Sejak pemergian Sheykh Maulana…orang ramai semakin dicengkam perasaan cemas…Apakah nasihat anda?

BismillahirRahmanirRahim

 Soalan: Sejak pemergian Sheykh Maulana, berbagai rangkaian musibah, ujian dan bala bencana yang menimpa dunia. Orang ramai semakin dicengkam perasaan takut dan cemas, dan terdapat ramai yang mula membuat  ramalan dan andaian tentang kedatangan Hz Mahdi (as) dan Akhir Zaman. Apakah nasihat anda?

 four saints

Saya tidak memberi nasihat. Saya juga tidak memberi suhbah (sohbet). Apakah pendapat saya dalam hal ini? Menurut pandangan saya, ada baiknya kamu mencari sebuah jamaah yang baik dan berdampinglah dengan jamaah tersebut. Jamaah yang mengajari kamu tentang Allah dan Rasulnya (asws), yang mengajar kamu tentang ego, yang  berpegang kukuh dan jujur pada ajaran para Awliya Allah. Pada masa yang sama, pekakkan telinga kamu kepada persekitaran yang menggoyahkan iman kamu.

Sekiranya kamu tahu tentang kedatangan Mahdi (as); bila, di mana dan bagaimana, apakah perubahan yang akan berlaku terhadap diri kamu? Katakanlah, kamu tahu bila Mahdi akan menzahirkan diri, apa yang akan berlaku seterusnya? Apakah kamu akan melakukan sesuatu?

Sesungguhnya masa sudah kian hampir. Sebagai orang Islam, semua kita sudah maklum akan kebangkitan Imam Mahdi di akhir zaman ini, benar? Dan terdapat kini ramai orang yang sedang mencari-cari rahsia tentang itu dan ini, mereka ingin mendapatkan maklumat-maklumat terkini dalam pelbagai perkara, mereka sibuk mencari maklumat tentang hal-hal ketibaan Mahdi (as), maka Sheykh kami bertanya, ‘baiklah, jika saya memberitahu kamu rahsia ini, eh, apa yang akan terjadi seterusnya? Apa yang dapat kamu lakukan dengan rahsia ini?’

Begitu ramai sekali yang lari berkejaran untuk mengetahui segala macam rahsia. Namun demikian, setelah rahsia itu berada dalam tangan, tiada seorang pun yang tahu langkah seterus yang perlu mereka lakukan. Andaikata kamu tahu apa yang perlu dilakukan, sudah tentu kamu tidak akan tergopoh gapah.  Malah kamu akan mempergiatkan usaha menuntut Ilmu memperbaiki diri, dan menyiapkan bekal akhirat kerana di sebalik ilmu yang diteroka itu, terletak suatu amanah dan tanggungjawab yang amat besar. Seandainya kamu memiliki kebijaksanaan, maka kamu akan lebih berwaspada sebelum menjerumuskan diri ke dalam medan kesulitan memikul beban dan  tanggungjawab yang amat berat. Dan jika kamu benar-benar tahu akan rahsia kedatangan Mahdi (as), sudah pasti kamu tidak akan mengangkat kepala daripada sujud, merayu dan merintih memohon keampunan daripada Yang Maha Esa.

Alhamdulillah, kami mempunyai komuniti (jamaah), di sini dan di seluruh dunia. Kami sentiasa bersatu hati dan kekal berdiri teguh dalam Iman.

china3k47mustafindia1

Walaupun bilangan kami sedikit, tidak mengapa, kami bahagia, dan diatas rasa  cinta dan kebertanggungjawaban serta amanah terhadap kepercayaan yang diberi oleh Sheykh kami, insyaAllah akan kami laksanakan tugas dengan sebaiknya walaupun ada banyak pihak merendahkan kebolehan kami. Kami tetap bersatu dengan berpegang teguh kepada Sheykh kami. Beliau telah memberikan kami pesanan yang lengkap tentang kejadian yang bakal berlaku di masa hadapan dan persediaan yang sewajarnya kami lakukan untuk hadapi situasi genting dan penuh cabaran.

Ya, beradanya kami di aliran Tarikat ini bukanlah untuk bersuka ria dan berseronok dengan mengadakan majlis-majlis perhimpunan sosial tanpa mengekang sikap-sikap serong dalam pergaulan antara wanita dan lelaki. Kehadiran kami di sini bukan untuk makan dan minum, bukan untuk bersosial, bukan untuk membuat urus niaga, bukan untuk mengumpul dana. Bukan! Tugas kami adalah untuk mempersiapkan diri dan bersedia seperti askar yang sedia untuk menghadapi pertempuran di barisan hadapan. Inilah tanggungjawab kami. Untuk bersiap sedia dan menanti. Itulah yang sedang kami lakukan.  Bagaimana kami melakukannya?

Dengan bekerja di siang hari tanpa bermalas-malasan, sibuk mempergiatkan usaha untuk melakukan tugas-tugas yang secara langsung akan menghubungkan diri dengan Dergah, demi Allah swt. Kami berusaha dengan sesungguhnya  untuk menghayati   sohbet (subha)yang disampaikan pada setiap malam, untuk diterapkan dalam kehidupan  sehari-hari. Kami kekalkan kehidupan yang bersih daripada sistem dajjal, sentiasa bertafakkur melihat kelemahan dalam diri sendiri, berwaspada dengan tipu daya ego dan berusaha memperbaiki diri. Walaupun kami akui diri sebagai manusia yang lemah, namun kami tetap berusaha dengan gigih untuk jauhkan diri dari sebarang masalah. Dan buat masa ini, itu sudah amat memadai. Usah sesekali timbul rasa putus asa terhadap jamaah ini,  dan usah sesekali kita berputus asa terhadap Sheykh Effendi. InsyaAllah.

inheritors2

Hoja Lokman Efendi Hz, Khalifah kepada Shaykh Abdulkerim el Kibrisi (qs) * OSMANLI DERGAHI- New York  July 18, 2014

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s