Tasawwuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Bhg I

bismillah_1lokman effendi1Sesungguhnya kebenaran itu hanya datang dari Allah swt dan kebenaran yang datang dari Allah tidak akan bisa hilang, walau sekuat apapun manusia mengusahakannya.

Kita mesti tahu bahwa kita kini sedang hidup di penghujung akhir zaman, dan Akhir Zaman adalah suatu masa yang dipenuhi dengan kekeliruan dan fitnah. Fitnah-fitnah dajjal sedang mengisi setiap ruang di muka bumi dan mereka membisikkan kepalsuan di telinga manusia. Rasulullah (asws) mengingatkan kita agar mengelakkan diri daripada terjatuh dalam fitnah yang menimpa umatnya laksana malam yang gelap gelita dengan sabda baginda yang bermaksud:

“Bersegeralah kamu mengerjakan amalan-amalan bagi menolak fitnah yang datang seperti kegelapan malam yang gelap gelita. Pada sebelah pagi seseorang itu beriman dan pada sebelah petangnya ia menjadi kafir dan pada sebelah petangnya ia beriman dan pada sebelah paginya ia menjadi kafir. Dia menjual agamanya dengan harta benda dunia.”

Dunia kini menjadi porak peranda di samping sarat dengan berbagai fitnah. Nilai-nilai jahiliah moden mendominasi kehidupan. Para penguasa mengurus masyarakat bukan dengan bimbingan wahyu Ilahi melainkan hanya berdasarkan hawa nafsu peribadi dan kelompok. Berbagai cabang kehidupan umat manusia diatur dengan nilai-nilai Dajjal.

Nabi (asws) bersabda meramalkan bahwa tidak ada fitnah yang lebih dahsyat semenjak Allah swt ciptakan manusia pertama sehingga datangnya hari Kiamat selain fitnah Dajjal.

fitnah dunia

Hanya orang-orang yang jujur akan terselamat dari kebinasaan akibat bahana fitnah yang berleluasa. Kejujuran dan ketulusan hati akan membimbing pada kebaikan, dan kebaikan akan mengarahkan seseorang untuk mencari kembali sinar kebenaran.

Bagaimana kita bisa menemui kebenaran sejati ketika kebohongan diperbolehkan dan dianggap halal?

Lihatlah sendiri betapa sejarah-sejarah Islam dan sejarah negara kita sejak kebelakangan ini telah banyak yang cuba diputarbelitkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab hingga menjadi tunggang-terbalik dan menukar kesalahan kepada kebenaran. Sudah menjadi kenyataan bahawa agenda dunia kini dikendalikan oleh media yang menyembunyikan kebenaran peristiwa yang berlaku di mana-mana di dunia ini.

Masyarakat Islam harus sentiasa diperingatkan bahawa buku-buku sejarah sebenarnya tidak bebas dari riwayat-riwayat lemah dan palsu sama ada secara tidak sengaja atau disengajakan oleh musuh-musuh Islam. Kisah-kisah palsu itu tersebar ditengah-tengah masyarakat kita bahkan ada juga yang dimasukkan ke dalam buku-buku teks yang dirujuk oleh pihak sekolah dan institute pengajian tinggi. Penyimpangan, penyelewengan dan penyongsangan fakta wujud secara berleluasa dalam dokumen, teks serta karya sejarah yang ditulis orientalis mahupun pengarang Barat. Tujuan orientalis dan pengarang Barat hanyalah satu, iaitu menghilang dan menggelapkan pengaruh Islam khususnya terhadap kebangkitan dan kekuasaan imperialisme mereka.

kebenaran

Percubaan pihak kufar yang berusaha untuk menjauhkan umat Islam daripada sejarah semakin berjaya. Berkurun lamanya, mereka berjaya menyakinkan kita bahawa segala apa yang tercatat dalam penulisan sejarah mereka itu adalah benar. Mereka pura-pura menutup mata dan kalau boleh, tidak mahu menyebut sedikitpun peradaban dan perjuangan pribumi dan Islam. Mereka sahaja yang bertamadun, orang lain tidak. Jika ada percubaan untuk mengungkap sejarah Islam, ia cuba diputarbelitkan sehingga umat Islam benci dan malu untuk belajar sejarah Islam.

Namun demikian jiwa orang yang beriman  berada di atas batas pertengahan, dan jiwa yang diisi dengan kemuliaan ini harus mampu mencelikkan pandangan mata hati untuk meneroka kebenaran. Lambat laun kebenaran itu semakin mencanak naik. Kebenaran semakin terserlah. Pendedahan konspirasi dan penipuan dunia semakin terbongkar.

Ya, pihak kufar telah lama mencanangkan bahawa Islam bermula dari seorang anak yatim penternak unta yang telah bosan dengan kehidupan masyarakat jahiliyah. Anak yatim itu akhirnya membuat keputusan untuk mengasingkan diri ke dalam sebuah gua dan pada waktu itulah beliau didatangi suara dari alam ghaib. Seterusnya beliau mengisytiharkan diri sebagai seorang nabi dan mula membuat serangan ke atas kafilah Mekah. Beliau melancarkan peperangan demi peperangan terhadap penduduk Mekah dan akhirnya menubuhkan sebuah negara Islam.

Begitulah tanggapan mereka terhadap Islam. Sesungguhnya Kafir laknatullah tak henti-henti dari zaman dahulu sehingga kini dengki dan khianat dan menghina Rasululllah (asws), menghina agama Islam yang suci dan mulia. Beginilah sifat kafir laknatullah dari sejak turun temurun mendendam agama Islam yang melihat Islam mengancam agama mereka. Mereka mula memutar belitkan fakta sejarah dan tamadun dunia Islam demi mencapai agenda tersendiri.

Sesungguhnya sejarah itu dapat mengubah dunia, disebabkan itulah kita harus mengkaji dan membersihkan sejarah-sejarah Islam yang sengaja digelapkan oleh musuh-musuh agama Allah.

Antara kekeliruan yang tersebar luas sejak zaman berzaman bahkan hingga ke generasi kini ialah mengenai kedatangan agama Islam di Nusantara.

Hadis Negeri atas AnginMenurut sejarah yang ditulis oleh orang barat, hubungan dagang menjadi salah satu medan terpenting bagi kemasukan Islam ke Nusantara. Mereka menerangkan bahawa Islam telah tersebar luas di daerah ini oleh pedagang-pedagang Arab dan India. Tujuan utama mereka ke sini adalah atas urusan perniagaan. Apabila telah sekian lama bertapak di sini, mereka mulai untuk menyebarkan tentang keindahan Islam di kalangan penduduk-penduduk di rantau Nusantara.

Menurut pandangan mereka, para pedagang ini telah berjaya meyakinkan penduduk tempatan tentang keunggulan dan kebenaran ajaran Islam. Selain itu, di Melaka, diceritakan bahawa Syahbandar Pelabuhan Melaka telah memberikan layanan istimewa terhadap pedagang-pedagang Islam, ini menyebabkan ramai golongan pedagang di negeri-negeri yang berdekatan serta merta memeluk agama Islam untuk mendapatkan layanan istimewa tersebut. Begitulah caranya mereka menjelaskan tentang penyebaran Islam di Nusantara; Menerusi hubungan perdagangan.

Ini tidak benar sama sekali. Faktor perdagangan bukanlah faktor penting dalam Penyebaran Agama Islam Ke Nusantara

Setelah dibongkar sejarah tulen masa lalu, kebenaran mula terserlah. Ummat Islam Nusantara mula memahami dan menuntut warisan dan sejarah mereka. Berkat usaha gigih dari golongan-golongan yang memperjuangkan kebenaran, Allah telah membuka jalan bagi mereka untuk memahami kejadian-kejadian benar yang menimpa umat. Ini telah menjadi faktor terbesar untuk membangkitkan kemahuan dan membangunkan semangat.

PENYEBARAN ISLAM DI CHINA

telaga saat ibn waqas di China

Telaga Saat ibn Waqas di China

Perkembangan Islam di China bermula sejak zaman Khulafa ar-Rashidin dan kesannya Islam berjaya disebarluaskan ke Asia Tenggara dan menguasai politik dan ekonomi China. Di zaman Khalifah Al-Rashidin yang ketiga iaitu Uthman bin Affan, baginda telah menghantar Saad ibn Abi Waqqas melawat negeri China pada tahun 651 M (29Hijrah) untuk menyampaikan dakwah kepada Maharaja China.

maqam Saat ibn Waqas di China

Maqam Saat ibn Waqas di China

Hasil lawatan tersebut, maharaja China mula tertarik dengan kebaikan agama Islam maka beliau telah menjemput beberapa pendakwah Islam secara rasmi ke China untuk menyebarkan Islam. Ramai ilmuan Islam dibawa masuk untuk berkhidmat  sebagai pentadbir, pakar kewangan, arkitek, ahli sains dan matematik, ahli kaji bintang dan sasterawan. Para sahabi dan ilmuwan Islam inilah yang telah berjaya membantu meletakkan batu asas yang kukuh kepada pembinaan peradaban Islam di Nusantara. Mereka telah menyemai benih keimanan dan ketaqwaan sehingga terbentuk sebuah masyarakat Islam yang kuat dan bersatu. Bukti awal kedatangan dan penyebaran Islam di Nusantara bergantung kepada batu nisan dan bukti-bukti lain yang bertaburan di rantau ini.

PERKEMBANGAN ISLAM DI TANAH MELAYU DAN JAWA

sampaikan-walau-satu-ayat

Sama keadaannya seperti di China, perkembangan Islam di Tanah Melayu dan di Tanah Jawa telah dibawa oleh mubaligh-mubaligh Islam yang berpusat di Tanah Hijjaz (Mekkah dan Madinah). Kebetulan pula, Tanah Hijjaz merupakan pusat-pusat ilmu Tasawwuf dan Tariqat. Maka mubaligh-mubaligh yang datang dengan ilmu bersesuaian dengan cara hidup penduduk nusantara pada ketika itu yang penuh dengan spiritual. Ajaran Nabi Muhammad (asws) tentang “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat”, menjadi motivator para mubaligh Islam pada saat itu untuk semakin bersemangat menyampaikan ajaran Islam.

Berdakwah dalam mengajak manusia ke jalan Allah merupakan tugas yang paling mulia dalam Islam. Islam mewajibkan umatnya supaya menyuruh kepada kebaikan dan mencegah yang mungkar. Seluruh para Nabi mengungguli tugas dan amanah ini yang diteruskan oleh para Sahabat, Tabiin, Ulama, Syuhada dan Solehin hingga ke akhir zaman. Oleh kerana amanah dakwah ini adalah amalan yang ditaklifkan, mulia dan mendapat ganjaran yang besar, maka ia memerlukan persiapan yang rapi dari sudut keilmuan yang menyeluruh, keimanan yang mendalam, kepimpinan yang adil dan amanah, pendekatan yang penuh hikmah, mengenali sasaran dakwah dan sebagainya. Bagaimana mungkin sekumpulan pedagang-pedagang Arab dan India (seperti yang dicatatkan dalam buku sejarah tulisan Barat) dapat mencapai tujuan yang sangat mulia ini, sedangkan tujuan mereka ke rantau ini adalah atas urusan perdagangan, urusan duniawi, bukan ukhrawi?

Bersambung

Sohbet oleh Hoja Lokman Effendi Hz

Khalifah kepada SahibulSaif Sheykh Abd Kerim Effendi Hz

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s