Penyata Rasmi OSMANLI DERGAHI bersempena dengan hijabnya Sultan el-Evliya Syaikh Mawlana Muhammad Nazim Adil el-Hakkani (KS) dari Alam fana.

BismillahirRahmanirRahim

Auzubillahi min el-sheytan el-rajim BismillahirRahmanirRahim Allahumma Salli ala Sayyidina Muhammadin wa Ala Alihi wa Sahbihi Ajmain

shey mevlana

Sultan el-Evliya, Qiblat el-Islam, Sahib el-Zaman, Shaykh Sultan Mawlana Muhammad Nazim Adil el-Hakkani telah dihijabkan oleh Allah swt dari dunia ini pada 8hb Rajab, 1435 (May 7, 2014). Lokman Efendi, Khalifah kepada SahibulSaif Sheykh Abdul Kerim el-Kibrisi el-Rabbani, berserta dengan semua Jemaah dari OSMANLI DERGAHI mengirim doa dan mengutus kawat takziah kepada semua murid Sultan el-Evliya di seluruh dunia.

Sultan el-Evliya  telah dihijab dari alam fana ini; beliau tidak mati. Sebagaimana yang telah di nyatakan oleh Allah di dalam Surah Aal-e-Imran: “Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati. Mereka tidak mati bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; Dan juga mereka bersukacita dengan kurniaan Allah, balasan mati Syahid, yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai saudara-saudaranya orang-orang Islam yang sedang berjuang, yang masih tinggal di belakang, yang belum mati dan belum sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.”

Hampir dua tahun lalu, Sheykh kami, Sahib el-Sayf Sheykh Abdul Kerim el-Kibrisi el-Rabbani, Khalifah kepada Sultan el-Evliya, juga telah dihijabkan dari dunia ini. Pada saat itu, kami telah bertekad untuk meneruskan matlamat perjuangan Sheykh kami serta mematuhi jalan perjuangannya. Kami berdiri teguh dengan matlamat kami dan terus mengikuti jalan menuju ke Allah yang telah ditunjukkan oleh Sahibul el-Sayf dengan tekun dan dengan keyakinan. Perjuangan Sultan kami telah kami teruskan dengan semangat kebersamaan dan azam yang kuat.

Begitu juga keadaannya pada hari ini. Tiada perbezaan. Misi Sultan el-Evliya tidak akan berakhir dengan permegian beliau. Tugas-tugas murni beliau tetap akan diteruskan. Seperti yang pernah beliau katakan dalam sohbetnya pada 5 Rabiul Awal, 1435 (Feb 5, 2014): “Satu hari kita semua akan meninggalkan dunia yang keindahannya tidak lebih sekadar penampilan. Kita akan meninggalkan dunia yang berbaur dengan keruhnya kemaksiatan. Tetapi marilah kita menyempurnakan misi kita. Marilah kita berdiri teguh dan meneruskan perjalanan yang telah dibentangkan oleh Kekasih Allah, tuhan yang Maha Agung. Marilah kita ikuti jejak Baginda (asws), marilah kita menaburkan benih-benih cinta Baginda Rasulullah (asws). Marilah kita meneruskan perjuangan besar Baginda untuk memartabatkan agama yang benar ini. Marilah kita mencapai kemuliaan dengan memberi penghormatan kepada Kekasih Allah. Syabas bagi mereka yang mampu untuk melakukannya.”

Insya’Allah, marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah swt semoga kita adalah di antara orang-orang yang akan meneruskan misi ini. Dan perjuangan ini akan kita teruskan dengan ijazah dan keizinan. Kerana Sultan el-Evliya telah berkata kepada Sahib el-Sayf kami, “semoga kamu tidak mempunyai sebarang urusan dengan gosip. Kamu telahku beri keizinan. Tumpukan sepenuhnya kepada tugas kamu. Jika terdapat sesiapa yang mencampuri urusan kamu, akan ku hadapi orang orang itu. Telah ku beri kamu keizinan sepenuhnya. Kumpulkan seberapa banyak jemaah yang mungkin. Semoga khidmat kamu diterima, semoga kamu diberi kesihatan, semoga Allah melimpahi hidup kamu dengan keluasan rezeki, keberkatan dan rahmah daripadaNYA. Semoga pintu rumah kamu akan sentiasa terbuka luas untuk para tetamu. Semoga hamba-hamba yang baik akan sering mengunjungi kamu.”

friends of Allah II

Dan setelah Sahib el-Sayf dihijabkan dari Dunia ini, Sultan el-Evliya telah mengurniakan ijazet ini kepada Lokman Efendi, pengganti Sheykh Abdul Kerim. Dan selama hampir dua tahun, beliau telah menerajui OSMANLI DERGAHI di seluruh dunia, dan berusaha gigih untuk meneruskan perjuangan Sultan el-Evliya.

Dengan bantuan Allah (swt), dengan sokongan Rasulallah (asws), dengan kebenaran Sheykh kami, kami akan meneruskan perjuangan. Sebagaimana yang dikatakan olah salah seorang Sheykh dalam Rantaian Emas Nakshibendi, Imam al-Khatm Sheykh Abdul-Khaliq Gujdevani berkata, “Mereka yang berdiam diri atau telah mula merasa letih, bukanlah mereka dari kalangan kami.”

Insya’Allah kita tidak akan berdiam diri. Insya’Allah kita tidak akan menjadi letih. Insya’Allah, kita akan meneruskan perjuangan.

our Sheykhs

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s