Same’ena wa ata’ana

BismillahirRahmanirRahim

Sheykh kami

Same’ena Wa Ata’ana – kami hadirkan diri dan kami patuh pada arahan

Berdirinya kami di sini adalah dengan keizinan Allah swt untuk meneruskan perjalanan Sheykh kami. Bukan untuk merubahnya. Kami masih kekal wujud berdiri teguh di pergunungan ini kerana kami mempercayai beliau, kerana kami mengambil beyat dengan beliau. Kami memberi beyat kepada beliau untuk mengatakan, ‘Sameena wa ataana – kami hadirkan diri dan kami patuh pada arahan.’ Kami tidak meragui bahawa beliau adalah Sheykh kami dunia dan akhirat.

Sultan al-Awliya adalah Sultan al-Awliya.

Kami memiliki adab. Kami tidak mengatakan bahawa kami adalah murid Sultan al-Awliya. Sheykh kami adalah murid beliau.

Sepertimana semua orang boleh tergolong di bawah pemerintahan seorang raja di dalam kerajaan, tetapi tiada siapa yang boleh mengatakan, “Ya, saya langsung berada di bawah raja dan raja memberi saya perhatian yang khusus kerana saya berada dalam kerajaannya.”

Tidak.

Raja mempunyai penasihat-penasihat, menteri-menteri, dan dari menteri-menteri ia terun kepada orang-orang atasan dan turun terus ke peringkat bawahan.

Itu adalah cara bagaimana protokol berfungsi.

InsyaAllah, kami akan berpegang teguh kepada tali Allah untuk mendapatkan keselamatan daripada panca roba hidup di dunia, dan tali penyelamat itu adalah Sheykh kami, tiada sesiapa yang lain.

Kini, beliau telah dihijabi dari alam fana ini tapi usah dilupakan bahawa mereka adalah hazir dan nazir. Mereka tetap hadir dan sentiasa memerhatikan.

Hoja Lokman Effendi

November 25, 2012

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s