Adakah penting bagi kita untuk mengetahui susur galur keturunan?

BismillahirRahmanirRahim

 

bordersusorborder (3)

Soalan yang sepatutnya ditanya bukanlah sama ada ia penting bagi kamu untuk mengetahui susur galur keturunan, tetapi apakah yang akan kamu lakukan setelah mengetahui tentang susur galur kamu itu?

Sheykh Effendi sering berkata bahawa terdapat kini ramai orang yang sedang mencari-cari rahsia tentang itu dan ini, mereka ingin mendapatkan maklumat-maklumat terkini dalam pelbagai perkara, mereka sibuk mencari maklumat tentang hal-hal ketibaan akhir zaman iaitu ketibaan Mahdi (a.s), maka Sheykh kami bertanya, ‘baiklah, jika saya memberitahu kamu rahsia ini, eh, apa yang akan terjadi seterusnya? Apa yang bisa kamu lakukan dengan rahsia ini?’

Begitu ramai sekali yang lari berkejaran untuk mengetahui segala macam rahsia. Namun demikian, setelah rahsia itu berada dalam tangan, tiada seorang pun yang tahu langkah seterus yang perlu mereka lakukan. Andaikata kamu tahu apa yang perlu dilakukan, sudah tentu kamu tidak akan tergopoh gapah.  Malah kamu akan mempergiatkan usaha menuntut Ilmu memperbaiki diri, dan menyiapkan bekal akhirat kerana di sebalik ilmu yang diteroka itu, terletak suatu amanah dan tanggungjawab yang amat besar. Seandainya kamu memiliki kebijaksanaan, maka kamu akan lebih berwaspada sebelum menjerumuskan diri ke dalam medan kesulitan memikul beban dan  tanggungjawab yang amat berat itu.

SheykhYa, memang tidak dapat dinafikan bahawa adalah penting bagi kamu untuk mencari dan mengkaji sejarah keturunan sendiri. Namun usaha mencari asal-usul keturunan itu harus mengikuti jalan di bawah bimbingan seorang guru Mursyid kerana keturunan bukan sekadar secarik keterangan asal usul, tetapi ada ikatan batin antara kamu dengan leluhur. Tanpa teguran, bimbingan dan arahan dari seorang Mursyid, maka setan akan mudah menyusup dalam setiap sesuatu yang diusahakan. Setan sangat mudah memperdaya manusia dengan menawarkan kehebatan-kehebatan karena sifat dasar manusia ingin selalu hebat dan lebih dari yang lain. Disinilah bermula titik kepincangan dan kegagalan.

Ibarat mencari mata rantai yang hilang, manusia kini berlumba-lumba menyingkap rahsia asal usul keturunan. Tetapi tanggungjawab yang turun berserta dengan rahsia-rahsia ini menjadi begitu berat untuk dipikul dan di samping itu juga, manusia sering terpedaya oleh kosombongan serta keangkuhan hingga  ramai yang tewas dan membiarkan tanggungjawab mereka terabai.

Akhirnya mereka runtuh ditindih beban kerakusan diri sendiri. Tanpa disedari mereka menjadi semakin hilang semangat dan mula berputus asa melihatkan matlamat yang belum dicapai berada jauh di hadapan sana. Mereka mula berputus asa dari rahmat Allah swt dan ini mendorongnya untuk berlari dari Allah untuk menuju ke arah perangkap ego. Berwaspadalah. Janganlah kamu mudah kecundang di garisan pertama.

Maka dari itu, untuk bisa menyelami samudera hakikat yang maha luas ini, diperlukan seorang pembimbing yang ahli dibidangnya agar tidak tersesat dan pembimbing ini dikenal sebagai Guru Mursyid atau seorang Sheykh. Sheykh (guru Mursyid) menjadi pemandu arah kepada sang murid yang masih teraba-raba dalam gelap.

melawan nafsuYa, sesungguhnya rantai yang mengikat nafsu dalam daerah nafsu ammarah adalah yang paling kasar dan paling kuat.

Pengikat nafsu dalam daerah ini adalah sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak dan sama’ah. Sifat-sifat tersebut membuat manusia merasakan dirinya lebih baik, lebih mulia dan lebih cerdik daripada orang lain. Dia suka menunjuk-nunjuk, suka dipuji dan suka namanya menjadi terkenal.

Orang yang berada dalam daerah ini sangat tamakkan harta dan tidak peduli dari sumber mana harta itu diperolehinya. Apabila memperolehi harta dia menjadi bakhil. Selain itu nafsu ammarah bertabiat suka berangan-angan.

Dia merasakan apa yang dia angankan akan diperolehinya walaupun dia tidak ada kemampuan untuk berbuat demikian. Sifat-sifat mazmumah ini yang melekat pada hati sepertilah daki yang melekat di badan. Kalau kita malas menggosoknya, akan bertambah menebal dan kuatlah ia bertapak di badan. Untuk membuang sifat-sifat mazmumah dari hati memerlukan latihan jiwa yang sungguh-sungguh, didikan yang berterusan dan tunjuk ajar yang berkesan dari seorang Sheykh. Beliaulah yang dapat membaca dan menyelami hati muridnya sehingga dia tahu apakah kekurangan dan kelebihan muridnya itu.  Sheykh akan membuat kamu memahami ego diri sendiri dan tujuan hidup kamu.

tujuanApabila sampai kepada satu peringkat rantai ammarah putus daripada diri kamu, dan kamu masuk ke dalam daerah nafsu yang sudah bersih daripada kekotoran, maka pada waktu itu, segala apa yang datang daripada Allah swt, sama ada pengetahun tentang asal usul keturunan, kamu akan lebih teguh meredhai apa sahaja takdir Tuhan. Kamu akan lebih fokus, lebih arif dan bijaksana dalam memahami tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Dengan mendapat pembimbing yang menuntun dan membimbing kepada Allah swt kamu tidak lagi akan tersesat dibelantara jalan tanpa arah dan dengan tenang kembali kepada asal masing-masing. Kamu akan berusaha menjaga rahasia yang diamanahkan keatas diri kamu dengan ketuguhan iman.

Ya, rahsia tetaplah rahsia dan tetap akan menjadi rahsia sepanjang masa kecuali orang-orang yang telah berada dalam rahsia tersebut. Rahsia tersebut hanya bisa terbuka lewat Qalbu kepada Qalbu, disalurkan dengan teknik khusus yang diajarkan Rasulullah saw kepada para sahabat dan dari para sahabat kepada sekalian Guru Mursyid sampai saat sekarang ini. Rahsia itu tidak akan pernah bisa ditembus kecuali oleh orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah swt.

Sejak kebelakangan ini, ramai yang berminat untuk mencari rahsia asal-usul keturunan keluarga hanya untuk tujuan berbangga diri serta mengumumkan kepada orang ramai, ‘Ohh, aku ini adalah keturunan Nabi Muhammad (asws). Aku adalah dari keturunan Ahlul bait.’

MashaAllah, hebat sungguh. Lantas apa yang akan kamu lakukan?

Dewasa ini, dikalangan mereka yang mengaku sebagai Ahlul Bait, ramai yang telah menyelisihi sunnah Penghulunya. Mereka melakukan pelbagai kesalahan dan kerusakan di muka bumi ini. Misalnya, kita baru saja selesai berzikir, dan pada masa yang sama itu, terdapat ramai pula dikalangan ahlul bait yang meneruskan kegiatan sosial serta berpesta di klub-klub malam dan di pub-pub. Bukankah ini benar?

Ya, ramai yang mengaku mereka adalah Ahlul Bait, namun mereka terus hanyut dalam dunia khayalan yang menjerumuskan mereka ke lembah kehinaan serta menyimpang daripada lunas Islam yang murni dan berakhlak. Apakah kita akan mengutuk dan mencemuh mereka?

Tidak. Kita tidak akan mengutuk mereka, akan tetapi  Allah lah yang akan mengutuk dan menghukum mereka kerena keingkaran mereka. Ya, mereka sedang melakukan kesalahan dan kekeliruan yang amat besar. Sesungguhnya khidmat dan tanggungjawab agama merupakan kerja dan mandat Allah atas leluhur mereka.  Mereka seharusnya menanamkan kesedaran yang tinggi di kalangan keluarga dan kaum kerabat tentang kepentingan peranan ahlul-bait dalam  kehidupan masyarakat Islam dari dahulu, sekarang sehingga menjelang penghujung Akhir Zaman nanti kerana mereka adalah suri tauladan kepada semua umat. Namun mereka telah mencabuli amanah yang telah diberi oleh Allah swt. Balasan dari Yang Maha Adil pasti akan sampai. Nantikan.

Ini harus dijadikan sebagai peringatan. Biar siapa pun kita, biar apapun latar belakang dan keturunan kita, ia tetap tidak akan menjamin keselamatan, melainkan orang yang melakukan ibadah dan amal soleh. Sesungguhnya umat Islam amat dahagakan kepimpinan serta bimbingan yang adil, hatta kepingin untuk mencontohi teladan yang baik, akhlak luhur dan keperibadian mulia.

Sultan

Bagi mereka yang berketurunan raja-raja, bangsawan mahupun alim-ulama dahulu kala, terutama yang mempunyai gelaran kebesaran, jikalau sahih bahawa kamu mempunyai susur galur kepada raja-raja dari mana-mana kesultanan ahlul-bait, maka peganglah resam dan amalan ahlul-bait Rasulullah (asws). Perjuangan agama mereka adalah juga tanggungjawab dan mandat Allah atas kamu. Oleh itu berbaktilah kepada Allah dan RasulNya dalam sekecil-kecil sehinggalah kepada sebesar-besar peranan. Sedarkanlah hakikat ini kepada keluarga dan kaum kerabat kamu.

Tetapi jika tujuan kamu hanya untuk  bermegah-megah, berbangga meninggi diri dan meletakkan keturunan kamu itu lebih mulia dari keturunan orang lain, ketahuilah bahawa merasa bangga dengan nasab merupakan celaan, karena sesungguhnya manusia menjadi mulia karena perbuatannya, dan kemuliaan yang dimiliki datuk atau nenek moyangnya tidak bisa memberi manfaat kepadanya.  Maka lupakan sahaja niat untuk menjejaki keturunan kamu.

Namun usah dibimbangkan. Akan tiba masanya dimana kita semua akan mengetahui rahsia-rahsia asal-usul keturunan masing-masing. Itulah masa kemunculan Al Mahdi yang dijanjikan. Segala rahsia-rahsia bangsa dan keturunan akan tersingkap bersama Ketibaan Mahdi (a.s), segala yang tersirat akan tersurat , setiap yang tersembunyi akan terbongkar, Setiap yang terbongkar adalah kebenaran dan kebenaran itu datangnya dari Allah swt.

mutiara 3Terutama sekali di perhimpunan  SahibulSaif , beliau pernah berkata, ‘tidak kira di mana jua kamu berada, semua kebenaran akan terserlah dan kebatilan kepalsuan fitnah akan musnah hancur,’   Kerana mutiara sekalipun jika dibenamkan ke dalam lumpur, akan tetap tinggi nilainya dan debu-debu walau setinggi-langit melayangnya akan tetap tidak berharga.

Sheykh Effendi sendiri pernah memberitahu wakilnya di Peru, ‘jangan bimbang.  Kelak saya akan ke sana untuk mengumpulkan semua Syed-Syed. Mereka akan berada di bawah kepak sayap ini.’ Terdapat kini mereka yang memiliki garis keturunan dengan Rasulullah (asws) dan mereka mengetahuinya, dan terdapat pula mereka yang mempunyai garis keturunan dengan Rasulullah (asws) tetapi mereka tidak mengetahui.

Kini ramai orang yang menitikberatkan gelaran Syed. Bagi mereka, gelaran ini sangat penting untuk diwarisi oleh cucu-cucu dan  cicit-cicit. Mereka semua sedang berlumba-lumba untuk menjadi  seorang Syed, malangnya tidak seorang pun yang menunjukkan kegigihan mereka dalam memikul tugas dan tanggungjawab seorang Syed. Apabila ego  mereka tersentuh sedikit, mereka akan menjadi begitu marah. Maka akan terhamburlah segala sumpah seranah maki hamun yang akan dilemparkan kepada diri orang yang telah menyinggung perasaan mereka. Jika kamu merampas sesuatu dari mereka,  mereka tidak akan teragak-agak untuk membunuh diri kamu sekeluarga. Bukankah ini benar?

hojaSedarlah wahai Ahlul Bait Rasulullah (asws), bukankah ‘darah’ kamu mempunyai ‘daulah’, iaitu karamah dan barakahnya yang tersendiri  berdasarkan salawat umat Islam kepada kamu sebagai sebahagian dari hak kamu?

Bersyukurlah kepada nikmat Allah atas anugerah nasab mulia kepada kamu yang menjadi idaman setiap umat Islam yang insaf akan ketinggian nilaian nasab tersebut itu.

Zahirkanlah kesyukuran kamu dengan menunaikan hak dan kewajipan nasab mulia tersebut dengan penuh kerendahan diri, taqwa dan tawadhu’, sebagaimana resamnya nenda kamu, Hareti Ali (r.a). Beliaulah orang disebut oleh Rasulullah (asw) sewaktu baginda berkata, “bertanya aku pada para sahabat, ‘Siapakah diantara kamu yang sanggup memaafkan orang yang telah menyakiti kamu?’

Semua sahabat menjawab, ‘Ya Rasulullah, kami memaafkan kesalahannya itu.’

Nabi (asws) bertanya lagi,  ‘ Jika orang itu kerap mengulangi lagi kesalahannya hingga berkali-kali walau sudah diingatkan, sanggupkah kamu memaafkannya begitu sahaja?’

Kali ini, tidak ramai yang mengangkat tangan mereka, kerana mereka itu tidak berpura-pura.

Lalu Nabi bertanya lagi, ‘apa yang akan kamu lakukan jika mereka berjanji tidak akan menyakiti diri kamu lagi tetapi mereka menginkari janji-janji itu sebaik sahaja kamu memaafkan kesalahan mereka?  Apa kamu tetap akan memaafkan mereka?

Nabi (asws) bertanya sekali lagi. Hanya seorang dikalangan sahabat yang sentiasa mengangkat tangannya sambil berkata, ‘ya, saya memaafkannya. Saya memaafkannya. Saya memaafkannya.’ Siapakah sahabat itu?

Itulah Hz Ali karamallahu wajhahu.

Hazrat-Ali-R_A

Dan Baginda (asws) berkata, ‘Ya, sesungguhnya kamu berkata benar ya Ali.’

Hz Ali menjawab, ‘Ya Rasulullah, sebagaimana yang kamu ketahui, walau sebanyak mana sekalipun kejahatan yang dilakukan terhadapa diri ini, aku akan tetap memaafkan kesalahannya.  Dan jika dia teruskan  niat jahatnya hingga ke hari Qiamat, aku tetap memaafkannya.’

Itulah ciri-ciri seorang Syed.  Bacalah kisah-kisah perjuangan ahlul-bait awallun dalam khidmat dan perjuangan agama mereka yang ikhlas dan tidak pernah lelah. Jadikan mereka ‘role model’ yang dapat mencetuskan semangat dan kesedaran di dalam jiwa untuk mencontohi kehidupan serta perjuangan mereka.

Saya mengenali beberapa orang yang bergelar Syed namun mereka begitu malu untuk mengaku diri sebagai seorang Syed. Mereka berkata, ‘diri kami terlalu kotor dan hina dicemari dosa dan noda.  Kami malu untuk membuat pengakuan sedemikian.  Sungguh kami malu untuk menghadapi leluhur kami di hari kebangkitan kelak.’

 Ya, mereka sentiasa merasakan diri mereka ‘ tak layak’ untuk memikul gelaran itu.  Akan tetapi  sifat yang seperti ini jarang kita temui sekarang ini di kalangan masyarakat sekitar. Saya sendiri hanya mengenali  seorang sahaja Syed yang berwatakan sedemikian.

angkuhKebanyakkan mereka yang pernah saya temui, dengan angkuhnya akan memperkenalkan diri mereka dan berkata, ‘Oh nama saya Syed Ali, nama saya Syed Ahmad, saya Syed….’ Tanpa disangka, saya dikerumuni oleh pelbagai generasi Syed. satu per satu mereka datang dan memperkenalkan diri dengan gaya masing-masing.

‘MashaAllah,’ hanya itu yang dapat saya lafazkan. Apabila dipandang dari hujung rambut ke hujung kaki, tidak terhidu sedikitpun aroma ahlul bait dari mereka yang berbangga diri dengan gelaran Syed ini.

Bahkan ada pula yang mengambil kesempatan menggunakan gelaran Seyd untuk menipu orang ramai demi memperolehi kepuasan dan keseronokan hidup sendiri. Orang ramai ditipu dan diperdayakan. Lihatlah keadaan di India, ramai yang menggunakan teknik sebegini untuk mendapat keistimewaan dan penghormatan dari orang ramai.  Orang yang berhati jujur dan tulus sering mempercayai penipuan ini. Mereka  berkata, ‘Oh, kamu adalah golongan Seyd. Kami memberi hormat kepada dirimu,’ dan seterusnya mereka akan jatuh ke dalam perangkap penipuan itu. Itu lah scenario kehidupan yang dapat kita lihat yang sedang berleluasa di Zaman jahiliyah kedua ini.

Jikalau benar bahawa kamu mempunyai pertalian darah kerabat Diraja, mempunyai pertalian darah itu dan ini…, maka semua itu harus jelas terserlah menerusi tingkah laku kamu. Jika kamu mengatakan bahawa kamu adalah ahlul bait, maka akhlak itu harus mencerminkan akhlak seperti Rasulullah (asws). Harus terpancar aura kebaikan dalam kehidupan seharian kita. Jika terdapat sesiapa yang mengaku berketurunan nabi Muhammad (asws) tetapi kelakuannya lebih mirip keturunan Abu Jahal, maka selain berdosa, dia juga telah mempermalukan diri Rasulullah (asws) secara pribadi dan langsung.

Oleh yang demikian jangan sesekali kita bermegah dan begitu bangga dengan keturunan kita. Belum tentu keturunan Syed atau Sheykh itu dapat memberi jaminan kepastian keselamatan dalam hidup di dunia dan di akhirat. Abu Jahal dan Abu Lahab juga ahli keluarga Junjungan Besar Nabi Muhammad (asws). Mereka adalah pakcik kepada Nabi (asws). Tetapi hal itupun belum menjamin keselamatan mereka.

Begitu juga keadaannya dengan Kan’an, anak lelaki Nabi Nuh (a.s). Biarpun ayahnya adalah Nabi Allah namun Kan’an tetap ingkar terhadap seruan ayahnya Nabi Nuh a.s. Sebagai seorang ayah, baginda telah cuba menyelamatkan anaknya dan melaung kepadanya supaya bertaubat dan menaiki bahtera itu.Namun anaknya tetap ingkar dan akhirnya, dia ditenggelamkan bersama-sama dengan mereka yang ingkar. Baginda berasa amat sedih lantas mengadu kepada Allah. Allah menjawab kepada baginda supaya jangan bersedih kerana Kan’an bukanlah termasuk dari keluarga baginda tetapi dia termasuk orang yang ingkar kepada Allah s.w.t.

Qabil adalah anak pasangan pertama di bumi, iaitu Hz Adam(a.s) dan Hz Hawa. Apa yang terjadi kepadanya?

Dia menderhakai perintah Allah swt dan menjadi manusia pertama di dunia ini yang menumpahkan darah sesama manusia.

lokmanHojaYa, begitulah hakikatnya. Tidaklah usah kamu bangga mengatakan, ‘ saya adalah anak si Fulan dan si Fulan. Saya anak kepada seorang Sheykh. Saya anak dari keturunan itu dan ini…..’

Tidak. Mengapa kita mesti berbangga-bangga terhadap gelaran-gelaran seperti Syed, Sharifah atau gelaran kebesaran diraja seperti Pangeran, Raden, Wan, Sidi, Nik, Long, Meor dan sebagainya, sedangkan ianya hanyalah satu gelaran sahaja. Amatlah malang sekiranya kita terlalu berkira-kira dengan pangkat dan gelaran sedangkan ianya sendiri bersifat sementara. Seharusnya yang kita banggakan adalah bagaimana keimanan kita, bagaimana ketakwaan kita di sisi Allah.

Jadi, ya, kamu boleh mengetahui sedikit sebanyak tentang asal usul kamu tetapi ingat, ia mempunyai  peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Jika kamu mampu untuk memikul tanggungjawab tersebut, dipersilakan. InsyaAllah ar-rahman.

Rasulullah (asws) bersabda,

“sesungguhnya ada orang yang bermegah-megah dengan nenek moyang mereka yang telah mati, tetapi menurut pandangan Allah mereka adalah lebih hina dari kumbang yang menonjol kotoran dengan hidungnya. Lihatlah Allah telah menyingkirkan dari kamu kesombongan dan zaman jahiliyyahnya yang membanggakan nenek moyangnya, manusia adalah seorang yang malan. Semua orang adalah bersal dari Adam, dan Adam pula dari tanah”

 (HR. Tarmizi)

Rose Vine

 Hoja Lokman Efendi Hz

Khalifah of Shaykh Abdulkerim el Kibrisi (qs)                                                OSMANLI DERGAHI- New York

June 27, 2013

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s