Marilah kita bangkit dan bersatu!

BismillahirRahmanirRahim

khalifah Lokman Hoja Effendi

Marilah kita bangkit dan bersatu!

Masyarakat sejagat kian memahami dan mengenali keunggulan Empayar Uthmaniyyah. Dari timur ke barat dan utara ke selatan, umat Islam sedunia mula sedar bahawa Daulah Uthmaniyyah yang memayungi umat Islam mencapai zaman keemasan keluasan wilayah dan kekuatan tentera yang ampuh telah menyatu padukan umat manusia di bawah panji-panji Islam dan maka dengan itu terbinalah kekuatan yang tiada tolok bandingnya.

Kesedaran tentang hakikat kegemilangan tamadun Islam di bawah pemerintahan Uthmaniyyah telah membuka jalan dan memberikan harapan kepada umat Islam hari ini untuk kembali bersatu di bawah satu kalimah dan panji-panji.

Inilah zamannya, permulaan untuk Islam kembali bangkit seperti yang dijanjikan. Namun syaitan durjana sedang mempergiatkan lagi usaha untuk memecah belahkan umat Islam dengan segala macam kejahatan dan tipu daya.

Mereka akan berkata, ‘tidak perlu untuk bersatu padu. Jangan berjemaah. Teruskan dengan hidup bersendirian dan bermusuhan.’

Jangan kita ditewaskan dengan tipu daya serta bisikkan syaitan. Marilah kita bersatu sebagai suatu ummah. Umat yang ditunjangi dengan kekuatan akidah daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa sebagaimana yang difirmankan oleh Allah s.w.t dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu sama lain.”

Inilah yang dimaksudkan dengan sebuah Empayar. Inilah yang dimaksudkan dengan sebuah Tamadun Islam. Tamadun yang mampu untuk mengeluarkan menusia dari kegelapan jahiliyah kepada Nur Islam.

Marilah kita bangkit dan bersatu dalam menghadapi musuh dengan berpegang teguh kepada ajaran dan sunnah Rasulullah sws, memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak diri agar tidak termasuk perangkap musuh yang amat dashyat.

Ya, sesungguhnya racun-racun berbisa yang membinasakan dan menghancurkan kekuatan kaum Muslimin serta melemahkan gerak mereka bukanlah orang-orang kafir yang berkumpul untuk membuat fitnah terhadap Islam. Akan tetapi kuman-kuman yang menyelinap didalam tubuh kaum muslimin yang lambat tapi pasti itu merupakan penyimpangan golongan para ilmuwan Islam yang selalu membuat kabur Sunnah Rasulullah sws.

Semoga kita semua dilindungi Allah swt. daripada fitnah-fitnah dan bala akhir zamannya ini.

– Hoja Lokman Effendi

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s