Apakah Punca Kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyyah (bhg I)

BismillahirRahmanirRahim

Soalan: Jika Benar Empayar Uthmaniyyah digelar sebagai Pedang Allah, maka apakah sebab ia dapat diruntuhkan oleh musuh-musuh Islam? Mengapa mereka terlalu disanjung dan dipuji?

ottoman

Mereka diberi pujian yang tinggi oleh semua yang berada di langit dan bumi kerana mereka berhak menerima pujian dan sanjungan itu. Kerana Allah dan RasulNya memuji mereka. Kerana Sultan kami dan para Awliyah memuji mereka. Kerana Awliyah-Awliyah Allah sentiasa memberi penghormatan tertinggi dan memuji mereka. Kerana di sepanjang kekhalifahan Uthmaniyyah, mereka telah memberi tumpuan gigih dan sepenuhnya dalam mempertahankan kesucian agama dan hak umat Islam.  Kerana selama lebih kurang tujuh abad Pemerintahan Islam Uthmaniyyah,  mereka telah menghidupkan kebekuan penyebaran Islam dengan memperjuangkan nilai-nilai keislaman, mempertahankan hak-hak Allah dan RasulNya dan mendirikan benteng-benteng pertahanan kukuh yang telah berjaya mematahkan serangan pihak musuh yang sentiasa berusaha gigih  untuk meruntuhkan agama Allah. Merekalah yang bertanggungjawab dalam membawa agama Islam ke seluruh dunia, dari Timur ke Barat, Utara dan Selatan.

Kekhalifahan Uthmaniyyah begitu memgegang teguh pada jalan Awliya Allah. Kesemua para Sultan dan Alim ulama berjalan tetap di atas landasan Ahlus Sunnah wal Jamaah, mengamalkan fiqh Hanafi dan bertariqat tasawwuf. Ini amat bertentangan dengan dinasti kerajaan Islam terdahulu yang telah giat berusaha  untuk membunuh cucunda Rasulullah (asws). Dan jika dilihat keadaan kaum muslimin masa kini, amat mendukacitakan sekali apabila kita melihat disini sana pihak musuh sedang menghancurkan maqam-maqam para Sahabat, maqam-maqam para Nabi dan para Awliya Allah. Islam masa kini dipersenda dan dihina hampir setiap hari dan setiap masa. Di merata-rata dunia, maruah umat Islam semakin tercabar dan terluka. Sudah tidak terhitung rasanya penghinaan yang dilakukan oleh golongan kuffar ke atas agama Allah sementara umat Islam hanya mampu berdiam diri dan menyaksikan segala keruntuhan yang sangat mengerikan ini.

Itulah sebabnya maka Kekhalifahan Uthmaniyyah diberi pujian yang tinggi. Walaupun kita tidak memuji mereka, namun Allah swt dan malaikat-malaikat sentiasa memuji mereka. Mengapa? Kerana mereka sentiasa memberi pujian yang tertinggi ke atas Rasulullah (asws). Mereka begitu memegang erat pada setiap ajaran Rasulullah (asws) dan menjadikan kehidupan dan ajaran Rasulullah sebagai pedoman bagi membimbing umat manusia dalam meniti dan menata kehidupan. Ya. Mengapakah kekhalifahan Uthmaniyyah runtuh? Apakah sebabnya? Apakah sebab keruntuhan dinasti-dinasti Islam yang hebat dan handal sebelum ini? Mengapa ia runtuh?

Tidak pernah sekali-kali pun umat Islam atau Kerajaan Islam runtuh (Islam tidak pernah runtuh. Islam sentiasa kukuh dan tegap berdiri),  tidak pernah sekalipun kejatuhan sesuatu umat itu berpunca dari serangan luar. Tidak pernah. Pergolakan, pengkhianatan dan komplot dalaman adalah punca keretakan yang diakhiri oleh kemusnahan, kehancuran dan keruntuhan. Itulah penyebabnya. Dan ia runtuh kerana Allah swt telah mentakdirkannya, dan apa yang dikehendakiNya pasti terjadi. Khalifah Uthmaniyyah akur terhadap ketentuan Allah itu. Mereka tidak bersifat angkuh dan berbangga diri untuk mengatakan bahawa pemerintahan akan berkekalan selama seribu tahun, sepuluh ribu tahun atau ratusan ribu tahun. Tidak. Ini bukan keinginan mereka. Mereka tahu bahawa detik-detik pengunduran telah tiba. Segala tanda-tanda telah menunjuk tepat ke arah itu, dan mereka menyakininya. Mereka menyakini Allah dan RasulNya dan mereka juga menyakini Awliya-Awliya Allah.

sultann (3)

Setiap mereka yang berada dibawah naungan empayar Turki Uthmaniyah mempercayai pada Awliyah Allah. Mereka mempunyai Sheykh (guru mursyid). Sultan-Sultan pada zaman keagungan empayar Turki terkenal sebagai pemerintah yang warak, zuhud dan berjiwa sufi. Empayar Uthmaniyyah juga dikenali sebagai sebuah empayar kesufian yang terkenal dengan Syeikhul Islam-Syeikhul Islamnya. Syeikhul-Islam ini adalah kalangan alim ulama yang paling alim, cerdik dan warak serta mampu membimbing Khalifah dan rakyat ke arah kebaikan dan kesalehan. Dapatkah kamu memahami ini?  Tentu sekali kita tidak akan dapat mengerti semua ini, malah kita juga tidak dapat membayangkannya.

Ya, ini bukanlah sebuah Empayar Tasawwuf yang pasif, dan bukan sekadar sesuatu yang terhad pada majlis-majlis maulid di sana sini.  Sesungguhnya Tasawwuf menjadi salah satu sumber kekuatan kepada perjuangan yang menghasilkan kemenangan yang gemilang dan kehidupan beragama yang mulia di bawah pemerintahan Uthmaniyah. Akhlak mereka menyebabkan agama Islam masyhur dan mendapat sanjungan. Dan Empayar Tarikat ini telah berjaya memperlihatkan Allah sebagai penguasa, pentadbir, pemilik kerajaan langit dan bumi dan Khalifah sebagai pemegang amanah/wakil untuk mentadbir alam ciptaan-Nya dengan sebaik-baiknya. Kesultanan Uthmaniyyah menjadi lampu yang menerangi dunia yang hidup di dalam kegelapan. Kaum Muslimin benar-benar hidup di dalam rahmat dan kemuliaan. Semua ini dinikmati oleh umat Islam disepanjang pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah yang menerapkan hukum berdasarkan kitab Allah dan sunnah RasulNya.

Ya. Benar, Kekhalifahan Uthmaniyyah mungkin telah runtuh. Ini kerana Rasulullah (asws) telah berkata, ‘apabila tanda-tanda ini sudah jelas kelihatan dan perkara-perkara ini sedang berleluasa, maka undurkan diri.’ Itulah arahan Baginda Rasulullah (asws) kepada Khalifah. Bisakah kita mempercayai perkara ini? Umat Islam sendiri tidak mengenal dengan jelas sejarah masa lalunya. Kalaupun mereka ingin mengetahui dan memahami sejarah mereka, namun mereka hadir dengan pemikiran yang dikelabui oleh fakta sejarah yang telah diputar belitkan dan digelapkan oleh musuh-musuh agama Allah. Ketandusan pemikiran umat terus diracuni. Kebanyakan gambaran-gambaran sejarah telah diresapi oleh fakta-fakta yang salah yang turut mempengaruhi pandangan masyarakat Islam terhadap kegemilangan peribadi-peribadi yang menerajui kepimpinan pemerintahan Khalifah. Akibatnya terdapat di kalangan mereka yang tidak menoleh lagi kepada kegemilangan pemerintahan yang berjaya ditunjukkan oleh Kekhalifahan Uthmaniyyah dalam menyebarkan Islam dan menyebarkan keadilan. Sistem pendidikan kita sendiri telah berjaya meracuni minda dan jiwa orang Islam dengan fakta yang bersandar pada peristiwa-peristiwa sejarah  yang memperlihatkan sistem Pemerintahan beraja atau Monarki sebagai sistem yang lemah  dan diwarnai oleh ketidakadilan dan kekejaman. Tidakkah ini benar?

Kini, di Turki dan di kebanyakkan negara-negara Islam di serata dunia menyokong sistem demokrasi, sistem ideologi ciptaan barat yang sekular yang pada hukum asalnya adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Mereka bersependapat mengatakan demokrasi adalah sistem yang terbaik. Nasionalisme adalah  satu ideologi yang terunggul yang meletakkan negara dan bangsa pada tempat yang tinggi. Tetapi bila disentuh tentang sistem Khilafah, ramai yang menampakkan keraguan.  Mereka akan berkata, ‘Eh, sistem seperti itu hanya sesuai untuk masa silam. Kehidupan di zaman kegemilangan dan kemajuan yang pesat masa kini memerlukan pemerintahan demokrasi yang progresif dan dinamik.’

Ini adalah pemahaman yang salah. Ini adalah racun berbisa yang telah menyisip kedalam umat Islam kini. Ia adalah toksik yang telah membasuh otak (brainwash) umat ini dengan mengosongkan nilai-nilai murni Islam yang ada dalam diri untuk digantikan dengan nilai-nilai kebebasan yang diperjuangkan oleh musuh Islam. Maka apabila seseorang telah dipengaruhi dengan nilai yang bercanggah dengan ketetapan Allah swt, bagaimana boleh kita duduk untuk membincangkan perkara-perkara terutama sekali yang bersangkutan dengan Kekhalifahan? Mustahil.

Pertama sekali, untuk meluruskan pemahaman yang salah ini, kamu harus membersihkan minda yang sudah dipengaruhi dan diracuni. Dengan cara ini  kita boleh duduk dan berbicara. Kerana jika kamu datang dengan pemikiran yang diracuni, maka kamu datang dengan pendiran dan pendapat  yang tegas, dan pada ketika itu, adalah sukar untuk kita memperkatakan sesuatu. Walaupun kita dapat menghadirkan jutaan bukti-bukti, walaupun kita dapat menunjukkan bukti dari Quran dan Hadits, satu ratus empat buah buku untuk menunjukkan bahawa apa yang kita katakan adalah benar, namun kamu masih tidak akan mempercayainya. Kerana pada waktu itu, ego sedang berdiri di hadapan. Kedegilan, kemarahan, keangkuhan dan sifat iri hati sedang membentengi diri itu. Maka, adalah mustahil untuk ditembusi benteng yang cukup tebal itu. Tetapi jika seseorang itu mempunyai niat yang ikhlas dalam hal kebenaran, dia hadir dengan hati yang jujur dan terbuka, maka akan kami ceritakan kebenaran Islam.

Ya, maka telah berlaku satu penkhianatan dan komplot dalaman  di penghujung pemerintahan khalifah Uthmaniyyah. Apakah empayar ini kian melemah? Benar. Ia telah mula merosot dan menjadi lemah. Kepada mereka yang berkata, ‘Jika benar empayar Uthmaniyyah ini begitu kuat  dan amat digeruni oleh musuh-musuhnya, mengapa pula ia menjadi lemah?’

Sudah tentu setiap perkara akan memudar dan melemah. Kamu hanya akan mendapatkan kekuatan menerusi ketakwaan, keimanan dan keikhlasan diri, dan kamu terapkan ciri-ciri mulia ini dalam seluruh jalan kehidupan. Jika kamu tidak mengangkat dan meletakkan kebenaran sebagai pondasi dasar di tengah kehidupan itu, sudah tentu keimanan itu lambat laun akan memudar dan terhapus. Sebagai seorang yang beriman dengan Allah swt serta mengakui diri sebagai seorang muslim sejati tetapi kita tidak memelihara jati diri sebagai seorang muslim dan kita mengabaikan tanggungjawab dalam melaksanakan ibadah-ibadah yang khusus seperti solat, berpuasa, menunaikan haji dan sekiranya berlaku pengabaian terhadap pengukuhan keimanan kepada Allah maka sudah tentu perjalanan hidup kita akan mudah diseleweng dan terpesong menurut kemahuan hawa nafsu semata-mata dan keimanan kita akan menjadi semakin lemah. Jika ini berterusan, kamu tentu akan ditumpaskan.

sultan

bersambung di bahagian II, insyaAllah….

Hoja Lokman Efendi Hz, Khalifah kepada Shaykh Abdulkerim el Kibrisi (qs)  OSMANLI DERGAHI New York

March 15, 2013

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s