Mereka yang memusuhi Uthmaniyyah adalah musuh Ummah (bhg III)

BismillahirRahmanirRahim

Mereka yang memusuhi Uthmaniyyah adalah musuh Ummah

Kerajaan Uthmaniyya

Di bawah Empayar Uthmaniyyah, Islam tumbuh berkembang di seluruh penjuru dunia, mencakupi kawasan sejauh Eropah Tengah ke Lautan Hindi dan ia dianggap sebagai kuasa terbesar dunia.

Inilah sebuah Khilafah bilamana Sultan bangkit dari tidur setiap awal pagi, sebelum memulakan tugas menerajui kerajaan, mereka akan terlebih dahulu menuju ke kamar yang menyimpan segala peninggalan Rasulullah (asws). Di dalam kamar itu, Sultan akan melutut dan merangkak  untuk membersihkan segala debu-debu yang hinggap di setiap permukaan barang-barang peninggalan Rasulullah (asws) itu. Debu-debu akan dikumpul dan disimpan kerana ianya dipenuhi keberkahan dan tabarruk. Mereka itu adalah Sultan-Sultan termasyur dunia, namun mereka tetap mengatakan, ‘aku hanyalah seorang hamba.’

Sahibulsaif Sheykh Abd Kerim EffendiSheykh kami sering meletakkan bulu burung merak di turban beliau dan perbuatannya itu kerap mengundang fitnah yang dilemparkan oleh pelbagai pihak yang jahil, yang tidak mengerti akan maksud sebenar perbuatan beliau itu. Meletakkan bulu burung merak di turban adalah  sebagai lambang kehambaan, ketundukan dan kekerdilan seorang hamba kepada zat yang Maha Agung. Ini kerana pada zaman kerajaan Uthmaniyyah, para Sultan telah menggunakan bulu burung merak untuk membersihkan dan menyapu debu-debu di Rawza Serif Baginda Rasulullah (asws).  Sejurus selepas ruang kamar itu dibersihkan, Sultan akan mengambil bulu burung merak itu dan meletakkannya di atas kepala, menandakan bahawa mereka itu adalah hamba-hamba di Haramayn.

Kerajaan Uthmaniyyah turut memperlihatkan usaha gigih para Sultan untuk mengumpulkan rakyat-rakyat  yang bergelar Sheriff dan Seyyid. Seterusnya, Sultan akan bertitah kepada mereka, ‘sekarang kalian semua tidak perlu kerja berhempas pulas. Cukup sekadar kalian duduk dan mendoakan para Khalifah. Duduk dan mendoakan kerajaan ini. Duduk dan mendaokan Umat Islam di seluruh dunia ini. Kamu akan dibayar wang persaraan, pendapatan bulanan akan diberi. Tidak perlu lagi bagi kamu untuk keluar bekerja.’

Para Khalifah Uthmaniyyah amat prihatin tentang perlaksanaan tugas seharian. Setiap tugas-tugas yang dilakukan telah dihubung kaitkan dengan para Awliya Allah, para Sahabi atau para nabi dan Rasul Allah yang dijadikan sebagai Pir bagi urusan-urusan tersebut. Misalannya seorang penggunting rambut tidak akan memulakan tugasnya sebelum menyedekahkan al-Fatiha serta memohon sokongan (Medet) dari penggunting rambut Rasulullah (asws), iaitu Hz Salman al-Farsi. Dengan penghormatan tinggi yang ditujukan kepada para Awliya Allah, para Nabi dan Rasul kekasih Allah, nescaya keberkahan dan kebaikan akan mengiringi setiap perbuatan itu.

sultan fetihKhilafat Uthmaniyyah merupakan satu-satunya kerajaan Islam yang telah berjaya membendung kemaraan kuasa Barat ke Timur yang bertujuan untuk memporak –perandakan negeri-negeri Islam di daerah itu. Mereka telah mematahkan semangat dan sekaligus menghentikan  serangan tentera salib. Di samping itu, mereka telah menyebarkan sinar Islam dan mengubah arah kegelapan tamadun barat menjadi sebuah tamadun yang hebat hingga ke hari ini.Khilafah Uthmaniyyah juga telah meneruskan usaha-usaha dakwah Rasulullah sws dengan meningkatkan pembukaan wilayah-wilayah yang baru dan sekaligus ia telah berjaya membina sebuah tamadun Islam yang agung lalu menguasai dunia dan mencapai tahap kemakmuran yang sangat memberangsangkan.

Di sebalik pencapaian hebat lagi menyerlah yang wujud pada zaman kesultanan Uthmaniyyah, terdapat pula kata-kata sumbang yang mempertikaikan pejuangan para Khalifah Islam itu. Segala fitnah dan tomah ini sengaja direka oleh jenis makhluk dashyat yang belum pernah dicipta Allah swt di bawah Kubah-Nya. Mereka yang dimaksudkan itu adalah tidak lain dan tidak bukan iaitu para ilmuwan dan para cendekiawan Islam sendiri. Fitnah-fitnah sengaja direka oleh golongan yang jahil ini dengan tujuan untuk menimbulkan konflik dan kekeliruan dikalangan masyarakat Islam tentang kekhalifahan Uthmaniyyah.

Sungguh berani mereka membangkitkan fitnah dan kebencian terhadap para kekasih Allah. Ya, baru-baru ini kedengaran kata-kata sumbang yang lahir dari salah seorang ilmuwan Islam yang amat berpengaruh. Beliau mempunyai ramai pengikut dan menjadi sumber inspirasi dan inovasi bagi generasi terkini.

Beberapa bulan yang lalu, beliau telah diwawancara dalam sebuah segmen di radio/internet. Sepanjang sesi temubual itu, dapat saya rasakan sesuatu yang  tidak kena dengan cara penampilan beliau. Pertama sekali, beliau menggelarkan diri sebagai seorang Sheykh. Jika benar kamu adalah seorang Sheykh, maka haruslah kamu bangga dengan penampilan diri sebagai seorang Islam terutama sekali bila dikelilingi oleh orang-orang yang bukan Islam.  Mengapa harus kamu menyembunyikan identiti keIslaman kamu? Apakah maksud yang tersirat disebalik kepura-puraan itu? Apakah mesej yang ingin disampaikan?

Hoja Lokman EffendiSememangnya jika dilihat pada keadaan umat Islam masa kini, jelas ternyata bahawa identiti keIslaman semakin menipis terutamanya di kalangan generasi muda. Maka sebagai seorang ahli agama yang mempunyai impak kepada masyarakat, bukankah lebih wajar jika kamu menampil kehadapan dengan nilai-nilai keIslaman mentelah lagi jika berada di persekitaran di mana kamu harus berhadapan dengan orang-orang kafir.

Malangnya ini tidak berlaku. Golongan cendekiawan dan ilmuwan Islam ini hanya pandai bermain kata, fasih berbicara dan berdebat,  ibarat tong kosong berbunyi nyaring.  Seringkali saya melihat orang yang dimaksudkan itu mengenakan sarban yang dililit pada tarbusnya.

Lebih kurang begitulah penampilan beliau selalunya.  Tetapi sewaktu ditemu bual pada hari itu, beliau tidak berpenampilan sedemikan.  Malah beliau juga tidak menutup kepala dengan memakai kufi. Maka sesi temubual itu pun bermula dengan beliau berkeadaan begitu.

Seperti biasa isu-isu berkaitan umat Islam dibincangkan. Dengan penuh yakinnya beliau meluahkan pendapat tentang persoalan itu dan ini. Beliau turut menghentam kolaborator Zionis Anglo-Amerika. Ini adalah sesuatu yang mengundang rasa pelik di hati. Amat menghairankan,  kerana beliau ini sering kelihatan menghentam keras dan mengutuk mereka-mereka yang terlibat dalam pergerakan zionis, namun kehidupan beliau tetap diteruskan dalam keadaan selamat dan bebas berbicara terus tentang ancaman zionis.

Masha’Allah.

Bak kata pepatah Melayu, Ada udang di sebalik batu.

Fokus temu bual itu mula beralih kepada topik yang bersangkutan dengan kerajaan Uthmaniyya. Di sini, beliau mula mengatakan bahawa dunia Islam telah membuat satu kesilapan yang teramat besar.

Beliau mengemukakan sebuah hadis dimana Rasulullah (asws) pernah membayangkan khabar gembira, iaitu ketika memimpin Perang Khandak bahawa suatu ketika nanti, Konstantinopel akan dibuka oleh umat Islam. Sabda baginda, “Sesungguhnya Kostantinopel itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya” – Atas dasar itulah menaikkan semangat umat Islam untuk mempelopori usaha menawan kota Konstantinopel. Misalnya pada tahun 44H, Muawiyyah bin Abi Suffian yang mengasaskan Dinastai Muawiyah memulakan usaha menyerang Konstantinopel, tetapi gagal. Abu Ayyub al-Ansari yang turut serta dalam misi tersebut, syahid di pinggir kota. Percubaan untuk menakluki Konstantinopel menemui kegagalan demi kegagalan hingga ke tahun1453 bilamana askar-askar Islam yang diketuai oleh Sultan Mehmet Fatih Jannat Makam berjaya menakluki kota tersebut.

Fatih SultanKejayaan baginda Sultan dalam menewaskan tentera salib menyebabkan ramai yang kagum dengan kepimpinan beliau serta taktik dan strategi peperangan yang dikatakan mendahului pada zamannya. Dengan kehendak Allah s.w.t , Sultan Muhammad al-Fatih telah menjadi raja yang disebut oleh Rasulullah (asws) setelah umat Islam menanti lebih dari 800 tahun untuk berlakunya peristiwa yang cukup bersejarah ini. Tentera Sultan Muhammad al-Fatih berjaya menembusi kubu Konstatinopel dengan cara yang luar biasa setelah cubaan demi cubaan daripada tentera-tentera Islam sebelum ini menemui kegagalan.

Kisah-kisah penaklukan Konstantinopel oleh Sultan Muhammad Al-Fatih telah banyak disampaikan. Di mana harus kami bermula?

Malangnya, umat Islam tidak berminat untuk mendengar tentang sejarah mereka sendiri. Sejarah perjuangan umat Islam telah diceritakan oleh musuh-musuh Islam dan orang-orang Islam yang membaca kisah-kisah sejarah tersebut mengesahkan akan kebenaran cerita itu dan mempercayainya seratus peratus.

ottomannnMereka tidak berusaha untuk mencari kisah-kisah yang tulin, yang sememangnya adalah sukar untuk didapatkan kerana buku-buku yang ditulis semuanya telah dikelabui oleh kekeliruan. Maka untuk mencungkil kisah tulin mengenai kerajaan Uthmaniyyah, kamu harus mencari seseorang yang berketurunan Osmanli. Sesungguhnya mereka akan menceritakan kisah yang sebenarnya berlaku.

Berbalik kita pada sesi temubual yang diadakan dengan ilmuwan Islam itu, dengan penuh yakinnya beliau berkata bahawa dalam hadis Rasulullah mengenai penaklukan Konstantinopel, Raja yang dimaksudkan itu bukanlah Sultan Mehmet Fatih. Dan sepanjang 700 tahun ini, Umat Islam telah membuat satu kesilapan dalam memikirkan bahawa ia adalah Sultan Mehmet Fatih. Semua alim ulamak, para wali-wali Allah, para shuhada’ dan para salihin di sepanjang 700 tahun ini telah terkeliru.

Beliau mengatakan lagi bahawa perlantikan tersebut adalah satu konsensus, konsensus dari seluruh dunia Islam. Dan beliau begitu meyakini bahawa penaklukan Istanbul adalah salah satu daripada perbuatan yang paling memalukan yang pernah dilakukan oleh umat Islam. Pelbagai lagi tuduhan dan fitnah yang telah beliau lemparkan kepada kedaulatan Uthmaniyyah.

book knowledgeInilah akibatnya jika kita terlalu bermegah dengan ilmu yang didapati daripada pembacaan buku di sana sini. Itulah yang berlaku keatas dirinya. Hasil daripada pembacaan meluas dari sumber-sumber yang berbeza, beliau menjadi keliru dan mula mencampur adukkan setiap yang dipelajarinya itu dan mengatakan bahawa itulah ilmu akhir zaman.

Oh..tidak…tidak..tidak. Tidak semudah itu. Untuk memiliki ilmu Akhir Zaman, kamu harus mempunyai jalinan hubungan syurgawi. Bukan sekadar menurut pemikiran kita sendiri, dan tentu sekali bukan dengan melayani ego sendiri. Yang pasti, beliau ini sedang berbicara menerusi ego. Ketahuilah bahawa barangsiapa yang tidak mempunyai Sheykh, sheykh mereka adalah sheytan. Dan Sehytan itu akan mengatakan bahawa andalah yang terhebat, andalah itu dan ini.

Siapakah Sheykh kamu? Dari manakah asal usul beliau?

Jika kamu mengakui mempunyai seorang Sheykh dan kamu masih sibuk menabur fitnah di sana sini, apa yang boleh kita katakan?

Ibarat berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi.

Seterusnya, beliau juga telah bersumpah bahawa umat Islam di akhir  zaman akan bersekutu dengan Rusia. Dengan pertolongan dari pihak Russia, mereka akan menakluki Istanbul. Beliau juga telah bersumpah bahawa namanya akan ditukar kembali menjadi Konstantinopel. Ini adalah kerana Rasulullah (asws) menyebutnya sebagai Konstantinia. Itulah yang beliau katakan.

Masha’Allah, tinggi sungguh nilai keIslamannya, begitu bersemangat untuk memelihara Sunnat hinggakan beliau tegar untuk mengutuk para Imam Mazhab, mengutuk itu dan ini, tetapi dalam hal ini, beliau mengatakan, kita perlu patuh kerana Nabi menyebut, ‘Konstantinia,’ maka kita juga perlu untuk menyebutnya sebagai Konstantinopel.

Eh, apakah kota itu telah dikenali dengan nama-nama lain pada masa itu?

Nama apakah yang akan kamu gunakan?

Konstantinopel adalah nama yang digunakan secara meluas pada ketika itu.

Tetapi apakah kamu tahu makna Istanbul yang sebenarnya? Saya pasti kamu tidak faham dan kamu juga tidak memperdulikannya. Nama sebenar Istanbul adalah Islambol. Islambol bermakna Islam adalah kemenangan, Islam adalah kejayaan!

Begitu cetek pengetahuan yang kamu miliki. Thuuh! Rezil herif.

Jahil, angkuh, bodoh dan sombong. Berani kamu menyentuh dan mencemari kesucian Uthmaniyya. Awas! Kegemilangan Uthmaniyya akan kembali memuncak. Pedang akan dihunus! Menggelupurlah kamu, orang-orang yang besar kepala. Kerana itulah masa dimana akan terpisah kepala dari badan.

Hoja EffendiHentikan perbuatan bodoh kamu itu. Sesungguhnya kami tahu siapa anda. Anda yang menggelarkan diri sebagai Imran Hossein.

Dengar sini, ini adalah amaran dari Osmanli Dergahi. Hentikan perbuatan yang mengelirukan umat manusia. Jangan sesekali kamu mengatakan sesuatu yang kamu sendiri tidak pasti tentang kebenarannya. Perbetulkan fakta sejarah kamu. Insafilah diri dan kembali beriman kepada Allah swt.

Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Kesultanan Uthmaniyyah adalah kesultanan yang berdaulah dan sesungguhnya Tajalli Allah dan Rasulnya (sws) ada bersama mereka. Hentikan segala penyebaran racun berbisa kerana akhirnya ia akan memakan diri sendiri.

SelamAleykum ve Rahmatullah ve barakatu

Sohbet oleh Hoja Lokman Effendi, Khalifah kepada Sheykh Abd Kerim el-Kibrisi el-Rabbani

September 27, 2012

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s