Memperingati perjuangan Pembela Islam dalam Perang Canakkale – Bhg I

BismillahirRahmanirRahim

Memperingati perjuangan Pembela Islam dalam perang Canakkale – Bhg I

Medet Ya Sayiddi Sultanul Awliya

SahibulsaifCara kami berterusan menerusi persatuan. Islam dibina atas dasar persatuan. Tanpa persatuan, kita akan mempunyai Islam yang seperti sekarang ini.

Apakah kamu senang dengan keadaan umat Islam masa kini? Sepanjang seratus tahun kebelakangan  ini, apakah kamu berpuas hati dengan cara kehidupan Islam yang sedang diamalkan kini?

Saya rasa tidak. Ini kerana masyarakat dan dunia Islam telah dilanda kebekuan (sifat jumud) terutama dari aspek pemikiran dan memiliki ciri-ciri kejahilan. Islam sebagai suatu cara kehidupan, syiar dan syariat hanya tinggal pada nama dan lambangnya. Kaum muslimin telah kehilangan naungan Islam akibat keruntuhan kekhilafahan Islam yang telah menjadi pelindung utama kaum muslimin di dunia.

Akan tetapi umat Islam terus dilamun kelekaan dan kelalaian. Kita harus bangkit dan sedarkan diri kita dari kelekaan yang sedang sentiasa membuai kita sekarang. Jiwa seorang Mukmin harus sentiasa berhat-hati di dalam melayari kehidupan di dunia  dengan cara meneladani sifat Rasulullah (asws).

prophet-muhammad aswsPernah satu ketika Rasulullah didatangi para Malaikat untuk mengiringi baginda dalam perjalanan Israk Mikraj dan mereka melihat Rasulullah sedang tidur di Mekah, di Ka’abah.

Salah seorang daripada Malaikat itu berkata, ‘beliau sedang tidur,’

Seorang lagi Malaikat menjawab, ‘beliau tidak tidur. Kelihatan tubuh badannya sedang beristirehat tetapi hati dan jiwanya sentiasa terjaga.’

Peristiwa ini adalah suatu pengajaran buat diri kita, buat diri orang-orang yang beriman untuk tidak terus leka dan lalai dibuai khayalan. Kerana orang-orang yang beriman harus sentiasa bersedia dan berada dalam keadaan berjaga-jaga.  Malangnya, keadaan umat Islam sepanjang tempoh seratus tahun kebelakangan ini,  sejak berakhirnya sistem pemerintahan Khalifah Islam, bermula dari situ umat Islam mula melalui kehidupan yang penuh dengan kelemahan, kepincangan dan kemunduran.

Mana tidaknya, kebanyakkan umat Islam ketika ini menyangka bahawa sistem yang selain dari sistem Islam lebih memuaskan. Sedangkan sistem itu sangat rapuh dan mudah dipatahkan.

Khalifah merupakan suatu tugas yang telah diamanahkan oleh Allah kepada  manusia sebagai wakil-Nya untuk memelihara dan memakmurkan alam ini berdasarkan syariah-Nya. Khalifah yang sudah menetap adalah golongan salihin dan siddiqin. Inilah makam Khalifah Allah yang menjadi pewaris nabi dan bidangnya yang paling penting adalah berdakwah ke jalan Allah, yang akan meninggikan syiar-syiar agama serta menolong orang-orang yang tertindas dari yang menindasnya.

negara IslamUmat Islam amat memerlukan kalangan pemimpin yang adil, takwa dan taat kepada suruhan Allah swt, melaksanakan hukum-hukum Allah dan syariat Allah serta menjauhi segala larangan-Nya. Tanda kejayaan Islam di benua Eropah ialah dengan berkembangnya wilayah kedaulatan Khalifah Uthmaniyya Turki. Selama berabad-abad, kerajaan Islam tersebut berjaya memantapkan pengaruhnya di Eropah Timur, Balkan, dan Mediterranean.

Namun begitu selepas berabad-abad, pengaruh itu beransur pudar.Menjelang masa-masa kejatuhannya, muncul pemimpin Khilafah Uthmaniyya iaitu Sultan Abdul Hamid II.

Dengan segala kuasa yang ada, ia cuba untuk terus mempertahankan pemerintahan Islam di wilayah-wilayah kekuasaannya dari bahaya yang semakin mengancam, khasnya dari kekuatan Barat dan Yahudi. Namun sejarah putaran musuh Islam untuk menghapuskan Islam tidak pernah padam. Usaha musuh untuk menjatuhkan Islam dan menyesatkan umatnya ini tidak pernah luntur sejak sekian lama.

Pada awal tahun 1900-an musuh-musuh Islam telah membuat perancangan yang drastik dan berhati-hati.  Mereka telah bersatu dan mewujudkan pakatan untuk menghapuskan Islam. Hasil daripada usahasama mereka, satu perancangan jangka panjang telah dilakarkan untuk memerangkap umat Islam,  dan akhirnya umat Islam telah terjerat dalam perangkap musuh.

Mereka jatuh ke dalam belenggu masalah dalaman negara masing-masing, dan akibatnya, mereka mula berpaling tadah dan mengubah haluan. Mereka mula mengibar bendera pemangkin semangat Nasionalisme. Maka, bermulalah bibit-bibit perpecahan dan pergolakan Ummat Muhammad (asws).

nationalism-carving-up-the-earthUmmat Islam yang bersatu mulai berpecah belah menjadi golongan kecil yang bersaing antara satu dan lainnya. Mereka berpecah belah menjadi negara-negara kecil yang bergantung nasib kepada musuh-musuh Islam. Mereka terpaksa tunduk kepada musuh dengan menggadaikan marwah dan semua apa yang dimiliki. Kini, di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mungkin terdapat lebih kurang 70 buah negara Islam.

Musuh Islam dari seluruh penjuru dunia telah bersatu atas nama Perang Salib dengan tujuan untuk menghapuskan Islam. Mereka telah bersatu dalam menyuarakan kebencian terhadap Islam, dan mereka berkata, ‘kita harus merangka strategi untuk melenyapkan ketua mereka.  Dengan cara ini, kita akan dapat mencerai-beraikan umat Islam. Tanpa perpaduan kukuh dikalangan mereka, maka adalah mudah bagi kita untuk merobohkan benteng kekuatan perjuangan Islam.’

musuh bersatuPihak musuh yang semakin memahami kelemahan Islam mula melancarkan serangan ke atas ibu Kota Islam. Askar-askar bersekutu datang dari Australia ke New Zealand, dari England ke Perancis. Mereka menyeberangi selat Bosphorus untuk menuju ke arah Islambol –  di situlah letaknya kehebatan Islam, di situlah pedang Islam terhunus di sebalik kibaran megah Panji-Panji Islam.

ketibaan pakatan tentera bersekutu menentang Islam

ketibaan pakatan tentera bersekutu menentang Islam

Begitulah kekentalan semangat pejuang musuh Islam yang terdiri daripada mereka yang berlainan agama namun tetap menyatu atas dasar tekad meruntuhkan keutuhan Islam.

Pada waktu itu, ramai diantara askar-askar Islam yang telah berkhidmat sebagai tentera-tentera upahan British mendapati diri mereka terjerat dalam perangkap akibat daripada kelekaan diri sendiri. Mereka telah dikerahkan untuk menyokong British dalam misi menumpaskan tentera Islam di Canakkale demi untuk menakluki Ibu Kota Islam di Islambol.

BritishIndianArmy

BritishIndian Muslim Army

Penglibatan orang Islam dalam tentera British bermula pada sekitar 1800-an, dimana pada waktu itu penjajah-penjajah Barat mulai bertapak kukuh di negara-negara benua kecil dan sekaligus mengambil alih kuasa pemerintahan di negara tersebut.

Setelah mendirikan sistem pemerintahan kolonial bercorak barat di negara-negara jajahan  mereka, pihak British telah menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk miskin kampung dengan mengatakan pada mereka, ‘oleh kerana kamu sekarang tidak mempunyai sebarang pekerjaan, maka terimalah tawaran pekerjaan dari kami ini. Berkhidmatlah kamu sebagai askar di dalam tentera kami. Kamu akan diberi gaji bulanan. Kamu akan berkhidmat untuk Great Britain dan kamu akan dikerahkan untuk berjuang dalam misi tersebut.’

Akibat tertarik dengan tawaran gaji  yang agak lumayan pada ketika itu, tanpa membuat sebarang ramalan tentang masa hadapan, mereka menerima tawaran pekerjaan untuk berkhidmat sebagai askar di dalam tentera British. Tidak terlintas di benak fikiran bahawa di suatu masa kelak mereka akan  diperalatkan pihak British bagi tujan memerangi Khalifah Islam mereka sendiri. Ini sama sekali tidak pernah difikirkan oleh umat Islam yang leka dan lalai, dan yang mudah disogok oleh kemewahan dan kesenangan dunia.

Begitulah keadaannya jika manusia mudah terpedaya dengan perhiasan dunia dan keseronokkan sementara. Hakikat yang amat menyedihkan ialah kelekaan umat Islam berterusan hingga ke saat ini di mana mereka membiarkan diri hanyut dengan kenikmatan hidup duniawi.

Pada waktu itu, umat Islam yang dibelenggu kemiskinan mula tertarik dengan tawaran British. Mereka berkata, ‘kami tidak mempunyai pekerjaan, kami tidak mempunyai keselesaan hidup seperti warga penjajah, jadi ada baiknya jika kami menjadi askar British. Setidak-tidaknya, kami akan dibayar gaji bulanan yang tetap.’

palestineKebencian British terhadap Islam  semakin menebal.  Mereka telah dikuasai oleh shaitan-shaitan yang bertujuan untuk menjatuhkan Khilafah Uthmaniyya.

Sikap tegas Sultan Abd Hamid II terhadap Yahudi dan Inggeris menyebabkan dua pihak itu semakin memusuhinya. Baginda tidak membenarkan tanah orang Arab Palestin dijual kepada Yahudi.

Pada tahun 1896, wakil Yahudi, telah mencadangkan kepada Sultan Abd Hamid supaya menjual tanah pertaniannya di Palestin (ketika itu Palestin di bawah pemerintahan Bani Uthmaniyya, Turki) kepada Yahudi. Namun permintaan Yahudi itu ditolak mentah-mentah, menyebabkan Yahudi merasa tersangat marah. Ini menyebabkan wakil Yahudi itu berikrar untuk datang lagi dan akan berusaha menghancurkan pemerintahan Bani Uthmaniyya.

Sultan Abdul Hamid II adalah pemimpin yang benar- benar mempertahankan kesucian bumi Islam daripada dijajah Yahudi. Walaupun beliau dianggap selemah-lemah pemimpin, tetapi dengan keazaman dan kekuatan rohani serta cintakan Islam, bumi Palestin tetap dipertahankan.

Semakin membuak-buak perasaan marah orang-orang Yahudi dan Inggeris terhadap Khalifah Uthamaniyya. Mereka berkata, ‘kita harus melakukan sesuatu. Sultan Abdul Hamid Khan tidak akan menjual walau sejengkal dari tanah itu sekalipun. Dia tetap berdegil dengan pengangannya itu. Selagi  dia kekal, menerajui kepimpinan Islam, hasrat kita untuk membangunkan sebuah kerajaan Israel yang terbesar di dunia tidak akan kesampaian. Tugas menanam benih harus bermula dari sekarang. Kita telah berjaya untuk mempengaruhi dan menipu orang-orang Arab. Mereka kini sedang bersedia untuk menyerahkan segala-galanya keapada kita, tetapi pihak Uthmaniyya, berserta dengan Sultan mereka begitu tegas berdiri tanpa berganjak, dilengkapi dengan pedang Islam yang sudah terhunus. Mereka tidak akan mengaku kalah dan berundur diri.’

Ottoman Palestine (1890-1900) View from the fortress, Tiberias, Holy Land,

Ottoman Palestine (1890-1900)

Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermukim di Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk. Pelbagai langkah dan strategi dilancarkan oleh kaum Yahudi untuk menembus dinding khilafah Uthmaniyya, agar mereka dapat memasuki Palestin. Mereka mula berkolaborasi dengan Nagara-negara Eropa. Yahudi mendapatkan bantuan Inggris dan Prancis untuk mencapai impian mereka. Semenjak itu, Negara seperti Inggris dan Prancis bersiap menghancurkan pemerintah Islam Uthmaniyya.

Jadi, masalah terbesar yang dihadapi umat Islam saat ini ialah mereka semua sedang sibuk berkejar-kejaran untuk mempelajari al-Quran dan Hadis-e sheriff dengan tujuan untuk menjadi ulama’ yang tersohor.

TIDAK, ini bukan caranya.  Untuk menjadi seorang Ulama’, kamu harus mengetahui dan memahami sejarah Islam terlebih dahulu. Ini adalah teramat penting , terutama sekali sejarah yang mengungkap peristiwa-peristiwa yang melanda umat Islam sepanjang seratus tahun kebelakangan ini. Apakah  sebenarnya yang telah berlaku?

Jika kamu tidak berusaha untuk mengenal sejarah sendiri, Eh! Walaupun ditelan kitab suci al Quran itu sekalipun, kamu hanya akan terus hanyut dalam kelekaan, kealpaan dan kelalaian. Dan akibat daripada kelekaan ini, kamu tidak akan sedar bahawa pihak musuh sedang menghampiri dan mula menyerang dari belakang.

Semak dan kaji selidik sejarah  kamu. Nescaya akan tersurat segala yang tersirat. Umat Islam harus mengenali sejarah mereka. Jika kamu tidak mengenali sejarah Islam, maka adalah mustahil untuk kamu memahami hadis Rasulullah (asws).

Apakah sebenarnya yang telah dilakukan oleh musuh-musuh Islam pada awal tahun 1900-an?

Ya, ketahuilah bahawa pada waktu itu, musuh-musuh Islam dari seluruh penjuru dunia telah bersatu atas nama Perang Salib dengan tujuan untuk menghapuskan Islam.  Tetapi, sebelum kita membicarakan tentang hal ini, mari kita mengimbas sejenak kisah sejarah peperangan Islam yang pertama, peperangan yang perlu dihayati oleh semua umat Islam kerana ia memberi iktibar yang besar buat kita semua.  Peperangan apakah yang dimaksudkan itu?

Wahai muslimin dan muslimat, tahukah kamu peperangan apakah itu?

SahibulsaifSheykh Abd Kerim EffendiYa, Perang Badar. Peperangan yang pertama dilakukan Rasulullah (asws)bersama para Sahabat. Pasukan musuh Islam telah bersatu untuk menamatkan riwayat Rasulullah (asws). Dalam peperangan itu, bilangan tentera Islam adalah terlalu sedikit berbanding pihak musyrikin Mekah yang terdiri atas 1000 pasukan bersenjata lengkap, berbaju besi, bersertakan unta-unta dengan segala muatannya,dan ratusan ekor kuda. Kaum Quraisy terlalu yakin yang mereka akan berjaya memusnahkan Islam yang memang sedikit dari jumlah tetapi tidak dari semangat.  Kafir Quraisy ingin menjadikan peperangan ini sebagai kemenangan bagi mereka yang akan meletakkan rasa takut di dalam hati seluruh kaum bangsa Arab. Mereka hendak menghancurkan kaum Muslimin dan mendapatkan keagungan dan kehebatan.

Derapan tapak kaki kuda pihak musuh semakin jelas kedengaran. Dalam saat getir itu, Rasulullah (asws) yang dikelilingi oleh tujuh ratus orang pengikutnya  masih tidak lagi berganjak. Tiada kebenaran bagi mereka untuk berperang. Beberapa orang para sahabi yang semakin resah mula berkata, ‘Ya Rasulullah, izinkan kami untuk pergi berperang menentang musuh-musuh Allah itu.’

Rasulullah berkata, ‘Tidak. Saya tidak boleh memberikan keizinan itu. Saya hanya seorang hamba Alalh, sama seperti kamu semua.’

Mereka berkata, ‘Ya Rasulullah, kami telah meninggalkan kota Mekah untuk bersamamu di sini. Dan sekarang ini, mereka telah bersatu hati ingin menghapuskan riwayat kita. Adakah kita hanya akan berdiam diri dan duduk terpaku di sini tanpa bertindak balas?’

Dan penduduk-penduduk Medina mula menyampuk, ‘Ya Rasulullah, kami telah membuka pintu  seluas-luasnya untuk kamu. Sekarang pihak musuh sedang mara ke arah kami, apakah kamu tidak akan memberi keizinan untuk kami menentang mereka? Mereka yang akan menghapuskan segala-apa yang kita miliki.’

Dan Rasulullah (asws) menjawab. ‘Tidak. Kebenaran itu bukan terletak di tangan saya. Ia berada di tangan Allah swt. Selagi Allah tidak memberikan kebenaran itu, kita tidak akan berperang.’

‘Apakah yang harus kita lakukan kini?’

‘sekiranya musuh berada di depan mata sekalipun,  jika kita tidak mendapat keizinan Allah swt, kita tidak akan menentang. Biarlah kita gugur syahid dengan cara begitu.’

kesulitanSesungguhnya Allah sedang menguji sejauh mana kesetiaan mereka terhadap Allah.

Jika dilihat pada keadaan masa sekarang ini, terdapat ramai yang sedang bersemangat  mengibarkan dan menegakkan panji-panji Islam. Tetapi apa sebenarnya tujuan di sebalik perjuangan ini?

Adakah ianya benar-benar dilakukan demi Islam? Atau demi mengejar harta dan kekayaan dunia? Atau demi anak-anak  dan keluarga tercinta?

Fikirkanlah.

Para sahabat akhirnya berkata, ‘Ya Rasulullah, kami menerima dan mematuhi  arahanmu. Kamu berkata  bahawa jika Allah tidak memberi keizinan, kita hanya akan terus duduk tanpa berganjak dari tempat ini. Walau musuh berada di depan mata sekalipun, itulah yang akan kami lakukan. Kami telahpun mengorbankan nyawa, keluarga, anak-anak dan seluruh harta kekayaan yang kami miliki ke jalan kamu dan kami akan terus patuh pada titah arahanmu. Jika tiada keizinan untuk berperang diturunkan, kami tidak akan mengangkat jari-jemari ini untuk melawan pihak musuh.’

Ya, itulah yang sebenarnya telah berlaku. Apakah kamu telah diberitahu tentang kejadian ini? Adakah ini yang diajar oleh guru-guru kamu?

Sesungguhnya itulah ujian yang ditimpakan ke atas para sahabi. Oleh kerana kesetiaan yang tidak berbelah bagi mereka terhadap perintah Allah dan Rasul-Nya (asws), maka mereka lulus ujan itu.

perang-badarWalaupun bumi digegarkan dengan kemaraan musuh yang begitu bersemangat untuk membunuh pihak Islam yang amat kecil bilangannya, namun mereka tetap berkata, ‘kami mendegar dan kami patuh pada arahanmu Ya Rasulullah. Kami akan berdiri menanti di sini bersamamu. Jika tiada kebenaran diturunkan, kami rela mati demi Islam.’

Dan diwaktu itu, Allah swt menurunkan perintah mengatakan, ‘Sekarang pergilah kamu menghadapi musuh. Sesungguhnya Aku bersama kamu. Penggallah kepala mereka dan pancunglah tiap-tiap ujung jari mereka karena sesungguhnya mereka menentang Allah dan Rasul-Nya, Aku yang akan mencabut roh-roh mereka. Sekarang, tujuan kamu berperang adalah kerana Allah,  kerana menegakkan kalimah Allah yang maha suci, kamu bukan berperang untuk anak-anak, harta dan kekayaan atau untuk kota-kota kamu tersendiri. Berjuanglah ke jalan Allah.’

Adakah ini yang sedang berlaku kepada umat Islam pada hari kini? Dan adakah ini juga yang menjadi matlamat perjuangan mereka? Di Palestin? Di Chehenstan? Di Kashmir? Dan di mana-mana jua di bumi Allah ini?

Tidak. Tidak. Mereka kini mempunyai matlamat yang berbeza. Apakah kemenangan berada di pihak Islam masa kini?

Allah swt menghendaki perang Badar sebagai pelajaran abadi bagi setiap muslim dan muslimah. Ia mengajarkan kemurnian niat lillahi Ta’ala dalam perjuangan, bukan memburu nikmat duniawi dengan kendaraan agama. Tentera Islam mendapat kemenangan dari sebab keteguhan dan ketabahan hati mereka. Dengan keyakinan mereka pada Allah yang sangat kukuh itu, Allah telah menurunkan bantuan ibarat air yang mengalir menuju lembah yang curam.

battle of badar

Peristiwa perang badar membedakan antara yang haq dengan yang batil. Di saat itulah Allah mengangkat derajat kebenaran dengan jumlah kekuatan yang terbatas dan merendahkan kebatilan meskipun jumlah kekuatannya 3 kali lipat. Allah menurunkan pertolongan yang besar bagi kaum muslimin dan memenangkan mereka di atas musuh-musuh Islam. Tidak  ada sesiapa yang dapat menahan betapa besarnya pertolongan Allah terhadap umat yang senantiasa menjalankan perintahnya dan menjauhi larangannya.

Sebaik sahaja keizinan untuk berperang diberi, pihak Muslim merasa gembira sekali.  Mereka pergi berperang dengan rasa kecintaan yang begitu besar kepada Muhammad (asws), serta dengan kepercayaan penuh kepada ajarannya. Mereka mengetahui bahawa kekuatan Quraisy jauh lebih besar dari kekuatan mereka. Tetapi, sungguhpun begitu, mereka sanggup menghadapi, mereka sanggup melawan, walaupun dengan bersenjatakan batang-batang kayu dan ketulan batu-bata yang dikutip di padang pasir itu. Dan mereka inilah yang juga sangsi, antara harapan akan menang, dan kecemasan akan kalah. Tetapi jiwa mereka sudah penuh terisi oleh semangat dari Allah swt. Sudah bukan mereka lagi yang membunuh musuh, sudah bukan mereka lagi yang menawan tawanan perang. Hanya karena adanya semangat dari Allah yang tertanam dalam jiwa mereka itu kekuatan moral mereka bertambah dan Allah berkata , ‘Sebenarnya bukan kamu yang membunuh mereka, melainkan Allah juga yang telah membunuh mereka. Juga ketika kau lemparkan, sebenarnya bukan engkau yang melakukan itu, melainkan Tuhan juga.’

Kemenangan sejati selalu ada ketika ia bersandingan dengan iman. Rahmat Allah menyertai orang-orang yang beriman. Kaum Muslimin pun bertempur hebat dibantu oleh para Malaikat. Perang Badar merupakan pembatas di antara dua ikatan dan menjadi pembeda antara yang haq dan yang bathil. Akhirnya, tentera Muslim menang besar dalam perang itu dengan izin Allah berbekalkan keimanan mantap dan bantuan Ilahi dari langit iaitu gerombolan malaikat untuk membantu tentera Muslimin.

313 orang para sahabi yang mulia menjadi ahli Badar. Di kalangan 700 kaum muslim yang bersama Rasulullah sebelum peperangan bermula, hanya 313 yang taat setia untuk bersama Rasulullah dalam menghadapi pihak musuh. Yang lainnya mula mengundurkan diri secara senyap-senyap. Setelah tamat peperangan dan apabila mendapat berita tentang kemenangan pihak Islam,  mereka keluar menjumpa Rasulullah dan berkata, ‘apakah benar kamu semua telah pergi berperang? Kami sangkakan ianya hanyalah satu gurauan.’

Apakah ini sesuatu yang tidak asing lagi buat diri anda? Fikirkanlah. Fikirkan dengan secara jujur dan ikhlas tentang diri anda sendiri.

Mereka semua berkata, ‘kami sangkakan bahawa kamu hanya bergurau senda. Kami tidak fikir ianya adalah sesuatu perkara yang serius.  Sekiranya kami tahu, sudah tentu kami akan turut berada di sisimu untuk menghadapi musuh .’

Rasulullah berkata, ‘ tidak mengapa, teruskan berdiam diri di sana, kerana masa kamu akan tiba tidak lama lagi.’ Dan itulah yang terjadi ke atas diri mereka. Kebanyakkan dari mereka yang mati dalam kemunafikan, dan ramai juga diantara mereka yang berpaling tadah dan mula mengubah haluan. Mereka meninggalkan jalan yang dibawa oleh  Rasulullah (asws).

sahibulsaifJadi, begitulah ujian Allah kepada hambanya. Dan ujian dari yang Maha Esa akan sentiasa diturunkan untuk semua peringkat manusia demi menguji keimanan mereka.  Dan Perang Canakkale merupakan satu lagi  peristiwa sedih memilukan hati dalam sejarah perjalanan Islam di mana Allah menguji tahap kesabaran dan semangat kaum muslimin dan muslimat untuk bangkit mempertahankan Islam.

Sama ada kita suka atau tidak kita akan diuji juga, dan Allah s.w.t berkata kepada kita, “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu ujian sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?

Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan dengan bermacam-macam ujian. Apakah kamu menyangka kamu akan masuk syurga tanpa melalui ujian-ujian dari Allah terlebih dahulu?’

Itulah yang sedang Allah swt katakan kepada kita semua.

Al-Fatiha

sohbet oleh SahibulSaif Sheykh Abd Kerim Effendi Hz

March 17, 2012

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s