Perjuangan yang Hakiki

BismillahirRahmanirRahim

perjuangan Islam

Perjuangan yang Hakiki

Perjuangan Islam bukan hanya berdepan dengan musuh yang mahu mematahkan hasrat kita, tetapi halangan utama adalah datangnya dari kondisi umat Islam yang berpecah. Ini merupakan sebab terbesar dari kegagalan kita dan merupakan kemenangan bagi musuh.

Kita harus bangkit untuk kembali membina sejarah sebagai sebuah Ummah terbaik dan berdaulat. Kita harus kembali bersatu, bergerak seiringan tanpa perbezaan kulit berwarna, lidah berbahasa, tanpa menghiraukan pangkat, harta dan kuasa, demi untuk melangkah kehadapan untuk mengembalikan kegemilangan peradaban Islam.

Kita kini sedang menempuhi onak duri dan liku-liku kehidupan yang serba kegelapan. Inilah masa di mana pengaruh dajjal begitu menular dan berleluasa, masa di mana dunia ini dipenuhi dengan kepedihan, penderitaan, kesusahan, dan kesulitan.

Tanpa Khilafat, kepimpinan Islam tidak tidak dapat ditegakkan. Jalan menuju kebahagian itu tidak ditaburi mawar merah yang indah dan harum, melainkan penuh semak dan duri.

Keadaan dunia hanya akan pulih dengan kedatangan Imam Mahdi a.s. sebagai pembawa cahaya baru yang bersinar terang di dalam hati setiap orang yang beriman.

Apakah kita sudah bersedia untuk menyambut kehadiran Imam Mahdi?

Marilah kita sama-sama mempertingkatkan amalan ibadah, membina ketaqwaan dan kekuatan iman sebagai persediaan menerima kehadiran Sahibul Zaman, Mahdi a.s.

Marilah kita bermohon kepada Allah swt agar menyegerakan kedatangan Imam Mahdi yang akan memusnahkan segala bentuk kezaliman dan mengembalikan kebenaran di muka bumi ini dan kami bermohon agar pada waktu itu, orang-orang beriman dari segenap penjuru dunia akan bersatu di bawah kebesaran panji-panji Islam.

Hoja Lokman Effendi

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s