Manusia diciptakan dengan kemahiran dan kelebihan yang berbeza-beza

BismillahirRahmanirRahim

Osmanli

Manusia diciptakan dengan kemahiran dan kelebihan yang berbeza-beza

Rasulullah sws berkata, “Tangan (atau pertolongan) Allah itu bersama jemaah. Sesungguhnya serigala itu memakan kambing yang terpisah dari kumpulannya”.

Kita telah diperintahkan oleh Allah swt untuk menyertai jemaah. Ini adalah sebuah perintah Agung, bukan sebuah pilihan. Jemaah adalah perkumpulan atau golongan, dan Islam meletakkan kepentingan jemaah sebagai antara perkara yang wajar diberi keutamaan oleh para penganutnya.

Berada dalam jemaah akan membuat kita lebih mengenali diri sendiri dan lebih memahami hakikat hidup di dunia. Mungkin selama ini, kamu menganggap diri sendiri sebagai orang yang baik. Ini kerana kamu belum pernah diuji kecenderungan hati dalam menghadapi pelbagai ragam manusia.

Apabila berada dalam jemaah, kamu akan sengaja digandingkan dengan individu-individu yang perwatakkannya jauh berbeza dari diri kamu. Apakah tindakkan dan usaha yang akan kamu lakukan?

Apakah yang menghalang kamu maka kamu tidak mahu menyatu di dalam jemaah yang dibina demi untuk menegakkan Islam dan mendirikan daulah Islamiyyah?

Ya, ini kerana kita sering berkata, ‘aku tidak sukakan dia. Aku tak bersefahaman dengan dia. Taraf kedudukan kami amat berbeza. Pemikiran dan falsafah hidup kami amat berlainan.’

Benar, sememangnya Allah menciptakan manusia itu dengan kesempurnaannya yang tersendiri. Belum ada satupun manusia yang wujud dimuka bumi ini serupa identitinya dengan kamu. Manusia diciptakan dengan kemahiran dan kelebihan yang berbeza-beza supaya mereka saling kenal mengenali dan mempelajari ilmu yang saling melengkapi antara satu sama lain.

Dan di dalam diri setiap manusia itu terdapat rahsia yang tidak diketahui dan tidak terfikir dek akal itu sendiri. Hanya Sheykh kamu yang mampu untuk menemukan rahsia diri kamu dan dengan penemuan itu, beliau akan menunjukkan kamu jalan untuk mencapai derajat kedudukan yang tertinggi yang telah Allah swt sediakan khusus buat diri kamu.

– Hoja Lokman Effendi

November 9 2012

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

3 Responses to Manusia diciptakan dengan kemahiran dan kelebihan yang berbeza-beza

  1. Hakim says:

    Assalamualaikum tuan Hoja Lokman Effendi (jika ini nama tuan).
    Nama saya Hakim, dari Johor Malaysia berusia 25 tahun.
    Apa cara untuk saya mengikut tarikat ini?

    Layak kah saya, kerana saya mahu berbuat kebaikan pun susah.Saya dulu seorang yang lalai sehingga ditimpa dugaan besar dalam hidup sehingga tidak mampu untuk menyuapkan nasi sendiri, Apabila sudah sembuh, saya mengulangi kejahatan lalu..Tapi sekarang saya dah bertaubat (semoga Allah menerima taubat saya), cuma tidak tahu mahu berguru pada siapa.

    Saya nak belajar tentang agama islam, Tapi tidak tahu mahu berguru pada siapa, sekarang ni saya belajar melalui internet sahaja.
    Bila saya ikut video-video ceramah seorang ustaz A ni, dan saya rasa teruja, ada pula mengatakan ustaz ni wahabi, sesat dan sebgaunya, Maka saya bertukar ke ustaz B pula. Kemudian ustaz B ini juga dikatakan sedemikian. Sehingga membuatkan diri saya rasa semua ustaz dan ulama yang benar sudah tidak ada.

    Maka, saya mengambil jalan saya sendiri. Saya ambil apa yang baik sahaja dari semua orang. Dan selagi ajarannya saya rasakan tidak menyekutukan Allah, saya ambil dan ikut. Walaupun bida’h.

    Dan sekarang saya membuat jalan saya sendiri dengan mendalami isi Al-Quran sendiri tanpa siapa yang mengajar. Sebab saya ada kisah yang mana saya belajar isi Al-Quran, kemudian pada suatu hari, saya terdengar si guru mengutuk guru yang lain kerana berlainan fahaman.
    Kemudian, saya keluar dari kumpulan tersebut dan belajar sendiri.

    Saya tidak tahu apa yang saya buat ini salah atau tidak. Selagi ia tidak menyekutukan Allah dan memberi mudarat pada orang lan, bagi saya ia boleh

    Adakah caranya saya belajar dari jauh? sebab saya tidak boleh tinggalkan ibu bapa saya untuk tempoh yang lama. Saya sayang mereka. Saya mahu saya sentiasa berada di samping mereka, saya mahu menjadi orang pertama yang bantu mereka jika mereka susah (mungkin orang akan kata saya ni anak mak, tapi biarlah. mereka ibubapa saya, tanggungjawab saya).

    Dan saya juga merasakan dunia ini sudah terlalu jauh sesat. Saya nak bantu tapi saya tiada ilmu, maka membenci dengan hati adalah sekuat-kuat iman yang saya ada. Mohon tunjuk ajar ya tuan.

    Assalamualaikum.

    • BismillahirRahmanirRahim

      Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu,

      Osmanli Naksibendi di bawah pimpinan Lokman Hoja Effendi mempunyai sebuah dergah Nusantara di Johore Baharu. Saudara Hakim boleh berhubung dengan saudara Halit Osmanli wakil kepada Lokman Hoja di JB di tallian 0127402073. insyaAllah

  2. Hakim says:

    Assalamualaikum..
    Terima kasih tuan kerana balas.. Saya akan cuba hubungi saudara Halit Osmanli ni.

    Saya ingin bertanya. Apa perbezaan kumpulan tabligh dengan tariqah ni ye?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s