Perang Badr – Pengorbanan, Kesetiaan dan Kesabaran

BismillahirRahmanirRahim

Peperangan Islam yang pertama, peperangan yang perlu dihayati oleh semua umat Islam kerana ia memberi iktibar yang besar buat kita semua.  Peperangan apakah yang dimaksudkan itu? Wahai muslimin dan muslimat, tahukah kamu peperangan apakah itu?

badar

Ya, Perang Badar. Peperangan yang pertama dilakukan Rasulullah (asws) bersama para Sahabat. Pasukan musuh Islam telah bersatu untuk menamatkan riwayat Rasulullah (asws). Dalam peperangan itu, bilangan tentera Islam adalah terlalu sedikit berbanding pihak musyrikin Mekah yang terdiri atas 1000 pasukan bersenjata lengkap, berbaju besi, bersertakan unta-unta dengan segala muatannya,dan ratusan ekor kuda. Kaum Quraisy terlalu yakin yang mereka akan berjaya memusnahkan Islam yang memang sedikit dari jumlah tetapi tidak dari semangat.  Kafir Quraisy ingin menjadikan peperangan ini sebagai kemenangan bagi mereka yang akan meletakkan rasa takut di dalam hati seluruh kaum bangsa Arab. Mereka hendak menghancurkan kaum Muslimin dan mendapatkan keagungan dan kehebatan.

Para sahabat berperang dalam bulan Ramadhan, di tengah terik matahari yang amat panas, hingga menyengat tubuh. Dan di tengah gurun pasir tandus, dan dalam keadaan lapar, perut tanpa terisi, serta kekongkongan kering menahan rasa haus karena berpuasa. Namun mereka sanggup berkorban apa sahaja demi cinta mereka kepada Rasulullah (asws), demi Islam. Bila diuji, mereka tidak mengeluh dan merungut.  Bila kesukaran melanda, mereka tidak mengkhianati dan lari meninggalkan Rasulullah keseorangan. Begitulah betapa teguhnya keimanan para sahabat, kerana rasa cinta mereka terhadap pembimbing mereka.

Apabila derapan tapak kaki kuda pihak musuh semakin jelas kedengaran menandakan pihak musuh semakin mara, dalam saat getir itu, Rasulullah (asws) yang dikelilingi oleh tujuh ratus orang pengikutnya  masih tidak lagi berganjak. Tiada kebenaran bagi mereka untuk berperang. Beberapa orang para sahabi yang semakin resah mula berkata, ‘Ya Rasulullah, izinkan kami untuk pergi berperang menentang musuh-musuh Allah itu.’

Lokman Hoja1

Rasulullah berkata, ‘Tidak. Saya tidak boleh memberikan keizinan itu. Saya hanya seorang hamba Allah, sama seperti kamu semua.’

Mereka berkata, ‘Ya Rasulullah, kami telah meninggalkan kota Mekah untuk bersamamu di sini. Dan sekarang ini, mereka telah bersatu hati ingin menghapuskan riwayat kita. Adakah kita hanya akan berdiam diri dan duduk terpaku di sini tanpa bertindak balas?’

Dan penduduk-penduduk Medina mula menyampuk, ‘Ya Rasulullah, kami telah membuka pintu  seluas-luasnya untuk kamu. Sekarang pihak musuh sedang mara ke arah kami, apakah kamu tidak akan memberi keizinan untuk kami menentang mereka? Mereka yang akan menghapuskan segala-apa yang kita miliki.’

Dan Rasulullah (asws) menjawab. ‘Tidak. Kebenaran itu bukan terletak di tangan saya. Ia berada di tangan Allah swt. Selagi Allah tidak memberikan kebenaran itu, kita tidak akan berperang.’

‘Apakah yang harus kita lakukan kini?’

Rasulullah (asws) berkata, ‘Sekiranya musuh berada di depan mata sekalipun,  jika kita tidak mendapat keizinan Allah swt, kita tidak akan menentang. Biarlah kita gugur syahid dengan cara begitu.’

Sesungguhnya Allah sedang menguji sejauh mana kesetiaan mereka terhadap Allah. Jika dilihat pada keadaan masa sekarang ini, terdapat ramai yang sedang bersemangat  mengibarkan dan menegakkan panji-panji Islam. Tetapi apa sebenarnya tujuan di sebalik perjuangan ini? Adakah ianya benar-benar dilakukan demi Islam? Atau demi mengejar harta dan kekayaan dunia? Atau demi anak-anak  dan keluarga tercinta?

Para sahabat akhirnya berkata, ‘Ya Rasulullah, kami menerima dan mematuhi  arahanmu. Kamu berkata  bahawa jika Allah tidak memberi keizinan, kita hanya akan terus duduk tanpa berganjak dari tempat ini. Walau musuh berada di depan mata sekalipun, itulah yang akan kami lakukan. Kami telahpun mengorbankan nyawa, keluarga, anak-anak dan seluruh harta kekayaan yang kami miliki ke jalan kamu dan kami akan terus patuh pada titah arahanmu. Jika tiada keizinan untuk berperang diturunkan, kami tidak akan mengangkat jari-jemari ini untuk melawan pihak musuh.’

Ya, itulah yang sebenarnya telah berlaku. Apakah kamu telah diberitahu tentang kejadian ini? Adakah ini yang diajar oleh guru-guru kamu?

Sesungguhnya itulah ujian yang ditimpakan ke atas para sahabi. Oleh kerana kesetiaan yang tidak berbelah bagi mereka terhadap perintah Allah dan Rasul-Nya (asws), maka mereka lulus ujan itu.

Walaupun bumi digegarkan dengan kemaraan musuh yang begitu bersemangat untuk membunuh pihak Islam yang amat kecil bilangannya, namun mereka tetap berkata, ‘kami mendegar dan kami patuh pada arahanmu Ya Rasulullah. Kami akan berdiri menanti di sini bersamamu. Jika tiada kebenaran diturunkan, kami rela mati demi Islam.’

Dan diwaktu itu, Allah swt menurunkan perintah mengatakan, ‘Sekarang pergilah kamu menghadapi musuh. Sesungguhnya Aku bersama kamu. Penggallah kepala mereka dan pancunglah tiap-tiap ujung jari mereka karena sesungguhnya mereka menentang Allah dan Rasul-Nya, Aku yang akan mencabut roh-roh mereka. Sekarang, tujuan kamu berperang adalah kerana Allah,  kerana menegakkan kalimah Allah yang maha suci, kamu bukan berperang untuk anak-anak, harta dan kekayaan atau untuk kota-kota kamu tersendiri. Berjuanglah ke jalan Allah.’

Adakah ini yang sedang berlaku kepada umat Islam pada hari kini? Dan adakah ini juga yang menjadi matlamat perjuangan mereka? Di Palestin? Di Chehenstan? Di Kashmir? Dan di mana-mana jua di bumi Allah ini?

ujian Allah

Tidak. Tidak. Mereka kini mempunyai matlamat yang berbeza. Apakah kemenangan berada di pihak Islam masa kini?

Allah swt menghendaki perang Badar sebagai pelajaran abadi bagi setiap muslim dan muslimah. Ia mengajarkan kemurnian niat lillahi Ta’ala dalam perjuangan, bukan memburu nikmat duniawi dengan kendaraan agama. Tentera Islam mendapat kemenangan dari sebab keteguhan dan ketabahan hati mereka. Dengan keyakinan mereka pada Allah yang sangat kukuh itu, Allah telah menurunkan bantuan ibarat air yang mengalir menuju lembah yang curam.

Peristiwa perang badar membedakan antara yang haq dengan yang batil. Di saat itulah Allah mengangkat derajat kebenaran dengan jumlah kekuatan yang terbatas dan merendahkan kebatilan meskipun jumlah kekuatannya 3 kali lipat. Allah menurunkan pertolongan yang besar bagi kaum muslimin dan memenangkan mereka di atas musuh-musuh Islam. Tidak  ada sesiapa yang dapat menahan betapa besarnya pertolongan Allah terhadap umat yang senantiasa menjalankan perintahnya dan menjauhi larangannya.

Sebaik sahaja keizinan untuk berperang diberi, pihak Muslim merasa gembira sekali.  Mereka pergi berperang dengan rasa kecintaan yang begitu besar kepada Muhammad (asws), serta dengan kepercayaan penuh kepada ajarannya. Mereka mengetahui bahawa kekuatan Quraisy jauh lebih besar dari kekuatan mereka. Tetapi, sungguhpun begitu, mereka sanggup menghadapi, mereka sanggup melawan, walaupun dengan bersenjatakan batang-batang kayu dan ketulan batu-bata yang dikutip di padang pasir itu. Dan mereka inilah yang juga sangsi, antara harapan akan menang, dan kecemasan akan kalah. Tetapi jiwa mereka sudah penuh terisi oleh semangat dari Allah swt. Sudah bukan mereka lagi yang membunuh musuh, sudah bukan mereka lagi yang menawan tawanan perang. Hanya karena adanya semangat dari Allah yang tertanam dalam jiwa mereka itu kekuatan moral mereka bertambah dan Allah berkata , ‘Sebenarnya bukan kamu yang membunuh mereka, melainkan Allah juga yang telah membunuh mereka. Juga ketika kau lemparkan, sebenarnya bukan engkau yang melakukan itu, melainkan Tuhan juga.’

Kemenangan sejati selalu ada ketika ia bersandingan dengan iman. Rahmat Allah menyertai orang-orang yang beriman. Kaum Muslimin pun bertempur hebat dibantu oleh para Malaikat. Perang Badar merupakan pembatas di antara dua ikatan dan menjadi pembeda antara yang haq dan yang bathil. Akhirnya, tentera Muslim menang besar dalam perang itu dengan izin Allah berbekalkan keimanan mantap dan bantuan Ilahi dari langit iaitu gerombolan malaikat untuk membantu tentera Muslimin.

313 orang para sahabi yang mulia menjadi ahli Badar. Di kalangan 700 kaum muslim yang bersama Rasulullah sebelum peperangan bermula, hanya 313 yang taat setia untuk bersama Rasulullah dalam menghadapi pihak musuh. Yang lainnya mula mengundurkan diri secara senyap-senyap. Setelah tamat peperangan dan apabila mendapat berita tentang kemenangan pihak Islam,  mereka keluar menjumpa Rasulullah dan berkata, ‘apakah benar kamu semua telah pergi berperang? Kami sangkakan ianya hanyalah satu gurauan.’

ujian

Apakah ini sesuatu yang tidak asing lagi buat diri anda? Fikirkanlah. Fikirkan dengan secara jujur dan ikhlas tentang diri anda sendiri.

Mereka semua berkata, ‘kami sangkakan bahawa kamu hanya bergurau senda. Kami tidak fikir ianya adalah sesuatu perkara yang serius.  Sekiranya kami tahu, sudah tentu kami akan turut berada di sisimu untuk menghadapi musuh .’

Rasulullah berkata, ‘ tidak mengapa, teruskan berdiam diri di sana, kerana masa kamu akan tiba tidak lama lagi.’ Dan itulah yang terjadi ke atas diri mereka. Kebanyakkan dari mereka yang mati dalam kemunafikan, dan ramai juga diantara mereka yang berpaling tadah dan mula mengubah haluan. Mereka meninggalkan jalan yang dibawa oleh  Rasulullah (asws).

Jadi, begitulah ujian Allah kepada hambanya. Dan ujian dari yang Maha Esa akan sentiasa diturunkan untuk semua peringkat manusia demi menguji keimanan mereka.  Dan Perang Canakkale merupakan satu lagi  peristiwa sedih memilukan hati dalam sejarah perjalanan Islam di mana Allah menguji tahap kesabaran dan semangat kaum muslimin dan muslimat untuk bangkit mempertahankan Islam.

Sama ada kita suka atau tidak kita akan diuji juga, dan Allah s.w.t berkata kepada kita, “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu ujian sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan dengan bermacam-macam ujian. Apakah kamu menyangka kamu akan masuk syurga tanpa melalui ujian-ujian dari Allah terlebih dahulu?” Itulah yang sedang Allah swt katakan kepada kita semua.

Para Sahabat harus dijadikan contoh dalam keimanan dan kehidupan yang dipenuhi dengan cahaya iman. Allah swt sendiri telah memuji dan mengisytiharkan keredaan-Nya terhadap para Sahabat. Biarpun mereka bukan maksum, tetapi mereka adalah kelompok insan pilihan yang telah berjaya membuatkan Allah swt  ‘jatuh hati’ dengan mereka.

InsyaAllah ar-Rahman, semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita, Semoga keimanan kita akan dipertingkatkan Allah ke tahap diri yang tinggi agar kita dapat terus mentaati Sheykh kita sebagaimana para Sahabat mentaati Sheykh mereka (asws). Ini adalah amat penting bagi kita kerana hari-hari yang mendatang akan membawa bersamanya suatu musibah yang akan melanda seluruh umat manusia.  Semoga kita tidak akan mudah kecundang dalam usaha meneruskan perjuangan suci ini dan hati tidak akan mudah berubah serta  goyah dan agar kita akan kekal berdiri teguh dalam Iman.

kemenangan

Al-Fatiha

Hoja Lokman Efendi Hz, Khalifah kepada Shaykh Abdulkerim el Kibrisi (qs) * OSMANLI DERGAHI- New York

2013

 

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s