Lambang Bulu Burung Merak di Osmanli Dergah Sharif

BismillahirRahmanirRahim

Soalan: Apakah sejarah dan kepentingan di sebalik lambang bulu burung merak di Osmanli Dergah Sharif?

Sultan

Ini adalah Dergahi Osmanli. Kami amat menghormati dan menyanjungi leluhur Uthmaniyyah kami, kerana ia telah wujud sebagai Empayar teragung dalam sejarah yang paling lama memerintah di dunia, iaitu selama tujuh abad. Empayar Uthmaniyyah telah memerintah dengan adil dan saksama di wilayah-wilayah jajahannya yang luas merangkumi seluruh dunia dari Timur ke Barat,  Utara ke Selatan. Empayar Uthmaniyyah, tidak seperti empayar-empayar lain yang berdiri atas sebab meluaskan jajahan atau mengaut kekayaan atau merakus kekuasaan. Empayar ini dibina atas dasar Syahadatul Haq, untuk memakmurkan bumi ini dengan Islam. Allah Didahulukan, Rasulullah Diutamakan.

Sultan Selim Han (Jannat Mekan) merupakan Sultan Uthmaniyyah pertama yang memegang gelaran Khalifah Islam. Beliau adalah seorang Padishah, Maharaja.  Para Sultan dari Empayar Uthmaniyyah adalah Maharaja yang mempunyai kuasa mutlak ke atas ratusan raja-raja yang memerintah di wilayah jajahan Uthmaniyyah. Sultan Uthmaniyyah adalah pemerintah  ke atas kerajaan-kerajaan besar. Mereka bukan sekadar pemerintah di tanah-tanah kecil yang menggelarkan diri sendiri Maharaja. Tidak. Penaklukan dan perkembangan kuasa mereka meliputi tiga benua utama dunia yang didiami oleh masyarakat pelbagai bangsa dan budaya, muslim dan bukan muslim,  orang-orang yang beriman dan orang-orang kafir. Semuanya diberikan hak masing-masing. Alasan terpenting dari hal ini adalah bahwa, meskipun Kesultanan Uthmaniyyah adalah negara Islam yang diatur oleh orang-orang Islam, kesultanan tidak ingin memaksa rakyatnya untuk memeluk Islam. Sebaliknya kesultanan ingin memberikan kedamaian dan keamanan bagi orang-orang bukan Islam dan memerintah mereka dengan cara demikian sehingga mereka nyaman dalam aturan dan keadilan Islam.

Adalat. Adil. Itulah yang menjadi pegangan kuat para pemerintah Uthmaniyyah  untuk memastikan agar keteraturan, keadilan, kedamaian, kesejahteraan, dan toleransi sentiasa terpelihara dan tiada sebarang pihak yang akan merebut atau mengambil hak dari pihak yang lain. Sheykh Effendi Hz sering mengingatkan kita tentang Hazreti Umar. Beliau amat menyayangi Hazreti Umar (ra) , dan Hazreti Umar telah menumpukan perhatian yang penuh kepada apa? Qanun, bukan?  Qanun adalah kumpulan undang-undang dan peraturan yang mengatur berbagai hubungan masyarakat, dan Hazreti Umar amat berpegang teguh pada prinsip keadilan hingga beliau sendiri telah berkata, “Sekiranya terdapat seekor serigala lapar di seberang Sungai Nil di padang pasir dan ia sedang kelaparan pada zaman Umar, maka akulah yang bertanggungjawab dan akan dipersoalkan di akhirat kelak.’

Maka, apabila Khilafah Abbasiyah menjadi mundur – malah keruntuhan kekuasaan Bani Abbas sebenarnya telah mulai terlihat sejak awal abad kesembilan – Khalifah menjadi tahanan di Istana sendiri, dan empayar Islam di bawah Khalifah Abbasiyah yang semakin hari semakin lemah itu mula berpecah belah. Keadaan diburukkan lagi dengan tercetusnya konflik dan kekeliruan yang tak berujung. Khalifah tidak dapat memerintah dengan baik. Maka bermulalah babak baru menyaksikan kemunculan sebuah kuasa yang kuat dan handal: Uthmaniyyah. Walaupun sebelum ini, Bani Seljuk telah menyokong Abbasiyyah, namun Dinasti Seljuk kini dilihat sebagai kerajaan yang mampu menghidupkan kembali kekhalifahan Islam yang ketika itu nyaris tenggelam. Sebelum itu, Bani Seljuk, semoga Allah meningkatkan derajat mereka dan semoga Allah mengizinkan mereka  untuk memberi kami medet (sokongan) dan himmet mereka insyaAllah,  merekalah yang bertanggungjawab dalam mematah-matahkan azam musuh yang bertekad untuk menyebarkan akidah songsang dalam Islam. Jika bukan kerana mereka, kita tentu tidak akan memiliki Akidah Ahli Sunnah, kerana kerajaan Fatimiyyah pasti akan mengambil alih segalanya dan sekaligus memusnahkan Ahlul Sunnah. Ini adalah kerana Bani Fatimiyyah merupakan kuasa yang sangat kuat dan berpengaruh yang wujud pada masa itu. Masa kegemilangan Fathimiyah terwujud setelah penaklukan Mesir dan berpindahnya pusat pemerintahan di Kairo dan mereka mempunyai pengaruh yang kuat di merata-rata. Pada ketika itu, golongan Ahli sunnah amat lemah. Ini diburukkan lagi dengan meletusnya Perang Salibiyyah yang memakan masa selama dua kurun.

Maka dalam keadaan yang semakin tidak terurus ini, Sultan Selim Han Jannat Mekan pergi menemui Khalifah (Abbasiyyah). Ini kerana beliau juga telah menerima arahan dari Rasulullah (asws) untuk mengambil pedang, Jubba dan tali pinggang baginda (asws). Sewaktu penemuan mereka, Khalifah telah bersetuju untuk menyerahkan jabatan kekhalifaan kepada Sultan Selim Han. Kerana dalam Islam, hanya yang paling kuat boleh memerintah. Setiap kuasa yang mewarnai tampuk pemerintahan haruslah Pemerintah yang dapat mempamirkan kekuatan dan kekuasaan. Dengan demikian, berakhirlah era kekuasaan Daulah Abbasiyah di Mesir. Tongkat kekhalifahan beralih ke tangan penguasa Turki Uthmaniyyah. Sultan Selim Han Jannat Mekan menjadi Khalifah Empayar Uthmaniyyah yang pertama.

Sejurus selepas perlantikan beliau sebagai Khalifah, Sultan Selim Han berangkat terus menuju ke Medina untuk memberi penghormatan kepada Rasulullah (asws). Setibanya di Masjid an-Nabawi, beliau melutut dan merangkak memasuki Rauza e-Sherif dan mendekati maqam Rasulullah (asws). Ya, mereka tidak berkelakuan seperti manusia sheytani pada hari ini yang sombong dan angkuh, yang memasuki Masjid an-Nabawi dengan penuh keangkuhan. Kesombongan ini tentunya ditiru dari pihak Wahabi. Kerana wahabilah yang bertanggungjawab dalam kerja-kerja memusnahkan masjid itu. Pemerintahan Wahabi Arab Saudi telah menghancurkan ratusan tempat sejarah Islam yang telah berusia 14 abad. Semua ini dilakukan semata-mata demi wang dan modernisasi. Semua yang terdapat disitu dimusnahkan sama sekali kecuali maqam  Rasulullah (asws). Arab Saudi dilaporkan sedang merancang pada setiap tahun cara-cara yang terbaik untuk memusnahkan maqam itu. Maka usahlah kamu terkejut apabila kamu melihat, pada tahun hadapan, kerja-kerja pemusnahan sedang giat dijalankan untuk memusnahkan makam Rasulullah (asws).

Sewaktu Sultan Selim Han merangkak masuk ke maqam Rasulullah (asws), beliau turut menggosokan dadanya pada permukaan pintu, dan pada debu-debu di maqam Rasulullah. Seterusnya beliau memohon doa dan restu dari Rasulullah (asws). Di dalam Rauza e-sherif terdapat penyapu yang dibuat dari bulu burung merak. Ini digunakan oleh khadim untuk membersihkan dan menyapu debu-debu di Rawza Serif Baginda Rasulullah (asws). Amalan ini masih lagi diteruskan, tetapi hanya di segilintir Maqam para Awliya di India. Di tempat-tempat lain, tradisi ini tidak lagi diteruskan kerana ia seringkali dianggap sesuatu yang sudah lapuk atau ketinggalan zaman. Alhamdulillah, di Osmanli Dergahi, amalan yang indah ini masih dikekalkan. Kami mempunyai penyapu yang diperbuat dari bulu burung merak dan ini telah dikhususkan untuk membersihkan maqam Sheykh dan Grandsheykh kami yang bakal dibina di sini tidak lama lagi. insyaAllah.

Maka Sultan Selim Han, apabila melihat penyapu itu, beliau mengambil setangkai bulu burung merak dari penyapu itu, memetik bahagian pangkalnya dan diletakkan di turban beliau. Dan beliau berkata, “ Mulai saat ini, kami adalah Khadim kepada Rasulullah (asws). Kami adalah hamba Rasulullah.” Ghulam Rasul.

Itulah maksud tersirat di sebalik bulu burung merak. Kita turut mengatakan bahawa kita adalah hamba kepada Rasulullah (asws). Kita adalah hamba kepada mereka yang mengabdikan diri kepada Baginda (asws). Namun kita mempunyai adab. Kita tidak boleh mengatakan bahawa kita memberi khidmat secara langsung kepada Rasulullah (asws). Kita hanya mampu memberi khidmat kepada mereka yang telah berkhidmat kepadanya. Alhamdulillah. Ini sudah amat membahagiakan kita.

InsyaAllah Rahman, ini adalah tradisi, Sunnah yang sudah lama diketepikan. Semua ini akan dihidupkan semula. Jika kamu bertanya, ‘Bolehkah kami pergi membeli bulu burung merak dan meletakkan di atas kepala sendiri?’ Sudah tentu kamu boleh melakukannya. Tiada masalah. Kamu boleh meletakkan bukan satu, malah sepuluh tangkai, seperti ekor merak yang sedang mengembang, ya, kamu juga boleh berbuat demikian. Namun ia tidak membawa sebarang erti. Kerana apa yang penting adalah tindakkan kamu. Nilai sebenar tindakkan seseorang it terletak pada jiwa.  Jika kamu telah lama mengamalkannya, maka ia tidak kira sama ada kamu  meletekkannya atau tidak. Bagi diri saya sendiri, saya melakukannya kerana ia adalah Sunnah Sheykh Effendi. Itu sahaja.

peacock (2)

WaminaAllahu Taufiq. Al-Fatiha.

  Hoja Lokman Efendi Hz, Khalifah kepada Shaykh Abdulkerim el Kibrisi (qs) * OSMANLI DERGAHI- New York

February 23, 2015

.

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s