Bagaimana untuk bertahan terus dalam jemaah ini ditengah badai fitnah yang sedang melanda?

BismillahirRahmanirRahim

Soalan: Bagaimana dapat kami memperkukuhkan diri  dalam jemaah ini terutama pada masa kini, sedangkan jemaah-jemaah yang lain tanpa henti-henti menanam keraguan di dalam hati terhadap perjalanan Sheykh kami?

jemaah kami

Kerapkan diri untuk berada dalam jemaah kamu itu. Berikan tumpuan yang lebih dan khusus pada jemaah kamu. Usah dipeduli kata bersalut dusta dari jemaah lain. Tak  perlu bagi kamu untuk berteman dan bersama dengan mereka yang sibuk menyebar fitnah. Fitnah itu ibarat kapas yang ditiup angin, kita tidak akan bisa mengumpulkannya lagi jika sudah tersebar jauh entah kemana. Maka keluarlah dari kekeliruan itu dan hadirkan diri dalam kedamaian yang nyata. Itu sahaja.  Kamu kata, ‘Oh, ini sungguh mengelirukan. Apa yang harus aku lakukan?’ Maka jawapan kami tidak lain hanyalah agar kamu keluar dari kekeliruan itu.

Ini yang seharusnya dilakukan dalam kehidupan penuh pancaroba di akhir zaman. Kami tidak berkata, ‘Oh, kamu harus bangkit dari kekeliruan itu. Hadapi mereka dengan ketegasan.  Bertengkar. Bergaduh. Bermusuhan. Tewaskan mereka!’  Tidak.  Segalanya telah berakhir. Masa untuk berkelahi telah berlalu. Ia mungkin akan kembali di kemudian hari, tetapi bukan di waktu ini.  Loloskan diri dari kekeliruan itu. Sertai jemaah yang memiliki kepastian yang hakiki, jemaah yang mencerminkan  nilai kebenaran.  Itulah cara terbaik  untuk mempertahankan dan membina keyakinan.  Itulah cara untuk mempertahankan keutuhan jemaah kamu.

Apakah kamu pernah melihat saya sibuk berinteraksi dengan pihak-pihak yang ternyata mempunyai matlamat untuk manabur fitnah dan memungkinkan berputiknya permusuhan dan persengketaan di kalangan jemaah ini? Apakah pernah saya menghantar wakil-wakil kami untuk bersemuka dengan mereka?

Tidak. Tidak usahlah membuang masa dengan perkara yang agak remeh. Sebenarnya mereka tidak berminat sangat dengan kami. Sejak dari dulu hingga kini, tak henti-henti mereka mencemari kemurnian perjuangan kami. Kami dikatakan gila. Kami dikatakan sesat. Kami dikatakan pemuja setan. Kami dikatakan itu dan ini. Pelbagai kehinaan yang sengaja dilontarkan pada kesucian niat kami. Kami hanya berkata; baiklah, tinggalkan kami.  Biarkan kami sendirian untuk meneruskan misi Sheykh kami. Hanya itu permintaan kami. Hati kami tidak akan mudah berubah dan goyah dengan pelbagai tohmahan dan fitnah dari mana-mana pihak sekalipun. Datanglah ribut taufan melanda tidak akan goyah tumbang jauh sekali. InsyaAllah. Jadi biarkan kami di sini, berdiri teguh di atas jalan kebenaran. Bagi mereka yang tidak suka dengan cara kami, tidak usah mendekati kami. Pergilah jauh.

Apapun yang sedang kamu lakukan, gelaran dan kuasa apa sekalipun yang diberi, bukti kehebatan kamu itu harus terlihat pada apa yang dapat dihasilkan. Kamu boleh menggelarkan diri dengan segala macam gelaran yang hebat-hebat, namun kamu tidak menghasilkan sesautu apapun, malah yang wujud dari kamu hanya sesuatu yang mendatangkan keburukan, hanya racun yang berbisa. Ini jelas menunjukkan bahawa kamu adalah pendusta. Kamu adalah dari golongan orang yang bermuka dua. Kamu adalah munafik.

Kami tidak mengharapkan apa-apa. Matlamat kami hanya untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab kami dengan baik agar dapat mengembirakan Sheykh kami. Lambat laun, orang ramai akan mengenali dan lihat sendiri apa yang sedang kami usahakan. Saya mencabar sesiapapun untuk datang ke tempat kami dan lihat sendiri apa yang sedang kami usahakan. Ramai yang akan terkejut. Mereka pasti akan berkata, ‘perkara seperti ini masih wujud?’  Ya, mungkin ramai yang  telah bertahun-tahun malah berdekad  mengikuti perjalanan tarikat, tetapi apabila tiba di sini mereka akan terpegun dan berkata, ‘Oh, sungguh kami tak sangka tempat seperti ini masih wujud.’

Ya, tentunya semua ini masih wujud, kerana SahibulSaif yang mewujudkannya dengan kebenaran dari Sultanul Awliya!  Ia bukan suatu kerja  mudah. Itulah hakikatnya. Tetapi beliau telah berjaya mengusahakannya dengan kucuran keringat sendiri.  InsyaAllah, akan kami teruskan tugas mulia ini hingga ke akhirnya. InsyaAllah,  tiada fitnah apapun yang dapat mematahkan semangat serta keyakinan kami terhadap kebenaran yang diperjuangkan oleh SahibulSaif. Bagi kami, Sekali layar terkembang, Pantang surut ke belakang. Itulah bukti kecintaan kami terhadap Sheykh kami.

beyatt

WaminaAllahu Taufiq. Al-Fatiha.

  Hoja Lokman Efendi Hz, Khalifah kepada Shaykh Abdulkerim el Kibrisi (qs) * OSMANLI DERGAHI- New York

January, 2015

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s