Sekularisme mengasingkan agama dari kehidupan manusia

BismillahirRahmanirRahim

Sekularisme mengasingkan agama dari kehidupan manusia

Lokman EffendiOrang-orang Muslim kini begitu kagum dengan gaya hidup orang-orang kafir sehingga hendak meniru mereka dalam segala aspek kehidupan.

Mereka mula memisahkan agama dari kehidupan ini di mana manusia adalah bebas dari asuhan agama dan ketetapan dari Yang Maha Kuasa.

Inilah antara konsep sekularisme dimana kerajaan atau entiti lain harus wujud secara terasing dari agama atau kepercayaan agama. Konsep yang manganjur manusia untuk tidak melibatkan Allah dalam kehidupan seharian kerana ia akan mengganggu perjalanan hidup mereka.

Sekularisme kini telah menjadi bahagian dari anggota atau bahkan menjadi tubuh badan umat islam.

Kemelut ini jika dibiarkan berterusan maka akan terkikislah nilai-nilai agama bagi ummat ini dan dengan secara langsung, segala bentuk kesalahan dan kekufuran disertai dengan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh kaum-kaum yang terdahulu; dari zaman Adam (AS) hingga ke zaman Rasulullah (sws), kesemuanya itu kini dilakukan oleh ummat di akhir zaman ini. Merangkumi kesemuanya.

Dan Seyh Effendi Hazretleri telah memberi amaran kepada kita semua bahawa segala bentuk bala bencana berserta dengan azab dan siksaan yang pernah diturunkan kepada kaum ungkal terdahulu yang telah dimusnahkan, kini sudah tersedia dan sedang menanti untuk dihumbankan ke atas umat ini.

Usah dibiarkan diri ini untuk terus berada dalam kegelapan dan kesesatan sambil berkata, ‘tidak mengapa.’

Tidak. Apakah tindakan kita? Adakah kita sedang mengusahakan sesuatu ?

Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia ubah dengan tangan (kekuasaan), sekiranya tidak mampu ubah dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu juga maka ubah dengan hati, itulah selemah-lemah iman. Ini adalah perintah Allah swt.

Selemah-lemah iman adalah berusaha untuk merubah dengan hati, maka hendaklah kita menanamkan niat untuk menjauhi segala sesuatu yang dibenci oleh Allah dan haruslah kita berusaha untuk memperbaiki keadaan dengan memperbetulkan diri sendiri.

Mari kita sama-sama menginsafi diri dan berusaha untuk mencari jalan pulang. Ini kerana manusia yang bijak akan sentiasa berwaspada supaya tidak terus terjerumus dalam kancah dosa dan kerosakan akhlak. Mereka pastikan agar diri mereka sentiasa berdiri teguh di atas jalan yang lurus dengan cara berpegang kuat pada ajaran (sunnah) Rasulullah sws, berpegang teguh kepada pewaris Baginda sws, iaitu kepada para Wali Allah, kepada Sheikh kami dan berkata, ‘inilah wakil Rasulullah sws. Aku kini sedang bersamanya. Akan ku pegang teguh kepada kebenaran yang disampaikan beliau berdasarkan apa yang ditunjukkan oleh Allah dan RasulNya.’

– Hoja Lokman Effendi

November 21, 2012

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s