Apa itu Beyat (Bai’ah)?

Auzu billahi min ash-sheytanir rajim

BismillahirRahmanirRahim

Medet Ya Sultan Evliya, medet

bayat

Saya percaya bahawa semua orang yang hadir di sini telah pun mengambil beyat dari Sheykh Mevlana. Apakah yang dimengertikan dengan istilah Beyat (Bai’ah)? Tahukah kamu apakah itu Beyat (Bai’ah)?

Biar saya berikan pencerahan tentang makna Beyat yang sebenarnya. Sewaktu Baginda Rasulullah (alayhi salatu wa salam) berserta dengan para pengikutnya yang beriman sedang dalam perjalanan untuk menunaikan ibadat Haji, mereka telah berhenti sejurus sebelum memasuki kota Mekah. Di situ, Rasulullah (asws) telah mengutuskan Osman (radiyallahu anhu) ke Mekah sebagai wakilnya untuk menemui kaum Mushrik di situ. Tujuan penemuan itu adalah untuk memeterai satu perjanjian dengan golongan kufur yang tidak beriman itu untuk mengumumkan kepada mereka bahawa kedatangan Rasulullah bersama para pengikutnya bukanlah dengan tujuan untuk berperang. Perjanjian ini juga akan memberi jaminan bahawa tiada sebarang serangan yang akan dilancarkan ke atas kaum Muslimin sewaktu mereka berada di Mekah.

Sewaktu pemergian Osman (ra) ke Mekah, telah tersebar luas berita yang mengatakan bahawa beliau telah dibunuh oleh kaum Mushrik di sana.  Pada ketika itu, turunlah Ayat dari Allah swt yang memerintahkan agar mereka yang beriman untuk mengambil beyat. Beyat merupakan satu perjanjian kepada Allah.  Mereka berjanji dan bersumpah dengan nama Allah bahawa walau apa jua keadaannya, mereka tidak akan berpisah dari Rasulullah (alayhi salatu wa salam). Mereka bersumpah tidak akan meninggalkan Baginda Rasulullah, dan jika perlu, nyawa mereka sanggup dipertarungkan demi mencapai tujuan murni itu.

Dalam pengambilan beyat, Rasulullah (asws) telah menghulurkan tangan beliau. Orang ramai meletakkan tangan mereka di atas tangan beliau. Lantas Allah berfirman, “Tangan Allah berada di atas tangan kamu semua.” Ini bermaksud, “Allah meletakkan perlindunganNya ke atas diri setiap diantara kamu selagi kesetiaan diberikan kepada Rasul yang satu ini.” Maka mereka semua memberi beyat kepada Rasulullah (asws). Mereka bersumpah untuk tidak mengkhianati Baginda (asws), dan walau dalam apa jua keadaan sekalipun, mereka telah bersumpah untuk berpegang teguh kepada beyat itu.  Selagi hayat dikandung badan, ikrar dipegang penuh teguh, walau terputus urat disembelih, walau terpercik darah dari luka yang besar, tauhid nan satu tetap dijunjung.

Menurut pandangan kamu, jika terdapat sesiapa diantara mereka yang cuba untuk menarik diri dari beyat itu, apakah mereka akan menemui keselematan pada waktu itu? Sudah semestinya tidak.  Apabila Osman (ra) kembali pulang kepada Rasulullah (asws), beliau menjelaskan, “Ya Rasulullah, kami tidak dibenarkan masuk ke kota Mekah pada tahun ini. Tetapi perjanjian telah ditandatangani unutk mengizinkan kita masuk pada tahun hadapan.” Mendengarkan penjelasan ini, Rasulullah (asws) diam untuk berfikir sejenak. Seterusnya beliau berkata, “Baiklah, kami menerima perjanjian tersebut.” Dan beliau mengarahkan, “sekarang, kamu semua dikehendaki untuk menyembelih seekor binatang sebagai tanda bahawa kamu telah pergi menunaikan Haji. Ibadah kamu diterima. Cukurlah rambut kamu dan keluar dari Ihram kerana Haji kami ini telah diterima.”

Selepas memberikan arahan tersebut, Rasulullah (asws) menuju masuk ke dalam khemah beliau. Pada ketika itu, terdapat beberapa orang yang kurang senang dengan cadangan Rasulullah. Mereka tetap berkeras dalam memenuhi keinginan masing-masing untuk memasuki Mekah. Rasulullah (asws) keluar dari khemah dalam keadaan rambutnya yang telah dicukur. Beliau telah pun keluar dari Ihram dan mula untuk menyembelih seekor binatang. Melihatkan tindakan  Rasulullah (asws), orang ramai turut melakukan perkara yang sama. Mereka terperangkap dan merasa serba salah. Mereka berkata, “Tiada pilihan lain. Jika Rasulullah (asws) sendiri telah bertindak begitu, kita juga harus melakukan yang serupa.” Rasulullah (asws) telah memberi amaran dengan mengatakan, “jangan kamu silap dalam memikirkan bahawa setelah membuat perjanjian di atas nama Allah, apabila hati kamu mula berubah kelak, kamu akan menggugurkan beyat itu dengan anggapan bahawa hidup kamu akan terus terselamat.”

Ketahuilah bahawa barangsiapa yang telah bertindak sedemikian, hingga ke saat ini, mereka belum lagi menemui keselamatan. Tiada keselamatan bagi diri mereka. Tiada keselamatan di Dunia dan juga di Akhirat.

beyat

Beyat adalah sebuah janji setia kepada Allah bahawa kamu kini sedang berdiri di jalan Allah dan Rasul-Nya (asws). Kamu akan kekal berdiri di jalan ini seterusnya. Meskipun secara prosedural beyat itu dihadapan seseorang (dalam hal ini pemimpin) tapi pada hakikatnya beyat itu adalah kepada Allah (tangan Allah diatas tangan mereka). Ikrar inilah yang akan dipertanggungjawabkan nanti di Yaumul Hisab.

Tujuan beyat adalah sebagai penetapan diri untuk siap menerima hukum- hukum Allah dan melaksanakan perintah Allah dengan bersungguh-sungguh. Siap untuk diatur dengan tatanan Ilahiyah. Siap mengaplikasikan ketentuan-ketentuan Allah.

Dengan cara ini, kita akan mencintai dan dicintai Allah (subhana wa ta’la) dan Rasul-Nya (asws). Sungguh, mencintai Allah dan Rasul-Nya di atas kecintaan kita kepada semua makhluk adalah kunci kebahagiaan setiap insan. Karena hanya dengan itu, hati menjadi tenang dan tenteram, dan hidup selalu tersinari oleh pancaran cinta dan redha Allah dan Rasul-Nya.

 Al-Fatiha.

 Sohbet oleh Sheykh Abdul Kerim el-Hakkani el-Kibrisi

Osmanli Naksibendi Hakkani Dergahi, New York

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

One Response to Apa itu Beyat (Bai’ah)?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s