Kehidupan adalah satu persinggahan sementara

BismillahirRahmanirRahim

hoja effendi

Kehidupan adalah satu persinggahan sementara

“Selamat datang kepada mereka yang hadir, dan selamat jalan kepada mereka yang pergi.” Tiada paksaan bagi mereka yang hadir, yang tinggal dan yang kembali.

Sesungguhnya persatuan ini dibuka kepada semua pecinta akhirat. Mereka yang menghadirkan diri ke sini dengan tujuan untuk mencedok ilmu untuk digunakan dikemudian hari sebagai bekalan hidup akhirat, pastinya mereka akan menerima sesuatu dari Sheykh kami. Sesuatu yang dapat menghilangkan kedahagaan jiwa terhadap asupan ilmu yang boleh memandu ke arah jalan yang lurus, lagi diredhai Allah.

Bagi mereka yang sibuk menanam saham dunia tanpa sedikit pun membaja benih akhirat dalam setiap perbuatan dan pekerjaan, maka kehampaan sedang menanti untuk menyelimuti diri itu. Sheykh tidak akan menawarkan, barang sekelumit pun, sesuatu yang hanya akan memberi manfaat keduniaan dan memalingkan diri dari rahmat Allah.

Ya, tanpa bimbingan dari seorang Sheykh, kehidupan kita ibarat lalang yang menari-nari ditiup angin. Hidup ini akan terumbang-ambing tanpa kawalan dan pegangan yang kukuh. Manusia akan terus tergapai-gapai mencari arah menuju Illahi.

Jangan kamu sombong memikirkan bahawa dengan kebijaksanaan diri sendiri, kamu telah dapat menemui seorang Sheykh dan sekaligus menemui Islam. Tidak, kamu tidak menemui Islam. Dan menemui seorang Sheykh bukanlah seperti kamu memilih ikan yang dijual di pasar ataupun dengan cara kamu melungsuri lelaman internet untuk melihat senarai calon-calon Sheykh yang sesuai buat diri kamu. Jika itulah sangkaan kamu, maka kamu langsung tidak memahami Islam, terutama sekali Tarikat.

Ketahuilah bahawa di Hari Alastu Birrabbikum, Hari Perjanjian, kita semua sedang berdiri di belakang Sheykh masing-masing. Sheykh kita telah mengarahkan kita untuk membuat ikrar di alam roh itu, dan kita berkata, ‘Qalu Bala.’

Malangnya, manusia telah melupakan segala perjanjian mereka itu. Mereka fikir bahawa Sheykh itu adalah milik mereka dan ianya dapat diperlakukan sehendak hati. Mereka merubah kata-kata serta ajaran Sheykh mereka untuk memenuhi citarasa diri sendiri. Mereka mula mencipta semula Tarikat yang berpandukan ego masing-masing.

Insaflah wahai umat manusia. Kehidupan adalah satu persinggahan sementara. Sedarkan diri sendiri. Jika hidup kamu tidak dibina atas dasar kepercayaan agama yang kukuh, lambat laun, diri kamu akan jatuh ke dalam perangkap keduniaan.

Sekiranya ini berlaku ke atas diri kamu, jangan kamu menuding jari di kemudian hari nanti dan berkata, “Allah tidak memberi petunjuk pada saya.”

Hoja Lokman Effendi

December 19, 2012

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s