Matlamat orang-orang yang beriman

BismillahirRahmanirRahim

Sheykh Effendi bersama Hoja Effendi

Matlamat orang-orang yang beriman

Sheykh Abdul Kerim Hz adalah seorang yang berwawasan. Beliau sentiasa mempunyai matlamat bagi setiap saat yang berlalu dalam hidupnya. Dan matlamat hidup beliau tidak pernah cenderung kepada mengejar kemewahan dunia kerana beliau redha hidup dalam keadaan berpada-pada atau sederhana.

Matlamat beliau bukanlah sesuatu yang bersifat egoistik. Tujuan hidup beliau tidak tertumpu kepada dunia dan bukan untuk kepentingan diri sendiri. Tujuannya adalah untuk Allah dan Rasul-Nya. Dan matlamat beliau amat besar. Bukan sesuatu yang kecil dan remeh-temeh.

Begitu juga dengan diri kita. Kita harus mempunyai matlamat hidup. Mereka yang tidak mempunyai matlamat hidup pasti akan terumbang-ambing dibawa arus dunia. Tanpa mengenal tujuan hidup, kehidupan kita akan menjadi sesuatu yang rutin dan membosankan dan kehidupan itu akan selalu diliputi keraguan, dan kita akan berusaha memuaskan kehidupan di dunia dengan berlumba-lumba mengumpul harta dan kekayaan.

Orang-orang beriman harus mempunyai matlamat yang jauh lebih baik dari itu. Mereka harus lebih berwaspada dalam meniti kehidupan. Terutama sekali kehidupan pada masa kini yang penuh dengan permusuhan sesama manusia.

Manusia harus menjadikan matlamat terakhir dan tertinggi dalam kehidupan mereka di dunia ini hanya kepada Allah swt sahaja.

Biarlah kita bersusah-susah dan berletihan sementara di dunia ini kerana pastinya kita akan pergi ke alam akhirat yang kekal abadi dan kita sangat mengimpikan saat-saat bertemu semula dengan Sheykh kami. Sesungguhnya kami ibarat pengemis hina yang sedang menagih cinta dari Sheykh kami.

Semoga kami tidak akan mudah kecundang dalam usaha meneruskan perjuangan suci ini dan hati tidak akan mudah berubah serta goyah dan agar kita akan kekal berdiri teguh dalam Iman.

Hoja Lokman Effendi

November 30,2012

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s