Bolehkah Khalifah bagi Sheykh Abd Kerim menceritakan bagaimana beliau bertemu dengan Sheykh Effendi?

BismillahirRahmanirRahim

Soalan: Bolehkah Khalifah bagi Sheykh Abdul Kerim Effendi menceritakan bagaimana beliau bertemu dengan Sheykh Effendi?

sehl (2)

Ya, akan  saya ceritakan serba sedikit mengenainya.

Lebih kurang tiga belas tahun yang lalu, mungkin lebih daripada itu, pada tahun 1998, saya bertemu dengan Sheykh Abdul Kerim Effendi secara zahir di dunia ini. Secara rohaniah, beliau sentiasa adalah Sheykh saya. Kita yang telah memisahkan diri darinya. Beliau tidak pernah terpisah dari kehidupan kita. Beliau berada di sisi pada waktu kita dilahirkan ke dunia. Beliau berada di sisi sepanjang waktu kita membesar. Beliau sentiasa bersama kita kerana beliau adalah Mursyid yang telah ditetapkan oleh Allah sebagai pembimbing dan penuntun ke jalan menuju pada satu tujuan yaitu Ma’rifat billah atau mengenal Allah.

Ketika Allah bertanya “Alastu birabbikum..?(Bukankah Aku ini adalah Tuhan kalian?), Sheykh kita itulah yang membuat kita untuk mengatakan, ‘ Ya, benar kami menyaksikan bahwa Engkau adalah Rabb kami. (Q.S.Al-Isra 172)”  Itulah janji pertama kita kepada Allah swt.

Inilah realiti sejati  yang tidak difahami orang ramai. Mereka fikir bahwa Sheykh itu adalah seseorang yang dipilih mengikut citarasa sendiri.  Ramai yang mencari-cari sambil berkata, ‘Oh, saya tidak suka Sheykh yang itu, saya tidak suka yang ini, saya lebih gemar pada Sheykh yang seperti ini, seperti itu …..’ dan seterusnya, sama seperti memilih ikan di pasar. Bukan begitu caranya.

Alhamdulillah, saya bertemu dengan Sheykh Abdul Kerim Effendi sewaktu saya sedang melanjutkan pengajian  di sebuah kolej di negara ini sebagai mahasiswa  di tahun akhir. Sebelum itu, sudah bertahun-tahun lamanya, saya sedang dalam tahap pencarian jati diri yang ternyata tidak selesai-selesai.  Dan saya akur bahawa pencarian itu tidak akan menemui kesudahannya selagi saya tidak mempunyai seorang Sheykh/Mursyid sebagai pembimbing melanjutkan jalan menuju Hadirat Ilahi.

Saya berasal dari sebuah Negara di rantau Nusantara. Di situ kami diajar bahawa untuk mengenali erti hidup, kita harus pergi menimba ilmu dan mencari pengalaman di arah terbenamnya matahari di ufuk barat. Maka saya pergi membawa diri ke arah itu dan melanjutkan pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi di kota New York. Kehidupan di kota New York yang begitu bebas dan dinamis menekankan nilai-nilai sosial yang bercanggah dengan norma-norma budaya masyarakat Nusantara. Keadaan ini membuatkan jiwa semakin memberontak terhadap percanggahan etika dan budaya. Kekosongan jiwa semakin dirasai.  Kelazatan dunia semakin hambar dan tawar.

Alhamdulillah, setiap detik yang berlalu merapatkan saat-saat pertemuan diantara diri yang hina ini dengan seorang Mursyid yang Hakiki.

Pertemuan kali pertama dengan Sheykh Abdul Kerim Effendi adalah detik yang amat menakjubkan. Pada dirinya terpancar sinar nur Illahi. Jiwa ini terasa ringan tanpa beban setiap kali berada bersama dengan beliau. Fikiran yang selama ini sering bercelaru dengan pelbagai masalah duniawi menjadi tenang kerana beliau sentiasa mengingatkan kita akan tujuan sebenar sebuah kehidupan. Segala masalah dan dugaan hidup kini terasa begitu kecil kerana diri ini mulai mempergiatkan usaha untuk menghambakan diri kepada Allah swt serta menghindari diri dari segala macam pengaruh duniawi yang dapat menyebabkan diri lupa kepada Pencipta yang Maha Agung.

Jemaah Osmanli Naksibendi

Saya berbaiah, memberi ketaatan  kepada beliau, dan saya tahu bahawa kehidupan ini akan menempuhi pelbagai perubahan dan transformasi. Saya tidak membenarkan mata hati ini tersentuh oleh sebarang ilusi yang mengatakan bahawa, ‘Oh, usah bimbang, kau masih boleh mengimbangi kedua-duanya; Antara Dunia Dengan Akhirat. Kau masih boleh teruskan hidup seperti  biasa.’ Tidak, saya tahu bahawa ini tidak mungkin akan berlaku pada diri saya. Ia mungkin boleh berlaku pada orang lain. Tetapi bagi diri ini, arus kehidupan sedang mengalir begitu kuat ke arah duniawi dan lambat laun diri ini pasti akan tenggelam dipukul gelombang dan hanyut dibawa arus itu.

Saya terpaksa membuat pemilihan.  Saya bermunajat kepada Allah swt memohon pertolongan-Nya. Dengan kekuatan hati yang ikhlas, saya membuat keputusan.  Saya juga sedar bahawa adalah sukar untuk saya berpegang teguh dan fokus pada keputusan yang telah diambil. Saya perlu menipu ego saya.

Alhamdulillah,  saya amat bersyukur kehadirat Allah swt kerana Dia telah menemukan insan yang hina ini, dengan seseorang yang mempunyai kemuliaan dan kesucian nurani yang telah mengisi kekosongan jiwa ini dengan kesucian cinta Illahi. Begitulah kisah pertemuan saya dengan Sheykh Effendi. Sebelum itu,  Saya tidak pernah mengenali sesiapa yang mencintai Allah dan Rasul-Nya, mencintai Islam dengan segenap hati, jiwa dan raganya. Di tengah-tengah kejahilan hidup umat manusia di Amerika ini, beliau tidak malu dan segan untuk bangkit dalam menyebarkan dakwah Islam, mempertahankan kebenaran serta menghidupkan Sunnah Rasulullah (asws).

Diri ini merasa amat terharu dan rendah diri sekaligus rasa syukur yang tak terhingga ke hadirat Illahi kerana dipertemukan dengan seorang pewaris Rasulullah, seorang yang mengabdikan diri secara tulus ikhlas kepada Allah dan Rasulnya (asws). Saya telah banyak bertemu dengan pelbagai jenis manusia, dan begitu ramai juga diantara mereka yang bergelar Imam dan Sheykh . Tetapi saya belum pernah berjumpa dengan orang yang begitu menghayati dan memperjuangkan Islam, memperjuangkan kebenaran dengan penuh keyakinan, kecintaan yang tulus ikhlas, tanpa rasa takut dengan ancaman apapun, selain daripada Sheykh Abdul Kerim Effendi. Tawadhu’nya adalah pakaian peribadinya, namun beliau memperjuangkan kebenaran dan keadilan dengan gagah dan penuh heybet. Kekerasan dalam kelembutan, saya belum pernah menjumpai  sesiapa yang mempunyai  ciri ciri sedemikan sebelum ini.

Saya tahu kehidupan saya akan berubah. Tetapi saya berkata pada diri sendiri, ‘ tidak mengapa, kita harus bersabar. Kita lihat dulu apa yang akan berlaku…..’

Hari berganti, bulan berganti, tahun pun berganti, waktu demi waktu berlalu. Tanpa disedari saya telah pun membuat keputusan untuk mendasarkan hidup saya pada perjalanan ini, saya telah bertekad untuk memberi sepenuh kesetiaan dan ketaatan kepada Sheykh saya.  Hanya seorang Mursyid yang Hakiki sahaja yang dapat berbuat begitu;  iaitu memulihkan hati yang kering kontang dan mengisi jiwa yang gersang ketandusan.

Sesungguhnya ini merupakan jalan kecerahan sehingga hati manusia menjadi cermin yang berkilau, dan jalan ini tidak  dapat kamu tempuhi melalui membaca dan meneliti, akan tetapi melalui kemauan tulus serta kesungguhan ganda.  Kamu juga tidak dapat menempuh jalan ini dengan pemikiran sendiri. Kamu harus berguru kepada seorang Mursyid yang merupakan ulama pewarsi nabi yang tersambung kepada lisannya Rasulullah (asws). Ulama pewaris Nabi artinya menerima dari ulama-ulama yang sholeh sebelumnya yang tersambung kepada Rasulullah (asws).

Satu. Satu Sheykh. Bukan dua atau tiga. Ramai orang yang berkata dengan bangganya, ‘Saya telah mengambil beyat dari Sheykh ini, Sheykh ini, Sheykh ini, Sheykh ini dan ….’ Eh! Berseronoklah kamu dengan mereka. Tetapi Satu. Ikut Satu. Hanya satu.

Setiap orang berkata, ‘oh okay, kita ikut. Sheykh adalah Sheykh Mevlana.’  

Huh! Berapa kalikah kamu berbicara dengan beliau?

‘Oh, dia sentiasa berbicara kepada saya.’

sheykYa, itu benar kerana sekarang kamu  telah tenggelam jauh ke lautan khayalan dan membiarkan diri itu terbelenggu dalam imajinasi yang tercipta karena ilusi yang kamu sendiri tanam di dalam khayalan itu.

Kamu sendiri tahu bahawa Sheykh Mevlana telah mengirimkan beberapa orang Khalifahnya ke seluruh pelusuk dunia untuk mewakilinya. Mereka semua masih hidup.

Lihatlah sahabat-sahabat Nabi (asws), tiada seorang pun diantara mereka yang berkata ‘kami tidak perlu mengambil beyat dengan Hazreti Abu Bakr. Kami mempunyai hubungan langsung dengan Nabi  dan Nabi datang kepada kami secara rohani.’

Tidak. Mereka tidak mengatakan demikian. Mereka semua memberi bai’ah kepada Hazreti Abu Bakr (ra). Dan fitnah yang berterusan dari masa itu sehingga ke hari ini berterusan kerana terdapat beberapa orang tertentu yang tidak mahu berbai’ah kepada Hazreti Abu Bakr, atau Hazreti Umar atau Hazreti Uthman. Tidakkah ini benar?

Jadi, perlu ada wakil yang zahir. Dan wakil zahir inilah yang telah meninggalkan  kesan yang mendalam dan menginspirasi hidup ini. Kesan yang menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan. Dan beliau amat mencintai Islam.

Begitu ramai orang yang sedang mencari-cari Tasawuf.  Kita mungkin telah membaca karya-karya Tasawuf yang ditulis baik oleh Guru Sufi maupun orang-orang yang ahli tentang tasawuf, tetapi ia masih sangat jauh dari realiti. Realitinya adalah jauh lebih menarik, lebih mendalam, lebih kompleks daripada apa yang telah kamu baca menerusi  terjemahan demi terjemahan demi terjemahan beberapa puisi yang ditulis seribu tahun yang lalu. Kerana Tasawuf merupakan tradisi yang hidup yang dapat menghantarkan kita menuju kesempurnaan dan ketenangan hidup, yang hampir hilang atau bahkan tidak pernah dipelajari oleh manusia modern. Ia bukanlah perkara lapuk yang perlu diubah bersesuaian dengan kehendak zaman. Nilai-nilai tasawuf sentiasa segar dan subur, dan ia menawarkan penyelesaian esensial dari segala belenggu, tekanan, penghambaan material dan kekuasaan, dan sejumlah tekanan hidup yang membebani jiwa manusia di zaman moden ini.

Begitulah sedikit sebanyak kisah pertemuan saya dengan guru Mursyid, Sheykh Abdul Kerim Effendi Hz. Dan sejak dari itu, saya tidak pernah berhenti untuk memandang kebelakang. Alhamdulillah.

Semoga Allah swt mencucuri rahmat yang berganda-ganda ke atas Sheykh kami, dan meningkatkan derajat beliau setinggi-tingginya. Dan semoga beliau akan terus memberi  sokongan  berlipat ganda kepada kami. InsyaAllah ar-Rahman. Semoga Allah mengampuni dosa kami semua.

se and hoja SelamAleykum

Hoja Lokman Efendi Hz, Khalifah kepada Shaykh Abdulkerim el Kibrisi (qs) * OSMANLI DERGAHI- New York November 22, 2013.

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s