Kegemilangan Uthmaniyyah akan kembali

BismillahirRahmanirRahim

Uthmaniyyah

Kegemilangan Uthmaniyyah akan kembali

Kegemilangan Uthmaniyyah akan kembali memuncak dan berserta dengan kehadiran mereka, adalah persepaduan dan keselarasan hidup yang wujud di antara seluruh umat manusia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan bahasa.

Kerajaan Uthmaniyyah tidak pernah memerintahkan rakyatnya untuk merubah bahasa mereka. Mereka tidak pernah berkata, ‘ubah bahasa kamu. Tukar cara kamu berpakaian. Ubah segala-galanya dan hidup seperti Robot.’

Tidak. Malah mereka akan berkata, ‘simpan rahsia kamu. Peliharalah bahasa masing-masing kerana terdapat rahsia yang tersirat di sebalik bahasa-bahasa kamu itu. Allah telah menganugerahkannya kepada setiap diantara kamu.’ Dan keindahan bahasa ini akan semakin terserlah apabila ianya diungkaikan dan diungkapkan melalui kata-kata khas sebagai pujian kepada Allah yang maha Rahim, dan kepada kekasihNya, baginda Rasulullah sws.

Kita kini berada di ambang kemunculan Sahibul Zaman dan di saat ini juga, kita sedang berada di penghujung bagi akhir zaman, penghujung waktu dunia. Bangkitlah wahai umat Muhammad yang telah lama tertidur dalam kelambu Jahiliyah. Marilah kita bersatu sebagai satu ummah yang terdiri daripada pelbagai bangsa, kaum dan etnik, dan sama- sama kita berpegang teguh kepada pewaris Rasulullah sws, berpegang kepada para Wali Allah, berpegang kepada Sheikh kami.

Sesungguhnya Allah swt telah berjanji kepada kaum muslim yang beramal soleh bahwa barang sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasulnya serta orang orang yang beriman itu penolongnya, maka berjayalah mereka, kerana sesungguhnya golongan yang berpegang kepada agama Allah, itulah yang tetap menang.

Allah swt akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka.

Hoja Lokman Effendi

December 17, 2012

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s