Kebaikan hanya akan datang kepada kita bersama jemaah

BismillahirRahmanirRahim

Hoja Lokman Effendi

                     Kebaikan hanya akan datang kepada kita bersama jemaah

Tarikatuna sohbet, fil kahyri min jami’at

Pir bagi tarikat kami, Hazret Shah Naqshband Rahmatullah ‘alaih telah berkata, ‘cara kita berterusan menerusi assosiasi, dan kebaikan akan terserlah apabila berada dalam jemaah.’

Terdapat ramai kaum Muslimin yang kini berkata, ‘kami ingin memisahkan diri dari jemaah. Kami lebih senang hidup bersendirian dan menerajui diri sendiri.’

Ya, sememangnya kamu bebas untuk memililh haluan hidup sendiri. Kami tidak mempunyai sebarang kuasa keatas diri kamu untuk memaksa atas apa juga pegangan yang kamu pilih. Tetapi mengertilah, Shah Naksibendi mengatakan bahawa kebaikan hanya akan datang kepada kita bersama jemaah. Beliau tidak berkata bahawa kebaikan itu akan wujud menerusi perpisahan, pengunduran dan pengasingan diri, atau melalui penderhakaan.

Rasulullah sws turut mengatakan bahawa, ‘Deen i-Nasihat, ’ Agama adalah nasihat. Sendi pokok dan tiang utama dalam Agama Islam adalah nasihat. Agama Islam berdiri tegak diatas upaya saling menasihati, maka harus kita selalu saling menasihati diantara masing-masing individu muslim.

Sheykh kami pernah berkata, ‘walau hanya untuk lima minit, berhimpunlah kamu. Tidak kira dua, tiga, empat atau lima orang. Yang penting, seorang daripada kamu memberi nasihat, manakala yang lainnya mendengar. Dengan cara ini, kita akan mendapat manfaat dari kata-kata nasihat itu.’ InshaAllah. Dan kita juga akan mendapat rahmat dan hidayah dari Allah swt.

Jika kita mengambil kata-kata dari sohbet yang diberi oleh Sheykh kami, hayati maksudnya serta menerapkan nasihat yang diberi dalam hidup seharian, maka kemenangan akan menanti kita. Jika tidak, katakan sahaja, ‘aku hanya menurut keinginan ego.’ Dan Ego yang telah berjaya mempengaruhi minda kamu akan berkata, “Jangan serahkan diri kamu kepada sesiapa. Jangan mendengari nasihat mereka. Serahkan hanya kepada ku.”

Ego tidak pernah lekang menipu manusia dengan tujuan untuk mengheret kita ke jahannam. Ego akan terus memperdayai diri manusia agar kita akan bersekutu, bukan dengan sahabat dan kekasih Allah tetapi dengan sahabat sheytan. Dengan sheytan.

Maka itu, Sheykh kami menganjurkan agar kita sentiasa berdoa, ‘‘ya Rabbi, jangan Kau biarkan diri ini diperdayai oleh ego walau hanya dalam sekelip mata sekalipun.’

Hoja Lokman Effendi

December 9 2012

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s