Persiapan menyambut kedatangan Imam Mahdi (a.s) – Bhg I

Auzu billahi min ash-sheytanir rajim

BismillahirRahmanirRahim

Persiapan menyambut kedatangan Imam Mahdi (a.s)

Medet Ya Seyyidi, Ya Sultanul Awliya, Medet.

sahibulsaif (2)Kami mohonkan sokongan dan bantuan dari Sheykh kami, untuk mengizinkan kami membicarakan hakikat sesuatu yang akan memberi petunjuk dan manfaat kepada semua yang mendengar, yang berazam untuk membuat perubahan dalam kehidupan.

Sesiapa sahaja boleh mendengar. Kamu boleh mendengar, tetapi jika kamu tidak berusaha untuk merubah segala kelemahan dan kekurangan diri, maka ibarat mencurah air di daun keladi, walaupun tergenang tetapi tidak meninggalkan kesan.

Allah swt telah mengutuskan Rasulnya untuk memberikan peringatan agar manusia kembali ke jalan yang diberkati Allah  serta menghiasi diri dan peribadi dengan cahaya kebenaran.

Jika kita memahami dan menghayati dari setiap kata-kata ini, maka kemenangan pasti akan kita perolehi. Tetapi sebaliknya jika kita tidak mengendahkannya dan menganggapnya sebagai suatu omongan kosong, maka sesungguhnya rugilah kita dengan kerugian yang terang dan nyata, di dunia mahupun akhirat.

Kita kini berada di era kezaliman dan era paling kelam dalam sejarah Islam. Kita juga adalah umat Islam yang sedang berada di penghujung akhir zaman. Hari silih berganti dan terus berlalu. Tanpa kita sedari, perjalanan hidup ini semakin menghampiri garisan penamat. Jelas kelihatan kini betapa tingkah laku manusia semakin tidak keruan dan amat menyesakkan. Mereka tidak tahu ke mana arah hendak dituju.  Ramainya manusia semakin tersasar daripada landasan yang lurus.

Apakah sebabnya?

Apa yang telah berubah yang membuat manusia kian terjerumus ke lembah kehinaan?

Tiada apa yang berubah.

Itulah kenyataannya. Sejak zaman Nabi Muhammad (asws) hingga sekarang, segala ajaran yang dibawa oleh Baginda (asws) sentiasa relevan dengan perkembangan zaman. Namun umat Islam kini semakin hanyut dalam kegelapan, kezaliman dan kejahiliyahan. Puncanya adalah dari diri  umat Islam sendiri. Kita telah mengingkari Khalifatullah sebagai penguasa dan pemimpin di muka bumi ini. Akibatnya, kita kini sedang melalui kehidupan zaman vakuum di mana kita sebagai umat Islam hidup tanpa Khalifah yang memayungi umat Islam.

sultann (3)

Khalifah Uthmaniyyah

Kepimpinan Khalifah adalah kepimpinan yang terbaik, berjaya dan yang mendapat petunjuk hidayah serta keberkatan Allah swt. Tetapi apabila Khalifah disingkirkan, Ummat Muhammad mulai jatuh ke lembah kemelaratan.

Apakah bilangan kita semakin menurun?

Tidak. Bilangan umat Islam semakin meningkat.  Tetapi maruah dan harga diri umat Islam telah jatuh ke tahap paling rendah. Puncanya hanya satu, kerana kita lupa ajaran yang di bawa oleh Nabi yang kita cintai Muhammad (asws). Kita menjauhkan diri daripada sunah-sunah ajaran Rasulullah.

Rajab baru sahaja melewati seluruh umat. Malangnya manusia terlalu jahil hingga mereka tidak menghargai bulan-bulan suci seperti Rajab, Sha’ban dan Ramazan. Bahkan ramai diantara umat Islam kini yang memang tidak tahu menahu tentang keutamaan bulan-bulan yang dianggap suci dalam kalendar Islam. Saban hari, mereka hanya sibuk memenuhi kebutuhan hawa nafsu. Mereka semakin diperbudak oleh dunia karena amal-amal agama sudah tidak diperdulikan lagi. Namun demikian, mereka tetap menganggap diri itu sebagai seorang Muslim yang mengaku beriman, Muslim yang tidak mempedulikan peringatan Allah swt, Muslim yang sentiasa terjebak dengan budaya hiburan kafir yang melampau dan melalaikan, Muslim yang menyanjungi sistem nilai dan budaya Barat hingga malu untuk memperagakan gaya hidup dan nilai-nilai keIslaman yang subur.

jalan-lurus-copyPenyerapan budaya Barat ini telah menyebabkan generasi muda Islam menghadapi krisis kematian nilai. Tetapi, yang anehnya, orang-orang Barat mulai menyedari akan hakikat kehidupan ini. Mereka akui bahawa mereka telah tiba ke penghujung jalan dan adalah mustahil bagi mereka untuk menemukan jalan keluar.

Seluruh manusia kini sedang berada di penghujung jalan. Mereka terperangkap di situ. Tiada jalan keluar.

 Untuk menyelamatkan diri, mereka harus berpatah balik untuk mencari jalan menuju cahaya keimanan, jalan lurus yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah (asws).

Rasulullah (asws) telah berkata, “Pada malam aku diisra’kan, Allah swt telah membahagikan umatku kepada tiga golongan dan Dia (swt) berkata, ‘ Wahai Muhammad, ambillah ketiga-tiga golongan ini.’”

Allah (swt) telah menerangkan bahawa golongan pertama terdiri dari para Sahaba e-kiram dan para Awliya e-kiram. Mereka inilah golongan yang berpegang teguh terhadap janji mereka kepada Allah swt. Suatu waktu di alam roh, semua roh berjanji dan perjanjian itu tercantum di dalam Quran – alastu birobbikum? Qolu bala; Tidakkah Aku ini Tuhanmu? Ruh-ruh menjawab: bahkan! Kami menyaksikannya. Ruh-ruh semuanya sudah menyaksikan Allah sebagai Tuhan.

Barangsiapa yang sentiasa berpegang pada janji-janji mereka, maka mereka itulah yang telah sampai ke derajat Sahabi e-kiram dan Awliya e-kiram. Mereka sentiasa berkata, ‘Ya, kami hanya memohon pertolongan dari Allah.’ Hati-hati mereka sentiasa bergelora dengan Allah. Perbicaraan mereka dengan Allah sentiasa berterusan dari sejak Hari Perjanjian – Alastu Birobbikum, maka terikatlah jalinan hubungan mereka dengan Allah dengan ikatan yang tak akan pernah putus.

Siapalah kita jka dibanding dengan kekasih-kekasih Allah itu? Kita yang hidup tidak lekang dari melakukan dosa dan maksiat seharusnya mempergiatkan usaha mensucikan diri daripada kerendahan akhlak dan kekotoran jiwa. Kita harus berusaha untuk mendekati para Kekasih Allah kerana mereka dapat memberi bimbingan untuk kita mempertingkatkan usaha memperbaiki amalan seharian menuju keredhaan Illahi. Merekalah yang dapat membantu kita untuk mencantumkan semula ikatan yang telah terputus.

kata_mutiara_2

Akan tetapi, jika kita membiarkan diri terus hanyut tanpa bimbingan, membiarkan diri terus terlena dengan fantasi dunia dan terus tenggelam ke dasar lautan dosa dan noda, maka sesungguhnya kita berada dalam kerugian yang nyata. Sekalipun kita beribadah dan mengaku mengenal Allah, tetapi tindak-tanduk kita menunjukkan bahawa kita diperhambakan oleh dunia. Maka atas nama ibadah, kamu hanya sedang beribadah dan tunduk pada ego diri. Inilah yang berlaku ke atas 4 bilion penganut agama Kristian. Mereka semua mengaku menunaikan kewajipan ibadah, tetapi ibadah itu dilakukan mengikut sesuka hati. Bukankah ini apa yang berlaku sekarang ?

Orang-orang Yahudi juga membuat pengakuan bahwa mereka mentaati agama yang dibawa oleh Nabi Musa (a.s), tetapi pada hakikatnya mereka hanya sibuk menyembah ego masing masing. Hanya segilintir dari penganut agama Yahudi dan Kristian yang benar-benar mengamalkan tuntutan agama mereka dengan sebaik mungkin. Kebanyakkan dari mereka hanyut terus dalam warna-warna dunia rekaan sendiri.

 Bagaimana pula dengan kita, Ummat Muhammad?Apakah yang sedang kita lakukan? Adakah benar kita mentaati perintah Nabi (asws)? Jika benar, mana buktinya?

Apakah buktinya terletak pada tingkah laku umat ini yang sering melupakan Nabi dan tergamak pula meninggalkan sunnah serta perintah Nabi (asws)? Apakah buktinya terletak di atas bahu umat Islam yang tidak seperti dahulu yang berprinsip laa marhuba illalah (tiada yang ditakuti selain Allah) sehingga tidak memiliki keberanian seperti orang-orang terdahulu yakni Rasulullah dan para sahabatnya yang terkenal dengan sifat keberanian?

SahibulSaif (3)Sekarang ini umat Islam mengalami penyakit Al Juban (pengecut). Rasa takut dan berani itu berbanding terbalik sehingga jika seorang umat Islam takut kepada Allah maka ia akan berani kepada selain Allah tetapi sebaliknya jika ia takut kepada selain Allah maka ia akan berani menentang aturan-aturan Allah swt.

Kaji selidik sejarah kamu dan perhatikan sendiri. Hanya seorang, dua, tiga….sepuluh orang para sahabat yang wujud pada ketika itu untuk memperjuangkan Islam bersama Nabi (asw). Tetapi kehadiran mereka yang sedikit itu telah cukup untuk menggegarkan hati orang-orang kafir laknatullah.

Ketakutan luar biasa melanda jiwa mereka setiap kali berhadapan dengan Nabi (asws) dan para Sahaba e-kiram. Ini kerana mereka tahu bahawa apa yang  berada di hadapan adalah Haq. Haq itu adalah kebenaran yang datang dari ALLAh!   Apabila cahaya kebenaran terus bersinar,  kebatilan dan kemungkaran  akan hilang seperti malam datangnya siang. Pihak kafir akur dengan hakikat ini.

Begitu jugalah keadaannya dengan masa kini. Pemimpin-pemimpin negeri yang cerdik pandai amat takut untuk berdepan dengan Sheykh-Sheykh yang berdiri tegak di jalan Al-Haq. Mereka takut kekuasaannya yang berdiri di atas kebathilan akan musnah jika yang haq bangun dan bergerak menghapus kebathilan. Mereka tidak takut dengan golongan wahabi, mereka tidak gentar terhadap tabligh Jamaat, mereka juga tidak takut dengan Sheykh-Sheykh palsu yang hanya pandai bermain kata, terutama sekali bila melantunkan kata-kata di alam maya. Sheykh-sheykh palsu yang tidak dapat mengawal tingkah laku murid  yang berada di bawah asuhan mereka sendiri.  Malah pihak pemimpin begitu senang untuk mendampingi Sheykh palsu yang tidak berpegang teguh pada pendirian dan mudah dipengaruhi oleh pemimpin negara yang mempunyai agenda yang cukup licik.

Di hari Alastu Birobbikum, hari Perjanjian di mana semua roh telah  berjanji setia menyaksikan Allah sebagai Tuhan, kita harus tahu di golongan yang manakah kita berada?  Ya, Allah telah telah membahagikan umat Muhammad pada tiga bahagian.  Rasulullah (asws) menjelaskan bahwa bahagian pertama telah dikhususkan untuk para Sahabi dan para Awliya yang wujud sejak zaman Nabi (asws) hingga ke Hari Kebangkitan.  Bahagian kedua adalah untuk golongan umatnya yang hanya akan mendekatkan diri  kepada Allah swt sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan. Setelah penderitaan berakhir, setelah permintaan dikabulkan, mereka akan kembali mengejar dunia. Begitu keadaan mereka yang berada di bahagian kedua ini. Mereka sentiasa mundar-mandir ke hulu dan ke hilir, mengejar Allah dan mengejar dunia.

taubat_tasbihDan Allah swt berkata kepada Nabi (asws),  ‘memandangkan mereka tetap menyayangimu, maka Aku ampuni dosa-dosa mereka. Dan kerana mereka menyayangi para sahabat mu dan kekasih-kekasih Ku, maka Aku ampunkan segala kesalahan mereka. Aku berikan golongan ini kepadamu.’

 Dan bahgian yang ketiga, Allah swt berkata, ‘mereka tidak pernah beribadah kepadaKu.

Mereka tidak pernah melakukan apa-apa jua di jalan Ku, tetapi mereka sentiasa mengasihi sahabat-sahabat-Ku. Mereka senang mendengarkan kata-kata dari para sahabat-Ku.  Sungguhpun demikian, adalah berat untuk mereka melaksanakan perintahKu, lalu mereka terus mengabaikannya. Tetapi perasaan cinta kasih sayang terhadap sahabat-sahabat Ku berputik terus di ranting laman hati mereka.’

 Allah berkata lagi, ‘Ya Muhammad, Aku juga telah mengampuni kesalahan-kesalahan dari golongan ini dan Aku berikan mereka kepadamu.  Namun begitu, mereka tetap berada di kedudukan yang amat berbeza dengan golongan yang pertama dan yang kedua.’

 Marilah sama-sama kita renungkan. Di manakah kedudukan kita pada saat ini? Siapakah kita? Apa yang sedang kita sibukkan? Apakah matlamat kita hidup di dunia ini? Adakah keutamaan kita mengejar faedah duniawi telah menggantikan kewajipan kita mempelajari, menyampai dan mengamalkan ajaran Rasulullah (asws)? Apakah kamu juga mempunyai matlamat jangka panjang yang bersifat duniawi?

 Jika benar, maka kamu bukanlah di kalangan golongan yang pertama. Itu sudah pasti.  Golongan kedua? Mungkin. Kerana apabila terlerai sudah segala masalah yang dihadapi, kamu mulai leka dan akan lupa untuk mengingati Allah swt. Pastinya Allah tidak menyukai perbuatan kamu itu. Tetapi Allah tetap maha Pengasih lagi maha Penyayang. Dan bagi golongan  yang terakhir, mereka langsung tidak melakukan sebarang ibadah. Hanya sibuk melayani ego. Semoga kita tidak termasuk ke dalam golongan ini.

 Allah swt dan Rasul-Nya (asws) telah berkata, ‘Kamu akan dibangkitkan pada akhirat nanti dan akan dihimpunkan bersama orang yang kamu kasihi itu..’

 Ya, akhirnya kita akan berada di samping orang-orang yang kita kasihi. Itulah hikmahnya, mungkin, tetapi siapa yang tahu, pada waktu itu banyak rintangan dan halangan yang perlu diharungi terlebih dahulu sebelum akhirnya kita dapat disatukan dengan orang yang dikasihi.  Maka hari-hari yang dilalui akan dipenuhi dengan onak dan duri, baik di dunia mahupun di akhirat.

SHEYKH eFFENDI (640x640)

Bersambung ….

Sohbet oleh Sahibul Saif Sheykh Abd Kerim Effendi Hz

June 2012

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s