Memperingati perjuangan Pembela Islam dalam Perang Canakkale – Bhg II

BismillahirRahmanirRahim

Memperingati perjuangan Pembela Islam dalam Perang Canakkale – Bhg II

battle18 March, 1915. Dunia menjadi saksi sebuah peperangan yang amat dashyat.  Peperangan yang mengorbankan sejumlah besar para pejuang Islam dari Tentera Turki Uthmaniyyah.

Apa yang menyebabkan mereka sanggup bergadai nyawa, mengorbankan harta dan masa?

TURKISH_SOLDIER__1915_by_mertyavascTujuan mereka hanyalah satu. Tujuan perjuangan mereka bukan tertumpu kepada hal ehwal urusan keduniaan, bukan untuk mempertahankan harta kekayaan, anak isteri serta keluarga tercinta. Tidak. Tujuan mereka adalah untuk mempertahankan keutuhan agama Islam, untuk membela  Khalifah dan untuk terus menegakkan panji-panji Islam.

Tentera Darat Turki telah bertempur bermati-matian dan telah kehilangan 250,000 orang untuk menghalang kekuatan musuh yang dikumpulkan dari merata penjuru dunia.

Biarpun kebanyakan senjata milik para pejuang Islam tidak secanggih senjata tentera musuh malahan ada senjata yang sudah ketinggalan zaman masih digunakan tetapi kekuatan moral yang tinggi memungkinkan tentera Islam mampu memberikan saingan hebat kepada tentera penceroboh.

Jika kamu pernah mengunjungi  kawasan yang pernah menjadi medan pertempuran paling berdarah ini, akan dapat kamu lihat sendiri betapa rapatnya jarak diantara garisan musuh dengan garisan pejuang-pejuang Turki Islam. Cubalah kamu bayangkan betapa sengitnya pertempuran yang dihadapi oleh kedua-dua pihak, terutama sekali pihak Islam yang bilangannya jauh lebih sedikit ditambah pula dengan kelengkapan senjata yang tidak sehebat pihak musuh. Kerap kali mereka diberi arahan untuk tidak menggunakan peluru tetapi untuk memasangkan pisau bayonet di hujung senapang dan menggempur secara terus ke garisan musuh.

Saya pernah mengunjungi medan pertempuran di Canakkale itu dan dapat saya lihat sendiri garisan perjuangan kedua-dua pihak.  Saya pernah berjuang di medan peperangan, tetapi apa yang telah dilihat oleh mata kasar ini di kawasan Canakkale, adalah sesuatu yang amat menyentu hati nulari. Amat menakjubkan. Semangat perjuangan, ketegaran, dan keteguhan hati  pejuang Islam  tersemat kuat di sanubari setiap diantara mereka. Begitu hebat kuasa yang mengiringi pembela- pembela Islam ini.

SahibulsaifYa, begitulah keadaan yang dihadapi oleh 250,000 nyawa yang telah rela menjadikan diri mereka sebagai benteng pertahanan Islam yang ampuh, benteng yang tidak dapat ditembusi oleh pihak musuh yang akhirnya tenggelam ke dasar lautan yang mengelilingi kawasan tersebut. Angka korban di pihak musuh adalah sama banyaknya dengan para syuhada Uthmaniyyah. Sekurang-kurangnya setengah juta nyawa yang telah terkorban dalam peperangan ini.

Umat Islam masa kini tidak tahu dan tidak berminat untuk mengambil tahu tentang  peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam perang Canakkale. Pada saat ini, sedang kita membicarakan tentang kisah-kisah perjuangan umat Islam dalam peperangan yang amat dashyat ini, terdapat ramai juga dikalangan umat kita di kawasan itu yang sedang asyik terlonjak-lonjak kegirangan,  menari-nari, hidup berfoya-foya bergelumang dengan keseronokan dan kemaksiatan.

Mereka membiarkan diri untuk terus tenggelam dalam kesesatan yang ditiru dari kehidupan bercorak kebaratan, tanpa menghiraukan bahawa tanah yang sedang diinjak-injak itu telah menguburi ratusan ribu mayat-mayat para syuhada. Bilangan korban yang tinggi di kalangan pejuang Islam itu telah menyebabkan ramai diantara mereka yang tidak sempat dikafankan. Ramai diantara mayat-mayat itu yang tidak dapat diberikan pengkebumian yang sempurna. Mereka hanya menggunakan pasir-pasir untuk menimbusi mayat para pejuang yang terbujur kaku.

gallipoli1Begitulah keadaannya. Itulah golongan para mujahiddin yang menjaga agama dan berjuang menegakkan agama Allah dengan diri dan darah mereka.  Dan mereka tidak dapat dikalahkan oleh pihak musuh.  Peperangan berakhir dengan kemenangan berada di pihak Khalifah. Mereka berjaya mematahkan serangan musuh. Sesungguhnya, hanya orang yang benar-benar muslim sahaja yang bersedia untuk berjuang dengan bersungguh-sungguh walaupun dengan berkorban nyawa dan harta benda untuk keredaan Allah, untuk mempertahankan Islam, untuk membela Khalifah.

Dalam masa yang sama,  terdapat juga ramai askar-askar Islam dari Afghanistan, Pakistan dan India yang mendapati diri mereka terperangkap dek kecuaian sendiri.

Mereka telah berkhidmat dengan tentera British dan dalam peperangan itu, mereka telah diberi arahan dari pihak British untuk menaiki sebuah kapal perang yang akan membawa mereka ke medan pertempuran. Sepanjang pelayaran itu, mereka tidak dimaklumkan tentang musuh yang bakal dihadapi.  Alangkah terkejutnya askar-askar  Islam itu sebaik sahaja mereka mendarat dan mereka dapati bahawa musuh yang harus ditentang adalah dari tentera Khalifah Islam sendiri.  Dengan jiwa yang memberontak, mereka berkata, ‘Tidak! Tujuan kami menyertai pasukan tentera ini  bukanlah untuk menentang kaum Islam. Kami tidak akan melawan mereka. Kami akan pergi dari sini.’

Malangnya, pihak British mengatakan, ‘tidak, kamu semua tidak boleh mengundurkan diri. Kamu harus menghadapi mereka. Jangan berani untuk cuba melarikan diri kerana kami akan sentiasa mengawasi kamu. Jika kamu ingkar pada arahan ini, kamu akan menemui ajal ditangan kami.’

Begitulah nasib yang menimpa askar-askar Islam yang terpaksa berjuang di pihak musuh.

tentera Islam CanakkaleDan harus juga kamu ketahui bahawa sewaktu peperangan Canakkale ini, dunia-dunia Islam yang lainnya telah meninggalkan Khalifah. Mereka membiarkan Khalifah keseorangan bersama tentera-tenteranya yang sedikit untuk menghadapi musuh yang memiliki kelengkapan perang serta teknik ketenteraan yang baik. Hanya sebilangan kecil pejuang-pejuang Kurdish dan Cherkez yang telah turut berjuang bersama tentera Islam Turki Uthmaniyya.  Seluruh dunia Arab telah mengundurkan diri. Namun demikian, pejuang-pejuang Khalifah tetap teguh berpendirian. Keteguhan yang di kemudian hari menjadi makanan dan penyubur bagi hati nurani umat manusia.

Perang Canakkale adalah peperangan yang terakhir dalam Islam.  Tiada lagi peperangan Islam berikutan dari itu, kerana apa jua bentuk peperangan dalam Islam harus diterajui oleh seorang Khalifah.  Hanya Khalifah yang diberi kuasa untuk mengisytiharkan Jihad dan mereka yang layak berjihad di jalan Allah haruslah orang yang benar-benar muslim yang akan sentiasa bersedia untuk berjuang dengan bersungguh-sungguh demi untuk mencari keredaan Allah.

Banyak perperangan-peperangan yang tercetus selepas itu bukanlah sebuah peperangan yang memperjuangkan Islam kerana Dunia Islam tanpa naungan Daulah Khilafah selalu menjadi sasaran penghinaan, Fitnah, Kekejaman Musuh-Musuh Islam. Islam memandang hakikat kekuasaan merupakan perpanjangan dari kedaulatan Allah swt. Perjuangan seorang Khalifah Islam tidak ditujukan kepada tujuan yang bersifat keduniaan tetapi untuk memperjuangkan kedaulatan Allah di bumi dengan mengamalkan syari’at-Nya.

akhlakKita sedih dengan apa yang menimpa generasi Muslim kini yang kian parah jati dirinya. Akhlak yang merudum, keperibadian yang kian bernanah memburukkan lagi usaha untuk mencari redha Allah. Manusia pada masa kini hidup dalam serba kemewahan dikelilingi pula dengan pelbagai kemudahan agar kehidupan menjadi lebih menyenangkan. Dan umat Islam tidak ingin ketinggalan dalam merebut peluang untuk menikmati kesenangan hidup. Akibat dari kerakusan mengumpul harta dunia, mereka telah hilang keperibadian terpuji mereka sebagai muslim sebenar dan mereka  kembali mengamalkan cara hidup yang berlandaskan norma-norma yang sememangnya telah wujud dan dipraktikkan oleh masyarakat di zaman jahiliyyah.

Pernahkah  mereka semua memikirkan tentang pengorbanan para syuhada Canakkale yang telah berjuang untk mempertahankan daulah Islam?

Bukan sekadar satu atau dua nyawa yang telah sanggup berkorban, malah ratusan ribu yang telah menyumbangkan khidmat dan bakti pada Khalifah Islam hingga mereka gugur di jalan Allah.

perjuanganTentangan sengit dari pihak musuh langsung tidak mematahkan semangat pejuang-pejuang Islam. Berpantang maut sebelum ajal, itulah yang dapat disimpulkan mengenai semangat kepahlawanan mereka. Sungguh kehebatan mereka untuk mempertahankan Islam itu tiada tolok bandingnya sehingga ke saat kini.  Kesanggupan untuk berjuang menggadai nyawa telah menempatkan mereka di darjat yang mulia di sisi Allah, kerana Allah swt sendiri telah menjanjikan ganjaran yang sangat besar kepada para syuhada di akhirat kelak.

Satu peristiwa yang berlaku pada waktu itu ialah apabila seorang  kapten dari tentera Islam Khalifah  sedang mengamati keadaan di sekitar medan pertempuran, dan beliau berkata, ‘jika pihak musuh berjaya melintasi  selat ini, apa yang harus kami lakukan?’

Semua askar-askar Khalifah faham bahawa sekiranya  musuh berjaya mematahkan benteng pertahanan di Gallipoli maka impian musuh untuk menakluki Istanbul berada dalam cengkaman. Sultan dan Khilafat akan jatuh ke tangan musuh. Oleh disebabkan itu, setiap diantara para pejuang Islam telah mengorbankan segala jiwa dan raga demi untuk mengukuhkan lagi benteng pertahanan sehinggakan pihak musuh tidak berupaya untuk merempuh masuk dan meruntuhkannya.

Seorang pejuang Islam yang bernama Ali Chawsh datang menghampiri kapten itu. Beliau berada dalam keadaan parah, namun masih sempat mengukir senyuman dan berkata , ‘Oh Kapten, usah diragukan semua itu. Masih ramai lagi askar-askar kami yang sedang menanti di belakang. Malah kami boleh membuat benteng setinggi gunung dari askar-askar kami itu dan pihak musuh pasti tidak dapat menembusinya.’

Dan dia berkata lagi, ‘ tapi diriku kini sedang dalam sedikit kesakitan,’ ini berakibat dari sebutir peluru yang telah menembusi tangan kanannya menyebabkan isi lengan terkeluar dan tulang  tangan hancur.  Hanya sekeping daging  yang sedang mencantumkan tangan pada tubuhnya.

Dia menghulurkan sebilah pisau kepada kapten itu sambil berkata, ‘tolong potongkan tanganku ini agar aku dapat bergerak bebas dan menentang mereka dengan lebih bersemangat.’

canakkaleKapten mengambil pisau itu lalu memotong tangan pemuda itu. Sebaik sahaja tangan dipotong, dia terus menyerang dan merempuh ke arah musuh sambil berkata, ‘daripada aku duduk dan mati di situ, biarlah aku mati dengan cara begini.’

Dia berjaya memasuki garisan musuh dan tembakan mesingan bertalu-talu dari pihak musuh telah diarahkan kepadanya. Pejuang Islam mengambil kesempatan itu untuk menyerang balas tembakan musuh hinggakan mereka berjaya menawan benteng pertahanan musuh.

Sebuah lagi kisah yang menyentuh hati telah berlaku ke atas diri seorang pejuang yang bernama Seyyid Chaush.  Beliaulah yang telah meletakkan peluru yang terakhir ke dalam sebuah meriam dan akibat dari bedilan peluru meriam itu, sebuah kapal perang musuh telah berjaya dikaramkan.  Pada ketika itu, Seyyid Chaush adalah satu-satunya askar yang masih dapat bertahan.  Teman-teman seperjuangannya yang lain telah gugur di medan pertempuran. Maka tinggallah beliau keseorangan yang berusaha sedaya-upaya untuk mengangkat peluru yang seberat 300 kilogram.

seyidCuba anda bayangkan. Cuba anda bayangkan betapa hebatnya semangat kephalwanan dan pengorbanan seorang pejuang Islam. Bersertakan doa yang tak putus-putus memohon bantuan Illahi, beliau, dengan tulang empat kerat yang tidak akan sesekali berundur, telah memeluk peluru berat itu dan meletakkannya ke dalam meriam.

Allahu Akhbar!  Bedilan meriam itu telah menamatkan segala-galanya. Serangan hebat itu telah meruntuhkan semangat perjuangan pihak musuh.  Apabila musuh menyaksikan kemusnahan sebuah lagi kapal perang mereka, dengan serta-merta mereka menghentikan segala bentuk serangan. Mereka sedar bahawa adalah mustahil untuk meneruskan usaha menakluki kota Istanbul kerana semangat juang yang luar biasa dari tentera Islam adalah ibarat besi yang teguh dan utuh, yang tak bisa dipatahkan. Maka pihak musuh mengundurkan diri.

Banyak lagi kisah-kisah sedih lagi menyayat hati yang telah berlaku dalam peperangan ini.  Peperangan yang melibatkan 250,000 pejuang yang menemui syahid di jalan Allah, dan tidak hairanlah jika saya katakan bahawa terdapat lebih kurang 250,000 kisah yang wajar kita bicarakan. Kerana setiap mereka mempunyai cerita tersendiri.

Ya, semoga kita dapat memahami dan menjiwai kisah-kisah di sebalik pengorbanan mereka  kerana  di dalamnya terkandung maksud yang luas, maksud yang dapat menjernihkan kekeruhan di hati ini akibat terlalu leka dengan kelazatan nikmat dunia. Saya melihat kini betapa umat Islam begitu berat untuk melakukan ibadah korban walaupun hidup mereka senang dan mewah. Pada tahun itu, tidak seorang pun diantara penduduk umat Islam di Turki yang  menyembelih korban. Setiap diantara mereka telah mengorbankan segala yang dimiliki demi menyokong perjuangan Khalifah dan tentera-tentera Islam di sana.  Dan para ulama dan Awliya mengatakan bahawa seluruh rakyat Turki pada masa itu telahpun menunaikan ibadah Kurban mereka. Setiap keluarga mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak yang telah syahid di jalan Allan.

kanak-kanak berusia 15 tahun yang turut berjuang dalam perang Canakkale

kanak-kanak berusia 15 tahun yang turut berjuang dalam perang Canakkale

Bukan hanya kaum lelaki yang mengangkat senjata dan berjuang di barisan depan, terdapat juga ramai kaum perempuan yang turut menyumbangkan bakti. Seorang askar Anzac pernah menceritakan, ‘saya sedang memerhatikan serangan bertalu-talu yang datang dari garisan tentera Islam. Tembakan yang tiada henti-hentinya dari arah itu meningkatkan lagi ketegangan yang mewujudkan serangan balas yang hebat dari pihak kami.

Kami menyangka bahawa terdapat sebuah batalion yang hebat di sebalik garisan itu. Serangan itu berterusan dalam jangka waktu yang agak panjang.

Akhirnya, menjelang  senja, serangan terhenti. Pihak kami terus menggempur masuk ke arah itu. Alangkah terkejutnya bila apa yang kami temui hanyalah mayat seorang perempuan dan di sisinya, terbujur kaku mayat seorang budak lelaki. Setelah dihitung, kami dapati enam puluh tiga butir peluru yang telah menghinggapi tubuh badannya.”

Begitulah bentuk kekuatan Iman yang telah menyelamatkan Islam.

Begitulah sikap kepahalwanan mereka yang luar biasa, yang  tersemat di dada orang-orang yang beriman kepada Allah swt dan Rasul-Nya (asws) dan yang taat setia kepada Khalifah. Bukan sekadar di kalangan anak-anak lelaki, para suami dan kaum ayah, kaum ibu turut memiliki sikap kepahlawanan yang utuh ini.

Berlaku sebuah kisah di mana seorang ibu telah menghantar anak lelakinya untuk berjuang di Canakkale. Sebelum berangkat, ibu itu telah meletakkan inai dikepala anaknya. Setibanya di Canakkale, kaptennya bertanya, ‘mengapa kulit kepala kamu itu kelihatan kemerah-merahan, Mehmet?’ – Mehmetcik adalah gelaran yang diberi bagi pejuang-pejuang Nabi Muhamad (asws).

‘Saya kurang pasti. Ibu yang meletakkannya di kepala saya sebelum saya ke mari.’

warkah buat ibuDan pemuda itu sering dipersendakan oleh rakan-rakan tentera. Satu hari, pemuda itu menulis surat kepada ibunya dan berkata, ‘ibu, kamu telah meletakkan inai di kepala saya sebelum menghantar saya ke sini.  Saya rasa adik lelaki saya juga sedang bersiap-siap untuk menyumbangkan bakti dalam perjuangan ini dan ibu juga akan menghantarkan beliau ke mari. Tetapi sebelum itu, saya ingin bermohon agar ibu tidak meletakkan inai di kepalanya. Dengan cara ini, dia tidak akan dijadikan sebagai bahan gurauan di kalangan teman askar-askarnya.’

Sebaik sahaja surat itu dibaca, ibunya membalas dengan mengatakan, ‘Anakku, di kampung kita ini, inai digunakan dalam tiga acara yang penting. Pertama, inai itu diletakkan di jari jemari, di telapak tangan seorang anak gadis untuk menandakan bahawa kita telah menyerahkannya (kepada suaminya). Kedua, kita letakkan inai di kambing yang akan dikorbankan untuk Allah. Dan ketiga, kita letakkan inai di kepala anak-anak lelaki untuk menandakan bahawa kita telah menyerahkan anak itu demi untuk Allah swt, anak itu kita korbankan ke jalan Allah. Dengan hati yang pasrah, kita menghantar anak itu ke medan peperangan tanpa berharap bahawa anak itu akan kembali lagi. Anakku, jangan kamu melarang ibu dari meletakkan inai di kepala adikmu. Ibu telah pun melakukannya dan sekarang ini dia sedang dalam perjalanan ke sana.’

syahidSebelum surat sampai ke tangan pemuda itu, beliau telahpun gugur syahid di medan pertempuran.  Surat itu diberikan kepada kapten yang pernah mentertawakan kemerahan di kepala pemuda itu. Dengan  perasaan hiba dan terharu, Kapten itu berkata, ‘Ya, sesungguhnya inilah pejuang-pejuang Islam yang hakiki, dan di tangan mereka-mereka inilah kami akan menyelamatkan Islam. Selagi nyawa dikandung badan, kami tidak akan membiarkan musuh menjejaki  Kota Islam ini.’

Alhamdulillah, 250,000 nyawa telah berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir. Akhirnya, tentera musuh telah berjaya dikalahkan dan mereka mengundurkan diri.

InshaAllah, benteng pertahanan Islam yang ampuh  tidak dapat dan tidak pernah akan dapat ditembusi oleh musuh-musuh Islam selagi anak-anak serta cucu cicit para syuhada Canakkale masih bermukim di bumi Allah ini. Musuh kini semakin bebas untuk melakukan apa sahaja, tetapi anak-anak dari pahlawan Islam yang gagah perkasa ini sedang menantikan giliran mereka.  Secara senyap, mereka sedang menantikan isyarat dari Baginda Rasulullah (asws). Mereka sedang menghitung hari.

InsaAllah ar-Rahman, mari kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas roh-roh bagi setiap para syuhada Canakkale. Semua ini sebenarnya adalah untuk kebaikan kita sendiri, agar keberkahannya akan dapat menambahkan kekuatan iman dan kekuatan diri untuk kita meneruskan kehidupan ini.

Ya, perubahan sememangnya telah banyak berlaku di sana sini, tetapi keimanan seorang muslim kepada Allah swt tidak harus berubah. Gaya hidup semakin pesat berubah mengikut peredaran masa, tetapi keimanan kepada Allah adalah pegangan hidup yang harus terus kukuh kerana Keimanan terhadap Allah membezakan antara kita dengan hamba-hamba-Nya yang lain.

Ini juga adalah untuk mengingatkan kita bahawa walau apa pun keadaannya, kita harus mampu untuk bangkit demi Islam. Satu hari kelak, Allah (swt) akan menguji kita dengan ujian yang serupa. Jika kita lulus, kita akan menemui kejayaan yang berkekalan di akhirat. Jika kita kecundang, maka ini adalah perkara yang amat menyedihkan.

Al-Fatiha

sohbet oleh SahibulSaif Sheykh Abd Kerim Effendi Hz

March 17, 2012

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s