Televisyen adalah Peti Shaitan

BismillahirRahmanirRahim

SahibulSaif

 Televisyen adalah Peti Shaitan

Sering kita mendengar lontaran kata seperti berikut, ‘Mengapa harus menggantungkan gambar-gambar Sheykh kamu di dalam rumah?’ atau,

‘Ohh..jangan kamu letakkan gambar Sheykh kamu. Ini bukan cara kita, ini bukan Islam. Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah itu.’

Manusia kini begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam meluahkan rasa gelisah dan takut terhadap persoalan remeh temeh berkaitan meletakkan gambar-gambar Awliya Allah di dalam rumah. Walhal, di dalam rumah yang sama itu, mereka mempunyai televisyen besar dengan gaya yang serba canggih. Dinding-dinding rumah mereka pula dihiasi dengan foto-foto anggota keluarga, terutama sekali foto anak-anak berpakaian jubah universiti sambil memegang segulung ijazah.

Semua ini tidak menimbulkan sebarang reaksi dari mereka . Tetapi apakala dilihatnya seseorang menggantungkan gambar Sheykh di dalam rumah, dengan serta merta mereka akan berkata, ‘Malaikat tidak akan memasuki rumah itu.’

Masha’Allah. Begitu tinggi nilai iman yang tertanam di dalam hati kaum Muslim masa kini. 1000% mentaati Rasulullah (sws). Masha’Allah.

Gambar, mungkin kamu hanya akan melihatnya untuk beberapa saat atau secara sepintas lalu. Maka ia tidaklah meninggalkan kesan yang terlalu mendalam jika dibandingakan dengan kesan menonton televisyen. Kerana menonton televisyen melibatkan interaksi antara imej-imej yang bergerak dan individu yang sedang menghayatinya. Gambar yang tertera di kaca televisyen bertukar setiap lima atau enam saat dan ia mampu untuk mempengaruhi, menukarkan pemikiran, sikap dan perlakuan penonton yang terdedah kepada imej itu.

Bukankah ini suatu perbuatan shirik yang lebih dashyat?

Mengapa pula isu televisyen ini tidak pernah dipertikaikan?

Ketahuilah bahwa sesungguhnya televisyen itu adalah peti Shaitan. Di dalamnya terkandung sebuah saluran najis yang dipenuhi dengan nilai-nilai buruk yang meruntuhkan keperibadian umat, mengkucar-kacirkan pemikiran serta merosakkan amalan sebagaimana cuka merosakkan madu.

Umat Islam kurun ke-21 ini begitu asyik memperkatakan tentang bida’ah itu dan ini, maka mata mereka menjadi buta dan telinga menjadi tuli dan terus ditenggelami kegalauan hidup. Saat inilah, syaitan durjana memainkan peranannya menghasut manusia untuk tidak melihat kepada yang haqq, tetapi untuk terus memberi keutamaan pada yang batil.

Hoja Lokman Effendi

November 6 2012

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s