Apakah Punca Kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyyah (bhg II)

BismillahirRahmanirRahim

kejatuhan

Sultan Abdul Hamid Khan II, yang merupakan benteng terakhir kekhalifahan Uthmaniyyah, memerintah secara serindian di tengah situasi negara yang genting dan kritis. Kondisi dalam negeri sangat memburuk, gerakan-gerakan sesat yang di dukung negara-negara barat bermunculan di setiap tempat. Keutuhan Daulah Islam diancam dari segala bentuk konspirasi, fitnah dan cobaan. Beliau menghabiskan 40 tahun kekuasaannya sebagai Khalifah dengan dikelilingi konspirasi, mehnah dan fitnah dari dalam negeri. Hal ini diburukkan lagi dengan wujudnya pengkhianat yang menikam kaum Muslimin dan meruntuhkan kekuasaan Islam. Siapakah para pengkhianat sebenar kerajaan Uthmaniyyah pada waktu itu? Adakah mereka turut menggelarkan diri  sebagai Uthmaniyyah?

Ya mereka juga menyatakan diri sebagai Uthmaniyyah. Tetapi perlulah difahamkan bahawa gelaran Uthmaniyyah bukan sekadar pada nama. Bukan sekadar memenuhi tuntutan ego sendiri.  Seperti juga kita yang mengakui diri sebagai Muslim, kita harus menerapkan ajaran Islam dalam kehidupan sehari-hari dan menghayati cara hidup Islam. Kerana Islam tidak terbentuk sekadar dengan menamakan diri sebagai seorang Islam tetapi ia adalah sebuah gaya hidup yang melakukan amal makruf dan menegah kemungkaran. Kamu harus menunjukkan bukti keislaman kamu.

Ramai diantara mereka yang menggelarkan diri sebagai Uthmaniyyah, tetapi mereka amat memuji dan memuja cara hidup kebaratan. Mereka senang ‘dibuai’ dan ‘dibelai´ dengan cara acuan kebaratan yang mementingkan kebendaan semata-mata. Dan dengan sebulat suara mereka mengatakan, ‘kami amat selesa dengan cara hidup yang bertunjangkan kebaratan. Kami tidak gemar pada cara hidup Islam.’ Dan terdapat mereka yang bukan Islam, bukan juga dari kalangan orang-orang Turki, namun kerana mereka telah berkhidmat pada Khalifah – seperti kaum atau bangsa Armenia dan Yahudi, dan Kristian,  maka mereka telah diberi peluang untuk menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan Uthmaniyyah. Tetapi apabila fitnah mula menyelubungi kerajaan, merekalah orang yang pertama menarik diri dan mengkhianati Khalifah. Mereka mula mengalih pandangan ke arah kuasa Barat. Dan pada saat racun fitnah sudah mula menular, tanpa mengindahkan persetujuan dan syarat-syarat kontrak yang telah ditetapkan oleh kerajaan Uthmaniyyah, satu persatu mereka mula menarik diri dan segera berpihak pada Perancis, Russia, Britain dan Germany.

Ya, maka wabak kekeliruan semakin bercambah dan diburukkan lagi dengan pengkhianat-pengkhianat kerajaan yang semakin hari semakin berleluasa. Namun dalam keadaan yang dikemeluti kegelapan, Sultan Abdul Hamid Khan masih lagi mempunyai kuasa dan kekuatan askarnya yang tersendiri, yang mampu untuk nyahkan pengkhianat dan musuh dalam selimut dan sekaligus mempertahankan Kekhilfahan Uthmaniyyah. Ramai dikalangan pembesar negara yang sentiasa bersedia untuk melindungi Sultan, mereka telah mencadangkan agar dilancarkan serangan balas ke atas musuh agama dan kerajaan. Namun Sultan Abdul Hamid menepis segala cadangan itu. Ini adalah kerana beliau amat mentaati apa yang diperkatan oleh Rasulullah (asws) dan para Awliya Allah. Dan beliau akhirnya berkata, ‘Ummat tidak lagi menginginkan pemerintahan Khalifah, maka kini tibalah masa untuk Beta mengundurkan diri.’

sultan abdul hamid (3)

Siapakah mereka yang mengkhianati Khalifah? Jangan kamu fikir atau sangka bahawa mereka itu hanya terdiri daripada golongan intelek atau golongan elit yang telah ke barat untuk mendapatkan pendidikan dari sistem barat. Dan akibat daripada itu, mereka telah dipengaruhi oleh kesan tamadun Barat yang lebih moden dan lebih dinamik. Akhirnya, mereka lebih cenderung mengamalkan gaya hidup sekular yang tidak berlandaskan agama Islam. Mereka lebih gemar menyingkirkan agama Islam daripada mempraktikkannya di dalam kehidupan seharian mereka ekoran daripada terlalu taksub menurutkan kata-kata hawa nafsu jahat yang dipengaruhi oleh hasutan syaitan dan tidak bertitik noktah kesesatannya. Jangan kamu fikirkan juga bahawa golongan pengkhianat ini hanya terdiri daripada orang-orang kafir yang sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan Khilafat dan  mengisytiharkan kemerdekaan mereka sendiri walaupun selepas berabad-abad lamanya mereka dibantu dan disokong oleh Khalifah. Namun mereka tetap mengkhianatinya. Tidak. Bukan hanya mereka yang bertanggungjawab. Terdapat juga dikalangan orang-orang Islam yang menggelarkan diri mereka sebagai Ulama. Dan mereka adalah diantara dalang-dalang dan pengkhianat di sebalik kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah dan pembubaran Khilafah Islamiyyah.

Ya, terdapat ramai kaum Muslim yang pada mulanya mengatakan, ‘Ya Khalifah, Khalifah, Uthmaniyyah, Uthmaniyyah.’ Namun apabila kelemahan dalam kerajaan jelas kelihatan, mereka dengan serta merta berubah hati dan mula berkata, ‘Sekarang adalah masa untuk kami mengambil alih kuasa. Ini adalah masa untuk kami menunjukkan taring. Kami tidak rela lagi untuk berada di bawah pemerintahan Uthmaniyyah.’ Maka negara-negara Islam dari Timur tengah hingga ke Eropah,  dan Afrika Timur, dengan sebulat suara mereka memutuskan, ‘sekarang adalah masa untuk kami menyingkirkan Uthmaniyyah!’

Berbekalkan perancangan yang rapi dan pelaksanaan yang teliti, disertai oleh pakatan-pakatan rahsia yang membawa masuk unsur-unsur negatif kepada kerajaan Uthmaniyyah, serta kewujudan individu-individu yang bertalam dua muka, semua ini membawa harapan kepada Barat dalam melaksanakan impian mereka untuk menghapuskan Khilafah Islamiyyah yang menjadi nadi kekuatan umat Islam. Akhirnya pada 3 Mac 1924, secara rasminya Khilafah Islamiyyah dibubarkan. Sejak dari itu hingga sekarang ini, negara-negara Islam yang turut bersubahat mahu menjatuhkan kerajaan Uthmaniyyah, mereka tidak dapat menunjukkan muka mereka lagi.

Lihatlah keadaan di Timur Tengah kini. Lihatlah keadaan di Eropah timur. Lihatlah keadaan di Afrika Utara. Lihatlah keadaan di Mediterranean dan seluruh negara-negara yang suatu ketika dahulu amat memegang teguh pada Uthmaniyyah. Pada waktu itu, di bawah pemerintahan Uthmaniyyah, mereka menikmati keunggulan Tamadun lslam yang dibina atas dasar akidah dan lunas-lunas hukum lslam.  Apabila mereka mulai mengkhianati Khalifah, sejak dari itu, hingga kini, apa yang telah dicapai oleh negara-negara Islam itu? Tiada apa-apa. Kesan daripada kejatuhan Turki Uthmaniyyah memperlihatkan hilangnya identiti umat Islam yang mana tiada lagi sistem pemerintahan khilafah. Umat Islam menjadi lemah sehingga mudah dijajah satu persatu dan umat islam mula diperkotak-katikkan dan ditindas kerana tiadanya seorang pemerintah yang adil lagi saksama. Umat Islam tidak lagi mampu mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya kerana tiada pemimpin Islam.

Saban hari, di Eropah timur, di Bosnia, di Afrika utara, bencana melanda silih berganti. Umat Islam dihimpit kesusahan dan diserang kezaliman. Gejolak Arab Spring melanda negara-negara republik Arab seperti Mesir, Suriah, dan Tunisia. Umat Islam hilang identiti dan maruah sebagai umat Islam kerana mereka mengalami gejala perpecahan yang amat dahsyat. Semua ini bermula sejak pemimpin mereka berkata, ‘kami akan mengkhianati Khalifah,’ dan mereka mula mengikuti syaitan yang berbisik, ‘khianati Khalifah kamu dan akan ku jadikan kamu sebagai Khalifah yang berkuasa.’ Mereka termakan tipu daya syaitan. Sejurus selepas orang-orang Arab mengkhianati Khalifah, mereka berkata, ‘sesungguhnya sekarang, kami lantik kamu, Sharif Hussein, untuk menjadi Khalifah.’ Mendengarkan ini, pihak British hanya mentertawakan dan berkata, ‘Ha, ha, ha. Tidak semudah itu!’ dan mereka meletakannya di bawah tahanan rumah dan dibuang negara. Sharif Hussein, sejak saat itu hingga dia meninggal dunia, selalu menangis kekesalan, 24 jam tanpa henti, memohon keampunan Allah swt.

Begitulah kebenarannya. Terlalu banyak umat Islam, terlalu banyak negara-negara Islam, malah hampir semua negara-negara Islam seluruh dunia yang kebanyakannya dari negara-negara Timur Tengah dan utara Afrika, mereka mengkhianati Khalifah. Banyak negara-negara Islam yang menyumbangkan pasukan tentera mereka untuk bertempur bersama pihak Kuffar, dalam Perang Canakkale,  yang bertujuan untuk menumpaskan Kerajaan Khalifah. Bukankah ini suatu pengkhianatan? Jadi masihkah kamu tertanya-tanya apa yang sebenarnya terjadi, mengapakah Kerajaan Uthmaniyyah jatuh? Pengkhianatan bertubi-tubi dari segenap penjuru. Begitu banyak para alim dan ulama, begitu banyak dikalangan mereka yang bergelar Sheykul Islam, mereka telah memberi sokongan yang padu pada gerakan freemason, sebuah pertubuhan rahsia yang sering dikaitkan demgan sekularisme. Mereka telah melibatkan diri secara terbuka dalam kegiatan freemasonry, dan pada masa yang sama menggelarkan diri sebagai Sheykhul Islam dan Mufti-Mufti negara.

Jadi adakah kita masih tertanya-tanya mengapa? Adakah kita akan terus menyuluh dalam kegelapan dalam mencari pengertian di sebalik  pembubaran sistem  Khilafah Islamiyyah? Seluruh dunia Islam dengan sebulat suara mengatakan, ‘Kami tidak lagi inginkan Khalifah.’ Setelah digulingkan kuasa Khalifah, beliau bersama dengan keluarga dan segelintir orang-orang kepercayaan, telah diusir pergi meninggalkan bumi Khilafah. Saban hari, Tentera Khalifah dipaksa untuk berkawad di tengah panas dari pangkal ke hujung, dari hujung ke pangkal, tanpa henti. Hanya untuk melemahkan mereka. Terlalu banyak permainan licik musuh. Adakah kita mempercayai semua ini? Apakah kita pernah membaca tentang kebenaran ini di buku-buku? Buku-buku sejarah siapakah yang telah kita baca selama ini?

Ya, Iqra, wahyu pertama yang menyuruh kita membaca. Tetapi pernahkah kita terfikir, kata-kata siapa yang telah kita baca selama ini? Jika semua kisah-kisah sejarah Islam kita ini dicetak dan diterjemahkan dalam buku berbahasa Inggeris, dan didukung oleh sarjana-sarjana Barat, adakah kita akan mempercayainya dengan begitu sahaja? Namun apabila kisah sejarah kita dituturkan oleh  seorang Muslim, dan segala fakta-fakta sejarah yang diluahkan itu tidak tertera atau tertulis dalam bahan pustaka, maka kamu akan berkata ‘hmm, kamu tidak mempunyai bukti. Tunjukkan kami bukti –buktinya terlebih dahulu.’ Subhanallah. Begitulah hakikatnya. Umat Islam telah jatuh ke tahap paling rendah.

Itulah sebab keruntuhan kekhilafahan Uthmaniyyah. Mereka runtuh kerana umat Islam, bukan majoriti umat Islam, tetapi pemimpin-pemimpin Islam yang telah diberi kuasa dan kepercayaan oleh Uthmaniyyah, mereka telah berkata, ‘Kami tidak inginkan Pedang (Pedang Allah) ini. Kami hanya inginkan bunga-bunga mekar berbau harum.’ Mereka berkata, ‘Kami tidak perlu pada Pedang ini. Kami hanya inginkan interfaith (perpaduan budaya yang diterapkan dan disogokkan dengan pemikiran sekularisme yang menanam dalam jiwa manusia bahawasanya kemajuan itu hanya dapat dicapai dengan mengikut cara barat).  Kami inginkan kehidupan yang berlainan, yang jauh dari Shariatullah.’ Ya, apabila Pedang Islam disimpan dan dicampakkan jauh dari pandangan mata umat Islam, maka apakah yang akan berlaku?

Bagaikan sebuah empangan yang pecah, detik-detik kejatuhan Khilafah Turki-Uthmaniyyah tidak dapat dibendung lagi. Pada waktu itu, Sultan Abdul Hamid Khan masih memiliki kuasa untuk menghunuskan pedangnya di jalan Allah dan mengekalkan pemerintahan Khalifah. Beliau mempunyai pasukan khas rahsia bagi tentera Khalifah yang menggelarkan diri mereka ‘Mehmetce,’ Muhammad kecil. Dengan sokongan tentera rahsia yang taat setia pada Khalifah, Sultan Abdul Hamid dengan mudahnya akan dapat mengambil alih semula kuasa pemerintahan. Namun beliau telah memilih untuk tidak berbuat demikian. Ini kerana beliau juga merupakan seorang Awliya Allah. Dan Rasulullah (asws) telah menasihatkan, ‘Undurkan diri. Letak jawatan. Beberapa perkara lain harus berlaku berikut kejadian ini. Kerana Era Akhir Zaman sedang bermula. Inilah zaman kegelapan Islam, Zaman Jababirah.’  Allah swt telah berjanji akan berlakunya zaman Jababirah selepas kejatuhan zaman keSultanan Islam. Pada waktu itu akan berlakulah penindasan dan penzaliman. Kuasa pemerintahan akan jatuh ke tangan orang-orang kafir(zaman pemerintahan diktator dan demokrasi) dan mereka akan memerintah selama seratus tahun. Dan berlakulah zaman itu seperti mana yang Allah kehendaki.

Kita kini berada di penghujung akhir Zaman, insyaAllah ar-Rahman. Semoga Allah menerima dan menjadikan kita dikalangan mereka yang benar-benar bergelar Uthmaniyyah.

Khalifah (4)

Hoja Lokman Efendi Hz, Khalifah kepada Shaykh Abdulkerim el Kibrisi (qs)  OSMANLI DERGAHI New York

March 15, 2013

 

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s