Persiapan menyambut kehadiran Imam Mahdi (a.s)

BismillahirRahmanirRahim

Sahibulsaif

Persiapan menyambut kehadiran Imam Mahdi (a.s)

Perbezaan antara hak dan batil begitu terang dan nyata.

Dewasa ini isu kemunculan Imam Mahdi sedang hangat diperkatakan oleh masyarakat dunia. Malah dunia Kristian dan Yahudi adalah jauh lebih peka daripada kita, umat Islam sendiri dalam hal mempercayai dan meyakini kedatangan Imam Mahdi ke dunia ini.

Jangan kamu fikirkan bahawa kebatilan sedang asyik terlena melayan mimpi. Tidak. Pihak Kufar tidak pernah berhenti membenci dan sentiasa merancang untuk menghancurkan Islam dan umatnya.

Mereka sedang bergabung tenaga, fikiran dan matlamat untuk menampilkan seorang yang mereka pilih sebagai khalifah, sebagai Mahdi untuk diikuti oleh seluruh umat Islam. Mahdi boneka ini akan dijadikan sebagai Imam kepada dunia Islam dan mereka akan mengarahkan seluruh umat Islam untuk mengikuti beliau dan sekaligus tunduk kepada kuasa-kuasa besar Barat itu.

Apakah yang sedang kamu nantikan? Adakah kamu sedang mempersiapkan diri untuk menerima kehadiran Khalifa dan Mahdi yang palsu itu?

Ya. Begitulah keadaannya kini.

Bangkitlah wahai muslimin dan muslimat sekalian.

Janganlah menjadi buih yang pecah apabila melanda pantai, tapi jadilah angin yang sanggup melahirkan gelombang. Akhir Zaman adalah suatu masa yang dipenuhi dengan kekeliruan dan fitnah. Fitnah-fitnah dajjal sedang mengisi setiap ruang di muka bumi dan mereka membisikkan kepalsuan di telinga manusia.

Marilah kita berpegang teguh kepada Sheykh kami yang menyampaikan kebenaran berdasarkan apa yang ditunjukkan oleh Allah dan RasulNya (sws).

Jika kamu tidak berpihak pada kebenaran dan kamu tidak menyusuri kebenaran itu melalui Ahlil Haqq, maka kamu pasti akan berlari untuk menerima kedatangan Mahdi yang palsu.

Ahlil Haqq tidak akan menghulurkan pujian setinggi gunung terhadap diri kamu. Malah mereka akan sentiasa mendorong kamu untuk selalu berlumba-lumba mendapatkan kebaikan, untuk mempertingkatkan lagi amalan soleh, serta menghiasi diri dengan ahklak yang mulia sebagai persiapan menyambut kehadiran Imam Mahdi (a.s).

Hoja Lokman Effendi

December 8, 2012

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s