Apakah kamu tidak melihat Abu Jahil pada diri sendiri?

BismillahirRahmanirRahim 

sahibulSaif (10)

Kamu adalah ciptaan Allah yang paling bertuah, paling beruntung. Namun apakah kamu mengerti  nilai tinggi  yang telah dianugerahkan oleh Allah swt kepadamu? Apakah kamu memahami betapa tingginya nilai yang datang kepadamu melalui kalimah Syahadat yang diucapkan itu? Adakah kamu menyedari betapa besarnya nilai Syahadat? Adakah kamu mengerti dan menghargai nilai Sheykh kamu? Adakah kamu memahami nilai Islam? Jika benar kamu memahami semua ini, maka sesungguhnya mustahil untuk kamu menjadi sesombong dan sebongkak ini. Mustahil untuk kamu menjadi sedegil ini. Mustahil! Hati kamu telah membeku keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Dan kamu langsung tiada memiliki sebarang perasaan.

Tahukah kamu berapa kalikah Rasulullah (asws) telah datang mengetuk pintu rumah Abu Jahil? Tahukah kamu berapa kalikah baginda (asws) telah pergi menemui Abu Jahil? Dan sambil menangis mengenangkan azab yang bakal menimpa Abu Jahil, beliau merayu, ‘Ya Abu Jahil, insaflah.’ Dan tahukah kamu betapa tak terhitung banyak kalinya Abu jahil telah menghina dan menyakiti Rasulullah? Sehingga telah diturunkan Perintah kepada Rasulullah (asws) yang berkata,  “Biarkan dia dengan kedegilannya. Tinggalkan dia.” Begitulah Abu Jahil, apabila setan yang memimpinnya. Kini, Abu Jahil berada di seburuk-buruk tempat  dan diazab hingga hari kiamat.

Telah berulang kali, bahkan sudah beratus kali tanpa jemu Rasulullah (asws) pergi menemui Abu Jahil. Namun kejahilan bercampur dengan perasaan hasad yang meluap-luap menyebabkan Abu Jahal cukup dengki terhadap baginda Rasulullah (asws). Dia telah menafikan Muhammad sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Dia menafikan Allah. Dia menafikan segala ajaran Allah swt melalui utusan-Nya, Nabi Muhammad (asws). Abu jahil telah melakukan pelbagai angkara terhadap Nabi (asws) dan tidak henti-henti dia menyakiti baginda.  Satu rancangan licik Abu Jahal yang pernah dilakukan ke atas Rasulullah (asws):

Pada suatu hari dengan perasan penuh kebencian terhadap Nabi,  Abu Jahal telah memerintahkan pengikut-pengikutnya untuk mengorek sebuah lubang yang dalam di hadapan rumahnya. Kemudian lubang itu ditutup kembali dengan daun-daun agar tidak kelihatan lubang yang telah digali. Kemudian dia berpura-pura sakit dan memerintahkan hambanya supaya memberitahu Rasulullah tentang “kesakitannya” dan meminta Rasulullah datang melawatnya. Dengan penuh keyakinan  Abu Jahil berkata, “aku  tahu dia akan segera datang. Sebaik sahaja dia tahu bahawa aku sedang sakit, tanpa pedulikan segala  yang  telah aku lakukan kepadanya, dia pasti akan segera datang. Aku begitu yakin sekali. ”

Maka pergilah khadamnya ke rumah Rasulullah dan memberitahu perkabaran tersebut. Nabi berkata, “Abu Jahil memanggil ku?” Dia menjawab, “Ya.” “Baiklah, aku akan pergi menemuinya.” Tanpa berlengah, datanglah Rasulullah yang berhati mulia dan bersangka baik terhadap Abuj Jahil.  Beliau datang dengan hati yang terbuka, dengan penuh harapan. Jauh di lubuk hati, Rasulullah (asws) barharap agar kegeringan ini  akan melembutkan hati Abu Jahil untuk menerima kebenaran. “Abu Jahil memanggil ku.”  Setiap langkah Rasulullah diiringi dengan harapan agar Abu Jahil akan insaf. Rasulullah tidak mengharapkan apa-apa pun selain melihat keinsafan Abu Jahil.  Rasulullah amat berharap agar Abu Jahil akan menerima Shahadat dan dia akan menemui keselamatan.

Sementara itu,  Abu Jahil sedang duduk bersembunyi di balik tirai jendela rumahnya. Kelihatan Nabi sedang berjalan menuju ke arahnya dan kaki Rasulullah hampir mendekati perangkap yang dipasang. Abu Jahil mengawasi setiap pergerakan nabi dengan penuh harapan agar musuhnya itu akhirnya akan dapat ditewaskan. Nabi semakin menghampiri. Beliau tidak sedar bahawa Abu Jahil sedang memerhatikan dari jauh. Abu jahil berbisik sendiri, “Sekarang dia akan jatuh!” Dia telah memberi arahan kepada pengikutnya yang sedang bersembunyi di sekitar kawasan itu, “sebaik sahaja dia jatuh di dalam lubang, ini yang harus kamu lakukan. Aku akan segera keluar dari persembunyian.”

Rasulullah (asws) semakin menghampiri. Selangkah demi selangkah. Akhirnya beliau tiba ke kawasan perangkap. Abu jahil memerhatikan. Rasulullah (asws) mengangkat kakinya untuk melangkah ke depan. Tetapi dengan serta merta, beliau pusing ke belakang dan berpatah balik. Rasulullah terselamat dari perangkap abu jahil. Abu Jahil begitu kecewa. Dia berlari keluar dari rumahnya dan memekik, ” dia tahu rancanganku! Hanya setapak  lagi ke hadapan tapi dia telah berpatah balik! Kejar dia! Tangkap dia!” Dalam kesibukan dan kemarahannya, maka Abu Jahil lupa tentang lubang perangkap yang digalinya sendiri. Lalu dia terjatuh ke dalam lubang tersebut dan meraunglah dia memohon bantuan.”Tolong. Aku jatuh ke dalam lubang ini! Cepat tarik aku keluar dari sini!”

Mendengarkan raungannya itu, maka semua khadamnya pun datanglah untuk menolong Abu Jahil. Mereka menghulurkan tali untuk menaikkan Abu Jahil dari lubang itu. Tapi Allah maha kuasa, semakin panjang tali yang dihulurkan, semakin dalam lubang tersebut dan Abu Jahil tidak dapat memegang tali yang dihulurkan. Akhirnya Abu Jahil putus asa. Sekali lagi Abu Jahil memahami  pengertian disebalik kejadian ini. Dia berkata, “Pergi kepada Muhammad dan suruh dia kemari. Jika dia tidak ke sini, aku tidak akan dapat keluar dari lubang ini untuk selama-lamanya.”

Mereka berlari mendapatkan Nabi (asws) dan menjelaskan apa yang telah berlaku. Rasulullah (asws) berkata, “Abu Jahil memanggil ku? Baiklah aku akan datang.” Setelah Rasulullah tiba di tempat kejadian,  beliau berkata, “Ya Abu Jahil,” Sambil mendongak ke arah Nabi, Abu Jahil berkata, “Kau  datang untuk menyelamatkan ku?” “Ya. Hulurkan tanganmu.” jawab Rasulullah (asws). Beliau hanya menghulurkan tangan untuk menaikkan Abu Jahil dari dalam perigi tersebut. Akhirnya selamatlah Abu Jahil. Sebaik sahaja Abu Jahal dapat diselamatkan, maka terserlah sifat jahat Abu Jahil. Sebaik saja beliau selamat, Abu Jahil terus mengatakan “ Hebat sunguh syihirmu ya Muhammad. Kau telah membuat semua tali-tali itu menjadi pendek agar ia tidak akan dapat  sampai kepada ku. Sihirmu memang hebat!” Demikianlah degilnya dan jahatnya perangai Abu Jahil.

Apa sebenarnya yang telah berlaku dalam kejadian awal ialah malaikat Jibril alaihi salam telah datang untuk memberi amaran kepada Rasulullah (asws). Dia berkata “Ya Rasullullah, Allah telah memerintahkan agar kamu tidak melangkah setapak ke hadapan. Musuh telah memasang perangkap. Mereka akan menyerang sebaik sahaja kamu jatuh ke dalam perangkap itu. Kamu harus berpatah balik.” Maka Rasulullah (asws) pun pusing dan melangkah pulang.  Abu jahil sendiri telah jatuh ke dalam perangkapnya. Tetapi Abu jahil sedar bahawa sewaktu berada dalam kesulitan, tanpa bantuan Rasulullah (asws) dia tidak akan dapat keluar dari azab itu. Namun selepas Rasulullah (asws) menariknya keluar dari siksaan itu, dia kembali menentang Rasulullah (asws). Perbuatannya ini telah diulangi berkali-kali  hingga akhir dia tiba di Perang Badar. Di situlah Abu Jahil telah menemui ajalnya.

Di akhir perang Badar, Rasulullah (asws) telah mengarah para Sahabat untuk mencampakkan mayat  musuh ke dalam perigi. Harus difahami bahawa  mayat-mayat ini terdiri daripada golongan bangsawan dan hartawan Quraisy yang terkemuka dan disegani oleh penduduk Mekah. Tindakkan mencampkkan mayat mereka adalah satu penghinaan bagi mereka. Selesai dicampakkan mayat ke dalam perigi, Rasulullah (asws) datang dan melihat keadaan mayat-mayat yang tergelimpangan sambil berkata, “Sekarang, adakah kamu mendengar? Sekarang kamu melihat sendiri? Sekarang kamu faham? Allah telah melaksanakan  janji-Nya kepada ku. Apakah Dia telah menyempurnakan janji-Nya kepada kamu semua? Kamu faham sekarang? Tetapi kini semuanya telah terlambat bukan?” Mendengarkan kata-kata Rasulullah,  Umar (ra) yang berada di sisinya bertanya,” Ya Rasullullah, bukankah mereka semua telah mati? ” Rasulullah (asws) memandang Umar (ra) dan menjelaskan,” Ya Umar, sesungguhnya mereka kini  boleh mendengar dengan lebih terang dan jelas sebagaimana kamu mendengarku. Cuma perbezaannya kini, mereka tidak boleh menjawab, mereka tidak boleh membantah, mereka tidak boleh bertengkar dengan ku lagi. Mereka hanya terperangkap di situ. Sayu dan senyap, menderita menantikan penyiksaan yang berpanjangan. Penderitaan sedang bermula untuk mereka semua.”

Ambillah pelajaran dari kisah Abu Jahil ini. Sesungguhnya hidup di dunia bukan sekadar suatu kembara yang akan berakhir tatkala nafas terakhir terhela. Jua bukan bermakna kehidupan seseorang manusia itu akan ternoktah tatkala nyawa terpisah dari jasad. Sebaliknya, tatkala jasad ditinggalkan roh, hidup baru bagi seseorang manusia itu bermula. Marilah kita sama-sama bangkit memperbaiki diri, bangkit memperindahkan akhlak, bangkit menegakkan yang hak, sebelum kita turut terjerumus ke lembah penyesalan. Perilaku tercela  Abu Jahil ada di dalam diri setiap kita. Jika kamu tidak melihat diri sendiri, ego sendiri sebagai sesuatu yang bersifat lebih buruk daripada ego Abu jahil, jika kamu tidak melihat ego kamu sebagai sesuatu yang bersifat lebih buruk daripada Firaun, lebih teruk daripada Nimrud, jika kamu tidak melihat ego kamu sebagai sesuatu yang lebih buruk daripada syaitan, maka kamu adalah orang yang sombong. Hanya api sahaja yang dapat membakar kesombongan diri itu.

sheykh abd Kerim Hz

Waminallahu Taufiq.

Bihurmatil Habib, Bihurmatil Fatiha.

SahibulSaif Sheykh Abd Kerim Effendi (qs) Khalifah kepada Sultanul Awliya Sheykh Maulana Muhammad Nazim (qs), Osmanli Dergahi NY

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s