Mereka yang memusuhi Uthmaniyyah adalah musuh Ummah (bhg I)

BismillahirRahmanirRahim

Mereka yang memusuhi Uthmaniyyah adalah musuh Ummah

Kami mohon perlindungan dari shaitan yang direjam dan berlari menuju Allah, berlari menghampiri Allah dengan penuh penyesalan.

Hoja EffendiShaitan dibiarkan Tuhan untuk hidup supaya manusia ini dapat melihat mana yang baik, dan mana yang buruk.Keberadaan shaitan itu memang penting buat manusia, tapi Allah bukan saja membiarkan shaitan itu hidup, tapi Allah memerintahkan kepada kita, hamba-Nya untuk menjadikan shaitan itu musuh.

Kerana shaitan, sebagai pembimbing ego manusia, mempunyai matlamat untuk menyesatkan manusia, mengkafirkan manusia, memusyrikkan manusia dan menjadikan manusia penghuni neraka.

Apabila kita melafazkan, ‘Auzu billahi min ash-sheytanir rajim,’ kita sedang berlari jauh dari shaitan berserta dengan sifat-sifat tercela (mazmumah) keshaitanan dan perkara-perkara mungkar yang boleh menjerumus diri ke lembah kehinaan dan azab seksaan api neraka. Kita berlari jauh dari perangkap ego untuk menuju ke arah keredhaan dan perlindungan Allah swt dengan ucapan kalimah, ‘BismillahirRahmanirRahim.’

bismillahBismillahirRahmanirRahim merupakan pedang bagi setiap para Nabi yang telah diutuskan untuk melenyapkan kekufuran dan kesyirikan. Di dalam kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim ini terkandung nama-nama Allah yang kita ketahui dan juga yang tidak kita ketahui. Nama-nama Allah seperti yang terkandung di dalam kitab-kitab suci; Taurat e-Shariff, Injil , Zabur dan al-Quran.

Sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah swt. Dengan memperbanyakkan bacaan Bismillah dalam setiap amalan harian kita maka kehidupan itu akan dihujani rahmat dan nikmat yang tidak terhenti-hentinya dari Allah swt.

Jika kamu memulakan sesuatu perbuatan dengan BismillahirRahmanirRahim, kamu sedang memulai dengan keberkahan, kamu sedang memulai dengan bimbingan, kamu bermula dengan hidayah.

InsyaAllah ar-Rahman, kami bermohon agar Allah swt memberi pujian yang tertinggi ke atas Baginda Rasulullah (asws), untuk mempertingkatkan lagi derajatnya ke tahap yang lebih tinggi.

Beliau adalah manusia yang paling sempurna, baik sebagai manusia mau pun sebagai seorang  Rasul, yang datang membawa berkat akbar, yang telah membangkitkan kembali keruhanian dan dengan demikian telah menghidupkan kembali dunia. Beliau muncul di saat kegelapan dan telah mencerahkan dunia dengan Nur beliau.

cahaya-diwajah-nabi-muhammad-sawKepatuhan sepenuhnya kepada beliau akan menyucikan seseorang sebagaimana air jernih sebuah sungai membersihkan kain yang kotor. Tetapi, malang sekali, jika dilihat pada dunia masa kini, akan kita temui bukan hanya orang-orang kafir, malah mereka yang beriman turut menghina Rasul, kekasih Allah itu.

Sungguhpun terdapat di kalangan orang-orang yang beriman itu mereka yang menghina baginda bukan secara terang-terangan, tetapi dengan cara menyebarkan fitnah dan mengatakan sesuatu yang tidak benar terhadap diri Rasulullah sws.

Semua ini akan dapat kamu saksikan sendiri pada ahir zaman ini, di kalangan ummat ini, Ummat Rasulullah sws. Mereka yang menggelarkan diri sebagai kaum Muslim, kebanyakkan daripada mereka.

Usah kita merasa terlalu ghairah bila melihat perbuatan biadab orang-orang kafir menghina  Rasulullah. Sememangnya itu adalah tugas hakiki mereka. Namun demikian, mereka tidak menjalankan tugas itu dengan begitu baik kerana dapat kita saksikan sendiri bahawa di sepanjang 1400 tahun ini, Islam tidak pernah jatuh. Islam semakin bangkit dan kekal berdiri tegak di atas dua sumber pokok yang amat penting yaitu Al-Quran dan sunnah Nabi (sws).

Kita tidak melihat ramai orang Islam yang telah meninggalkan agamanya serta memisahkan diri dari jamaah (umat Islam). Malah apa yang dilihat kini ialah sebilangan besar orang-orang kafir yang telah menganuti ajaran Islam.

Dunia kini semakin mengenali Rasulullah (sws) dan kebenaran yang dibawa bersama baginda. Dan kami bermohan kehadirat Allah s.w.t agar dipertingkatkan derajat  GrandSheykh dan Sheykh kami SahibulSaif Sheykh Abd Kerim al-Kibirisi ke tahap yang paling tinggi, serta kami bermohon agar sokongan dan pertolongan mereka sentiasa berada bersama kami untuk kami meneruskan tugas dan tanggungjawab yang murni ini.

Sheykh kamiSemoga usaha kami bersama akan dapat memberi manfaat kepada diri kamu , diri saya dan semua yang sedang mencari kebenaran kerana kemurkaan Allah s.w.t akan menimpa golongan manusia yang sedang sibuk dengan usaha menimba ilmu yang tidak mendatangkan sebarang manfaat bagi diri mereka. Ilmu yang tiada kena mengena dengan diri mereka.

Diri kamu itu hendaklah disibukkan dengan usaha-usaha memburu ilmu sejati yang dapat menambahkan rasa takut didalam diri itu kepada Allah, Ilmu yang menambah penglihatan akan keaiban diri sendiri, ilmu yang akan menambah makrifat dalam beribadah, ilmu yang menambahkan kecintaan terhadap akhirat dan mengurangkan kecintaan kepada dunia, ilmu yang dapat membukakan pintu hati untuk mengenali pelbagai penyakit amalmu sehingga kamu dapat menjauhinya dan  ilmu yang dapat menambahkan penglihatan terhadap tipu helah syaitan.

ilmuSebaliknya, jika kamu sedang sibuk mengejari ilmu yang tiada kaitan langsung dengan diri itu, maka ia tidak akan menghasilkan sebarang kebaikan bagi diri kamu dan juga mereka yang disekeliling.

Baginda Rasulullah (sws) berkata, ‘sama ada kamu membicarakan sesuatu perkara yang akan memberi manfaat kepada orang lain atau lebih baik berdiam diri. Tanda-tanda Allah tidak menyintai seseorang itu adalah apabila orang itu sibuk dengan Malayani.’

Para Sahabi e-kiram bertanya, ‘apakah yang dimaksudkan dengan  Malayani?’

Malayani adalah Ilmu yang tiada kena mengena dengan diri kamu. Terdapat kini ramai orang yang menuntut ilmu dan mengajarkannya, namun ilmu tersebut tidak bermanfaat bagi orang tersebut karena tidak membawanya kepada ketaatan kepada Allah s.w.t.

Siapakah kini yang sedang berpegang kepada hadis ini? Kaum Muslim?

Atau mereka hanya sedang sibuk mengambil tahu tentang perkara-perkara yang tiada kaitan langsung atau tidak relevan dengan diri mereka.

Dari anak kecil yang berusia tujuh tahun hingga ke orang dewasa yang telah menjangkau usia tujuh puluh tahun, mereka semua sedang begitu asyik duduk menghadap komputer, membuat fatwa, membuat penilaian dan pertimbangan sendiri,  menabur fitnah, mengumpat, mencaci, mencerca, menghina, mengatakan sesuka hati tentang apa yang ingin disampaikan mengenai Islam, mengenai Imam dari mazhab-mazhab, mengenai Awliya-awliya Allah. Yang lebih menghampakan lagi, mereka berani untuk menyebar kepalsuan mengenai nenek moyang mereka sendiri, iaitu mengenai kegemilangan pemerintahan Uthmaniyyah.

Ya, Empayar Uthmaniyyah, sebuah Khilafah yang diberkati oleh Nabi Muhammad (asws), yang telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia, sebuah Khilafah yang telah diberi pujian dan dianugerahkan kemuliaan yang tertinggi oleh Allah s.w.t. Kerajaan Uthmaniyyah merupakan sebuah empayar yang telah bersungguh-sungguh meneruskan usaha-usaha dakwah Rasulullah sws dengan meningkatkan pembukaan wilayah-wilayah yang baru dan sekaligus ia telah berjaya membina sebuah tamadun Islam yang agung lalu menguasai dunia dan mencapai tahap kemakmuran yang sangat memberangsangkan. Malang sekali, ramai diantara ummat Islam kini yang mula memperkecilkan dan menafikan perjuangan dan pengorbanan Khilafah Uthmaniyyah.

ottoman-empireRamai kini sedang sibuk memperkatakan tentang kebiadapan orang-orang kafir menghina Rasulullah (sws), tetapi mereka tidak mencermin diri untuk melihat kepada kaum Muslim  sendiri yang pada masa kini, sedang sibuk membuat kekeliruan di sana sini.

Di satu pihak, mereka mengatakan, ‘Huh, Nabi telah lama wafat.’

Benar bukan?

Terdapat juga pihak-pihak yang mengatakan, ‘Nabi tiada lain hanya manusia biasa yang memiliki batas seperti kamu dan saya.  Jika al-Quran tidak diturunkan kepadanya, ia pasti akan datang jua kepada kamu atau saya.’

Terdapat juga pihak yang berkata, ‘ kami ingin mencampakkan Nabi keluar sama sekali. Tidak usah diagung-agungkan seorang yang tidak lebih dari seorang manusia biasa kerana yang berhak disembah hanya Allah swt.’ Ini adalah pengakuan dari orang-orang yang mengaku diri mereka sebagai seorang Muslim, bukan dari kaum Kristian atau Yahudi. Orang-orang yang membuat pengakuan ini turut berkata, ‘kami hanya mengikut al-Quran. Kami tidak berpegang kepada mana-mana hadis kerana besar kemungkinan ianya merupakan hadis yang telah direka oleh ahli zuhud dan tasawwuf yang menyeleweng.’

Soal penerimaan dan penolakkan hadis bukanlah satu perkara yang baru.  Sejak 1400 tahun yang lalu, malah sejak dari zaman Nabi (sws) itu sendiri, telah banyak berlaku perbalahan sesama manusia yang tidak dapat menerima kerasulannya dan dengan sombongnya mereka berkata, ‘kami hanya menurut perintah dari Allah s.w.t’

Bukankah ini sesuatu yang bersifat kesyaitanan?

Semoga Allah melindungi kita dari hasutan syaitan-syaitan.

Untuk mengeruhkan lagi keadaan, ulama-ulama berpengaruh masa kini telah memainkan peranan yang amat besar dalam mendalangi usaha menyebar racun yang teramat berbisa ini dikalangan ummat Islam. Imam Hambali pernah mengatakan, ‘Aku lebih suka mengikut hadis dhoif dari mengikut qias ulama.’

Ya, saban hari,  di sana sini dapat kita lihat begitu ramai orang yang menganuti agama Islam. Tetapi Islam yang bagaimana?

Adakah Islam mereka itu berpandukan ajaran yang dibawa oleh Ahl-e Sunnat? Ahl-e Sunnat yang  dalam pengertian asalnya iaitu mazhab yang benar, asal, tepat mengikut apa yang dikehendaki oleh ajaran dan amalan Islam itu sendiri?

bersatu sebagai satu UmmahAtau Islam mereka itu adalah sesuatu yang dibina atas keinginan ego masing-masing?

Dengan hanya mempelajari beberapa ayat-ayat dan hadis, mereka mula membuat kesimpulan sendiri mengenai Islam, mengenai Quran, mengenai Hadis, mengenai Rasulullah, mengenai Sirah dan mengenai pelbagai lagi aspek-aspek tertentu dalam Islam.

Dan dengan bangganya mereka akan berkata, ‘tidakkah kamu tahu bahawa kami telah menuntut Ilmu pengetahuan hingga ke institusi Pengajian yang tertinggi?

Tidakkah kamu tahu bahawa kami amat mahir dalam membaca dan menulis?

Tidakkah kamu sedar bahawa kami telah mendapat didikkan dan asuhan yang terbaik dari Barat dan mereka amat menganjurkan agar kami sentiasa bertanya. Setiap apapun yang terlintas di benak fikiran ini, harus kita temukan jawapannya dengan mengajukan soalan.

Jika mereka tidak dapat memberikan jawapan, maka kamu harus berusaha untuk menemukan jawapan tersendiri.Dengan cara begini, masyarakat akan lebih mengenali kita sebagai golongan bijak pandai.’

Kemana telah kita campakkan “Sami’na Wa ata’ana – kami dengar dan kami patuh?” Di manakah letaknya adab dan tata susila sebagai seorang hamba yang mendahagakan rahmat, kasih sayang, serta kecintaan Allah s.w.t?

Semuanya telah dihumbankan jauh dari kehidupan nyata.

Kejahilan. Ini bukan kebijaksanaan, tetapi kejahilan yang teramat dashyat. Golongan ini turut mengatakan, ‘kami hanya patuh kepada ayat al-Quran dan kami tidak berpegang kepada sunnah dan hadis.’

Malah kini terdapat golongan yang berani melakukan lebih dari itu. Mereka melihat pada ayat-ayat al-Quran dan berkata, ‘kami dapati bahawa ayat ini amat tidak bersesuaian dengan keadaan pada masa kini. Kita harus memotong ayat ini, kita harus mengubah ayat itu agar semuanya akan lebih menepati citarasa kehidupan manusia kini.’

SubhanaAllah, Astarghfirullahul Azim wa atubu illayh. La hawala wala quata illa billa.

Inilah yang sedang sibuk disebarkan oleh ilmuwan dan cendekiawan Muslim di seluruh pelusuk dunia, dan yang lebih menyedihkan lagi ialah apabila kita melihat bahawa ilmu mereka di rujuk dan menjadi sumber inspirasi dan inovasi bagi generasi terkini.

bersambung di bahagian II, insyaAllah….

SelamAleykum ve Rahmatullah ve barakatu

Sohbet oleh Hoja Lokman Effendi, Khalifah kepada Sheykh Abd Kerim el-Kibrisi el-Rabbani

September 27, 2012

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s