Bersiap sedialah Kita Untuk Perjuangan Imam Mahdi (a.s)

Auzu billahi min ash-sheytanir rajim

BismillahirRahmanirRahim Medet Ya Sultan Evliya, medet.

Sheykh Abd Kerim (4)

Rasulullah (asws) hadir sebagai  seorang individu. Setiap pelusuk dunia ketika itu diselubungi kegelapan jahiliah. Cahaya tauhid terus padam di muka bumi, dan saban hari, kegelapan yang tebal hampir saja menyelimuti akal. Maka Allah swt berkehendak dengan rahmat-Nya yang mulia untuk mengutus seorang rasul yang membawa ajaran langit untuk mengakhiri penderitaan di tengah-tengah kehidupan.  Dan hadirlah Rasulullah sebagai rahmat bagi sekalian alam.

Sebaik sahaja baginda (asws) mengucapkan kalimah  La ilaha illallah, kaum kafir Quraisy, terutama para bangsawannya menentang keras dan berusaha menghentikan dakwah Rasulullah (asws). Mereka mula bersatu untuk membunuh Rasulullah. Tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa terhadap baginda (asws). Sebarang percubaan untuk membunuh Rasulullah (asws) tidak mendatangkan hasil. Fahamilah maksud tersurat dan tersirat. Pihak musuh bersatu untuk menghancurkan sesuatu yang mulia tetapi Rasulullah tidak berjaya untuk dihapuskan. Baginda (asws) hanyalah seorang individu. Pada zahirnya, baginda (asws) dilihat sebagai seorang individu.

Di dalam surah Yasin, Allah merakamkan satu kisah yang menarik untuk dijadikan teladan dan pengajaran kepada pembacanya. Sepertimana firman Allah SWT : ‘ketika utusan-utusan datang kepada mereka…”. Beberapa orang  utusan Isa (a.s) telah di hantar ke perkampungan Antaqiya (Turki hari ini). Mereka datang untuk memberitahu penduduk kampung itu mengenai agama yang Isa (as) bawa dan menjemput mereka untuk menerima kebenaran yang dibawa Isa (a.s). Penduduk kampung tersebut telah menolak ajakan dakwah mereka kepada mengtauhidkan Allah. Maka berkatalah para utusan itu kepada penduduk kampung, “Tugas kami  adalah untuk memberi peringatan dan menyampaikan kebenaran…”

floral frameyasin habib i najjar“Ikutilah orang yang tiada minta balasan kepadamu; dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.”

floral frameDi kampung itu terdapat seorang pemuda yang bernama Habib-i Najjar. Dia tidak mempunyai apa-apa pengaruh dalam masyarakatnya. Dia hanyalah seorang tukang kayu yang sangat rendah kedudukannya dalam masyarakat tersebut tetapi dia telah melihat kebenaran utusan-utusan tersebut. Dia terus berlari ke arah penduduk kampungnya itu dan menyeru kepada mereka,  “Hai kaumku ikutilah utusan-utusan itu. Ikutilah orang yang tiada minta balasan kepadamu; dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk…” Namun demikian penduduk kampung tidak menerima nasihatnya. Mereka berkata, ‘kamu adalah dari kalangan kami dan kamu cuba untuk menukar agama kita, huh? ” Lantas lelaki tersebut dibunuh dengan kejam. Habib-i Najjar dipijak-pijak hingga terkeluar usus daripada duburnya. Maka mati syahidlah lelaki tersebut.

Kaum musyrik jahiliyah yang hidup pada zaman Rasulullah (asws) adalah lebih teruk daripada mereka yang menzalimi Habib-i Najjar. Sungguhpun demikian, tidak seorang pun diantara mereka yang berjaya untuk menamatkan riwayat hidup Rasulullah (asws). Apakah sebabnya?

Ya, ini kerana Nabi hadir bersama perlindungan Allah swt dan pertolongan-Nya. Allah sentiasa melindungi Nabi Muhammad dari kekejaman serta ancaman dan tindakan jahat kaum kafir Quraisy. Nabi berdiri tegak bagaikan batu karang menghadapi kekuatan-kekuatan yang mengacau dan menghalang usaha dakwah beliau. Nabi terus menerapkan peraturan-peraturan Ilahiah yang berlandaskan Al-qur’an dalam kehidupan masyarakat Jahiliyah yang menunjukkan secara nyata kebencian dan rasa permusuhan terhadap Islam. Dalam jangka masa dua puluh tiga tahun, Nabi (asws) telah berjaya membina satu ketamadunan Islam yang hebat dan gemilang.

prophet-muhammad-honored-by-us-supreme-court-in-1935Nabi Muhammad hanyalah seorang hamba Allah. Namun beliau telah diutus dengan kekuatan wahyu Allah swt bagaikan obor di kegelapan. Malang sekali, orang yang bersedia membuka hati mereka untuk menerima yang hak pula sangat sedikit. Maka bermulalah perjuangan di antara kumpulan hak yang sedikit dengan kumpulan batil yang ramai. Kumpulan yang benar walaupun mempunyai berbagai-bagai kekurangan namun, mereka berbekalkan kekuatan yang tidak mungkin dikalahkan, iaitu iman!

Nabi Muhammad (asws) dan pengikutnya memperjuangkan akidah tauhid dengan sepenuh jiwa raga tanpa sebarang kepentingan diri sendiri. Mereka terpaksa mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran demi agama Islam tercinta. Mereka sanggup menderita atau mati asalkan agama Allah dapat berdiri tegak. Maka akhirnya, Allah sendiri membentuk sebuah negara Islam untuk Nabi Muhammad (asws) dan kaum Muslimin yang telah lulus ujian iman. Alhamdulillah.

Nabi Muhammad (asws) ada mengatakan bahawa akan tiba masanya di mana segala bentuk kekufuran dan kemungkaran di dunia akan berakhir. Sepanjang kehidupan Nabi (asws), dan selepas pemergian beliau, sehingga ke saat ini, kebatilan masih bermaharajalela di seluruh pelusuk dunia. Namun demikian Nabi (asws) menjanjikan bahawa satu masa nanti, kufur akan lenyap. Hanya orang-orang yang beriman akan tinggal di muka bumi. Dan itu adalah masa kemunculan Mahdi (as).

Baginda (asws) bersabda, “Di masa ummatku, akan bangkit Imam Mahdi (as). Saat itu, masyarakat akan mendapatkan kenikmatan yang tidak pernah didapatkan pada masa sebelumnya. Alam pun tidak menyembunyikan kekayaannya.”

Sesuatu yang akan terjadi di masyarakat Imam Mahdi merupakan janji Allah Swt yang disebutkan berulangkali dalam Al-Quran. Dalam Al-Quran dijanjikan bahwa setiap manusia yang beriman baik laki maupun perempuan, melakukan amal saleh, maka Allah Swt akan mempersembahkan kehidupan bahagia dan layak. Dalam pemerintah Imam Mahdi as, kita akan menyaksikan kehidupan yang sehat. Ketidakamanan dan ketidaktenangan di dunia ini berubah menjadi kehidupan yang nyaman dan tenang.

Kerja-kerja Mahdi (as) sedang berjalan sekarang. Mahdi tidak akan muncul secara tiba-tiba di dunia ini untuk berkata, “Oh! Mari kita mulakan tugas ini.” Tidak. Tugas-tugas sudahpun berjalan dengan giat dan tersebar luas di merata-rata dunia. Ia telah menyelinap masuk ke dalam jiwa setiap bangsa, setiap negara, setiap bandar, setiap desa dan kota. Apabila segala-galanya telah dikuasai di merata daerah, dan tugas telah pun selesai dijalankan, maka Mahdi akan mengibarkan panji-panji Islam sambil melaungkan, “ Sekarang aku mengisytiharkan cara Rasulullah.”

Ketahuilah bahawa Mahdi tidak datang untuk membawa kita agama yang baru. Tidak. Beliau juga tidak datang untuk membawa kita Kitab yang baru. Tidak. Beliau akan membuka rahsia beberapa ayat-ayat dalam al-Quran yang tidak terbuka dan beliau akan menghidupkan kembali tradisi dan sunnat Rasulullah (asws). Inilah yang akan dilakukan Mehdi (as).

Sultan AwliyaBukankah ini yang sedang dilakukan Sheykh Mevlana kini, seberapa yang beliau mampu?

Mengapa harus kamu melihat kepada sesuatu yang selain dari ini?

Ikutilah yang satu itu. Taati perintahnya, nescaya kamu sudah dalam perjalanan untuk menuju ke Mahdi. Bagi mereka yang mengambil dari kata-kata Sheykh Mevlana sambil berkata, “Mahdi akan datang hari ini”, “Mahdi akan datang esok”,

namun Mahdi tidak pula muncul dan mereka merasa kecewa dan mula menarik diri dari perjalanan ini, maka mereka itu sebenarnya tidak mempunyai apa-apa untuk Sheykh mereka. Ini jelas menunjukkan bahawa kamu tidak mempunyai seberang hubungan  dengan Sheykh kamu kerana kamu hanya melihat pada  kata-kata yang terucap dari mulutnya. Maka kamu tidak mempunyai sebarang pertalian langsung dan sesungguhnya kamu telah tersesat jalan dengan kesesatan yang amat jauh.

Ketahuilah tugas Imam Mahdi itu amat-amat berat. Bukan calang-calang orang yang mampu memikulnya. Mereka yang akan bersama dalam membantu Mahdi (as) memperjuangkan kebenaran adalah golongan yang terpilih. Dan tentu sekali pengkhianat-pengkhianat tidak akan diterima dalam melakukan tugas-tugas kelas pertama yang mulia. Kemungkinan mereka akan membantu dalam tugasan di kelas kedua, ketiga  dan seterusnya. Tetapi untuk membantu menjalankan tugas di kelas utama, penghargaan ini langsung tidak akan diberi kepada golongan Pengkhianat.

Ketika Nabi (asws) berada di medan perang, berdiri tegak di barisan hadapan, seiring dengan baginda (asws) adalah golongan Sahabi yang  terhandal, yang gagah berani dan berdiri tegar laksana batu karang terhujam kuat didasar lautan. Di hati mereka tidak menyimpan keraguan apa pun. Keyakinan yang teguh dan keimanan yang utuh menjadikan mereka benteng pertahanan Islam yang sangat ampuh.

flag of Islam

Terdapat juga golongan yang tidak pasti. Jiwa mereka dibayangi oleh keraguan dan dihantui rasa gelisah. Mereka datang dan pergi dengan sesuka hati dan mengikut emosi. Golongan ini berada jauh di garisan akhir. Perkara yang serupa akan berlaku ke atas diri kita. Maka kita harus bersiap siaga mengantisipasi kemunculan Imam Mahdi. Kemungkinan Mahdi (as) akan muncul esok pagi, atau lusa, atau sepuluh tahun akan datang, persoalannya, apabila beliau melaungkan, “Allahu Akbar!” apa yang akan kamu lakukan? Bagaimana kamu akan berlari, berjalan atau merangkak, menuju kepada beliau? Adakah kamu akan duduk terpaku menghadap kaca TV menantikan pengumuman dari Mahdi?

Inilah yang sedang dilakukan oleh kebanyakan orang. Masing-masing mempunyai internet di rumah dan akibatnya, ramai yang menghabiskan masa mengurung diri dalam bilik berhadapan dengan komputer, melunsuri Internet dan menjadi peramal kedatangan Mahdi. Apa yang kamu tahu?

orang berimanApa yang kamu tahu hanyalah empat dinding tembok yang mengelilingi kamu dan mesin kotak kecil di hadapan kamu. Jika saya membawa kamu untuk berhadapan dengan sepuluh ribu orang maka kamu tidak akan dapat berbicara walau secebis ayat sekalipun. Tetapi bila bersendirian di dalam bilik kecil itu, kamu bebas melemparkan kata-kata, berbicara kepada seluruh dunia untuk mengharapkan puji-pujian dari mereka.

Hmm,  pergi di luar sana dan berbicara kepada mereka. Nantikan sahaja apa yang akan berlaku pada masa itu. Kamu sendiri tahu apa yang akan berlaku.

Maka, mereka yang tahu mengenai Mahdi (as) adalah golongan yang dipercayai Allah dan pastinya mereka juga telah diamanahkan untuk menyimpan rahsia tentang beberapa perkara khusus mengenai Mahdi. Orang-orang yang mengetahui rahsia ini, hendaklah mereka menyimpan rahsia dengan baik. Sekiranya rahsia dibiarkan terbongkar, maka lenyaplah segala keistimewaan yang wujud bersama rahsia tersebut.

Ramai orang berkata, “Allah maha mengetahui.” Sudah semestinya  Allah yang maha mengetahui. Adakah kita mengatakan bahawa orang lain juga tahu tentang rahsia kedatangan Mahdi (as)? Tentu sekali. Ini kerana Allah yang maha Mengetahui telah memberi kepercayaan kepada para kekasih-Nya yang terpilih sebagai pemegang rahsia Akhir Zaman.

Mereka  yang terpilih ini adalah golongan yang diberi sokongan kuat dari Syurgawi. Perlindungan Allah sentiasa mengiringi perjalanan perjuangan mereka. Mereka tidak berbangga diri. Mereka tidak mudah membicarakan tentang ilmu-ilmu Akhir Zaman. Apabila ditanya, mereka akan memberi jawapan ringkas, ‘duduk diam dan nantikan sahaja. Bersabarlah. Apabila beliau muncul kelak, nescaya kamu akan melihatnya.’

Bukankah kita sendiri pernah mendengar Sheykh Mevlana berkata,” Saya telah menunggu selama enam puluh tahun, tujuh puluh tahun, lapan puluh tahun untuk kehadiran Mahdi (as).”

almahdi1

Ya, tugas kita adalah untuk mempersiapkan diri dan bersedia seperti askar yang sedia untuk menghadapi pertempuran di barisan hadapan. Inilah tanggungjawab kita. Untuk bersiap sedia dan menanti. Senjata berada ditangan kamu. Butiran peluru dan granat juga telah tersedia. Namun arahan untuk melepaskan tembakan belum diberi. Jika kamu menembak maka kamu akan menerima hukuman. Jika kamu menembak sebutir peluru sekalipun, mereka akan segera mendatangi kamu dan menyoal, ‘adakah kamu yang melepaskan tembakan itu? Mari ikut kami.’ Kamu akan diheret masuk ke penjara dimana hukuman yang setimpal sedang menanti.  Besar kemungkinan peperangan akan bermula setengah jam kemudian, tetapi itu bukan persoalannya. Yang penting, arahan untuk menarik picu senjata belum diberi.  Kerana kamu telah melanggar arahan itu, maka kamu harus dihukum.

Ramai kini yang sedang ghairah menarik picu senjata mencetuskan suasana hingar bingar dan kecoh di sana sini. Hindari semua itu. Biarkan orang-orang yang diberi kuasa dan kepercayaan, yang mempunyai ilmu pengetahuan, untuk melaksanakan tugas mereka. Kita tidak berhak mencampuri urusan mereka. Yang lebih penting ialah kita harus terus fokus  membentengi diri dengan zikir, menjaga diri supaya tidak tercicir dan hilang dilambung arus fitnah besar akhir zaman. Sama-sama kita terus merapatkan barisan memperkuatkan akidah.

Kita perlu ingat bahwa masa damai adalah masa persiapan untuk perang, dan pada masa damai seperti sekarang inilah kita harus selalu menyiapkan diri dengan berlatih agar terwujud kesiapan menghadapi tugas yang akan datang. Dan hanya mereka yang telah siaplah yang akan memiliki cukup kekuatan untuk bergabung dalam perjuangan Mahdi (a.s).

a jamaat

Sohbet oleh Sheykh Abdul Kerim el-Hakkani el-Kibrisi

 Tuesday 27 Shawwal, 1426 November 29, 2005 Osmanli Naks-i’bendi Hakkani Dergah, Siddiki Center, New York.

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s