Kebaikan Ada Dalam Kebersamaan

BismillahirRahmanirRahim

Apakah yang pernah berulangkali diucapkan oleh Shah Naqshband (QaddasAllah sirruhu)? Sebanyak 12,00 kali.

shah bahauddin

Shah Bahauddin Naqshbandi

12,000 Persatuan. Beliau berkata, Tarikatuna Sohbet fil khayri min Jamiya. Cara kita berterusan menerusi sohbet, menerusi persatuan. Kebaikan  hanya akan datang kepada kita bersama jamaah.

Hidup kita di dunia ini tidak boleh berseorangan, kita perlu kepada berjamaah. Hidup berjamaah akan membawa keberkatan sedangkan hidup tanpa jamaah akan membawa kepada kehancuran. Secara individu, kamu mungkin menerima keberkahan atas tindakan yang baik, perbuatan baik, dan niat yang baik. Tetapi di dalam Jamaah, jika terdapat seorang yang melakukan kebaikan, maka semua yang berada di dalam jamaah itu akan turut meraih keberkahannya. Malah keberkahan itu akan digandakan dan terus melimpah. Tiada terhitung, tiada terkira, tiada terbilang segala nikmat dan rahmat yang telah dianugerahkan kepada mereka yang berada dalam jamaah. Apakah kamu tidak memerlukannya? Sudah tentu kamu memerlukannya. Tetapi kamu memilih untuk tidak mendengar.

Ya, begitulah keadaanya dengan kebanyakkan manusia masa kini; mereka memilih untuk tidak mendengar dan menerima. Mereka cenderung mengingkari kebenaran kerana jiwa itu lebih condong ke arah kebatilan. Manusia sering lalai dan leka kerana mereka sering tewas kepada nafsu. Mereka tidak inginkan Murshid. Mereka tidak inginkan Sheykh. Mereka tidak inginkan pembimbing dan penuntun ke jalan menuju pada satu tujuan yaitu Ma’rifat billah atau mengenal Allah. Sebaliknya, komputer dan televisyen telah dijadikan sebagai sebuah sandaran hidup masa kini.

Ini bererti, alat-alat dajjal telah dijadikan sebagai panduan hidup. Saat inilah, syaitan durjana memainkan peranannya menghasut manusia untuk tidak melihat kepada yang haqq, tetapi untuk terus memberi keutamaan pada yang batil.

bisa masuk neraka

Ya, kamu boleh menggunakan teknologi untuk menjalankan kerja dakwah bagi menyeru ke jalan Allah, tetapi majoriti telah menjadikan teknologi sebagai saluran untuk menjerumuskan diri kearah kekufuran dan kebinasaan. Dan apabila dengan sendirinya kamu  telah terperangkap ke dalam jerat tipu helah sheytan,  maka ketahuilah bahawa sheytan itu adalah jauh lebih bijak dari kamu. Dia telah menipu Adam (a.s) di dalam syurga, bukan di luar. Sheytan telah berjaya menipu Adam (a.s) sewaktu beliau berada di Taman Syurga hingga akhirnya beliau diperintahkan  keluar dari syurga. Fahamkan dan kamu pasti termanggu melihat kelicikkan dan kesungguhan sheytan untuk menyesatkan umat manusia. Fahamkah kamu?

Jika benar kamu memahami, maka sudah tentu dergah-dergah akan sentiasa dipenuhi dengan murid dari merata-rata tempat.  Tetapi perkara seperti ini tidak berlaku. Ini jelas menunjukkan bahawa kamu semua tidak mahu memahami. Kamu telah membiarkan ego itu berdiri di hadapan sebagai penghadang. Dan ego itu telah membisikkan ke telinga kamu, “semua ini tidak perlu.  Kamu tidak perlu menerima sesiapa. Kamu tidak perlu tunduk kepada sesiapa.  Cukuplah aku sebagai pembimbingmu. Katakan kepada mereka, ‘Aku adalah jauh lebih baik dari mereka semua!’” Pada saat demikian kehidupan hati menjadi padam bersama dengan padamnya hal-hal yang membuat hati menjadi hidup.

spirit (2)Dan di sini, saya ingin menekankan bahawa sungguhpun kamu telah memilih seorang sheykh yang salah, seorang pembimbing yang salah, tidak mengapa.  Buat sementara waktu, demi cinta yang tulus ikhlas terhadap beliau, kamu akan menemui keselamatan. Mungkin juga keselamatan akan di tujukan kepada sheykh yang kamu cintai itu. Usah bimbang. Mungkin Allah menginginkan kamu bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat. Kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurnia tersebut.

Amat menyedihkan bila kita kini lihat manusia sibuk mempertikaikan tentang kebenaran seorang Sheykh.  “Eh, sheykh itu salah, sheykh ini betul, sheykh itu tidak betul….”

Mengapa harus kamu menyusahkan diri memikirkan tentang hal-hal begitu?

Perhatikan  pada diri sendiri. Jika diri kamu berdiri di atas landasan kebenaran, maka kamu juga pasti akan menemui dengan  seseorang yang benar. Usah bimbang. Perlindungan ada bersama diri mu. Jika Allah (Jalla wa Ala, Subhana wa Ta’ala) meletakkan kamu ke tangan seseorang yang salah, Dia bermaksud untuk mengajar kamu sesuatu. Mengapa harus kamu mengadu? Mengapa harus kamu  risau?

Perhatikan dan sadarilah semua tentang dirimu sendiri. Orang yang berakal selalu meneliti kekurangan-kekurangan dirinya sendiri. Usah terlena lagi di pembaringan itu. Ayuh bangkit! kuatkan rasa tenaga mu. Pulihkan segalanya. Bertanyalah pada diri sendiri,  Mengapa saya diciptakan? Bagaimana saya berhubungan dengan Sang Pencipta? Apa yang sangat saya dambakan dalam hidup ini? Jika saya berjalan, lalu melihat kebelakang kepada diri saya sendiri, apa yang saya lihat ? apakah saya senang dengan apa yang saya lihat? Apakah saya perlu mengubah sesuatu ? Apa yang saya miliki yang dapat saya berikan pada orang lain ? Apa yang telah saya lakukan hari ini untuk Allah?

Semaklah keburukan diri sendiri terlebih dulu. Jangan lah suka melihat keburukan orang lain. Jika kita hendak memperbaiki orang lain, mulailah dengan memperbaiki diri sendiri terlebih dulu. Sisa hidup ini hanya tinggal beberapa  hari. Setiap hari kaki ini melangkah ke tempat kerja, banyak perkara yang dilakukan di situ, adakah semua ini adalah untuk Allah atau ini untuk diri sendiri?’

Jika ia adalah untuk diri sendiri, maka kamu telah kehilangan satu hari. Jika ia adalah untuk Allah, maka kamu telah memenangi satu lagi hari. Hari esok kamu akan menjadi lebih baik daripada hari ini. Hari esok kamu akan lebih baik daripada hari ini jika ia adalah untuk Allah. Jika ia bukan untuk Allah, hari esok kamu adalah lebih buruk daripada hari ini. Oleh itu, perbetulkan niat masing-masing. Perbetulkan diri sendiri untuk tabah menempuhi dugaan hidup satu hari lagi ini.

“Barang siapa yang hari ini lebih buruk dari hari kemarin, dia celaka. Barang siapa yang hari ini sama dengan hari kemarin, dia merugi. Dan barang siapa yang hari ini lebih baik dari hari kemarin, maka ia lah yang beruntung”.

hari ini lebih baikSelamAleykum

Al Fatiha

Sohbet oleh Sahibul Saif Sheykh Abdul Kerim al-Kibrisi al-Rabbani

June 23. 2011

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s