Perjuangan murid dalam aliran Tarikat

BismillahirRahmanirRahim

Hoja Effendi

Perjuangan murid dalam aliran Tarikat

Beradanya kita di aliran Tarikat ini bukanlah untuk bersuka ria dan berseronok dengan mengadakan majlis-majlis perhimpunan sosial tanpa mengekang sikap-sikap serong dalam pergaulan antara wanita dan lelaki.

Perkara yang amat penting bagi aliran Tarikat ini adalah peperangan menentang hawa nafsu, Syaitan dan cinta kepada keduniaan. Rasulullah (asws) sendiri telah berkata bahawa cinta kepada dunia dan cinta kepada Allah tidak dapat menyatu di dalam hati selamanya.

Maka seseorang yang ingin menyertai perjuangan ini harus pertama sekali mendampingi seorang Sheykh yang juga adalah para sahabat Allah swt, para Murshid dan para pewaris Rasulullah sws. Beliau akan memberi bimbingan kepada setiap muridnya dalam perjuangan seharian mereka untuk merubah naluri dan hawa nafsu dari nafsu Amarah untuk mencapai ke tahap nafsu mutama’in.

Sepertimana seorang pesakit yang menaruh penuh kepercayaan kepada doktor yang merawatnya, begitu juga dengan kepercayaan seorang murid terhadap Sheykh mereka yang merupakan pakar dalam memperbaiki akhlak dan peningkatan taraf keimanan seseorang murid.

Kita berada di tarikat ini bukanlah atas dasar cinta dan kasih sayang yang mendalam terhadap setiap insan dengan harapan agar mereka turut memendam perasaan yang serupa terhadap diri kita ini. Tidak, ini kerana cinta sesama manusia tidak pernah kekal. Paling lama sekadar tempoh masa kita masih hidup.

Dalam perjalanan Tarikat ini, Sheykh akan meletakkan kamu bersebelahan dengan orang-orang yang mempunyai perwatakan yang bertentangan dengan diri kamu.

Kamu akan meneruskan kehidupan berserta dengan mereka yang akan sentiasa menguji tahap kesabaran kamu. Kamu harus mampu untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan yang mencabar minda dan emosi ini. Sheykh akan menguji kamu dengan pelbagai kesulitan hidup dan ada pula yang diuji dengan kesenangan hidup. Semua ini betujuan untuk membentuk perwatakan dan menggilap potensi seorang murid hingga akhirnya murid itu menjadi sebutir berlian yang bersinar dan berkilauan.

Sebuah batu berlian yang indah dan mahal harganya adalah dibentuk dan diproses dari sebuah batu yang terpendam yang pada mulanya tidak memiliki nilai dan bahkan jauh dari indah. Demikian juga dengan kita semua, kita semua baagaikan berlian yang ketika digali dan diproses akan menjadi individu yang memiliki potensi yang luar biasa.

Hoja Lokman Effendi

December 11, 2012

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s