Ramalan kedatangan Imam Mahdi (a.s) – Bhg akhir

BismillahirRahmanirRahim

….sambungan dari bhg I….

floral frame

Terjemahannya : “Sebahagian dari hadis fitnah juga ialah sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, al-Tirmidzi bahawa Baginda SAW bersabda : “Ya Allah berkatilah negeri Syams kami, Ya Allah berkatilah negeri Yaman kami. Para sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah : (Bagaimana) dengan negeri Najd kami? Baginda SAW lalu bersabda : Ya Allah berkatilah negeri Syams kami, Ya Allah berkatilah negeri Yaman kami. Dan baginda bersabda pada kali yang ketiga : “Disana (Najad) berlakunya gempa bumi (kegoncangan) timbulnya pelbagai fitnah, dan disana juga munculnya tanduk syaitan.”

floral frameHadis ini menunjukkan negeri Najd tersebut adalah tempat keluarnya Tanduk syaitan serta berlakunya gempa bumi dan fitnah daripada tempat tersebut. Ini adalah salah satu di antara ratusan hadis tentang rentetan peristiwa Akhir Zaman.

Terdapat juga hadis yang mengatakan, ‘di akhir zaman, akan kamu melihat orang-orang Arab badwi yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing, mereka akan berbangga-bangga menegakkan dan meninggi-ninggikan binaan.’

Hoja7Bukankah ini yang sedang berlaku di bumi Arab pada ketika ini? Negara-negara Arab yang kaya kini sibuk membeli senjata dan membazir membina hotel dan bangunan tertinggi.

Salah satu lagi hadis yang telah diriwayatkan oleh seorang sahabat Nabi mengatakan bahawa baginda (asws) pernah bersabda bahawa Kiamat tidak akan bermula sehingga tanah Arab sekali lagi akan menjadi padang rumput dan dipenuhi dengan sungai-sungai.

Kebenaran kata-kata Nabi kita yang mulia ini telah terbukti benar. Bukankah ini yang dapat dilihat di negeri-negeri padang pasir di Arab. Dimana-mana dibuat penghijauan oleh pemerintah mereka.

Melalui pipe yang mengalirkan air, mereka telah membina sebuah taman kota. Pipe itu berfungsi untuk menyiram tanaman yang ditanam untuk penghias mata. Hasilnya adalah amat menakjubkan. Arab Saudi jadi terlihat lebih hijau di tengah kota.

Ya, begitulah keadaannya dan Nabi (asws) telah mengatakan bahawa negeri Najd adalah tempat keluarnya Tanduk syaitan. Persoalannya, “Najd” yang disebutkan dalam hadis ini ialah Najd yang mana?

Maka disebabkan itulah umat Islam harus memiliki pengetahuan asas tentang Islam. Mereka sibuk mempelajari ilmu dalam pelbagai bidang, tetapi mereka tidak tahu menahu tentang Sirah Rasul (asws). Mereka tidak mengenal ilmu-ilmu asas Islam.

Pertama sekali, perjalanan Tarikat ini tidak seharusnya dianggap sebagai sebuah perjalanan pertualangan yang sangat menarik yang mempunyai misi untuk menemui Imam Mahdi, dan kita sebagai pengikut-pengikut Tarikat sentiasa disibukkan dengan persoalan, ‘Oh, bilakah Mahdi akan menzahirkan diri? Di manakah beliau berada pada ketika ini?’

Tidak. Itu bukan tujuan kita. Tujuan kita adalah untuk melatih jiwa dengan berbagai kegiatan yang dapat membebaskan diri dari pengaruh kehidupan dunia, sehingga tercermin akhlak mulia dan dekat dengan Allah swt. Sebagai seorang murid dalam perjalanan ini, kita harus berikhtiar melawan kecendrungan nafsu rendah yang dapat membawa kepada pengingkaran terhadap Yang Haqq. Kita harus mampu membuktikan bahawa diri ini benar-benar sentiasa berjalan disisiNya dan setia kepada ajaran yang telah dibawa oleh utusanNya. Bukannya hanya berkata semata-mata tetapi tiada amalan yang dibawa. Tin kosong bising bunyinya berbeza dengan tin yang penuh dengan isi, sudah tentu tin yang berisi jika dibuka akan mengeyangkan sesiapa yang mendekatinya.

Seseorang yang mengikuti perjalanan Tarikat ini dengan tujuan semata-mata untuk menemui Mahdi (a.s) dan menganggap ini sebagai satu Adventure, maka itu adalah tujuan yang salah sama sekali. Kami tidak menginginkan orang yang sebegitu. Orang-orang yang sebegitu, mereka tidak akan kekal lama di dalam perjalanan ini. Lambat laun, mereka akan hilang semangat dan mudah berasa bosan kerana Mahdi yang ditunggu-tunggu itu tidak muncul.

Begitulah keadaan yang melanda dunia pada tahun 2012. Ramalan telah tersebar luas ke seluruh pelusuk dunia bahawa kiamat akan terjadi  pada 21 Desember 2012, tepat berakhirnya kalender hitung panjang Maya.

kiamatBahkan di sepanjang sejarah, banyak sekali ramalan-ramalan tentang kiamat, yang telah digembar-gemburkan di sana sini, tapi semuanya gagal dan tidak pernah terbukti. Apabila tiba pada tarikh yang telah dijanjikan, kiamat tidak berlaku, dan orang ramai meraikannya dengan berpesta besar-besaran, mengadakan pertunjukan bunga api di sana sini sambil berteriak kegirangan, ‘Dunia tidak akan kiamat! Dunia tidak akan kiamat!’ dan hingga saat ini, alam semesta dan kehidupan di muka bumi tetap berjalan seperti sediakala, sebagaimana dikehendaki Yang Maha Kuasa.

Saya pernah mengenali seseorang yang mengatakan kepada saya, ‘ Ohh, inilah tahun yang dinanti-nantikan kerana Sheykh Maulana sendiri telah berkata bahawa sesuatu yang besar pasti akan berlaku pada tahun ini.’

Lantas apa yang dilakukan mereka? Mereka menghabiskan tagihan kad kredit mereka sambil berkata, ‘ohh, kita harus mengambil kesempatan ini kerana apabila Dajjal muncul nanti, kita tidak akan berpeluang untuk menggunakan kad kredit. Segala bentuk teknologi akan musnah bersama kedatangan mereka itu. Jadi marilah kita rebut peluang keemasan ini!’

Keimanan jenis apakah ini?

Rasulullah (asws) berkata, ‘dua tanduk Sheytan akan keluar dari arah Najd.’

Kamu tahu apa itu Najd sebenarnya?

nejd2Najd adalah sebuah wilayah di pusat Arab Saudi dan merupakan tempat di mana ibu kota negara tersebut, Riyadh, berada. Di kawasan itulah tempat dimana puak-puak Yahudi menetap setelah mereka  diusir keluar dari Madinah oleh Rasulullah (asws).

Sejak perutusan Nabi Muhammad sebagai rasul, hubungan antara yahudi dan orang-orang beriman selalu diwarnai dengan pengkhianatan dan penipuan yang dilakukan oleh kaum yahudi. Mereka tetap membangkang dan tidak mengakui Rasulullah sebagai Nabi. Mereka telah mengkhianati perjanjian dengan Rasulullah yang di buat untuk seluruh penduduk kota Madinah termasuk suku mereka.

Mereka telah membantu pasukan musyrikin untuk menyerang kaum muslimin dari dalam kota Madinah. Ini merupakan pengkhianatan yang teramat besar. Katakanlah kepada saya, dimanakah akan kamu dapati kerajaan yang membiarkan pengkhianat negara pergi bebas tanpa menerima sebarang pembalasan?

Pengkhianat! Pembelot!

Rasulullah (asws) tidak pernah sedikitpun melakukan pemusnahan terhadap kelompok yahudi, bahkan beliau memberikan maaf, dan perlindungan kepada mereka walaupun mereka sudah berulang-ulang kali menyalahi janjinya. Baginda (asws) tidak pernah melawan mereka kecuali setelah terdapat bukti yang kuat bahwasanya mereka mengkhianati beliau dengan melakukan perencanaan untuk menyakiti beliau dan orang-orang muslim. Akhirnya, Rasulullah (asws) membuat keputusan dan berkata, ‘ambil semua barang-barang kamu dan pergi dari sini. Keluar kamu semua dari Madinah. Pergi jauh dari sini.’

Ada juga suku Yahudi yang menerima keRasulan Nabi (asws). Kejujuran dan keikhlasan hati telah membuka minda dan mengajak hati mereka untuk menyelami samudra keindahan Islam. Mereka sungguh-sungguh jujur mentaati perintah agama mereka dan telah melihat sendiri tanda-tanda kerasulan Nabi seperti yang  telah diterangkan di Kitab Taurat. Pendeta-pendeta Yahudi telah datang menemui Nabi (asws) lalu mereka mengemukakan sebanyak empat puluh pertanyaan. Pertanyaan itu bertujuan untuk menduga sejauh mana kebenaran yang terkandung di dalam kitab mereka.

Satu persatu soalan diajukan. Dari soalan mengenai rupa bentuk Baitullah yang asal, hingga ke soalan mengenai alam Syurgawi, semuanya telah mereka ajukan kepada Nabi (asws). Lantas Jibril berkata, ‘Wahai Nabiyullah, usah bimbang. Allah akan memberitahu jawapannya dan akan saya sampaikan kepadamu.’

hoja (4)

Dengan demikian, Rasulullah (asws) telah menjawab kesemua pertanyaan itu dengan tepat, kerana beliau mendapat bimbingan terus dari Allah swt. Seketika itu, ramai dari kaum Yahudi yang percaya bahawa Nabi Muhammad (asws) benar-benar seorang Nabi utusan Allah, dan ajaran Islam yang beliau bawa adalah benar-benar datang dari Allah. Akan tetapi, terdapat juga golongan yang terus ungkal. Walaupun mereka mengetahui tentang kebenaran Nabi itu, tetap saja ramai yang tidak mahu beriman. Kekafiran mereka tak lain disebabkan kerana rasa sangsi, angkuh dan cinta pada dunia. Golongan inilah yang akhirnya mengkhianati Rasulullah (asws). Mereka diusir keluar dari Medina. Dan tahukah kamu ke mana telah mereka pergi membawa diri?

Ke Najd. Riyadh.

Mereka menetap di sana sebagai orang yang menurut agama Islam. Akhirnya, dikalangan mereka muncul golongan Ilmuwan Islam.

Rasul mengatakan bahwa Najd adalah tempat keluarnya dua tanduk syaitan. Tanduk juga membawa erti kuasa. Sama seperti Nabi Zulkarnain  dimana “Zulkarnain” yang dalam bahasa Arab membawa pengertian “yang mempunyai dua tanduk.” Beliau memerintah dua kerajaan dunia iaitu Timur dan Barat.  Tanduk di sini  bererti kuasa.

wahabi

Muhammad ibn Wahab

Dua tanduk Syaitan.  Satu tanduk melambangkan kuasa Agama, dan itu adalah Muhammad ibn Abd Wahab, pengasas ajaran Wahhabi. Dialah yang bertanggungjawab bagi memesongkan ajaran-ajaran  ibn Taimiyyah dan menyesatkan fatwa para ahli Sunnat.

Dia sering merendahkan Nabi (asws) dan membiarkan pengikutnya melecehkan Nabi di hadapannya hinggakan seorang pengikutnya berkata, ‘tongkatku ini masih lebih baik dari Muhammad, kerana tongkatku masih boleh digunakan untuk memukul ular, sedangkan Muhammad telah mati dan tidak tersisa manfaatnya sama sekali.’ Dia mendakwa bahawa rupa bentuk gaya dan diri Allah itu sama dan serupa dengan bentuk rupa nabi adam.

Dia mengatakan Allah duduk bersila di atas Arsy seperti dia duduk bersila dan apabila mereka bertanya kepadanya, ‘Tuhan kita Yang Maha Luhur dan Maha Agung turun setiap malam kepada langit dunia ketika sepertiga malam terakhir, bagaimanakah caranya Allah turun ke dunia O Sheykh?’

Pada ketika itu dia sedang berada di atas mimbar. Mendengarkan soalan ini, dia pun turun dari mimbar sambil berkata, ‘seperti ini. Sama seperti ini.’

Muhammad bin Abdul Wahhab menyebut tawassul sebagai perbuatan syirik yang menjadikan manusia sebagai perantara antara seseorang dengan Allah, misalnya dengan mengatakan, “Ya Allah aku bertawassul dengan Nabinya kepada-Mu.” Tawassul dengan cara ini oleh kaum Wahhabi dinilai sebagai perbuatan dosa dan syirik. Kaum Wahhabi juga mengecam amalan yang banyak dilakukan oleh kaum Muslim untuk meminta tolong kepada arwah orang-orang suci yang sudah mati, agar ibadah mereka diterima.

Kekejaman dan kejahilan Wahabbi lainnya adalah meruntuhkan kubah-kubah di atas makam sahabat-sahabat Nabi (asws) yang berada di Mekah, di Baqi dan Uhud. Semuanya diruntuhkan dan diratakan. Mereka gemar menuduh golongan Islam yang tak sejalan dengan mereka dengan tuduhan kafir, syirik dan ahli Bida’ah. Itulah ucapan yang selalu didegungkan di setiap kesempatan, dan itulah satu tanduk Sheytan; Muhammad ibn Wahab.

al baqi  Jannat-Al-Baqi

Jannat al-Baqi sebelum dan sesudah diruntuhkan

Gerakan wahabbii ini telah dapat dilumpuhkan di bawah penguasaan Khalifah Sultan Mahmud II dari kerajaan Uthmaniyyah. Tetapi selepas kejatuhan Khilafah Islamiyyah,  mereka telah bangkit kembali untuk mengusung fahaman wahabbi. Dewasa ini, pengaruh gerakan Wahabbi bersifat global. Riyadh mengeluarkan jutaan dolar AS setiap tahun untuk menyebarkan ideologi Wahabbi. Pembangunan kini sedang dilakukan di Madinah sebagai sebahagian daripada projek besar untuk mengurangkan perhatian peziarah pada tempat perkuburan Nabi. Projek pemusnahan mihrab solat di tengah masjid juga sudah dirancang. Tempat ini adalah bahagian Riyadh al-Jannah, tempat yang langsung dinamakan sendiri oleh Nabi saw.

Tahukah kamu bahawa di dalam masjid Rasulullah (asws) itu terdapat tiga Mihrab?

Salah satu daripadanya adalah mihrab di mana Nabi melakukan solat tahajud. Dan  Sultan Suleyman Yang Hebat dari Uthmaniyyah telah memelihara keistimewaan di kawasan itu demi menjaga keaslian mihrab-mihrab tersebut. Walaubagaimanapun tinggalan sejarah tersebut telah dimusnahkan oleh kelompok wahabi yang tidak berperikemanusiaan. Bahkan sebagian besar bangunan bersejarah Islam telahpun mereka punahkan. Semua jejak jerih payah Rasulullah itu habis oleh modernisasi. Penghancuran situs bersejarah dan mulia itu oleh golongan wahabi itu terus berlanjut hingga sekarang. Apa yang terjadi di tanah Arabia itu adalah bentuk nyata konspirasi Yahudi melawan Islam, di bawah kedok Tauhid.

Sebenarnya, tujuan utamanya adalah secara sistematis ingin menghapus pusaka dan warisan Islam yang masih tersisa agar kaum Muslim terputus dari sejarah Islam. Itulah tanduk Shaitan yang satu.

Nabi (asws) mengatakan dua tanduk Shaitan akan muncul dari arah Najd. Satu tanduk adalah kuasa agama yang telah digembleng oleh Muhammad ibn Wahab, dan tanduk yang satu lagi adalah kuasa politik. Ini dipegang oleh Muhammad ibn Saud, pengasas dinasti Saudi.

Muhammad ibn Saud

Muhammad ibn Saud (di tengah)

Keturunan Saud atau Saudi adalah pembelot kepada Allah swt, Nabi Muhammad (asws) dan seluruh umat Islam apabila Abdul Aziz Al ibn Saud dengan penyokongnya menentang habis-habisan Khilafah Uthmaniyyah untuk menawan kota Madinah dan kota Mekah dari pentadbiran khalifah. Empayar Uthmaniyyah menghantar tentera ke Tanah Arab dan ini menyebabkan kekalahan golongan Saud pada 15 Jun 1904. Tetapi setelah tentera Uthmaniyyah berundur kerana masalah tertentu, golongan Saud berjaya mengumpul kembali kekuatannya.

Pada tahun 1912, Ibn Saud berjaya menguasai Nejd dengan bantuan golongan Wahabbi. Gabungan kuasa wahabi dan saudi kali ini telah berpihak kepada British untuk menentang kerajaan  Uthmaniyyah. Mereka telah memperolehi senjata canggih pihak British,  yang digunakan untuk melawan Turki dan pada kali kedua ini, mereka telah hadir dengan sokongan dari Thomas Edward Lawrence, anak buah dari Jenderal Allenby (jenderal ini ketika merebut Yerusalem menginjakkan kakinya di atas makam Salahuddin Al-Ayyubi dan dengan lantang berkata, “Hai Saladin, hari ini telah kubalaskan dendam kaumku dan telah berakhir Perang Salib dengan kemenangan kami!”). Kenalkah kamu pada Lawrence of Arabia?

t-e-lawrence

ibn Saud berjabat tangan dengan Lawrence of Arabia

Ya, kaum Muslim begitu asyik menonton filem yang mengisahkan tentang Lawrence of Arabia. Bahkan mereka mengagumi kehebatan perwira yahudi-Inggris itu tanpa mengambil peduli tentang hakikat bahawa dia itu adalah musuh di dalam selimut kepada umat Islam.

Beliau adalah orientalis yang bertanggungjawab menghasut pemimpin tanah arab untuk memberontak kepada kerajaan Turki Uthmaniyyah sekitar tahun 1916-1918.

Disebabkan hasutan dan dokongan daripada Lawrence of Arabia tersebut, tanah arab akhirnya dirampas dari kekuasaan Turki Uthmaniyyah dan Raja Saud diangkat menjadi pemimpin besar tanah arab. Kerajaan baru yang ditubuhkan dikenali sebagai Arab Saudi. Dan kerajaan Arab Saudi kekal memerintah tanah arab sehingga ke hari ini.

Ya, begitulah keadaannya. Itulah tanduk Shaitan.

Apa yang telah saya nyatakan ini adalah satu daripada banyak lagi hadis-hadis yang memperkatakan tentang kedatangan Mahdi (a.s), dan kemunculan Dajjal, serta tanda-tanda akhir zaman. Bagi mereka yang sekadar melihat dengan mata kasar, ia tidak akan memberi makna apa-apa sekadar melihat sambil berlalu. Mereka sentiasa akan mencari-cari dan bertanya, ‘Di manakah Mahdi? Di manakah beliau bersembunyi? Bilakah Mahdi akan muncul? Sudah lama saya menantikan kehadirannya…’ Mereka begitu sibuk dengan sejuta pertanyaan ini tetapi mereka sering leka dengan nikmat kehidupan. Mereka tidak sibuk mempersiapkan diri untuk menyambut ketibaan Mahdi (a.s). Semua itu dipandang remeh oleh umat Islam masa kini.  Bila diri disibukkan dengan persiapan untuk menyambut ketibaan Mahdi (a.s), kamu tidak akan terlalu ghairah mengatakan, ‘Cepat, cepat. Aku tidak sabar untuk melihat Mahdi.’

Tidak. Kamu tidak akan berperasaan sedemikian. Malah, kamu akan mengharapkan jangka masa yang lebih panjang untuk membuat persiapan diri.

kejatuhan KhalifahKamu akan sentiasa berkata, ‘aku belum bersedia. Diriku ini masih dikotori noda dan dosa….tetapi dunia amat memerlukan seorang penyelamat.’

Dunia memerlukan Mahdi. Serentak dengan kejatuhan Daulah Uthmaniyyah di Turki pengaruh sekularisma yang ditaja oleh penjajah telah bertapak, menular dan berkembang pesat di seluruh negara yang diperintah oleh umat Islam. Pengaruh itu terus berakar umbi hingga kini di negara-negara Islam tanpa kecuali. Aqidah umat telah sakit dan tidak berfungsi, kejahilan menyelubungi kehidupan, ingatan-ingatan Allah swt diabaikan dan dunia menguasai kehidupan. Di samping itu, musuh-musuh Islam berusaha gigih untuk memecah belahkan umat Islam.

Jadi, bagi mereka yang masih lagi tidak cuba memahami maksud yang tersirat, maka mereka itu tidak memahami sejarah Islam, sejarah tentang kemunculan Dajjal,  dan sejarah kemunculan Mahdi (a.s). Mereka hanya sibuk memikirkan tentang tarikh tarikh kiamat, tarikh kemunculan itu dan ini. Kepada golongan ini, kami mengatakan “Selamat datang kepada mereka yang hadir, dan selamat jalan kepada mereka yang pergi.” Tiada paksaan bagi mereka yang hadir, yang tinggal dan yang kembali.

Biarkan mereka pergi. Sesungguhnya Tarikat Naksibendi bukan hanya memberi tumpuan kepada kedatangan Mahdi. Pada waktu yang sama di pihak yang lain,  kita juga harus mempersiapkan diri untuk menghadapi pasukan dajjal. Dajjal akan datang menawarkan neraka yang disulap menjadi syurga, menipu manusia tanpa iman dan dia tidak akan berhenti mengganas sebelum umat mempertuhankan mereka.

Sesungguhnya kita sudah dilemahkan melalui Sistem Dajjal sejak sekian lama sehingga kita lupa terhadap tujuan kita dilahirkan pada akhir zaman. Marilah sama-sama kita menyusun langkah untuk memperkasakan hubungan dengan ya-Rabb. Ambillah jalan pulang ke pangkuan Ilahi. Jangan diteruskan kesilapan yang pernah dilakukan itu. Jangan takut untuk melakukan sebuah perubahan ke arah kebaikan. Allah akan senantiasa membimbing dirimu dan akan senantiasa bersamamu, selagi dirimu tidak pernah meninggalkanNya.

lokmanhojasohbetWa minAllahu Taufiq

Bihurmatil Habib, Bihurmatil Fatiha

Hoja Lokman Efendi Hz, Khalifah bagi Shaykh Abdulkerim el Kibrisi (qs)       OSMANLI DERGAHI- New York

June 13, 2013

 

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s