Kebenaran di sebalik peristiwa Perang Canakkale

BismillahirRahmanirRahim

Soalan: Saya telah cuba untuk menerangkan kepada ahli keluarga peri pentingnya Canakkale sebagai satu peristiwa yang bersejarah dalam Islam, namun mereka melihatnya sebagai peristiwa yang khusus untuk orang-orang Turki. Bagaimana dapat saya jelaskan kepada mereka tentang kebenaran perkara ini?

canakkale hojaKita kini berada di ambang kemunculan Sahibul Zaman,  dan di saat ini juga, kita sedang berada di penghujung bagi akhir zaman, penghujung waktu dunia, waktu dimana kehidupan manusia sedang dibelenggu najis kejahilan dan kesombongan, waktu di mana titik cahaya penyempurna Iman enggan menetes di dalam jiwa manusia. Maka fitrah yang rosak akan menafikan kebenaran walau terpampang didepan mata. Bagaimanakah umat Islam akan memahami peri pentingnya peristiwa Perang Canakkale? Apakah itu Canakkale? Galipolli, Pertempuran Gallipoli? Pertempuran apakah itu?

Mereka akan berkata, ‘Oh, ini adalah perang di antara Turki dan beberapa negara yang lain.Tidak ada kena mengena langsung dengan kami.’ Tidak, kenyataan ini tidak benar sama sekali.

Sebenarnya, para pejuang Turki ini merupakan tentera yang dimiliki khusus oleh kerajaan Uthmaniyyah. Mereka merupakan pejuang-pejuang yang membela Khalifah daripada ancaman musuh yang telah datang dari seluruh pelusuk dunia. Musuh Islam dari seluruh penjuru dunia telah bersatu dengan tujuan untuk menghapuskan Islam. Mereka telah bersatu dalam menyuarakan kebencian terhadap Islam, dan mereka berkata, ‘kita harus merangka strategi untuk melenyapkan ketua mereka.  Dengan cara ini, kita akan dapat mencerai-beraikan umat Islam. Tanpa perpaduan kukuh dikalangan mereka, maka adalah mudah bagi kita untuk merobohkan benteng kekuatan perjuangan Islam.’

Askar-askar bersekutu dikumpul dari Australia, New Zealand, dari England ke Perancis. Berbekalkan tekad penuh membara, mereka menyeberangi selat Bosphorus untuk menuju ke arah Islambol. Di situlah letaknya kehebatan Islam. Di situlah pedang Allah sentiasa terhunus di tangan Khalifah di sebalik kibaran megah Panji-Panji Islam. Dan musuh-musuh Islam yang terdiri daripada mereka yang berlainan agama dan bangsa semakin hari semakin bersemangat untuk menyatu atas dasar tekad meruntuhkan keutuhan Islam. Mereka telah bersatu menanamkan tekad untuk menguasai Istanbul. Jika mereka berjaya menguasai Istanbul, Kuasa Khalifah akan digulingkan, dan kita tidak akan mempunyai Islam seperti yang kita tahu hari ini. Tamat, semuanya akan tamat dan berakhir dengan begitu sahaja.

Semua askar-askar Khalifah faham bahawa sekiranya  musuh berjaya mematahkan benteng pertahanan di Gallipoli maka impian musuh untuk menakluki Istanbul berada dalam cengkaman mereka. Sultan dan Khilafat akan jatuh ke tangan musuh. Oleh disebabkan itu, setiap diantara para pejuang Islam telah mengorbankan segala jiwa dan raga demi untuk mengukuhkan lagi benteng pertahanan di Gallipoli (Canakkale) sehinggakan pihak musuh tidak berupaya untuk merempuh masuk dan meruntuhkannya.

Pertama sekali,  jika kamu menghadapi kesukaran untuk menyakinkan ibu bapa, yang paling utama kamu harus bertanya kepada mereka, ‘Adakah kamu percaya pada Khalifah?’ Jika mereka mengatakan ‘tidak’, maka apa yang dapat kamu lakukan untuk berganjak dari prinsip yang sudah sekian lama tertoreh di benak fikiran  mereka itu? Jika mereka tidak percaya kepada Khalifah, atau jika mereka berkata, ‘Khalifah hanyalah Khulafa al-Rasyidin, tiada yang lain selain dari itu.’ Atau mereka berkata, ‘kami tidak percaya tentang kewujudan Uthmaniyyah.’ Maka ohh, begitu banyak sekali asas-asas yang perlu kamu terapkan terlebih dahulu. Bukan setakat itu, kamu perlu menggali asas dan pemahaman mereka yang lama dan mencampakkany jauh ke dada langit Setelah itu kamu perlu meletakkan wayar dan simen untuk menerapkan asas-asas baru agar mereka lebih memahami. Bagaimana dapat kamu lakukan semua ini?

Ya adalah sukar untuk mereka memahami jika mereka sendiri tidak  mengerti tentang konsep Khalifah, tentang pentingnya Khalifah yang berperan sebagai kepala Ummat, tentang bagaimana dunia Islam tanpa naungan Daulah Khilafah akan selalu menjadi sasaran penghinaan, fitnah, kekejaman musuh-musuh Islam, dan bagaimana Islam memandang hakikat kekuasaan merupakan perpanjangan dari kedaulatan Allah swt.

Perjuangan seorang Khalifah Islam tidak ditujukan kepada tujuan yang bersifat keduniaan tetapi untuk memperjuangkan kedaulatan Allah di bumi dengan mengamalkan syari’at-Nya. Nabi (asws) bersabda, ‘apabila tidak ada Khalifah selama tiga hari, tidak ada Islam.’ Mengangkat seorang khalifah adalah kewajiban seluruh kaum Muslim dan tidak halal bagi mereka hidup selama tiga hari tanpa adanya bai’at.

Jika mereka tidak memahami semua ini, jika mereka mengatakan, ‘Oh Khalifah adalah sesuatu yang wujud hanya pada zaman dahulu kala,’ jika mereka meyakini bahawa Islam akan terus berdiri tegak walau tanpa Khalifah sekalipun, jika mereka berkata, ‘Oh, kita mempunyai nasionalisme, api nasionalisme harus dimarakkan. Kita boleh memilih pemimpin-pemimpin kita sendiri. Kita yakin dengan sistem demokrasi. Kita yakin dengan kehidupan moden ala barat. Kita boleh itu. Kita boleh ini…’ Jika mereka cenderung menaruh kepercayaan kepada semua ini dan mereka tidak mempercayai Khalifah, maka apa yang boleh kamu lakukan?

Bagaimana dapat kamu terangkan tentang kepentingan Canakkale kepada mereka yang hati telah membeku. Seperti tempayan bocor yang tak puas dialiri air, mereka selalu ingin menguji dan melihat bukti. Sentuhan kebenaran hanya dianggap semilir angin dan kata-kata hanya dianggap propaganda. Mata hati sudah buta, telinga hati sudah tuli. Mustahil untuk mereka memahami. Mustahil! Tetapi, apabila kamu mempunyai Iman yang bersemayam di dalam hati, kamu mempunyai cahaya keyakinan yang menghujam dalam hati, dan kamu hadirkan diri bersama sebuah bekas yang kosong, iaitu hati yang sentiasa ingin diisi dengan tarbiyah Islamiah kerana Allah, maka pada masa itu, kami akan mengisi kekosongan hati itu. Sebaliknya, jika kamu hadirkan diri dengan segala keangkuhan dan kejahilan, walau empat puluh para Nabi datang berbicara denganmu sekalipun, kamu tidak akan pernah mengerti. Kerana kamu telah membiarkan hati itu menjadi hitam dan kelam. Maka seluruh tindak tanduk dan tingkah laku hati tersebut akan jauh terpesong daripada hakikat kebenaran.

Lihatlah pada junjungan besar Nabi Muhammad (asws). Sepanjang hidupnya, baginda telah banyak menasihati dan mengajak bapa saudaranya untuk berbuat baik, agar dia menyembah Allah dan meninggalkan sembahan lainnya selain Allah. Bapa saudaranya itu adalah seorang yang bijak dan berpengaruh.Dia dikenal sebagai Abū l-Hakam, diterjemahkan ke bahasa Inggris sebagai “Bapa Kebijaksanaan”, yang berarti ia dianggap sebagai orang bijak di antara kaum Quraish. Namun begitu,  keangkuhan dan kedegilan telah membuatnya memandang rendah terhadap Nabi (asws) kerana menganggap dirinya berilmu, kaya dan berpangkat. Dia tidak pernah jemu dan patah semangat dalam usahanya menyakiti dan menghalang perjuangan Baginda (asws) menegakkan kalimah Allah di kalangan masyarakat Quraisy di kota Mekah. Bahkan pada saat dirinya sudah sekarat luka parah terkena luka tusuk pun masih sempat dia berkata sombong. Oleh sebab itu jugalah dia telah diberi gelaran Abu Jahil, iaitu, ‘Bapa Kejahilan.’

Jahil, Bapa Kejahilan. Begitulah sikap manusia yang dihatinya telah bersarang fitnah Sang Iblis. Walaupun Abu Jahil telah lama mati tetapi, perangai dan sifat Abu Jahil tetap wujud silih berganti di kalangan ummat manusia, selagi dunia belum kiamat. Dewasa ini, terdapat berjuta-juta banyaknya Abu Jahil dikalangan kita. Mereka merasakan diri mereka hebat, berkuasa, baik, pandai. Mereka mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Mereka pandai berkata-kata. Tetapi bila berhadapan dengan perkara-perkara yang mudah, keegoaan diri yang tinggi dan kedegilan hati menyebabkan mereka tidak pernah mahu menerima kebenaran walaupun terdapat bukti nyata yang terpampang di depan mata. Jadi apa  yang boleh kita lakukan dalam keadaan begini? Keangkuhan, hanya api boleh membakar sifat angkuh itu.

gallipoli5

Canakkale, 250,000 nyawa yang telah rela menjadikan diri mereka sebagai benteng pertahanan Islam yang ampuh, benteng yang tidak dapat ditembusi oleh pihak musuh yang akhirnya tenggelam ke dasar lautan yang mengelilingi kawasan tersebut. Angka korban di pihak musuh adalah sama banyaknya dengan para syuhada Uthmaniyyah. Sekurang-kurangnya setengah juta nyawa yang telah terkorban dalam peperangan ini. Itulah golongan para mujahiddin yang menjaga agama dan berjuang menegakkan agama Allah dengan diri dan darah mereka. Bantuan dan sokongan Allah swt sentiasa bersama mereka, dan mereka tidak dapat dikalahkan oleh pihak musuh.  Peperangan berakhir dengan kemenangan berada di pihak Khalifah. Mereka berjaya mematahkan serangan musuh. Sesungguhnya, hanya orang yang benar-benar muslim sahaja yang bersedia untuk berjuang dengan bersungguh-sungguh walaupun dengan berkorban nyawa dan harta benda untuk keredaan Allah, untuk mempertahankan Islam, untuk membela Khalifah.

Tidak mengapa. Biarkanlah mereka yang tidak ingin memperingati peristiwa ini. Kelak mereka akan menangis di kemudian hari, dan mereka akan berada dalam kerugian yang nyata. Ini kerana Canakkale adalah peristiwa besar yang melanda umat Islam dan ia merupakan pertempuran yang paling besar dalam sejarah Islam, selain perang Badar.  Perang Badar dan Perang Canakkale, peperangan dan konflik  yang paling penting dalam Islam.

Ya, Perang Badar. Peperangan yang pertama dilakukan Rasulullah (asws) bersama para Sahabat. Pasukan musuh Islam telah bersatu untuk menamatkan riwayat Rasulullah (asws). Dalam peperangan itu, bilangan tentera Islam adalah terlalu sedikit berbanding pihak musyrikin Mekah yang terdiri atas 1000 pasukan bersenjata lengkap, berbaju besi, bersertakan unta-unta dengan segala muatannya,dan ratusan ekor kuda. Kaum Quraisy terlalu yakin yang mereka akan berjaya memusnahkan Islam yang memang sedikit dari jumlah tetapi tidak dari semangat.  Kafir Quraisy ingin menjadikan peperangan ini sebagai kemenangan bagi mereka yang akan meletakkan rasa takut di dalam hati seluruh kaum bangsa Arab. Mereka hendak menghancurkan kaum Muslimin dan mendapatkan keagungan dan kehebatan.

Perang Canakkale pula menyaksikan 250,000 pejuang yang menemui syahid di jalan Allah. Dunia-dunia Islam yang lainnya telah meninggalkan Khalifah. Mereka membiarkan Khalifah keseorangan bersama tentera-tenteranya yang sedikit untuk menghadapi musuh yang memiliki kelengkapan perang serta teknik ketenteraan yang baik. Hanya sebilangan kecil pejuang-pejuang Kurdish dan Cherkez yang telah turut berjuang bersama tentera Islam Turki Uthmaniyya.  Seluruh dunia Arab telah mengundurkan diri. Namun demikian, pejuang-pejuang Khalifah tetap teguh berpendirian. Keteguhan yang di kemudian hari menjadi makanan dan penyubur bagi hati nurani umat manusia. Perang Canakkale adalah peperangan yang terakhir dalam Islam.  Tiada lagi peperangan Islam berikutan dari itu, kerana apa jua bentuk peperangan dalam Islam harus diterajui oleh seorang Khalifah.  Hanya Khalifah yang diberi kuasa untuk mengisytiharkan Jihad dan mereka yang layak berjihad di jalan Allah haruslah orang yang benar-benar muslim yang akan sentiasa bersedia untuk berjuang dengan bersungguh-sungguh demi untuk mencari keredaan Allah. Alhamdulillah, 250,000 nyawa telah berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir. Akhirnya, tentera musuh telah berjaya dikalahkan dan mereka mengundurkan diri.

Semoga Allah merahmati para syuhada Canakkale. InsaAllah ar-Rahman, mari kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas roh-roh bagi setiap para syuhada Canakkale. Semua ini sebenarnya adalah untuk kebaikan kita sendiri, agar keberkahannya akan dapat menambahkan kekuatan iman dan kekuatan diri untuk meneruskan kehidupan ini. Kami memohon medet dan sokongan mereka untuk kita, untuk peperangan lebih besar yang bakal berlaku.

Semoga Allah meninggikan martabat mereka hingga mencapai sesebuah darjat yang tertinggi dan semoga mereka  mereka mengirimkan keberkahan mereka kepada Sheykh kami dan Grandsheykh kami. InsyaAllah sama-samalah kita  pertingkatkan semangat keimanan, ketaqwaan dan semangat berkorban pada jalan Allah Subhana wa Ta’ala.

Al-Fatiha.

Hoja Lokman Efendi Hz, the Khalifah of Shaykh Abdulkerim el Kibris (qs)
Osmanli Dergahi – New York

March 2013

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s