Ramalan kedatangan Imam Mahdi (a.s)

BismillahirRahmanirRahim

Ramalan kedatangan Imam Mahdi (a.s) – Bhg I

Soalan : Baru-baru ini saya telah membaca sebuah sohbet dari Sheykh Abd Kerim Effendi yang membicarakan tentang kedatangan Mahdi (a.s). Beliau telah memberi peringatan, nasihat dan amaran tentang kedatangan Imam Mahdi dan beliau berkata bahawa saat kemunculan Mahdi (a.s) sudah terlalu hampir. Sohbet ini disampaikan pada tahun 2008.  Lima tahun telah berlalu namun kelibat Mahdi langsung tidak kelihatan. Bagi mereka yang diluar dari perjalanan Tarikat, ini akan dianggap sebagai satu penipuan dari seorang Sheykh Tarikat yang sengaja ingin menimbulkan kekeliruan yang menyesatkan ummat. Apa yang boleh kita lakukan untuk menerangkan kepada mereka yang berpendapat sedemikian?

sheykhandhojaBismillahirRahmanirRahim

Pertama sekali, ingin saya jelaskan di sini bahawa berita mengenai kemunculan Mahdi (a.s) tidak hanya bermula lima tahun yang lalu dari Sheykh Effendi. Tidak. Sheykh Effendi bukanlah orang yang pertama kali menyebarkan berita tentang ketibaan Mahdi  dan sekaligus menimbulkan keghairahan dikalangan umat Islam merata dunia, dan sejurus mendengarkan kata-kata ini, manusia, melalui padangan mata kasar mula mencari-cari Mahdi (a.s) di sana-sini. Apabila tidak bertemu dengan apa yang dicari, mereka terus menuduh, ‘Oh, kami telah ditipu. Bukan sahaja Mahdi, malah bayangannya pun tak kelihatan. Ternyata dia adalah seorang penipu!’

Tidak. Tidak. Dengar sini semua, sesungguhnya berita tentang ketibaan Mahdi (a.s) telah dikhabarkan seawal 1400 tahun yang lalu. Siapakah yang telah mengkhabarkannya?

Ya, Rasulullah (asws) sendiri yang telah menyampaikan berita itu kepada para sahabatnya.  Hmmm, bagaimana? Apakah kamu senang mendengarkan penjelasaan ini?

Justeru usahlah kita cepat melatah dan terus menyangsikan kata-kata para Awliyaullah hingga ada sesetengah dari kita yang berkata, ‘tiada gunanya kita membuang masa dengan membicarakan hal-hal yang tak pasti. 1400 tahun telah pun berlalu, namun Mahdi masih belum muncul lagi.’

ubahTidak. Usahlah terperangkap dalam pemikiran cetek yang terlalu cenderung untuk membuat keputusan berdasarkan pandangan sambil lewa dan membuat keputusan tanpa pemahaman. Bagi yang menganggap perjalanan Tarikat ini sebagai sebuah petualangan yang dipenuhi berbagai aksi dan intrik menarik, ternyata kamu telah lupa akan tujuan kamu berada di perjalanan ini.

Tarikat adalah jalan batin mencari keredaan Allah dan keredhaan Allah hanya boleh dicapai dengan patuh dan memperhambakan diri hanya kepada Allah swt, dengan menjadi hamba Allah swt yang sesungguhnya, dengan menjadi seorang Abdullah. Ya, itulah tujuan kita; untuk menjadi Abdullah.

Sekiranya kita dapat mencapai ke tahap Abdullah, kita tidak akan menghiraukan lagi sama ada Mahdi akan muncul dalam masa setahun, sebulan atau sehari, kerana kita telah pun menjadi Abdullah, menjadi seorang hamba Allah dan apa lagi yang diharapkan seorang hamba selain redha Allah? Dan bagi orang Islam, hari akhirat adalah destinasi terakhir. Begitulah kepercayaan yang tersemat dalam hati mereka yang mengakui beriman.

Penghayatan terhadap hari akhirat akan melahirkan insan yang berakhlak mulia. Mereka akan sentiasa terbayang di dalam hati akan kedahsyatan balasan Allah akibat setiap perbuatan mereka semasa di dunia, demikian juga akan terfikir di dalam benaknya tentang kemanisan dan kelazatan anugerah ganjaran Allah bagi setiap amal kebaikan dan ketaatan yang dilakukan oleh hambaNya. Lalu semua itu akan mendorong mereka  sentiasa melakukan perkara yang bermanfaat dan menggunakan masa lapang, kekayaan dan kesihatan untuk menambahkan amal ibadat dan kebajikan. Inilah yang jauh lebih penting daripada memikirkan sama ada Mahdi (a.s) akan muncul esok, Dajal akan menjelma hari ini, atau Dunia akan kiamat pada minggu hadapan.

Ya , ketahuilah bahawa berita tentang kedatangan Mahdi (a.s) dan Dajjal telah tersebar sejak zaman Nabi Adam (a.s) hingga sekarang. Kesemua 124,000 nabi-nabi telah membicarakan tentang Hz Mahdi dan pada masa yang sama, mereka juga turut memberi amaran tentang kedatangan dajjal. Dari zaman Adam (a.s) hingga ke zaman Nuh (a.s), Ibrahim (a.s), Yusuf (a.s), Musa (a.s), Isa (a.s), mereka semua telah membicarakan tentang soal itu. Peringatan dan amaran ini telah diberi kepada siapa?

imanKepada orang-orang yang memiliki keimanan.

Sewaktu mendapat perkhabaran ini, ramai dikalangan umat nabi-nabi yang terdahulu telah menafikan kebenaran kata-kata nabi mereka.  Mereka berkata, ‘Ahh! Ini hanya perbualan kosong. Semua ini tidak mungkin akan berlaku.’

Di samping itu juga, Allah telah memaklumkan kepada para utusanNya dengan berkata, ‘ kekasih Ku akan hadir pada bila-bila masa. Ketahuilah bahawa kenabian kamu akan berakhir dengan kemunculan kekasih Ku itu. Kamu harus mematuhinya.’

Kesemua 124 000 para nabi mengakui kebenaran dan kerasulan Nabi Muhammad (asws). Tidak seorang pun diantara mereka yang berkata, ‘Ahh, mengapa harus memikirkan tentang hal-hal yang tidak mungkin akan berlaku dalam kehidupan kita…’  Tidak, mereka tidak berpendirian begitu. Mereka yakin bahawa itu adalah janji Allah, dan sentiasa mempersiapkan diri untuk menyambut kehadiran kekasih Allah. Inilah yang membezakan diantara orang yang beriman dengan orang-orang yang tidak beriman.

Rasulullah (asws)  telah banyak menyentuh tentang kehadiran Mahdi (a.s) dan masalah Dajjal. Kekerapan Baginda (asws) mengisahkan tentang dajjal membuat ramai para Sahabat cemas dan bimbang hingga menyangkakan dajal sedang bersembunyi di tengah rerimbunan pohon kurma.

Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah swt akan menjaga orang-orang mukmin.’

Ya, begitulah hebat dan seriusnya ancaman Al-Masih Dajjal sehingga Nabi sendiri sering memberi amaran kepada umatnya untuk berjaga-jaga dan membuat persiapan awal membina benteng pertahanan diri yang kukuh dan tidak rapuh. Setelah pemergian Nabi (asws), tanggungjawab ini diteruskan pula oleh para ahli Tarekat. Umat Islam pada masa itu sentiasa berhati-hati dalam meniti kehidupan agar tidak terjerumus ke dalam perangkap dajjal. Akan tetapi adalah amat mendukacitakan bila dilihat umat Islam kini yang mempunyai sikap acuh tak acuh dengan persoalan dajjal. Ini adalah kerana zaman kegemilangan Islam telah berlalu, Umat Islam kini beransur-ansur diresapi kehinaan tanpa disedari.

murshidIslam masih tetap wujud namun nilai-nilai keislaman telah lama terkulai layu ditelan masa. Nilai keislaman semakin merundum. Keutuhan Islam yang terkoyak serta kehidupan kaum muslimin yang kini bercerai berai dalam lebih dari 70 negara, membuat umat Islam kehilangan arah. Bagaikan hilang tempat berpaut, begitulah ungkapan yang sesuai untuk digambarkan keadaan umat Islam masa kini.

Patriotisme dan nasionalisme kini dijadikan teras dan tali mengganti ikatan akidah Islam yang murni. Sedikit demi sedikit syariat Islam dipinggirkan oleh umatnya. Kepimpinan Khalifah yang berwibawa dan cemerlang telah digantikan dengan perlantikan Presiden dan sistem republik di mana Presiden bertanggung jawab kepada rakyat atau yang mewakili suaranya. Pemilihan Umum Legislatif dan Presiden, pada hakekatnya adalah rakyat memilih pemimpin mereka sendiri. Kuasa menggubal undang-undang, struktur kerajaan dan kuasa pemerintahan berada di tangan rakyat. Mereka inilah yang menentukan siapa yang akan memegang kuasa kerajaan.

Ini ibarat kamu memberi kebebasan kepada kambing-kambing untuk memilih siapakah gerangan pengembala yang mereka inginkan. Itulah yang sedang berlaku. Dengan pemilihan pemimpin yang berjiwa lemah memegang tampuk kerajaan maka ilmu syurgawi akan terhakis dari atas muka bumi ini. Ilmu yang satu ketika dahulu diamalkan, dimanfaatkan dan dijaga baik, kini tidak diendahkan. Mereka yang diberi amanah mengembangkan dan mengawal ilmu-ilmu syurgawi ini telah mengkhianati tanggungjawab mereka.

Cuba lihat, berapa ramaikah di antara mereka yang mengaku sebagai golongan Ilmuwan Islam yang kini berani mengemukakan hujah-hujah tentang fitnah akhir zaman?

Semua orang sibuk bercakap tentang Mahdi (a.s), tetapi mereka lupa bahawa Dajjal itu sudah lama wujud. Tahukah kamu tanda-tanda turunnya Dajjal?

Carilah jawapannya. Begitu mudah sekali.

laceborder

akhir zamanlaceborder (3)

Namun begitu, apa yang ingin ditekankan di sini ialah  1400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad (asws) telah meramalkan datangnya Dajjal sebagai seorang penipu yang menggambarkan kebenaran sebagai kebatilan dan kebatilan sebagai kebenaran, dan kebaikan sebagai kejahatan serta kejahatan sebagai kebaikan. Manusia kini sedang menyaksikan sendiri kejadian-kejadian seperti yang pernah dijelaskan oleh Baginda (asw).

Kita kini diasak dengan kefasikkan(hiburan), minda bawah sedar anak-ank kita dirangsang secara seksual, Makhluk asing didoktrinkan sebagai penyelamat manusia, amalan Khurafat menjadi tontonan setiap channel televisyen. Majlis-majlis yang tidak mengingati Allah begitu banyak bersiaran secara langsung menghimpunkan seberapa ramai manusia yang sudi dilalaikan secara “on Air” akan melahirkan kelompok manusia yang tipis kerohaniannya. Para penguasa dunia malah mengukuhkan berdirinya sistem sarat nilai-nilai Dajjal yang meliputi segenap dimensi kehidupan.

Sebelum munculnya Dajjal yang besar, Dajjal-Dajjal kecil telah lama muncul sejak dari lahirnya Nabi Muhammad asws, bahkan telah wujud zahir pada zaman nabi-nabi dan rasul terdahulu dengan kehebatan tersendiri dan telah berjaya menyebabkan huru-hara serta kerosakan dalam masyarakat. Mereka inilah yang sedang membuka jalan bagi munculnya al Masih ad-Dajjal, dajjal yang besar.

Izinkan saya mencerita kan sebuah peristiwa yang terjadi 1400 dahulu; tiga kelompok manusia telah berjumpa Rasulullah (asws) dan mereka berkata, ‘Ya Rasulullah, tolong berkati Yemen, Sham dan Najd.’

Rasulullah berdoa, ‘Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri Yaman kami.’

Osmanli (2)Mereka berkata: ‘Wahai Rasulullah! Doakanlah juga untuk negeri Najd kami.’

Baginda terus berdoa, ‘Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Yaman kami.’

Mereka berkata, ‘Wahai Rasulullah! Doakanlah juga untuk negeri Najd kami.’

Baginda bersabda, ‘Padanya (Najd)  akan berlaku gempa bumi, fitnah dan tempat terbit tanduk syaitan.’

Hadith tersebut dengan jelas menyatakan bahawa tiada apa yang boleh diharapkan dari Najd kecuali mala petaka dan fitnah yang dahsyat serta tempat keluarnya tanduk shaytan.

…Bersambung…

Hoja Lokman Efendi Hz, Khalifah bagi Shaykh Abdulkerim el Kibrisi (qs)       OSMANLI DERGAHI- New York

June 13, 2013

 

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s