Apabila Dunia Islam Pincang, Seluruh Dunia akan menjadi Pincang

bismillah_1

Pada bulan April 2013, Lokman Efendi, Khalifah kepada Sheykh Abdulkerim el Kibrisi (qs), telah diundang untuk menyampaikan Khutba Jum’ah di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York City. Antara yang hadir adalah para diplomat, utusan, dan wakil-wakil dari lebih daripada 40 negara-negara Islam di dunia.

Lokman Efendi menyampaikan peringatan kuat kepada pemimpin-pemimpin dunia, mengingatkan mereka bahawa Allah (SWT) telah mengutuskan anak-anak Adam (AS) ke dunia ini sebagai  Penegak Panji-Panji  Keadilan. Beliau menyedarkan mereka bahawa Allah (SWT) telah memberkati manusia dengan anugerah yang tiada tandingan di kalangan ciptaanNya- iaitu pemberian Akal/kebijaksanaan. Lokman Efendi menjelaskan bagaimana Allah (SWT) telah memberi kecerdasan kepada manusia agar mereka akan berusaha untuk untuk menjadikan dunia ini sebagai  cerminan yang mencerminkan kehendak Allah (SWT) dan meningkatkan Keadilan di bumi ini.

design1 (2)

uni

BismillahirRahmanirRahim

Segala puji bagi Allah yang menciptakan alam semesta dan segala isinya. Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan Adam ‘alaihissalaam dari tanah, menciptakan keturunannya dari tulang dada dan sulbi. Sesungguhnya Manusia adalah ciptaan yang berbeza daripada semua ciptaan yang diciptakanNya.

Allah (swt) menciptakan alam, langit, bintang-bintang, bulan dengan kuasa Kun Fayakun! “Jadilah!” maka terjadilah ia. Allah menciptakan manusia dengan susunan dan pengaturan yang paling baik. Allah (swt) berfirman dalam Surah Saad bahawa sesungguhnya Dia telah menciptakan Adam (a.s) dengan tanganNya. SubhanaAllah.

Dan Allah (swt) telah menerangkan kepada kita di dalam Surah Israa, “Wa Laqad Karramna Bani Adam Sungguh benar-benar Kami telah memuliakan anak-cucu Adam.” Dan dalam Surah at-Teen, Allah swt telah menyebutkan, “Laqad khalagnal insana fi ahsani taqwim – sungguh Kami telah menciptakan manusia dengan bentuk sebaik-baiknya.”

akalDan dari kesempurnaan ciptaan manusia ini, dari kemuliaan yang dikurniakan ke atas Bani Adam ini, salah satu anugerah Allah (swt) yang paling besar dan istimewa kepada manusia adalah Akal.

Daya intelek hadir di dalam fakulti rasional manusia, yang membezakan manusia dari haiwan, dan menjadi sumber kepada ilmu, sedangkan haiwan tidak mampu dan tidak mempunyai fakulti rasional.

Justeru, daya intelek adalah satu anugerah yang hebat kepada manusia jawatan khalifah di atas muka bumi ini dan anugerah ini tidak diberikan kepada makhluk yang lain. Nabi (asws) bersabda dalam hadis Sherif, ‘sesungguhnya Allah telah menciptakan akal sebagai ciptaan pertama Nya.’ (Sirr al-Asrar).

Dalam Riwayat Hazrat Ali al-Murtaza (karram Allahu Wajhahu), Rasulullah (asws) telah mengisahkan bahawa sewaktu Adam (a.s) diperintahkan untuk turun ke dunia, Allah (swt) telah mengutuskan Jibreel (as) kepadanya sambil berkata, “Perintahkan Adam untuk mengambil salah satu daripada tiga hadiah ini sebelum dia turun ke dunia.” Dan Jibreel (as) datang membawa kebijaksanaan, keimanan dan kesopanan. Dia berkata kepada Adam (as), “Allah subhana wa ta’ala menghulurkan pertolongannya kepada mu. Pilih salah satu daripada pemberiannya untuk di bawa ke dunia. Kamu memerlukannya. Kamu hanya dibenarkan untuk mengambil satu daripada pemberian itu.”

Adam (as) melihat kepada pemberian itu dan berkata, “Saya akan mengambil kebijaksanaan.” Dan Jibreel (as) berkata kepada dua pemberian yang lain itu, “Pulanglah ke tempat asalmu.” Maka Iman berkata, “Oh, saya tidak boleh pulang.” Jibreel menjawab, “Allah telah memerintahkan Adam untuk memilih hanya satu.” Iman berkata, “Ya, tetapi pada masa yang sama, Allah swt juga telah memerintahkan pada saya. ‘Di mana perginya kebijaksanaan, di disitulah kamu harus berada. Jangan pernah terpisah dari sisi kebijaksanaan.’ Dan berkata pula Jibreel (as) kepada kesopanan, ‘Pergi. Kamu harus pergi.’ Jawapnya, “Saya tidak boleh berbuat demikian kerana perintah Allah pada saya adalah untuk sentiasa mendampingi kebijaksanaan dan kesopanan. Di mana mereka berada, saya harus mengikut. Saya tidak boleh berpisah dengan mereka.’ Lantas, Jibril (as) berkata kepada Adam, “Pergi dan ambil kesemuanya untuk dibawa ke bumi.”

Subhan’Allah.

malu

Jadi dapat kita lihat bahawa asas seorang manusia adalah akalnya. Jika ditinjau dari kacamata Islam bahawa orang yang beriman itu lebih bijak dari orang yang tidak beriman. Allah berfiman mengatakan , ‘ Dan tidak ada seorangpun akan beriman kecuali dengan izin Allah; dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akalnya.’ Sesungguhnya Allah hanya menyampaikan kalam-Nya kepada orang yang berakal, karena hanya mereka yang dapat memahami agama dan syari’at-Nya.

Ini menimbulkan satu persoalan: ‘Lantas, apakah yang perlu kita lakukan dengan akal pemberian Allah ini? Apakah sebabnya maka Allah (swt) memberikan kita kebijaksanaan ini?’

Jika dilihat pada keadaan dunia masa kita, jika  direnung akan keadaan umat sekarang, akan kita dapati bahawa fakulti rasional manusia telah terlucut dan terhina. Kebijaksanaan digunakan hanya dalam perlumbaan menggarap keuntungan. Malah dikalangan manusia, orang yang berjaya serta bijak itu adalah orang yang pandai buat duit yang banyak. Negara paling bijak ialah negara yang mempunyai simpanan stok senjata yang banyak. Tentunya ini bukanlah sebab mengapa Allah (swt) memberikan kita anugerah yang hebat ini.

Penegak Keadilan, Umar al-Khattab (ra), telah menerangkan kepada kita, berdasarkan sejarah, bahawa di dalam Islam, seorang lelaki dianggap bijak jika dia boleh menterjemahkan perbuatannya itu kepada kebaikan. Apakah yang dimaksudkan oleh Khalifah Islam itu?

Allah swt menanamkan akal dan pikiran kepada manusia agar dapat digunakan untuk kebaikan mereka masing-masing dan untuk orang di sekitar mereka. Sesungguhnya kebijaksanaan manusia itu harus digunakan untuk melaksanakan amalan hakiki, dan menjadikan dunia ini sebagai cerminan wasiat Allah (swt). Kesemua kitab-kitab suci,  semua Nabi dan Rasul, seluruh rangkaian hadis-hadis, segala amalan dan ibadah, segala bentuk pengajaran dan pembelajaran, semuanya menuju ke satu arah tertentu, iaitu matlamat  untuk membawa kedudukan di dunia selaras dengan kehendak Allah (swt).

Dan  Allah secara langsung telah mewasiatkan agar setiap makhlukNya diberikan hak masing-masing. Allah (swt) adalah Al’-Adil dan Saksama. Dan Allah (swt) menghendaki agar Keadilan dan kebenaran di muka bumi yang diciptakaNya  harus diperjuangkan. Malah, salah satu mercu tanda Islam adalah penekanannya terhadap Keadilan. Allah (swt) telah berfirman dalam surah Al-Nahl, “Inna-Allaha ya’murubil- Adil wal-Ihsan – Sesungguhnya Allah memerintahkan berlaku adil dan berbuat ihsan (kebajikan).”

HojaEffendi1Dan perintah-perintah Allah tentang keadilan adalah elemen teras yang sangat berat dan Nabi (asws) sendiri telah memberi amaran kepada umatnya dan berkata, ‘Wahai manusia, berhati-hatilah kalian terhadap ketidakadilan, kerana ketidakadilan adalah kegelapan yang suram pada hari kebangkitan dan perhitungan amal di Padang Mashyar kelak. (Bukhari)’

Kerana di Hari Kiamat nanti, setiap hak akan diberikan kepada ahlinya (orang-orang yang di bawah tanggungannya), hinggakan hak seekor binatang yang tidak bertanduk akan diambil daripada kambing yang bertanduk.

Dan Keadilan bukan satu konsep yang asing.

Keadilan bukanlah sesuatu yang dapat kita rumuskan menerusi falsafah dan pemikiran. Keadilan bukan hanya satu konsep yang dapat ditentukan menerusi perbincangan dan persidangan kemuncak. Tidak. Keadilan diturunkan dari Tuhan semesta alam. Kapasiti manusia yang terhad lagi lemah ini tidak bisa merumuskan keadilan itu. Namun demikan, menerusi kapasiti rasional, manusia akan dapat memahami dan berusaha ke arah pencapaian keadilan yang bersesuaian dengan Hikmah dan Keadilan Ilahi yang diasaskan atas Huqooq al-Ibad, atau Hak Sang Pencipta ke atas ciptaanNya, yang diturunkan ke dunia ini melalui wahyu Allah (swt). Dan Wahyu Ilahi turun berdasarkan protokol, berdasarkan kerangka kerja yang telah disampaikan kepada kita.

Allah memberi wahyu kepada Nabi (asws) dengan perantaraan malaikat Jibril. Perkataan dan perbuatan Nabi (asws) adalah bersumber dari wahyu Allah dan Baginda (asws) telah menerangkan, menerusi cara hidupnya,  bahawa orang yang redha dengan ketentuan Allah Taala merupakan manusia yang paling kaya.

Seperti yang disebut dalam surah Najm, ‘wa ma yantiqu an-il-Hawa, di Huwa illa wahyan-yuha – Dan dia tidak bercakap mengikut hawa nafsu, melainkan apa-apa yang diwahyukan oleh Pemberi wahyu (Allah).’

Wahyu Qur-an telah diturunkan kepada Nabi Muhammad (asws) dan baginda (asws) telah menyampaikan wahyu Allah itu kepada umat manusia sekitar 1400 tahun yang lalu. Kita tidak boleh mengatakan bahawa penyampaian wahyu ini berakhir dengan kewafatan Rasululllah (asws).  Ini tidak benar sama sekali kerana terdapat para pewaris-pewaris Nabi yang telah meneruskan usaha menyampaikan risalah agama kepada masyarakat. Sesungguhnya, sangat tinggi peranan para pewaris ini dalam membentuk ummat yang dinaungi oleh umara’. Umara’ yang mentadbir dengan baik adalah umara’ yang dekat dengan ulama’ dan seterusnya menjadikan umat di bawah pimpinannya hidup berlandaskan syariat dan mendirikan sebuah baldatun toyyiban – negeri yang baik dan makmur.

Nabi telah bersabda dalam sebuah Hadis Sherif yang maksudnya: “Para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, tetapi mewariskan ilmu. Barang siapa yang mengambilnya maka dia telah mengambil bahagian yang banyak.”

Kita hendaklah berada dan berpijak di atas peninggalan dan pusaka yang benar-benar ditinggalkan dan diakui oleh Nabi (asws), iaitu ilmu yang Baginda wariskan dan para pewaris Baginda (asws) yang merupakan orang-orang berilmu.

Islam bukan agama yang dikuasai oleh hierarki seperti institusi gereja yang terdiri atas keuskupan, paderi –paderi dan kardinal. Sesungguhnya Islam tidak meletakkan sebarang sekatan antara manusia dan Allah. Tidak! Allah lebih dekat pada kita semua  daripada urat nadi kita. Dia dekat dengan cinta-Nya, dekat dengan kasih-Nya, dekat dengan rahmat-Nya yang mengalir deras pada semua. Tak ada kata dan doa yang lepas dari ilmu-Nya yang meliputi segala sesuatu. Maka setiap manusia, sewaktu mereka  bersujud di waktu malam, mereka harus berdoa dan menangis secara langsung kepada Tuhannya, Allah (swt)!

allahitudekat2Bagaimanapun, pada masa yang sama, Islam bukan agama anarkis. Selama 1400 tahun, umat Islam, dunia Islam, telah memberikan penghormatan dan kemuliaan kepada pewaris Nabi (asws), kepada mereka yang mewakili Nabi (asws). Kita telah memberikan kemuliaan itu kepada orang-orang yang yang mempunyai hubungan dengan Nabi (asws) melalui rantai penghubung yang kuat.

Di samping itu, penghormatan yang tinggi telah kita berikan kepada mereka yang berjuang di jalan Allah, mereka yang menghayati dan menghidupkan syiar Islam, serta mereka yang menegakkan syariat Allah di muka bumi ini.  Dan kita telah mengakui bahwa merekalah orangnya, merekalah para Pewaris Nabi yang meneruskan perjuangan Baginda (asws) dan memegang amanah agama setelah ketiadaan para Rasul.  Dan di sepanjang 1400 tahun, umat Islam meyakini bahawa Keadilan Allah (swt) berserta dengan Wasiat yang telah Allah ajarkan dan juga telah dituntunkan oleh Rasul-Nya, boleh difahami dan dipelajari menerusi  para pewaris Nabi (asws) ini. Dan selagi umat Islam tetap berpegang teguh dan menyanjung kepimpinan dan kuasa ulama pewaris  Nabi ini, mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat dan terpelihara.

Inilah hakikat cakrawala hidup dibawah naungan  ayat suci Al Qur’an dalam Surah al-Nisa yang memerintahkan, “Atee’ullah, wa atee’ur-Rasul, wa oolul-amri-minkum – Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu “.  Sepanjang 1400 tahun,  umat Islam telah mentaati kalam Allah ini dan mereka hidup terpelihara di bawah lindungan yang Maha Esa.

Malang sekali, Keadilan dan kebenaran yang diimpikan tak kunjung turun ke bumi sejak kebelakangan ini. Manusia kini tersiksa dek kezaliman dan hidup tertekan teraniaya. Tetapi di samping mereka ada manusia-manusia lain yang serakah, menanjak dan meninggi, kuat dan congkak, menghardik dan menelan orang-orang yang lemah. Keadilan sedang diinjak-injak dan kebajikan sedang dilumur noda. Segala yang suci sudah digadai oleh manusia-manusia yang hidup tanpa arah dan hampa. Kemuliaan hidup kini hanya tergantung dan ditentukan oleh kemauan manusia-manusia yang sedang berbuat kerusakan di bumi, dan kemunafikan merajalela di mana-mana terutama sekali di bumi Islam.

Mengapa harus begini jadinya?

hoja03Ini adalah kerana kita telah memisahkan diri daripada ketentuan Illahi. Akibat terpisah daripada kehendak Allah (swt), kita semakin berjauhan dari keadilan-Nya dan kita juga telah memutuskan hubungan dengan para pewaris Nabi. Akibatnya,  umat Islam mulai menjurus ke arah anarki yang melahirkan jiwa permusuhan, melahirkan kejahatan yang mengatasnamakan agama Islam, ingin menegakkan ajaran agama Islam, tetapi dengan cara-cara merusak, memukul, menyiksa, membakar dan tindakan-tindakan brutal lainnya yang justru melanggar hukum Allah. Mereka tak merasa salah karena merasa tujuannya baik; iaitu demi kebenaran agama Islam.

Tragedi dan konflik yang berterusan melanda umat Islam masa kini amat mendukacitakan kita semua.

Kehebatan umat Islam yang dulunya begitu menyerlahkan prinsip kesatuan dan perpaduan seperti yang diperintahkan Allah swt, sejarah gemilang umat Islam suatu ketika, seolah-olah punah dan hanya tinggal nostalgia yang tidak mampu dijelmakan semula ke alam realiti hari ini. Perpaduan di kalangan umat Islam kini amat rapuh dan tidak mampu mempertahankan diri mereka sendiri.

Lebih menyedihkan apabila umat Islam begitu mudah diperlekehkan dan terus diperkotak-katik dan diperlakukan sesuka hati oleh musuh Islam yang tidak lagi gentar dan gerun kepada umat yang pernah menguasai dua pertiga dunia suatu ketika dulu. Begitulah keadaan yang menimpa umat Islam yang telah memutuskan hubungan dengan Rasulullah (asws). Cahaya Islam mulai meninggalkan umat ini dan kita ditinggalkan dalam keadaan yang amat menyedihkan. Kita terputus dari keadilan Allah, kita terputus dari ajaran yang dibawa Nabi (asws), kita terputus hubungan dengan para pewaris Nabi, maka tinggallah kita dalam keadaan yang amat mendukacitakan.

Kita lihat kini terdapat ramai dikalangan umat islam yang mencipta imej umat Islam mengikut acuan mereka sendiri. Mereka mengakui sebagai pengikut-pengikut al-Quran dan Sunnah, tetapi hakikatnya mereka meninggalkan langsung sebarang hubungan dengan tradisi Islam yang telah bertapak sejak 1400 tahun yang lalu. Mereka mula mencipta sebuah agama baru, agama yang dibina atas dasar kekejaman dan kezaliman, agama yang tiada langsung mempunyai persamaan dengan keindahan Islam yang dibawa oleh Rasulullah (asws).

islam-itu-indah2

Sebaliknya, apa yang kelihatan adalah orang-orang yang melakukan kekejaman dan mereka mendakwa bertindak atas nama Islam. Mereka secara sinis cuba mempergunakan agama Islam untuk melindungi agenda pembunuhan mereka yang sebenarnya merupakan serangan ke atas nilai-nilai peradaban dan perikemanusiaan. Dua dekad kebelakangan ini, konsep ‘Keganasan Islam’ menjadi topik perbincangan yang hangat.  Ini semua berlaku kerana sejak seratus tahun yang lalu umat Islam telah menolak orang-orang yang merupakan pewaris Nabi (asws). Mereka mula menggulingkan Khilafat, mereka  melenyapkan sistem pentadbiran Islam untuk digantikan dengan Demokrasi.

Sebaik sahaja Demokrasi mendapat tempat di jiwa kaum Muslim, mereka mula bertanya, ‘Jadi, apa yang harus kita lakukan dengan panji-panji Rasulullah (asws)?’

Mereka menjawab, ‘lipat,  bungkus dan simpankan sahaja di dalam muzeum’.

Dengan terserlahnya sikap begini dikalangan umat Islam,  ia menjadi petanda besar bahawa  Pentadbiran Islam telah sampai ke garisan penamat. Dan dapat kita lihat kini bahwa apabila dunia Islam pincang,  seluruh dunia akan menjadi pincang. Itulah sebabnya maka kita sebagai umat Islam harus berhubung rapat dengan Allah (swt), mentaati dan setia mematuhi kehendak Allah (swt), untuk menjadi penegak panji-panji Keadilan di bumi.  Apabila kita berhenti berlaku Adil, keadilan akan diangkat Allah dari muka  Bumi ini.

Sesungguhnya Allah (swt) telah berfirman dalam Al-Quran, di dalam surah aal-e-Imran,    ‘ Kuntum Khayra Ummatin Ukhrijat lin-Naas – Allah menganugerahkan kepada kita untuk menjadi umat terbaik di antara seluruh manusia.’

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika umat yang terbaik ini kehilangan hala tuju?

keganasanSejarah telah menunjukkan bahawa sejak permerintahan Islam yang diterajui oleh seorang Khalifatur-Rasul dilenyapkan dari muka bumi ini, dunia telah terjebak  dalam kancah peperangan dan ketidakadilan.  Sejak dari itu, dunia telah menyaksikan dua peperangan yang besar iaitu Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia kedua. Dan hingga ke saat ini, dunia tidak pernah mengenal erti keamanan dan keadilan, terutama sekali di kawasan-kawasan yang menjadi sebahagian dari Aalam –e-Islam.

keganasanIni semua berlaku kerana mereka yang menjadi para pewaris Nabi, mereka yang memahami keadilan Allah (swt), telah kita halau keluar tanpa memberi sebarang kuasa. Apabila cahaya mula malap, keadaan bertukar menjadi kelam, kusam, hitam bagaikan lakaran syaitan yang memantulkan kejahatan. Manusia mula bertindak kejam dan hidup berpecah belah. Mereka mula memberontak dan menyerang hak-hak orang lain. Inilah akibatnya jika kita menafikan keilmuan para pewaris nabi, pemegang kuasa ‘spiritual’ yang  mampu untuk mendoakan kesejahteraan ummah.

Kita langsung menolak kewujudan mereka dalam hidup ini dengan mengatakan bahwa kita tidak memerlukan doa-doa mereka. Seperti Firaun yang angkuh, kita telah jatuh ke lembah yang hina, bahkan mungkin lebih hina dari haiwan. Kejahilan Firaun telah membuat dia mengisytiharkan dirinya sebagai, ‘Akulah Tuhan yang paling hebat.’ Dia telah menolak kewujudan Allah (swt) yang maha Esa. Bukankah kita juga turut melakukannya? Bukankah kita sering mengabaikan uluran tangan Allah swt itu? Dengan sombongnya kita telah menolak ketentuan dan keadilan Allah swt  kerana kita telah menolak mereka-mereka yang telah terpilih untuk mewakili kehendakNya.  Dan dengan berbuat demikian, kita telah kehilangan kehormatan dan maruah sebagai makhluk ciptaan Allah yang paling sempurna.

Namun demikian, penghormatan itu tidak hilang selamanya. Kita boleh menbangkitkan kemuliaan yang hampir terkubur dek pemikiran yang tertanam sekian lama. Sesungguhnya kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Ambillah contoh dari bapa kita Adam (a.s).  Apabila beliau diusir keluar dari Syurga,  apakah yang telah beliau lakukan seterusnya?

Beliau tidak bersikap sombong atau marah. Malah beliau tidak menyalahi Allah (swt). Beliau tidak berpaling dari mengingati Allah (swt). Beliau mengakui kelemahan dirinya dan mula menangis keinsafan sambil berdoa,

‘Ya Rabbi, akulah hamba-Mu yang lemah. Janganlah Engkau menutup pintu-Mu untukku kerana tiada lagi  tempat bagiku selain daripada berdiri di ambang pintumu, menangis, mengharapkan belas ikhsan dari Mu. Tiada daya lagi untuk aku melakukan apa-apa.  Tiada daya lagi untuk aku makan dan minum dan beredar dari tempat ini. Aku hanya mampu untuk menangis dan terus menangis. Kasihanilah aku, hamba-Mu yang lemah. Sesungguhnya Engkau Raja segala raja, Sultan segala sultan dan aku mohon keampunan dari Mu, Ya Rabbi.’

Tiga ratus tahun. Bukan sekadar tiga hari, tiga bulan atau tiga tahun.  Tiga ratus tahun lamanya Adam a.s menangis memohon keampunan. Kita telah diberitahu di dalam Al-Quran surah al-A’raf doa Nabi Adam, “Qala Rabbana Zalamna Anfusana wa illam Taghfirlana wa Tarhamna la na-kunanna minal Khasireen  – Ya Tuhan kami, kami telah menzhalimi diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya kami termasuk orang-orang yang rugi.”

duaa

Kita perlu memohon keampunan dari Allah (swt).  Kita harus bertaubat. Taubat itu merupakan satu bentuk pengabdian yang tulus daripada seorang hamba kepada Penciptanya.  Dan salah satu daripada makna Taubat adalah untuk kembali kepada Maha Pencipta,  Allah (swt). Kita perlu kembali kepada tujuan kita sebagai manusia, untuk menegakkan keadilan,  untuk menyerahkan segalanya pada ketentuan Allah Swt.

Kita harus menerima dan mentaati mereka yang adalah para kekasih Allah, pewaris Nabi (asws). Diri manusia mukmin yang menjadi kekasih Allah itu adalah seumpama kalbu Alam atau jantung alam atau pusat alam yang dikurniakan oleh Allah daya atau kuasa graviti mengikut darjah ketinggian imam, ilmu dan amalan mereka di sisi Allah. Diri-diri yang lain hanyalah di bawah atau di dalam kuasa atau graviti mereka. Dengan berpegang erat kepada mereka, maka kita akan dapat disambungkan semula kepada kasih sayang dan belas ihsan Allah swt.

Memang segala sesuatu telah diatur oleh Allah, namun Allah juga benci kepada orang yang hanya berpangku tangan saja. Allah berfirman dalam surah :  Ar-Ra’du (13):11  – Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum jika bukan kaum itu sendiri yang merubahnya.

Marilah kita sama-sama memperbahrui syahadah perjuangan kita dengan menyambungkan kembali ikatan yang telah putus kepada tradisi Islam, mengikuti sunnah dan berpegang teguh kepada para Pewaris Nabi dalam seluruh perkara yang Rasulullah berada di atasnya dan juga para sahabatnya. Allah memerintahkan kita bersatu padu dan jangan berpecah berpecah. di dalam  Surah Ali Imran, 3:103 –  Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai.’

Sesungguhnya umat Islam itu tidak ubahnya satu tubuh, sedangkan Khilafah tidak ubahnya kepala bagi tubuh tersebut, sementara tubuh betapapun besarnya, ketika ia tanpa kepala, maka mustahil ia dapat bergerak.

Untuk itu, kita harus mengembalikan kepala pada tubuhnya, agar umat Islam kembali meraih kemuliaan dan kedudukan yang dulu pernah diraihnya, yang dengannya umat Islam akan kembali memimpin dunia. Jika kita berbuat demikian, maka kita sekali lagi boleh menjadi teladan Keadilan di dunia, kita sekali lagi boleh membawa keseimbangan kepada dunia. Kita benar-benar boleh hidup seperti  apa yang Allah (swt) menggelarkan kita dalam Al-Quran, ‘Ummat yang terbaik dikalangan umat-umat manusia.’

beyattcute woman over whiteWa min Allahu Taufiq

Bihurmatil Habib,

Bihurmatil Fatiha

Hoja Lokman Effendi Hz, Khalifah of SahibulSaif SheykhAbd Kerim Effendi al Qibrisi (qs)

April 2013

cute woman over white


This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s