Kemurungan

BismillahirRahmanirRahim

ketenangan

Saya tidak pernah mengenali erti kemurungan. Kini setelah sekian lama menetap di Amerika, saya telah begitu memahami istilah kemurungan. Separuh daripada rakyat Amerika mengalami kemurungan tahap serius. Dan saya dimaklumkan juga bahawa sebahagian besar daripada rakyat ini sedang mengambil pil-pil anti-kemurungan. Mereka telah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan  dan doktor menyarankan pengambilan ubat anti-kemurungan  secara berterusan.

Pernah saya bertanya kepada salah seorang yang mengalami masalah kemurungan, ‘mengapa kamu perlu berjumpa doktor.’  Dia berkata, ‘oh, saya terlalu banyak berfikir.’ Sebab itu mereka memberi kamu pil? Agar kamu tidak lagi dapat berfikir? Hmm, sekarang kamu mempunyai masalah yang lebih besar. Jika seseorang manusia itu tidak dapat berfikir,  tentunya dia tidak boleh membuat perancangan dan penilaian yang baik. Dia tidak dapat menilai baik buruknya suatu perkara.  Sebaik sahaja dia berhenti berfikir buat seketika, dia akan berada dalam tekanan. Kemudian dia akan berjumpa doktor. Setelah diperiksa, Doktor akan menyarankan, “Oh, kamu mengalami kemurungan yang ketara. Kamu harus mengambil beberapa biji pil Prozac (sejenis pil anti kemurungan) setiap hari.” Semua ini adalah jenis-jenis dadah yang telahpun kita tahu kini mempunyai kesan sampingan yang amat buruk terhadap diri manusia. Apa yang akan berlaku selepas mengambil pil-pil tersebut? Dalam masa yang singkat ia akan membunuh dan memusnahkan sel-sel otak. Mereka yang terjejas tidak dapat bertindak rasional. Mereka  akan  menjadi seperti  zombie (mayat hidup).

Wahai manusia, wahai orang yang bosan dengan kehidupan, yang tidak ghairah dalam hidup ini, yang hari-harinya sempit dirudung kemurungan, ketahuilah bahawa kita tidak dicipta untuk memperlakukan diri sebegitu, membiarkan otak menjadi beku dan lumpuh hingga kita tak mampu berfikir jernih dan jadilah kita merasa tidak berdaya.

Saya tidak melihat sebarang sebab mengapa kita harus diperlakukan sebegitu rupa, terutama sekali bagi mereka yang hidup di negara dunia pertama. Saya sendiri berasal dari negara dunia ketiga. Dan sepatutnya mereka yang di negara dunia ketiga inilah yang perlu mengambil pil Prozac, pil-pil anti kemurungan. Tetapi mereka tidak. Semua ini tidak perlu bagi mereka. Mereka hidup bahagia walaupun hidup dalam penuh kemiskinan. Mereka memiliki semangat kuat untuk mengharungi hidup mencabar. Keadaan ini amat berbeza dengan negara-negara dunia pertama yang dipandang sebagai negara yang memiliki ekonomi paling maju, pengaruh terbesar, standar hidup tertinggi, dan teknologi terbesar. Rakyat mempunyai segala-galanya tetapi mereka tidak berpuas hati. Dalam kehidupan yang semakin dituntut oleh desakan ekonomi, mereka terus berfikir bahwa hidup hanyalah untuk mecari wang dan memanfaatkan wang. Begitu banyak juga yang telah dibutakan dengan kedudukan dan kekuasaan sebuah tahta. Mereka menganggap bahwa kerusi kekuasaan adalah sebuah hal yang dapat menentukan nilai dan kesejahteraan hidup seseorang. Inilah salah satu penyebab mengapa kehidupan di Negara dunia pertama ini semakin nyaris tak memiliki kehidupan.

Apakah yang sedang kamu cari? Ternyata kerohanian kamu telah mulai merosot. Itulah masalahnya. Apabila semangat dan kerohanian kamu merudum, sudah pasti bentuk fizikal kamu akan menjadi jenuh dan lelah. Apapun yang kamu berikan, ia tidak memberi sebarang kesan positif. Kamu boleh menikmati makanan yang lazat di restoran-restoran termewah, kamu boleh ke kelab-kelab terkemuka, kamu boleh pergi menghiburkan hati ke kelab-kelab malam yang terbaik, namun akhirnya kamu akan pulang jua ke rumah, setelah puas mengelilingi kesana kemari, dalam keadaan mabuk dan kehilangan akal. Kamu sendiri tidak akan tahu apa yang telah berlaku. Maka hiduplah kamu dalam keadaan kebingungan yang berpanjangan.

Sesungguhnya kesempitan yang kita rasakan akan ada jalan keluar. Tetapi usahlah kita mencari ketenangan dan jalan penyelesaian itu dengan menjerumuskan diri ke lembah kehidupan yang hanya mementingkan hiburan dan keseronokan. Ini tidak akan membuahkan kebahagiaan sejati. Malah kita akan terus-terusan dihanyutkan oleh gelombang keresahan dan kemurungan. Suatu hari nanti, akan kita dapati sebuah tembok besar dan tebal di hadapan kita, yang takkan mungkin pernah kita tembusi.

Begitulah keadaannya apabila kita tidak mendapat cahaya dalam hidup ini. Apabila manusia hilang pergantungan kepada Allah swt, apabila mereka memutuskan hubungan kerohanian, maka dia akan berada di lorong yang gelap gelita yang pasti menggusarkan jiwa. Hidupnya sentiasa dicengkam rasa cemas dan rungsing. Ketakutan membayangi hidup. Seseorang yang berjalan tanpa arah yang pasti, kabur, cemas, bimbang dan bingung silih berganti, hidupnya kelam tanpa sinar.

Bahagia bukan berarti memiliki segalanya. Bahagia hadir bukan dari kekayaan, karena banyak orang yang kaya namun tidak bahagia. Setelah memperoleh segalanya mereka tetap tidak akan puas kerana mereka tidak mendapat apa yang sepatutnya iaitu ketenangan dan rahmat Allah. Seorang manusia apabila mengalami sakit fizikal, pasti akan bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Tetapi ketika qalbu mereka sakit, ketika hati mereka berkarat, ketika mereka tak mampu mengalahkan egonya, mereka tetap tidak mahu mencari penawar dari sang pembimbing ruhani sejati para Wali Allah.

Allah swt telah memilih sejumlah orang yang dikehendaki-Nya sebagai tali penghubung antara diri-Nya dengan para hamba-Nya. Mereka adalah para Awliya ( Wali-Wali Allah).  Seperti firman Allah di dalam suratul Yasin yang bermaksud, “Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk”. Mereka, para Awliya Allah, tak butuhkan wang anda dan mereka tak butuhkan pujian. Mereka ikhlas bekerja sepanjang hari tanpa mengenal lelah tanpa bayaran, cukup Allah dan Rasulullah saw bagi mereka.

InsyaAllah siapapun yang mencari dan berdoa untuk mendapatkan Pembimbing Sejati Para Kekasih Allah, maka mereka akan menemukannya. Karena Allah swt sentiasa menjaga Walinya 124,000 Wali disetiap zaman. Mereka adalah manusia yang selalu dijaga Allah. Tanpa adanya pembimbing rohani maka segala perkara yang dilakukan sudah pasti akan disesatkan shaitan. Maka jangan menempuh jalan yang tidak kamu kenal tanpa penunjuk jalan, sehingga kamu terjerumus terus dalam jurang-jurangnya.

Ramai dikalangan kaum Muslimin yang berkata, ‘Oh, semua ini tidak perlu. Kita tidak perlu pada seorang pembimbing. Kita boleh membimbing diri sendiri. Semuanya ok.’ Itu tidak benar. Semuanya tidak akan ‘ok’ kerana apabila kamu tiba di garisan tamat, akan kamu lihat sendiri  betapa keadaan menjadi tidak ‘ok,’ dan betapa kamu benar-benar berada dalam kerugian. Sekarang ini kamu tidak dapat melihat, maka kamu tidak tahu. Tetapi kamu tidak boleh terus hidup tanpa mempunyai seorang Sheykh sebagi pembimbing, sebab jalan iman adalah samar, sedangkan jalan Iblis itu banyak dan terang. Barang siapa yang tidak mempunyai Sheykh sebagai petunjuk jalan dia pasti akan dituntun oleh Iblis dalam perjalanannya itu.

selh

Sheykh Lokman Effendi Hz,
Khalifah kepada SahibulSaif Sheykh Abd Kerim el-Kibrisi el-Rabbani Qs,
Osmanli naks-i’bendi Hakkani Dergah, Sydney Center, New York.

 

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s