Kesultanan Uthmaniyyah adalah kesultanan yang berdaulat

BismillahirRahmanirRahim

Kesultanan Uthmaniyyah adalah kesultanan yang berdaulat

khalifahtullahTerdapat sebuah hadis yang menyebutkan tentang persoalan fitnah di akhir zaman. Rasulullah (sws), dan Sheykh kami turut mengingatkan kami bahawa para-para ilmuwan dan cendekiawan Islam di akhir zaman akan mewujudkan pelbagai fitnah dan kekeliruan dikalangan umat Islam dan fitnah ini akan tersebar luas ke seluruh lapisan masyarakat.

Inilah diantara tanda-tanda Akhir Zaman, zaman yang dipenuhi dengan kontroversi dan kekeliruan.

Perpecahan dan kekeliruan, bukan penyatuan dan perpaduan dan para ilmuwan Islam yang berpengaruh masa kini memainkan peranan yang amat besar dalam mendalangi usaha menyebar racun yang teramat berbisa ini.

Diantara fitnah terbesar yang kini hangat disebarkan adalah yang bersangkutan dengan kedaulatan Khilafah Uthmaniyyah, sebuah daulah Khilafah yang diberkati Rasulullah sws.

Sesungguhnya Kerajaan Uthmaniyyah merupakan sebuah empayar yang telah menyatukan umat yang berpecah-pecah dan mendapat sokongan padu dari segala ceruk dunia Islam. Khilafah Uthmaniyyah juga telah meneruskan usaha-usaha dakwah Rasulullah sws dengan meningkatkan pembukaan wilayah-wilayah yang baru dan sekaligus ia telah berjaya membina sebuah tamadun Islam yang agung lalu menguasai dunia dan mencapai tahap kemakmuran yang sangat memberangsangkan.

Baru-baru ini kedengaran kata-kata sumbang yang lahir dari seorang ilmuwan Islam yang amat berpengaruh. Beliau mempunyai ramai pengikut dan menjadi sumber inspirasi dan inovasi bagi generasi terkini.

Beberapa bulan yang lalu, dalam satu wawancara menerusi program radio/internet, beliau telah mengatakan bahawa dunia Islam telah membuat satu kesilapan yang teramat besar.

Beliau berkata bahawa hadis Rasulullah yang berbunyi, ‘“..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” Raja yang dimaksudkan itu bukanlah Sultan Mehmet Fatih. Dan sepanjang 700 tahun ini, Umat Islam telah membuat satu kesilapan dalam memikirkan bahawa ia adalah Sultan Mehmet Fatih.

Beliau mengatakan lagi bahawa perlantikan tersebut adalah satu konsensus, konsensus dari seluruh dunia Islam. Dan beliau begitu meyakini bahawa penaklukan Istanbul adalah salah satu daripada perbuatan yang paling memalukan yang pernah dilakukan oleh umat Islam. Pelbagai lagi tuduhan dan fitnah yang telah beliau lemparkan kepada kedaulatan Uthmaniyyah.

Kami tahu siapa anda. Anda yang menggelarkan diri sebagai Imran Hossein.

Dengar sini, ini adalah amaran dari Osmanli Dergahi. Hentikan perbuatan yang mengelirukan umat manusia. Jangan sesekali kamu mengatakan sesuatu yang kamu sendiri tidak pasti tentang kebenarannya. Perbetulkan fakta sejarah kamu. Insafilah diri dan kembali beriman kepada Allah swt.

Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Kesultanan Uthmaniyyah adalah kesultanan yang berdaulat dan sesungguhnya Tajalli Allah dan Rasulnya (sws) ada bersama mereka. Hentikan segala penyebaran racun berbisa kerana akhirnya ia akan memakan diri sendiri.

– Hoja Lokman Effendi

November 18, 2012

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s