Makanan pokok bagi hati dan ruh

BismillahirRahmanirRahim

Zikrullah

Makanan pokok bagi hati dan ruh

Mengingati Allah atau zikrullah adalah antara amalan yang akan dapat melahirkan ketenangan dan ketenteraman di dalam hati orang yang melakukannya. Sesungguhnya zikir adalah penghidup hati manusia yang hakiki. Zikir merupakan makanan pokok bagi hati dan ruh.

Dalam kepesatan ummat manusia menuju ke arah kemajuan, mereka lebih terdedah kepada kehidupan yang bergelumang dengan berbagai ledakan budaya songsang yang mereka anggap sebagai aliran peredaran zaman yang patut diikuti. Mereka sering memandang remeh tentang hal-hal keagamaan seperti berwirid dan berzikir memuji kebesaran Ilahi dan Nabi Muhammad sws. Mereka mula menjauhkan diri dari hikmah islam sebagai agama yang membangun kepribadian berakhlak.

Akibatnya, hati menjadi semakin keras dan semakin payah bagi mereka menerima kebenaran cahaya Islam. Akhirnya, mereka menjadikan diri sebagai perangkap untuk diterjah dan dikuasai syaitan yang sentiasa mengarahkan pengikutnya melakukan kemungkaran.

Wahai Ummat Muhammad, bangkitlah dari tidurmu yang lena. Perjuangan kita belum selesai tetapi penghujungnya sangat hampir. Apabila kita melihat pada pokok- pokok rimbun, lautan yang tiada bertepi, gugusan gunung yang sentiasa tegap berdiri, dan seluruh ciptaan alam ini, mereka sentiasa berzikir dan memuji nama Yang Esa. Ini seharusnya mencetuskan kesedaran hati akan kekuasaan Allah swt hingga kita kembali mengingat kepada-Nya.

Tanpa terasa waktu terus menuntun, kita telah melangkah masuk ke tahun baru Islam. Tahun baru yang membawa bersamanya satu ujian yang berbeza, kuasa serta heybet yang amat berlainan. Kita harus memohon kekuatan agar dapat meneruskan perjuangan menegakkan syiar Islam dengan berpegang erat kepada jubbah Sheykh kami. Hanya dengan cara ini, kita akan dapat menemui keselamatan. Jika tidak, kita akan turut hanyut dibawa arus deras kejahilan.

Hoja Lokman Effendi

December 5, 2012

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s