Terdapat kian ramai dikalangan cendekiawan wanita yang diberi gelaran “Sheykha” dan “Ustazah.” Apakah gelaran ini diterima dalam Islam?

BismillahirRahmanirRahim

Soalan: Terdapat kian ramai dikalangan cendekiawan wanita yang diberi gelaran “Sheykha” dan “Ustazah.” Apakah gelaran ini diterima dalam Islam?

 Hoja Effendi Hz

Huh, ini bergantung pada pihak manakah yang sedang berbicara atas nama Islam. Awliya Allah, mereka tidak menerima gelaran ‘Sheykha’. Gelaran ‘Sheykha’ tidak wujud dalam Islam. Terutama jika mengikut mazhab Hanafi, ‘Sheykha’ sama sekali tidak wujud. Adakah terdapat Nabi dan Rasul dari kalangan wanita? Tidak. Walau setinggi mana sekalipun maqam seorang wanita itu, dia tetap tidak boleh diangkat untuk menjadi Nabi apatah lagi dijadikan Rasul.

Sudah tentu kamu akan dapati terdapat beberapa ulama yang tampil dengan ajaran songsang mengatakan bahawa terdapat Nabi dari kalangan wanita. Eh, ada juga di antara mereka yang berani mengatakan bahwa Hazreti Maryam adalah seorang Nabi. Ternyata mereka mempunyai agenda yang tersendiri. Agenda untuk menyebarkan kekeliruan di kalangan umat Islam. Mereka telah disogok, disuap oleh pihak-pihak tertentu yang berkata, ‘kita harus mengetengahkan hak-hak kaum Wanita! Jika kita dapat menyakinkan mereka akan kewujudan Nabi dari kalangan wanita, jika kita dapat membuktikan kehebatan Pemimpin-pemimpin wanita Islam,  kehandalan dan kecekapan Imam wanita yang boleh memimpin solat bagi golongan jemaah lelaki, jika kita boleh melakukan semua ini, kita pasti akan berjaya menukar agama ini dari dalam. Ibarat racun berbisa dalam tubuh yang membunuh dengan perlahan tapi pasti, begitulah kita akan melemahkan agama ini dari dalam!’ Bukankah ini yang sedang berlaku kini?

Tetapi Rasulullah telah bersabda, dan ini adalah kata-kata daripada Baginda (asws), jika kamu tidak menyetujui, jika kamu mempunyai masalah dengan kata-kata ini, maka kamu mempunyai masalah dengan Allah dan RasulNya (asws), tetapi Rasulullah (asws), yang mewakili Allah swt, telah mengatakan, dan Mazhab Hanafi amat berpegang teguh pada kata-kata ini,  “Dua perkara ini adalah haram bagi wanita: Agama dan Politik.”

Ini tidak bermakna bahawa kaum wanita tidak perlu menuntut ilmu, tidak boleh belajar tentang agama. Tidak. Kamu perlu belajar. Menuntut Ilmu Islam adalah untuk semua golongan manusia. Tetapi apa yang dimaksudkan di sini adalah tugas untuk berdakwah dan menjadi pemimpin agama, bukanlah tugas wanita. Rasulullah juga telah bersabda, “Tidak akan berjaya suatu kaum yang mengangkat seorang wanita sebagai pemimpin mereka”.

Lihatlah Sejarah. Lihat kisah benar Sejarah di mana banyak kaum wanita telah diangkat sebagai Pemimpin-pemimpin negara. Apa yang terjadi dengan negara tersebut? Eh, tentu sekali ramai yang tidak menyukai kata-kata saya ini. Tidak mengapa. Akan saya teruskan berbicara. Kamu suka atau tidak,  siapa peduli? Apa yang diperkatakan disini adalah suatu kebenaran yang datang dari Allah dan Rasul-Nya (asws) dan yang telah diwariskan kepada para Awliya Allah sepanjang seribu empat ratus tahun ini. Ya, masa telah berubah, namun kita tidak akan berubah. KEBENARAN TIDAK PERNAH BERUBAH.

Adakah kita mengatakan bahawa wanita itu lebih bodoh daripada lelaki? Sudah tentu tidak. Wanita, terutama di masa sekarang , adalah lebih bijak berbanding lelaki. Mereka juga lebih kuat daripada lelaki. Tetapi terdapat beberapa perkara yang telah Nabi tekankan bahawa, ‘ini telah dikhususkan untuk lelaki dan ini adalah khusus untuk wanita.’ Kamu tidak boleh mencampur adukan kedua-duanya.

Jadi, kaum wanita, mereka boleh memberi arahan kepada wanita lain. Tiada masalah. Tetapi bagi seseorang wanita itu untuk mempunyai sama kedudukan seperti seorang Sheykh, ini tidak boleh diterima. Inilah yang telah Sheykh kami ajarkan, yang telah diturunkan dari Sheykh beliau, suatu tradisi yang diwarisi turun temurun dari Sheykh beliau selama seribu empat ratus tahun. Itulah ajaran  yang utama sehingga seratus tahun yang lalu. Tetapi, jika kamu inginkan jawapan yang berbeza, terdapat ramai lagi ulama di luar sana yang  boleh memberikan jawapan yang berbeza. Saya bukan seorang ulama. Huh! Ulama yang seperti itu juga boleh mengatakan kepada kamu, ‘Oh, sekarang ini, kamu juga boleh menjadi seorang gay dan kamu juga boleh mengajar agama Islam.’

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita, dan menjadikan kita seorang hamba Allah yang lebih baik, yang lebih bertaqwa. InsyaAllah.

Sama ada untuk menerima yang benar atau yang batil, terpulanglah pada diri masing-masing.

solat

 SelamAleykum

Hoja Lokman Efendi Hz, Khalifah Kepada Shaykh Abdulkerim el Kibrisi (qs) * OSMANLI DERGAHI- New York

November 7, 2014

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s