheytan tidak ingin melihat hamba-hamba Allah (s.w.t) menjadi Jemaat yang bersatu. Dia akan sentiasa berusaha mencari jalan untuk memisahkan manusia, memecah belahkan manusia sebagai puak-puak yang berjauhan dan bermusuhan sesama mereka. Dengan cara ini, amat mudah bagi sheytan untuk menguasai manusia. Dan dalam abad ke-21 ini, sheytan telah melakukan tugas yang yang terbaik dalam mencapai matalmatnya yang terunggul itu.

MashaAllah, manusia di abad ke-21, mereka tinggal bersebelahan dan berhampiran antara satu sama lain tetapi mereka tidak mengambil berat tentang keadaan jiran tetangga. Ini bukan cara hidup Islam.

Islam mementingkan hubungan mesra dan layanan baik kepada jiran. Biarpun mereka itu bukan Islam, jelasnya mereka mempunyai hak sebagai jiran dan kamu harus sentiasa mengambil berat keperluan jiran serta menghulurkan bantuan apabila diperlukan.

Malangnya, Muslim pada hari ini langsung tidak prihatin dalam usaha menjalin hubungan erat satu sama lain. Malah mereka juga tidak memberi salam kepada sesama Muslim apabila berada di masjid. Apabila kamu mengucapkan salam kepada seseorang, dengan pelik dia akan bertanya, ‘Apakah saya mengenali kamu?’

Dan saya akan sentiasa menjawab, ‘memang saya kenal kamu. Kamu tidak ingat?’

Dia kata, “Tidak,”

Saya berkata, “Qalu Bala. Di Hari Perjanjian. Sudahkah kamu lupa?”

Dia menjawab, “Huh. Kurang siuman. Orang ini pasti kurang siuman.”

Tidakkah ini yang berlaku kepada kita? Apakah kita hairan dengan keadaan begini?

Tidak. Kerana Nabi Muhammad (s.a.w) pernah berkata, ‘ kejahilan yang berlaku di akhir zaman adalah jauh lebih buruk jika dibandingkan dengan kejahilan yang berlaku pada zaman jahiliya yang pertama.’

Ya. Inilah yang semakin berleluasa.

Maka adalah penting untuk kita mengakui, ‘Ya kita berada di penghujung akhir dunia ini, di Akhir Zaman, Jahiliya yang kedua,’ dan kita harus berusaha untuk bepegang teguh kepada Adab dan Sunnah Rasulullah (s.a.w).’

Jika ini tidak diusahakan, maka disebalik pengakuan Iman kamu itu, kamu akan menemui diri itu berada di jalan kekufuran. Dan di akhir bagi jalan itu adalah sebuah pintu yang menuju ke arah kehancuran yang menjunamkan diri ke lembah Neraka.

Setiap kali kamu menyedari kesilapan diri, haruslah kamu insaf dan berpatah balik ke pangkal jalan. Kamu harus kembali ke Siratul Mustaqim. Tidak kira sejauh mana kamu telah tersesat, kamu harus kembali mencari jalan Kebenaran. Usah diteruskan perjalanan yang membawa kepada pintu kebinasaan. Usah diketuk pintu itu.

Kamu harus berpatah balik untuk mencari jalan keredhaan Illahi.

Şeyh Abdul KerimEffendi Hz

October 2012

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s