Mereka yang memusuhi Uthmaniyyah adalah musuh Ummah (bhg II)

BismillahirRahmanirRahim

Mereka yang memusuhi Uthmaniyyah adalah musuh Ummah

Bangkitlah wahai muslimin dan muslimat sekalian.

Hoja EffendiJanganlah menjadi buih yang pecah apabila melanda pantai, tapi jadilah angin yang sanggup melahirkan gelombang. Kamu tidak hidup di dalam buih. Terutama sekali pada zaman ini di mana fitnah-fitnah dajjal sedang mengisi setiap ruang di muka bumi dan mereka membisikkan kepalsuan di telinga manusia dengan mengatakan, ‘tenggelamlah  terus dalam lembayung merah dunia yang masih menjanjikan beribu kemewahan dan kenikmatan.’

Tidakkah kita sedar bahawa dunia kini sedang bersiap-sedia untuk berperang. Segala persiapan ketenteraan sudah tersedia, segala peralatan peperangan sudah lengkap, hanya menunggu masa sahaja untuk meletus.

b38b-nuclear-bomb-1Kita boleh lihat kini terdapat banyak negara yang bertegas untuk membangunkan teknologi nuklear. Mereka beranggapan bahawa kuasa nuklear adalah simbol kekuatan sesebuah negara, dan negara yang mempunyai senjata nuklear mempunyai kuasa untuk mengugut negara lemah. Akibatnya, mereka terjerumus kepada perlumbaan menghasilkan senjata-senjata nuklear.  Persaingan sengit untuk menunjukkan kuasa dan pengaruh menjadikan manusia semakin rakus.  Peradaban manusia kini telah menjadi kacau bilau.

Adakah semua ini bertujuan untuk menjadikan dunia sebagai sebuah Taman Syurgawi? Apakah pelancaran nuklear warhead akan mencetuskan perpaduan ummat manusia serta menyuburkan jalinan kasih mesra sesama mereka?

Tepuk dada, tanya selera. Jawapannya ada pada kita semua.

Jika digabungkan seluruh kuasa nuklear dan senjata-senjata canggih dari setiap negara, maka akan kita dapati bahawa ianya mampu untuk menghancurkan bukan hanya satu dunia ini, malah beratus-ratus dunia dapat dilenyapkan dengan begitu mudah sekali. Jadi, katakanlah kepada saya, apakah kita kini tidak berada di akhir zaman?

Katakan kepada saya bahawa Akhir Zaman ini bukanlah suatu masa yang dipenuhi dengan kekeliruan dan fitnah?

Jika kamu mengaku diri itu sebagai seorang insan yang bertaraf dan memiliki ilmu pengetahuan yang meluas, beritahu saya dari manakah fitnah-fitnah ini bermula?

Terdapat sebuah hadis yang menyebutkan tentang persoalan fitnah di akhir zaman. Rasulullah (sws), dan Sheykh kami turut mengingatkan kami bahawa para-para ilmuwan dan cendekiawan Islam di akhir zaman akan mewujudkan pelbagai fitnah dan kekeliruan dikalangan umat Islam. Fitnah ini akan tersebar luas ke seluruh lapisan masyarakat. Ia akan berligar-ligar mengelilingi seluruh pelusuk dunia dan akhirnya ia akan kembali semula pada asasnya, iaitu di atas kepala para ulama yang bertanggungjawab itu. Mereka tidak akan dapat melarikan diri dari bebanan besar yang sedang menanti untuk dihumbankan ke atas diri mereka, dan akhirnya mereka akan tenggelam bersama dengan fitnah-fitnah rekaan mereka sendiri.

fitnah akhir zaman- ilmuwanBelum pernah Allah menciptakan sesuatu makhluk yang lebih dashyat daripada mereka yang bergelar ulama, para ilmuwan dan cendekiawan Islam. Dan adalah amat membimbangkan apabila kita melihat bahawa di kalangan ummat ini, terdapat terlalu ramai yang hanya kerana mereka tahu membaca dan menulis, mereka menyimpan hasrat untuk menjadi salah seorang daripada ulama dan cendekiawan Islam yang terkemuka.

Ketahuilah bahawa gelaran ulama itu tidak memberi jaminan bahawa kamu itu adalah seorang Mukmin yang baik. Gelaran itu hanya dapat membuktikan bahwa kamu itu pandai membaca dan menulis. Itu sahaja.

Keempat-empat Imam Besar dalam Islam iaitu 4 mazhab dalam Islam; Imam Syafie, Imam Maliki, Imam Hambali dan Imam Hanafi telah berulangkali mengatakan, ‘jika tidak kerana masa beberapa tahun yang telah kami luangkan untuk menerima asuhan daripada Ahli Tarikat, Ahli Tasawwuf, maka kehidupan kami pasti akan ditimpa musibah dan bala bencana.’

Hoja EffendiInilah diantara tanda-tanda Akhir Zaman,  zaman yang dipenuhi dengan kontroversi dan kekeliruan. Perpecahan dan kekeliruan, bukan penyatuan dan perpaduan. Kerana semua orang berkata, ‘Akulah yang terbaik. Akulah yang betul. Aku tahu menulis dan membaca. Aku sedang membimbing diri ini ke jalan yang benar, jalan menuju kepada Allah.’

Dengar sini semua, biar saya umumkan satu lagi perkara yang amat mengejutkan: golongan bijak pandai ini yang berkata bahwa mereka hanya berpegang kepada al-Quran, mereka turut mengatakan bahawa solat lima waktu itu tidak wajib dilakukan. Begitu juga dengan amalan zakat dan puasa. Ini semua tidak perlu dilaksanakan kerana ia hanya rekaan Rasulullah (sws) semata. Hasha Astagfirullah. Mereka menjelaskan bahwa al-Quran hanya menyebut tentang amalan-amalan solat, puasa dan zakat, tetapi Quran tidak menerangkan cara-cara untuk bersolat dan melakukan amalan-amalan yang lainnya. Maka mereka berkata bahawa setiap yang tidak terkandung di dalam al-Quran itu adalah satu pembaharuan, dan ianya membawa kepada bidaah.

Bodoh dan sombong. Begitulah keadaannya dengan jenis makhluk hina yang tercipta dari Ummat ini. Ya, sesungguhnya racun-racun berbisa yang membinasakan dan menghancurkan kekuatan kaum Muslimin serta melemahkan gerak mereka bukanlah orang-orang kafir yang berkumpul untuk membuat fitnah terhadap Islam. Akan tetapi kuman-kuman yang menyelinap didalam tubuh kaum muslimin yang lambat tapi pasti itu merupakan penyimpangan golongan para ilmuwan Islam yang selalu membuat kabur Sunnah Rasulullah sws.

Terdapat begitu banyak kumpulan-kumpulan yang wujud di Akhir Zaman ini yang mempunyai agenda untuk menyebarkan kekeliruan di kalangan umat Islam.  Di antara kekeliruan dan fitnah terbesar yang sedang giat ditabur di sana sini adalah yang bersangkutan dengan  Ottoman. Ya, Ottoman yang kami sanjung dan junjung tinggi.

OsmanliJika bukan kerana Ottoman, kita tentu tidak akan memiliki, (1) Akidah Ahli Sunnah – ini kerana mereka semua (yakni ahli shi’ite) telah ditewaskan oleh Sultan Selim Khan Jannat Makam.  Beliau telah mematah-matahkan azam Shia Shah Ismail yang bertekad untuk menyebarkan akidah shi’ite ke seluruh pelusuk dunia. Namun rancangan ini telah dapat disekat  oleh Sultan Selim, satu-satunya Sultan yang berjuang bermati-matian, berkorban menumpahkan darah, mengorbankan nyawa untuk menghidupkan dan mempertahankan akidah ahli e-Sunnah.

Kesemua sultan-sultan yang lainnya telah pergi menjelajah hingga ke barat untuk menyebarkan Islam di Eropa. Tetapi Sultan Selim Khan Jannat Makam telah datang ke Timur dengan tujuan untuk menghapuskan segala fitnah-fitnah yang sedang berleluasa ketika itu. Fitnah yang telah wujud beratus-ratus tahun lamanya, dan beliau telah berjaya membendung penularan fitnah.Dari waktu itu hinggalah ke saat ini,  mereka terpaksa mendiamkan diri.

Itulah kehebatan Uthmaniyyah, di mana seratus tahun sebelum kehadiran mereka, para Awliya-awliya Allah telah meramalkan kedatangan pemimpin- pemimpin Islam yang handal, yang berjiwa rakyat serta berkarisma seperti Sultan Muhammad Al-Fateh dan mereka akan mengembalikan ketamadunan dan kegemilangan Islam.

tentera uthmaniyyah di CanakkaleYa, sesungguhnya mereka adalah pemimpin-pemimpin unggul berdaulah Islamiyah yang telah mengekalkan bumi Istanbul yang mulia itu sebagai pusat pemerintahan, ketamadunan, keilmuan dan keagungan Islam berkurun lamanya. Dan mereka juga adalah pembela Islam yang telah berjuang bermati-matian dalam peperangan Cannakale di mana pihak Barat telah bergabung kuasa dan kekuatan demi untuk menjatuhkan Islam dan ajarannya.

syahid di canakkaleDalam jangka masa yang pendek, seramai 250,000 pejuang-pejuang Uthmaniyyah telah gugur syahid dalam peperangan sengit di Cannakale.

Hasil daripada usaha, pengorbanan dan perjuangan mereka, serangan kuasa-kuasa Eropah barat telah berjaya dipatahkan.

Jika bukan kerana semangat kepahlawanan yang jitu serta taat setia yang tidak berbelah-bagi tentera Uthmaniyya untuk mempertahankan Islam, sudah pasti pihak musuh akan dapat menakluki Cannakale dan sekaligus mereka akan menjatuhkan Khilafat dan melenyapkan pegangan Islam berserta dengan amalan dan ajarannya. Tentera Darat Turki telah bertempur bermati-matian dan telah kehilangan 250,000 orang untuk menghalang kekuatan musuh yang dikumpulkan oleh kuasa-kuasa Barat.

UthmaniyyahIni adalah Khilafah yang diberkati oleh Nabi Muhammad (asws).  Khilafah yang telah menyatukan umat yang berpecah-pecah dan mendapat sokongan padu dari segala ceruk dunia Islam. Khilafah yang tidak membezakan bangsa, warna kulit, bahasa, dan budaya tetapi memberi penghormatan kepada setiap individu berdasarkan kedudukan masing-masing dan memberi hak-hak kepada setiap agama, termasuk penganut agama Kristian dan Yahudi untuk meneruskan amalan ibadah mereka. Dengan cara ini, mereka telah dapat bangkit untuk menerajui sebuah empayar yang hebat dan berkuasa yang telah membangunkan tamadun Islam  dan melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia.

Konsep tamadun bukan sekadar  sesuatu yang hanya mewujudkan bangunan-bangunan pencakar langit serta menghasilkan pelbagai seni bina yang indah dan unik. Pembentukan tamadun bukan hanya berdasarkan perkembangan ekonomi yang mantap serta penghasilan dan penggunaan senjata-senjata dan tenaga nuklear yang membawa pada kepelbagaian bencana dan kemusnahan dunia.

war in Syria (640x443)Penggunaan teknologi telah mula wujud sekitar lima puluh, mungkin seratus tahun  yang lalu, dan dalam jangka masa yang pendek itu terlalu banyak kebinasaan, kehancuran dan kehinaan telah dialami oleh dunia ini. Dalam melayari kehidupan dunia yang semakin maju dengan perkembangan teknologi dan komunikasi yang serba canggih, kita juga dapati banyak perkara yang merangsang nafsu syahwat menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian masyarakat manusia.

war Inikah bentuk ketamadunan yang dibangga-banggakan manusia?

Ketamadunan seharusnya menyedarkan manusia bahawa ada kuasa yang lebih besar disebalik alam yang nyata ini. Nilai rasa ‘kehambaan diri’ dalam diri individu harus menjadi asas kesempurnaan tamadun yang dibina.

Rasa kehambaan diri kepada Allah s.w.t. ini lahir daripada pandangan hati terhadap konsep tauhid yang murni di mana, tatkala cahaya tauhid mula menyinari sanubari insan, maka muncul rasa penghayatan bahawasanya dirinya hidup di dunia ini sebagai hamba Allah s.w.t. yang bertanggungjawab melaksanakan tugas kehambaannya di dunia ini.

Manusia juga harus sedar bahawa Dunia ini hanyalah satu persinggahan dan kehidupan di dunia ini umpama seorang musafir yang berhenti berehat di bawah sepohon pokok kemudiannya meneruskan perjalanan semula. Maka hendaklah manusia menjadikan dunia ini medan untuk beramal.  Inilah asas utama dalam diri seseorang muslim yang akhirnya menumbuhkan sebuah pokok ketamadunan yang agung dan sempurna.

osmanliKhilafah Uthmaniyyah telah mampu untuk menghasilkan sebuah tamadun yang dibangunkan atas asas takwa dan keredhaanAllah swt melengkapi syarat-syarat dan ciri-ciri yang ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah sehingga wujud sebuah masyarakat yang aman harmoni dan mendapat keampunan Ilahi, sebuah Tamadun islam bermatlamatkan keampunan dan keredhaan Allah, untuk kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

Kerajaan Turki Uthmaniyah merupakan salah satu kerajaan Islam yang telah berjaya membentuk sebuah empayar yang luas dan ia merupakan sebuah kerajaan yang menyatukan umat Islam global. Mereka telah berjaya mempertahankan dan membela nyawa, harta, serta kehormatan individu pelbagai bangsa dan agama.

Di samping itu, dalam bidang pendidikan, Turki Uthmaniyah banyak memberi sumbangan kepada Dunia Islam. Antaranya ialah pengenalan sistem madrasah. Sistem pendidikan lain ialah seperti sekolah pengetahuan akademik, sekolah sastera, maktabtentera, maktab teknik, dan kolej perubatan.

Di sepanjang pentadbiran Uthmaniyyah, kitab suci al-Quran tidak pernah henti dibaca, dan al-Quran itu tidak pernah ditutup dan disimpan. Tidak. Pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran berterusan selama beratus-ratus tahun sepanjang pemerintahan kerajaan Uthmaniyyah.

Di bawah Empayar Uthmaniyyah, Islam tumbuh berkembang di seluruh penjuru dunia, mencakupi kawasan sejauh Eropah Tengah ke Lautan Hindi dan ia dianggap sebagai kuasa terbesar dunia.

Hoja Effendi

bersambung di bahagian III, insyaAllah….

SelamAleykum ve Rahmatullah ve barakatu

Sohbet oleh Hoja Lokman Effendi, Khalifah kepada Sheykh Abd Kerim el-Kibrisi el-Rabbani

September 27, 2012

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s