Mahdi yang Palsu

BismillahirRahmanirRahim

Mahdi yang Palsu

Hoja EffendiGelombang fitnah yang terus melanda silih berganti menerpa kehidupan kaum muslim kurun ke 21. Di manakah kedudukan kamu dalam arus fitnah yang terus mendera?

Ini akan menjadi ukurtara tahap keimanan, kejujuran dan ketaqwaan kamu kepada Allah swt.

Di manakah kedudukan kamu tatkala badai kekeliruan semakin menggila?

Adakah kamu akan membiarkan diri hanyut mengikut arus kekeliruan dengan berkata, ‘biarlah aku menuruti mereka kerana aku hanya manusia lemah yang tak berdaya untuk menongkah arus deras. Ke mana lagi harus aku tujui?’

Tidak! Tiada siapa yang dapat berkata, ‘aku tak pasti jalan mana yang perlu aku pilih, arah mana yang perlu aku tuju.’

Perbezaan antara hak dan batil begitu terang dan nyata.

Dewasa ini isu kemunculan Imam Mahdi sedang hangat diperkatakan oleh masyarakat dunia. Malah dunia Kristian dan Yahudi adalah jauh lebih peka daripada kita, umat Islam sendiri dalam hal mempercayai dan meyakini kedatangan Imam Mahdi ke dunia ini.

Jangan kamu fikirkan bahawa kebatilan sedang asyik terlena melayan mimpi. Tidak. Pihak Kufar tidak pernah berhenti membenci dan sentiasa merancang untuk menghancurkan Islam dan umatnya.

Mereka sedang bergabung tenaga, fikiran dan matlamat untuk menampilkan seorang yang mereka pilih sebagai khalifah, sebagai Mahdi untuk diikuti oleh seluruh umat Islam. Mahdi boneka ini akan dijadikan sebagai Imam kepada dunia Islam dan mereka akan mengarahkan seluruh umat Islam untuk mengikuti beliau dan sekaligus tunduk kepada kuasa-kuasa besar Barat itu.

Apakah yang sedang kamu nantikan? Adakah kamu sedang mempersiapkan diri untuk menerima kehadiran Khalifa dan Mahdi yang palsu itu?

Ya. Begitulah keadaannya kini.

Jika kamu tidak berpihak pada kebenaran dan kamu tidak menyusuri kebenaran itu melalui Ahlil Haqq, maka kamu pasti akan berlari untuk menerima kedatangan Mahdi yang palsu.

Ahlil Haqq tidak akan menghulurkan pujian setinggi gunung terhadap diri kamu. Malah mereka akan sentiasa mendorong kamu untuk selalu berlumba-lumba mendapatkan kebaikan, untuk mempertingkatkan lagi amalan soleh, serta mengkhiasi diri dengan ahklak yang mulia sebagai persiapan menyambut kehadiran Imam Mahdi (a.s).

Hoja Lokman Effendi

November 7, 2012

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s